Anda di halaman 1dari 4

1

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SAINTIFIK (PKS) KIMIA (Eksperimen 6.5)

NAMA:……………………………….. KELAS:…………………… TARIKH:………………..


Tajuk:
Tujuan: Membina siri elektrokima dengan menggunakan prinsip penyesaran logam

Pernyataan masalah: Bagaimanakah siri elektrokimia logam dapat dibina berdasarkan penyesaran logam?

Hipotesis: Logam yang kedudukannya lebih tinggi dalam siri elektrokimia dapat menyesarkan logam
yang terletak di bawahnya daripada larutan garamnya.
Pemboleh ubah yang Jenis jalur logam dan larutan garam
dimanipulasikan:
Pemboleh ubah yang Tindak balas penyesaran berlaku
bergerak balas:
Pemboleh ubah yang Kepekatan dan isipadu larutan
dimalarkan:
Radas: Tabung uji, kertas pasir
Bahan: Larutan magnesium nitrat, Mg(NO3)2 1 mol dm-3, larutan zink nitrat, Zn(NO3)2 1 mol dm-3,
larutan plumbum (II) nitrat, Pb(NO3)2 1 mol dm-3, larutan kuprum (II) nitrat, Cu(NO3)2 1 mol
dm-3, jalur magnesium, jalur zink, jalur plumbum, jalur kuprum
1. Tuangkan 5 cm3 larutan magnesium nitrat, Mg(NO3)2, larutan zink nitrat, Zn(NO3)2,
Prosedur: larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2 dan larutan kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2 ke dalam
empat tabung uji secara berasingan.
2. Bagi setiap tabung uji, masukkan satu jalur magnesium ke dalam setiap larutan.
3. Rekodkan pemerhatian sama ada terdapat pengenapan logam pada permukaan jalur
logam atau pun tidak.
4. Ulang langkah 1 hingga 3 dengan menggunakan jalur zink, jalur plumbum dan jalur
kuprum bagi menggantikan jalur magnesium. Bagi setiap ulangan, gunakan larutan
garam yang baru.
5. Rekodkan semua pemerhatian.

Larutan
Penjadualan Data
Jalur logam garam
Zink nitrat, Plumbum(II) Kuprum(II)
Magnesium
Zn(NO3)2 nitrat, Pb(NO3)2 nitrat Cu(NO3)2
nitrat,
Mg(NO3)2

Magnesium, Mg

Zink, Zn

Plumbum, Pb

Kuprum, Cu

Disediakan oleh: Pn LauSC


2

Menganalisis dan 1. Logam yang manakah dapat menyesarkan kebanyakan logam lain daripada larutan
mentafsir data: garamnya masing-masing?

____________________________________________________________________________

2. Logam yang manakah dapat disesarkan oleh semua logam lain dalam eksperimen ini?
Mengapa?

____________________________________________________________________________

3. Susun semua logam dalam siri elektrokimia mengikut tertib menurun berdasarkan
kecenderungannya untuk menyesarkan logam yang lain.

____________________________________________________________________________
4. Mengapakah magnesium tidak disesarkan oleh oleh mana-mana logam dalam eksperimen
ini?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

5. Tulis persamaan kimia untuk mewakili semua tindak balas penyesaran yang berlaku.

Bahan tindak balas Persamaan

Magnesium, Mg dan Zink nitrat, Zn(NO3)2


Magnesium, Mg dan Plumbum(II) nitrat,
Pb(NO3)2
Magnesium, Mg dan Kuprum(II) nitrat
Cu(NO3)2
Zink, Zn dan Plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2

Zink, Zn dan Kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2

Plumbum, Pb dan Kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2

Kesimpulan: Hipotesis ____________.

Logam yang kedudukannya lebih ___________ dalam Siri Elektrokimia dapat menyesarkan
logam yang terletak di __________ nya daripada larutan garamnya.

Disediakan oleh: Pn LauSC


3

JAWAPAN

Penjadualan Data
Larutan Magnesium Plumbum(II)
Jalur logam garam Zink nitrat, Kuprum(II)
nitrat, nitrat,
Zn(NO3)2 nitrat Cu(NO3)2
Mg(NO3)2 Pb(NO3)2
Jalur magnesium Jalur magnesium Jalur magnesium
Magnesium, menipis. menipis. menipis.
Tiada perubahan
Mg Pepejal kelabu Pepejal kelabu Pepejal perang
terenap terenap terenap
Jalur zink Jalur zink
menipis. menipis.
Zink, Zn Tiada perubahan Tiada perubahan
Pepejal kelabu Pepejal perang
terenap terenap
Jalur plumbum
menipis.
Plumbum, Pb Tiada perubahan Tiada perubahan Tiada perubahan
Pepejal perang
terenap
Kuprum, Cu Tiada perubahan Tiada perubahan Tiada perubahan Tiada perubahan

Menganalisis dan mentafsir data:

1. Logam yang manakah dapat menyesarkan kebanyakan logam lain daripada larutan garamnya masing-
masing?

Logam magnesium yang paling banyak menyesarkan logam lain daripada larutan garamnya.

2. Logam yang manakah dapat disesarkan oleh semua logam lain dalam eksperimen ini? Mengapa?

Logam kuprum dapat disesarkan oleh semua logam lain dalam eksperimen ini.
Ini kerana logam kuprum terletak paling bawah berbanding magnesium, zink dan plumbum dalam
Siri Elektrokimia.

3. Susun semua logam dalam siri elektrokimia mengikut tertib menurun berdasarkan kecenderungannya
untuk menyesarkan logam yang lain.

Magnesium, Zink, Plumbum, Kuprum

4. Mengapakah magnesium tidak disesarkan oleh oleh mana-mana logam dalam eksperimen ini?

Magnesium berada paling atas dalam siri elektrokimia berbanding zink, plumbum dan kuprum. Jadi,
magnesium tidak dapat disesarkan oleh mana-mana logam dalam eksperimen ini.

Disediakan oleh: Pn LauSC


4

5. Tulis persamaan kimia untuk mewakili semua tindak balas penyesaran yang berlaku.

Bahan tindak balas Persamaan

Magnesium, Mg dan Zink nitrat, Zn(NO3)2 Mg + Zn(NO3)2 Zn + Mg(NO3)2

Magnesium, Mg dan Plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2 Mg + Pb(NO3)2 Pb + Mg(NO3)2

Magnesium, Mg dan Kuprum(II) nitrat Cu(NO3)2 Mg + Cu(NO3)2 Cu + Mg(NO3)2

Zink, Zn dan Plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2 Zn + Pb(NO3)2 Pb + Zn(NO3)2

Zink, Zn dan Kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2 Zn + Cu(NO3)2 Cu + Zn(NO3)2

Plumbum, Pb dan Kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2 Pb + Cu(NO3)2 Cu + Pb(NO3)2

Kesimpulan:

Hipotesis diterima.

Logam yang kedudukannya lebih tinggi dalam Siri Elektrokimia dapat menyesarkan logam yang terletak di
bawahnya daripada larutan garamnya.

Disediakan oleh: Pn LauSC

Anda mungkin juga menyukai