Anda di halaman 1dari 3

Apa itu Matematik?

Menurut Dharmendra Kumar Yadev (2017) Matematik merupakan


satu kajian tentang andaian, sifat atau hukum dan berakhir dengan aplikasinya.
Seseorang individu yang mahir dalam Matematik dapat menonjolkan kemahiran
Matematik melalui aplikasinya iaitu menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.
Semua kanak-kanak boleh mendapat manfaat dengan membangunkan kemahiran dan
pemahaman yang mendalam mengenai Matematik. Hal ini kerana, pembelajaran
Matematik meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan belajar melalui
masalah mengajar kanak-kanak menjadi gigh dan tabah. (Mary Lindquist, et.al, 2019).
Ilmu Matematik bukan sahaja meningkatkan kemahiran berfikir secara logik tetapi turut
mengalakkan pelajar mengambil suatu keputusan yang tepat berdasarkan penyelesaian
masalah yang bijak dalam kehidupan seharian.

Kemahiran menyelesaikan masalah diterapkan melalui topik penyelesaian


masalah dalam pendidikan Matematik. Masalah Matematik merupakan topik atau
bidang yang istimewa kerana situasi yang ada merupakan situasi yang mereka alami
sepanjang kehidupan kehidupan mereka seharian. (Arihasnida Ariffin. et.al, 2018). Dwi
Erna Noviati (2019) pula mengatakan bahawa pencapaian objektif pembelajaran
Matematik dapat diukur melalui kejayaan pelajar memahami ilmu Matematik dan
mengaplikasikan pemahaman tersebut dalam penyelesaian Masalah. Tetapi, isu utama
dalam pendidikan Matematik adalah pelajar tidak dapat menguasai kemahiran
menyelesaikan masalah Matematik. Hal ini kerana pelajar tidak berminat dalam
penyelesaian masalah Matematik disebabkan panjang dan kerumitan masalah. (Milda
Rizky Novriania & Edy Suryab, 2017). Selain itu, punca utama kegagalan pelajar untuk
menyelesaikan masalah adalah murid keliru untuk memahami masalah berayat. (Tuan
Siti Humaira & Mohamad Amir ShaH, 2016).

Kegagalan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah bukan sahaja


menjejaskan pengurusan kehidupan seharian malah pengurusan pekerjaan pada masa
hadapan pelajar turut terjejas. Perkara ini turut dipandang serius dalam Generation
Mathematics Learning Standards di New York. Teknologi menghapuskan banyak
pekerjaan pada masa yang sama mengubah serta mencipta pekerjaan lain terutamanya
yang melibatkan pemikiran Matematik dan konseptual. Salah satu ciri bagi pekerjaan
yang berkembang pesat adalah pekerja perlu menyelesaikan masalah yang tidak
berstruktur dengan bekerja bersama orang lain dalam pasukan. (New York State Next
Generation Mathematics Learning Standards NGML, 2017). Transformasi teknologi
telah mengubah cara hidup dan bekerja pada zaman ini. Kebanyakkan tugasan yang
diberi memerlukan kolaborasi dan interaksi dengan orang lain untuk menyelesaikannya.
(Jesica Andrew Todd, et.al, 2019). Oleh itu, belajar dalam pasukan yang lebih dikenali
sebagai pembelajaran kolaboratif merupakan suatu pendekatan yang berefektif dalam
menguasai kemahiran menyelesaikan masalah Matematik. Menurut Georgia Lazakidou
dan Symeon Retails (2010) pelajar dapat meningkat keupayaan penyelesaian masalah
dan dapat mengurangkan tempoh penyelesaian masalah melalui pembelajaran
kolaboratif. Kerja kumpulan yang berkesan melibatkan pemikiran kanak-kanak sendiri
dan membolehkan mereka bekerja bersama untuk memahami konsep. (Ilana Seidel
Horn, 2012).

Konsep dan penyelesaian yang rumit dapat diselesaikan dengan mudah melalui
pembelajaran kolaboratif dengan menggunakan komunikasi yang berkesan. Hal ini
disokong oleh Noor Akmar dan Mohd Faizal Nizam (2017) mengatakan komunikasi
terbentuk dari bahasa Matematik merupakan satu komponen sangat penting dalam
pembelajaran Matematik dan ia merupakan cara untuk berkongsi serta menjelaskan
suatu masalah. Oleh itu, kajian ini dilaksakan untuk membincang keberkesanan kaedah
kolaboratif dalam menyelesaikan masalah Matematik dengan lebih terperinci.

Rujukan

Arihasnida Ariffin, Zainora Baisar, Norhasyimah Hamzah, Siti Nur Kamariah Rubani, Tamil Selvan
Subramanian. (2018). Kaedah Melukis Gambarajah: Satu Pendekatan Dalam Proses
Penyelesaian Masalah Matematik. Retrieved December 17, 2019, from
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4811

Dharmendra Kumar Yadav. (2017). Exact Definition of Mathematics. International Research Jurnal of
Mathematics, Engineering and IT, 4(1): 34-42.

Dwi Erna Novianti. (2019). How the Student’s Error in Solution of Mathematics Problems? Jurnal Ilmiah
Pendidikan Matematika, 8(1): 19-29.

Horn, I. S. (2012). Strength in Numbers: Collaborative Learning in Secondary Mathematics. National


Council Of Teachers of Mathematics.
Lazakidou, G., Retalis, S. (2010). Using computer supported collaborative learning strategies for helping
students acquire self-regulated problem-solving skills in mathematics. Computer & Education, 54
: 3-13.

Lindquist, M., Philpot, R., Mullis, I. V. S., Cotter, K. E. (2019). TIMSS 2019 Mathematics Framework.
TIMSS & PIRLS International Study Centre.

Milda Rizky Novriania, Edy Suryab. (2017). Analysis of Student Difficulties in Mathematics Problem
Solving Ability. International Journal of Sciences:, 33(3): 63-75.

New York Education Department. (n.d.). Retrieved December 17, 2019, from Next Generation
Mathematics Learning Standards (2017):
http://www.nysed.gov/common/nysed/files/programs/curriculum-instruction/nys-next-
generation-mathematics-p-12-standards.pdf

Noor Akmar binti Azlan, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah. (2017). Komunikasi Matematik : Penyelesaian
Masalah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Jurnal Pendidikan Sains dan
Matematik Malaysia, 7(1) : 16-31.

Todd, J., Jackson, G. T., Kurzum, C. (2019). Collaborative Problem Solving Assessment in an Online
Mathematics Task. ETS RR 19-24: Wiley Online Library.

Tuan Siti Humaira binti Tuan Hashim, Mohamad Amir Shah Ahmad. (2016). Analisis Kesalahan Newman
Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Tahun 3. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik
Malaysia, 6(2): 69-84.

Anda mungkin juga menyukai