Anda di halaman 1dari 9

Tajuk Jurnal : Isu dan Trend Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

dalam Pendidikan Awal Kanak – Kanak

Nama Pengulas : Firdiyani binti Kadir

Tarikh :

Pengenalan

Jurnal ini mengetengahkan isu dan trend penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan awal kanak-kanak. Artikel ini menerangkan peranan
para pendidik yang harus peka terhadap isu-isu dalam penggunaan teknologi
maklumat iaitu isu kesihatan dan keselamatan kanak-kanak , isu kesediaan dan
kompetensi pendidik dan isu infrastruktur dan kemudahan sumber yang semakin
meluas di dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Artikel ini juga menerangkan
tentang tiga trend dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Di samping itu , kajian-kajian lanjutan yang difikirkan
untuk dibincangkan dalam jurnal ini bagi tujuan pembudayaan penggunaan ICT
dalam pendidikan awal kanak-kanak. Di samping itu , terdapat 4 kebaikan dan 2
keburukan teknologi dalam pendidikan awal kanak-kanak. Antara 4 kebaikannya
ialah ICT sebagai alat untuk pengajaran dan pembelajaran serta digunakan untuk
meningkatkan produktiviti , kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan. Selain
itu , menjadi satu keperluan untuk mengintegrasikan ICT di dalam pengajaran dan
pembelajaran pada setiap peringkat Pendidikan bagi memastikan hasrat KPM ini
dapat direalisasikan serta dapat melahirkan masyarakat yang celik ICT. Seterusnya ,
kanak-kanak hari ini meneroka dan belajar dengan semula jadi melalui peranti
mudah alih. Akhir sekali ,pengimplementasian ICT serta aplikasi mudah alih penting
untuk para pendidik dan ibubapa untuk mengetahui isu-isu yang terkait dalam
penggunaan aplikasi mudah alih dan trend-trend terkini. Manakala 2 keburukannya
ialah penggunaan peranti atau gajet dalam tempoh masa yang lama akan
menyebabkan kanak-kanak mengalami kelewatan dalam bertutur. Seterusnya ,
kanak-kanak tidak berkomunikasi dengan individu yang lain serta tiada interaksi
sosial antara kanak- kanak dengan orang lain. Oleh itu , ibubapa , penjaga dan para
pendidik perlu memantau penggunaan gajet kepada kanak-kanak supaya kanak-
kanak tidak lebih mementingkan gajet berbanding kehidupan seharian bagi
mengelakkan kesan-kesan yang boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak
Konsep dan Kontekstualisasi

Isu kandungan artikel ini banyak ditekankan dengan isu-isu dan trend dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan awal kanak-
kanak. Antara isu-isu yang terdapat di artikel ini ialah isu kesihatan dan keselamatan
kanak-kanak , isu kesediaan dan kompetensi pendidik dan isu infrastruktur dan
kemudahan sumber. Oleh itu , penulis memberi cadangan tentang kajian lanjutan
artikel ini iaitu kajian pembangunan aplikasi mudah alih yang boleh digunakan
sebagai alat bantu mengajar kanak-kanak prasekolah yang mencakupi aspek-aspek
perkembangan seperti bahasa dan literasi , numerasi , awal sains , fizikal dan emosi.
Dengan itu , para pendidik akan mempunyai sumber pengajaran berbantukan ICT
yang pelbagai dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Integrasi Pengetahuan

Pengulas berpendapat isu ini relevan kerana ini adalah salah satunya peranan-
peranan para pendidik di TASKA dan TADIKA untuk terus memajukan TASKA
muhupun TADIKA supaya ibubapa , masyarakat di sekolah atau Masyarakat
komuniti tidak memandang remeh terhadap pendidikan awal kanak-kanak .
Pengulas setuju dengan hasil kajian yang penulis tulis kerana dapat membantu
masyarakat ibubapa , masyarakat di sekolah atau masyarakat komuniti lebih
mengenal tentang pendidikan awal kanak-kanak dan isu yang dibincangkan logik
untuk membantu pendidik di TASKA muhupun TADIKA dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka untuk mendidik kanak-kanak.

Analisis Jurnal

Berdasarkan artikel, terdapat TIGA isu yang dibincangkan iaitu yang pertama kesan
penggunaan peranti atau gadjet terhadap perkembangan kanak-kanak ini.
Penyelidik berpendapat pelbagai jenis peranti seperti papan pintar , ipad , telefon
pintar , e – games dan permainan berbentuk elektronik yang lain untuk mereka
belajar , mengenali sesuatu yang baharu dan berkomunikasi dengan cara baharu.
Penyelidik berpendapat kanak-kanak meluangkan masa lebih banyak dengan
peranti kepunyaan mereka. Menurut penyelidik faktor penggunaan peranti atau gajet
dalam tempoh masa yang lama akan menyebabkan kanak-kanak mengalami
kelewatan dalam bertutur. Kesannya , kanak-kanak tidak berkomunikasi dengan
individu yang lain serta tiada berlakunya interaksi sosial antara kanak-kanak dengan
orang lain. Contohnya , menyebabkan masalah pembelajaran kepada kanak-kanak.
Menurut artikel terdapat cara mengatasi isu tersebut ialah membatasi masa
penggunaan , penggunaan gajet yang bersesuaian dengan tahap perkembangan
kanak-kanak serta pemilihan aplikasi mudah alih yang boleh membantu
mengoptimumkan perkembangan mereka.

Isu kedua ialah isu kesediaan dan kompetensi pendidik. Penyelidik berpendapat
penggunaan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi sebenarnya mampu
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kanakkanak di
prasekolah. Oleh itu , pendekatan ICT ini diterimapakai sebagai salah satu
pendekatan pembelajaran dalam pendidikan prasekolah. Menurut penyelidik faktor
isu kesediaan dan kompetensi pendidik ialah para pendidik mengakui bahawa
mereka mempunyai pengetahuan yang terhad dalam keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan ICT. Contohnya , kekurangan kompetensi pendidik dalam
mengendalikan ICT kerana perkembangan ICT berlaku dengan sangat pesat di
samping kurangnya latihan intensif yang disediakan untuk tujuan tersebut. Oleh itu ,
cara mengatasinya adalah para pendidik perlulah sentiasa peka akan perubahan ini
dan meneroka perkembangan semasa agar boleh diimplementasikan di dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

Isu ketiga ialah isu infrastruktur dan kemudahan sumber. Penyelidik


berpendapat kebanyakan negara yang sedang membangun khususnya Malaysia
masih lagi berdepan dengan masalah kemudahan fizikal , sokongan dan
penyelenggaraan sumber-sumber ICT yang menjadi cabaran dalam penggunaan
ICT dalam pendidikan. Menurut penyelidik , faktor kurangnya penggunaan ICT
dalam kalangan guru prasekolah adalah mereka kurang mendapatkan sokongan
teknikal serta kurangnya peralatan ICT yang disediakan untuk kegunaan mereka.
Disebabkan perkara-perkara ini , para pendidik tidak termotivasi untuk
menggunakannya semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu ,
cara mengatasinya pihak kerajaan dan pentadbir institusi hendaklah memandang
berat perkara ini dengan seadilnya bagi memastikan budaya melestarikan ICT dalam
pendidikan awal kanak-kanak dapat terus direalisasikan seterusnya dapat
menjadikan sesi pengajaran kanak-kanak menjadi lebih berkesan dan
menyeronokkan.
Berdasarkan artikel penulis juga mengatakan trend yang dibincangkan iaitu yang
pertama dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Penyelidik berpendapat penggunaan ICT seperti
media elektronik , tablet , telefon pintar , komputer , capaian internet dan aplikasi
mudah alih memberikan kesan yang baik kepada pemahaman kanak-kanak
terhadap satu konsep maka menjadi trend pada para pendidik untuk digunakan
sama ada dalam urusan pengurusan dokumentasi , penggunaan sebagai alat bantu
mengajar , penyampai informasi dan kolaborasi bersama ibubapa. Kesan
penggunaan ICT membantu pengurusan dokumentasi kanak-kanak menjadi lebih
efisyen dan efektif di samping dapat mengurangkan kos dan ruang penyimpanan
dokumen yang berkaitan dengan kanak-kanak. Kesan penggunaan ICT membantu
pengurusan dokumentasi kanak-kanak menjadi lebih efisyen dan efektif di samping
dapat mengurangkan kos dan ruang penyimpanan dokumen yang berkaitan dengan
kanak-kanak. Contohnya , para pendidik di prasekolah menggunakan ICT dalam
proses pembangunan portfolio kanak-kanak. Oleh itu , kajian yang lain juga
menyokong bahawa menerusi penyimpanan rekod dengan berbantukan ICT dapat
membantu pendidik untuk mengesan perkembangan kanak-kanak dan seterusnya
membantu dalam perancangan untuk tindakan susulan terhadap kanak-kanak

Trend yang kedua ialah penggunaan ICT sebagai alat bantu mengajar.
Penyelidik berpendapat kajian-kajian tersebut tertumpu kepada pembangunan
perisian yang berasaskan web atau mudah alih yang boleh dijadikan sebagai bahan
bantu mengajar di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Perkara ini menjadi indikator
kepada kita bahawa tablet menjadi satu ikonik permodenan dalam dunia pendidikan
pada hari ini. Peranannya menghampiri buku teks dan juga telah menggantikkan
penggunaan papan hitam untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan
itu , kesan penggunaan aplikasi mudah alih terhadap pengguasaan huruf Hijaiyyah
dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Manfaat hasil kajian tersebut
membuktikan bahawa pengajaran berbantukan aplikasi mudah alih memberikan
kesan yang positif dalam penguasaan huruf Hijaiyyah kanak-kanak. Selain itu ,
aplikasi mudah alih juga telah digunakan untuk bahan bantu mengajar bagi kanak-
kanak yang menghadapi masalah Disleksia. Seperti yang kita sedia maklum kanak-
kanak yang menghadapi masalah Disleksia mempunyai kesukaran dari aspek
penguasaan literasi dan numerasi. Oleh itu, kajian mendapati bahawa penggunaan
ICT menerusi tablet dan aplikasi mudah alih yang dibangunkan untuk kanak-kanak
Disleksia menunjukkkan kesan yang positif dari penguasaan literasi dan numerasi
mereka.

Trend yang ketiga ialah penggunaan ICT bagi tujuan komunikasi dan
kolaborasi bersama ibubapa. Penyelidik berpendapat penglibatan ibubapa dalam
pembelajaran kanak-kanak sememangnya memberikan implikasi besar dalam
membangunkan potensi mereka. Sokongan daripada ibubapa akan dapat
menjadikan usaha mengoptimumkan perkembangan kanak-kanak menjadi jauh lebih
baik. Maka dengan itu , pendidik harus memastikan peranan dan penglibatan
ibubapa dapat dimaksimalkan bagi memastikan kejayaan kanak-kanak. Oleh itu,
kebanyakan para pendidik menggunakan pendekatan ICT untuk berkomunikasi dan
berkolaborasi dengan ibubapa kerana dilihat dapat menjimatkan masa dan lebih
mudah. Contohnya, penggunaan medium email , whatsapp , telegram dan media
sosial yang lain. Melalui pendekatan ini, ibubapa tidak perlu terburu-buru datang ke
prasekolah jika berlaku masalah. Penulis juga berkata penggunaan alam maya
dalam pembelajaran yang menuntut kolaborasi antara ibubapa dan pendidik. Oleh
itu, pendidik menyediakan kerja rumah atau lembaran kerja untuk kanak-kanak dan
memberikan panduan kepada ibubapa bagaimana untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran kanak-kanak di rumah.

Cadangan kajian lanjutan

Atas dasar itu, adalah dicadangkan untuk dijalankan kajian pembangunan aplikasi
mudah alih yang boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar kanak-kanak
prasekolah yang mencakupi aspek-aspek perkembangan seperti bahasa dan
literasi , numerasi , awal sains , fizikal dan emosi. Dengan itu, para pendidik akan
mempunyai sumber pengajaran berbantukan ICT yang pelbagai dan boleh
digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Kajian analisis keperluan latihan pendidik juga adalah dicadangkan untuk


dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap penguasaan sedia ada pendidik dalam
pengendalian ICT serta mengukur jurang yang sedia ada antara hasrat kerajaan
dengan kompentensi pendidik. Hal ini penting kerana latihan memberikan kesan
yang signifikan kepada kecekapan dan kompetensi seorang pendidik. Sekiranya ini
dapat dilaksanakan maka latihan yang bersesuaian akan dapat disediakan dan
seterusnya dapat meningkatkan kompentensi dan kepakaran pendidik dalam
penggunaan ICT.

Selain itu, bagi kesediaan untuk menghadapi cabaran pandemic ini maka, adalah
menjadi wajar untuk membangunkan satu Learning Management System (LMS)
sebagai satu platform pembelajaran atas talian yang lebih sistematik dan
komprehensif untuk kanak-kanak prasekolah. Perkara ini penting berikutan dengan
situasi negara yang berdepan dengan norma baharu dan memudahkan urusan
pembelajaran atas talian bersama kanak-kanak menjadi lebih teratur dan efisyen.
Kajian oleh Aina’ Rasyidah Samsuddin dan Hapsah Md Yusof (2020) menunjukkan
gajet yang paling banyak digunakan oleh kanak-kanak adalah telefon bimbit,
televisyen dan tablet atau i-pad. Sehubungan dengan itu, menerusi satu LMS yang
komprehensif, ianya dilihat akan mampu menyokong pembelajaran kanak-kanak
dengan menggunakan gajet yang sering mereka gunakan. Menurut Hairia’an dan
Dzainudin (2020), penggunaan aplikasi dalam talian dalam kalangan guru mampu
meningkatkan kemahiran mereka dalam teknologi maklumat.

Kajian pembangunan aplikasi mudah alih untuk pentaksiran kanak-kanak wajar


untuk dilaksanakan. Kajian ini akan menyokong pembelajaran kanak-kanak kerana
sudah menjadi trend untuk para pendidik menggunaan aplikasi multimedia dan
mudah alih sebagai bahan bantu mengajar. Tambahan pula, urusan memerhati dan
mentaksir akan jauh lebih mudah, dipercayai dan lebih tersusun dengan
berbantukan ICT menerusi aplikasi mudah alih.
Aplikasi kepada Situasi Sebenar

Melalui pembacaan jurnal ini, pengulas dapat mempelajari beberapa kaedah baharu
dalam penggunaan ICT di pendidikan awal kanak-kanak dan dapat menambah ilmu
pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT untuk
menjadikan pembelajaran dengan kanak-kanak menyeronokkan. Seperti isu-isu
dalam penggunaan teknologi maklumat komunikasi dalam pendidikan awal kanak-
kanak. Isu yang pertama isu kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Penulis
memberikan contoh situasi seperti penggunaan peranti atau gajet dalam tempoh
masa yang lama akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kelewatan dalam
bertutur. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak tidak berkomunikasi dengan individu
yang lain serta tiada berlakunya interaksi sosial antara kanak-kanak dengan orang
lain. Selain itu , isu kesediaan dan kompetensi pendidik penulis memberikan
contoh situasi seperti penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru prasekolah. Hasil
kajian mereka mendapati bahawa kebanyakan guru menggunakan ICT untuk urusan
dokumentasi (56%), mengakses maklumat (82.6) dan komunikasi berbentuk email
(43.5%) sahaja. Hanya sebilangan kecil iaitu (34.8%) yang menggunakan ICT untuk
menyokong pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Di dalam kajian ini juga,
pendidik beranggapan bahawa penggunaan ICT di dalam prasekolah menjadi
rendah kerana kekurangan kompentensi pendidik dalam mengendalikan ICT kerana
perkembangan ICT berlaku dengan sangat pesat di samping kurangnya latihan
intensif yang disediakan untuk tujuan tersebut. Seerusnya, isu infrastruktur dan
kemudahan sumber penulis memberikan contoh situasi seperti kurangnya
penggunaan ICT dalam kalangan guru prasekolah adalah mereka kurang
mendapatkan sokongan teknikal serta kurangnya peralatan ICT yang disediakan
untuk kegunaan mereka. Disebabkan perkara - perkara ini, para pendidik tidak
termotivasi untuk menggunakannya semasa dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran

Manakala trend dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terdapat


tiga. Pertama penggunaan ICT untuk pengurusan dokumentasi di prasekolah.
Contoh situasinya, pendidik di prasekolah menggunakan ICT dapat proses
pembangunan portfolio kanak-kanak. Portfolio ini kemudiannya akan dinilai untuk
mengesan perkembangan kanak-kanak. Perkara ini adalah inovasi daripada
penilaian berbentuk formatif yang telah lama dipraktikkan di dalam konteks
pentaksiran perkembangan kanak-kanak prasekolah. Kedua penggunaan ICT
sebagai alat bantu mengajar. Contoh situasinya , perkara ini menjadi indikator
kepada kita bahawa tablet menjadi satu ikonik permodenan dalam dunia pendidikan
pada hari ini. Peranannya menghampiri buku teks dan juga telah menggantikan
penggunaan papan hitam untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ketiga
penggunaan ICT bagi tujuan komunikasi dan kolaborasi bersama ibubapa.
Contoh situasinya, menerusi kecanggihan dan kepesatan ICT pada masa kini harus
dimanfaatkan oleh para pendidik untuk mempertingkatkan komunikasi dan
kolaborasi bersama ibu bapa. Dilihat trend pada hari ini, para pendidik
menggunakan ICT untuk tujuan tersebut. Kebanyakan para pendidik menggunakan
pendekatan ICT untuk berkomunikasi dan berkolaborasi dengan ibu bapa kerana
dilihat dapat menjimatkan masa dan lebih mudah. Sebagai contohnya penggunaan
medium email, whatsapp, telegram, dan media sosial yang lain. Oleh itu, masyarakat
diluar sana seperti ibubapa,sekolah dan institusi tidak perlu memandang remeh
penggunaan ICT untuk kegunaan Pendidikan awal kanak-kanak.

Kesimpulan

Kesimpulannya , pengetahuan ilmu baru, penyelidik dapat terapkan sebagai tenaga


pengajar untuk masa akan datang Penyelidik dapat mengetahui kebaikan dan
keburukan penggunaan ICT di TADIKA mahupun TASKA. Penggunaan ICT sangat
digalakkan untuk berkomunikasi secara dalam talian dengan masyarakat diluar
sana. Seterusnya, penyelidik berpendapat dengan adanya artikel sebegini yang
diwar-warkan di laman media sosial boleh menambah pengetahuan masyarakat
seperti ibubapa , masyarakat disekolah dan masyarakat komuniti. Akhir sekali,
sekiranya penyelidik berpendapat membuat kajian seperti yang sudah dibincangkan
dalam artikel tersebut, perkara yang penyelidik ingin ubah bagi meningkatkan lagi
kualiti kajian isu ini ialah mengubah cara pemikiran ibubapa,masyarakat disekolah
dan komuniti melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak pendidikan awal
kanak-kanak
Rujukan

Norazly Nordin & Juppri Bacotang (2021). Isu dan trend penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.Jurnal Pendidikan
Awal Kanak-Kanak Kebangsaan , Vol.10 (1) , 2021 (99 – 107)

https://www.researchgate.net/publication/
350979722_Issues_and_trends_the_usage_of_information_and_communication_tec
hnology_in_early_childhood_education

Anda mungkin juga menyukai