Anda di halaman 1dari 7

Interaksi Dan Komunikasi Dalam Bilik darjah Pengenalan Sebagai seorang guru, bagaimana anda dapat mewujudkan interaksi

i bilik darjah yang berkesan di kalangan murid-murid anda? Wujudkan sebuah bilik darjah yang ceria dan bestari: Ceria bersih, suci atau murni. Ceria juga dikaitkan dengan mendidik atau memelihara. Bestari cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan berbudi pekerti yang baik. Bilik darjah yang ceria dan bestari bersih, kemas, dan menarik dari aspek suasana dan susun atur kelasnya serta dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdas dan pandai, berpendididkan dan berpengetahuan serta berbudi pekerti yang baik dan mulia. Menurut Mailand (1975), suasana bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran dan pembelajaran. Suasana fizikal bilik darjah yang ceria dan bestari dapat memberi sumbangan dari aspek kawalan guru, pembelajaran, perhubungan antara guru dan murid, murid dengan murid dan keinginan untuk belajar dan bekerja bersama-sama. Bilik darjah yang dianggap sesuai untuk menampung sejumlah murid adalah sekitar 25 hingga 30 orang. Menurut Ee Ah Meng (1994), keluasan bilik darjah yang berukuran 7 x 9 meter adalah sesuai. Namun demikian memandangkan KBSR menekankan pembelajaran sebagai proses yang aktif, maka keluasan bilik darjah ini perlulah diperbesarkan lagi. Ini perlu untuk memberi keselesaan kepada murid-murid mengikuti pembelajaran. Pada dasarnya sebuah bilik darjah mempunyai peralatan seperti kerusi dan meja, murid yang mencukupi, kerusi dan meja guru, papan-papan kenyataan, rak-rak buku, almari dan bahan pengajaran dan pembelajaran. suasana 1omput di bilik darjah yang ceria dan bestari dapat memberikan murid-murid pemahaman yang lebih mendalam, menyeronokkan, mengembangkan kemahiran ke perhimpunan, menggalakkan sikap yang positif, meningkatkan harga diri dan memberikan kemahiran bekerjasama secara berkesan.

Hubungan guru dengan murid: Personaliti guru turut memainkan peranan terutama guru yang tahu mengguna ilmu psikologi yang berkesan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru yang mempunyai sikap kasih 2omput, bertimbang rasa, demokrasi dan bersikap adil serta kelucuan mampu menarik minat murid untuk belajar. Guru yang bersifat peramah dan demokratik akan menimbulkan suasana emosi yang gembira dalam bilik darjah dan sifat guru yang sebaliknya akan menimbulkan suasana emosi yang kurang baik. Hubungan murid dengan guru: Suasana emosi dalam bilik darjah merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Sikap murid terutama di peringkat sekolah hendak sentiasa inginkan perhatian daripada guru. Dari sinilah pentingnya peranan ilmu psikologi yang perlu ada pada guru. Guru yang sentiasa menghargai hasil kerja murid, memberi pujian dan menegur murid dengan penuh kasih 2omput secara langsung dapat mewujudkan suasana emosi yang kondusif di bilik darjah dan seterusnya dapat membantu 2ompute pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti mana yang diharapkan dalam konsep bilik darjah yang ceria dan bestari ini. Hubungan murid dengan murid: Sistem KBSR menganjurkan agar meja dan kerusi murid disusun dalam kumpulan. Ini mememudahkan proses pembelajaran aktif dan pembelajaran secara kumpulan berlaku. Susunan meja dan kerusi seperti ini dapat menggalakkan murid membiasakan diri dengan situasi pembelajaran bersama. Pendekatan Piaget dan ahli behaviurisme menganggap intelek sebagai suatu 2ompu individu tetapi teori yang lebih terbaru memberi penekanan yang lebih kepada perkembangan 2omput intelek. Ia dilihat sebagai proses murid membentuk dan mengurus tindakan berdasarkan persekitaran dan bukannya individu. Penyelidikan oleh Johnson, Muyama, Johnson, Nelson dan Skor (1981) membuktikan pembelajaran bersama menggalakkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding pembelajaran tersendiri atau berasingan baik dari aspek perkembangan intelektual mahupun perkembangan 2omput. Doise dan Mugay (1984) telah menjalankan penyelidikan yang membuktikan bahawa interaksi 2omput sememangnya menyebabkan perkembangan kognitif yang lebih maju.

Meskipun susunan meja dan kerusi dalam bentuk kumpulan, guru haruslah bijak membuat pengubahsuaian kedudukan murid untuk proses pengajian dan pembelajaran yang efektif. Konsep Komunikasi: Bermaksud perhubungan. Tujuan : menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau 3omputer pada pendengar. Manusia berkomunikasi contohnya dengan penggunaan alatan media seperti suratkhabar, radio, televisyen, 3omputer, surat, lisan dan sebagainya. Komunikasi: Ialah pemancaran maklumat atau idea daripada pemikiran seorang kepada pemikiran orang lain. (Highet) Konteks pendidikan : sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara dua individu, atau antara seorang individu dengan sekumpulan orang. Merupakan sesuatu interaksi sosial di antara orang melalui aktiviti pemindahan mesej secara lisan. Bilik darjah : Guru dan murid. Jenis-Jenis Komunikasi: Komunikasi Secara Lisan (Verbal) Komunikasi Secara Bukan Lisan (Non-Verbal) Secara Lisan: Proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seorang individu kepada seseorang atau sekumpulan pendengar. Guru berperanan sebagai penyampai maklumat kepada murid. Hanya berkesan sekiranya idea atau maklumat itu diterima dengan jelas oleh murid serta difahami. Komunikasi Bukan Lisan Penyampaian mesej melalui gerak isyarat, spt isyarat tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya. Mengangguk kepala tanda bersetuju. Senyuman memberi galakan Masam muka menggambarkan kemarahan. Dalam kelas : mengangguk dan senyum meningkatkan usaha murid dalam aktiviti pembelajaran.

Memberikan peneguhan positif. Model Komunikasi Model Shannon dan Weaver Teori Matematik Komunikasi Asas Kajian : bagaimana sesuatu sumber maklumat, misalnya konsep matematik, dapat disampaikan melalui proses komunikasi ke destinasi yg ditujukan (muridmurid) Model o Sumber maklumat disimpan dalam ingatan o Alat pemancar (suara) o Sumber gangguan o Alat penerima (otak) o Destinasi (otak) Komunikasi berkesan atau tidak bergantung kepada kadar kekuatan sumber gangguan semasa mesej disalurkan dari alat pemancar ke alat penerima.

Model Simetri Newcomb Berasaskan interaksi antara individu.

Berdasarkan empat orentasi: Orentasi A terhadap perkara X, iaitu sikap dan kepercayaan A terhadap X Orentasi A terhadap B, iaitu sikap A terhadap B. Orentasi B terhadap perkara X iaitu sikap dan kepercayaan B terhadap perkara X. Orentasi B terhadap A, iaitu sikap B terhadap A

Keberkesanan komunikasi bergantung kepada sikap dan kepercayaan semasa interaksi di antara dua orang individu.

Model Wilbur Schram Mengemukakan tiga model komunikasi Model Schramm I Model

Enkod: mentafsir sumber yang hendak disampaikan. Dekod: mentafsir sumber yang diterima. Keberkesanan bergantung kepada tepatnya sumber dienkod oleh guru dan didekod oleh murid-murid. Model Schramm II Model

Proses komunikasi berkesan apabila berlaku pertindihan pengalaman antara dua pihak. Berkesan apabila sumber dienkod adalah sama dengan mesej didekod oleh penerima.

Model Schramm III Interaksi antara dua pihak

Fokus pada aktiviti perbincangan dan aktiviti soal jawab diantara guru dengan murid. Kedua-dua pihak memainkan peranan sebagai penyampai mesej serta penerimanya.

Halangan-halangan komunikasi dan cara-cara mengatasinya: Kebisingan: guru tidak dapat mengajar jika kelas bising. Cara mengatasi: Guru boleh guna komunikasi bukan lisan i.e. isyarat senyap, tepuk meja dsb. Guru yang kekurangan pengalaman mengajar: mungkin murid-murid memandang rendah terhadap guru tersebut. Cara mengatasi: membaca, ikuti kursus, minta nasihat guru berpengalaman. Hubungan tidak mesra antara guru dan murid: Menjejaskan hubungan dua hala, tekanan ketat disiplin terhadap murid. Cara mengatsi: Guru hendaklah menukar corak komunikasi, kepimpinan demokratik. Emosi yang kurang baik: marah, kecewa, bosan, gelisah dsb menggangu komunikasi. Cara mengatasi: Guru mesti menyampaikan pelajaran yang boleh menarik minat murid. Cth: kaedah kumpulan, kaedah main, kaedah bercerita, nyanyian. Suasana kelas: kalau kurang kondusif; komunikasi tidak berkesan. Cara mengatasi: susun atur meja, kerusi, ruang untuk bergerak, cahaya dan udara cukup, kebersihan kelas dsb. Kurang minat belajar: murid yang tertutup pemikirannya @ tidak minat belajar @ subjek pelajaran yang tidak diminati.

Cara mengatasi: guru cuba tarik minat murid, guru perlu merancang aktiviti yang menarik i.e. permainan pelajaran, soal jawab dsb wujudkan pembelajaran aktif. Kesimpulan: Guru mesti: Mahir berkomunikasi (bertutur & menulis dengan jelas). Sebutan tepat dan tatabahasa yang betul, supaya murid tidak terkeliru. Memahami keadaan tahap penerimaan murid, kesediaan murid, tahap EQ, IQ dsb.

Anda mungkin juga menyukai