Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI KOMUNIKASI

Kemahiran komunikasi merupakan sesuatu kemahiran yang diamalkan dalam kehidupan


kita seharian secara tidak langsung. Sebelum saya menjelaskan kemahiran komunikasi
secara lebih terperinci, mari kita bincang mengenai definisi komunikasi. Apakah yang
dimaksudkan dengan komunikasi? Berdasarkan Kamus Dewan dan Pustaka, komunikasi
bererti perhubungan iaitu berlakunya interaksi antara dua pihak secara langsung atau
perantaraan surat, radio, telefon dan sebagainya. Terdapat beberapa tokoh juga
mentakrifkan komunikasi daripada perspektif mereka. Contohnya, Verdeber K. & Verdeber
R. (2004), dan Hybels & Weaver (2001), mendefinisikan komunikasi sebagai proses
membentuk dan berkongsi makna, perasaan dan idea dalam ucapan, interaksi kumpulan
bertulis atau ucapan awam. Menurut James A.F.Stoner (1995), komunikasi adalah suatu
proses apabila seseorang berusaha memberikan pengertian dengan cara pemindahan
pesan.

Prinsip Komunikasi

Seterusnya, kemahiran komunikasi terdiri daripada dua jenis komunikasi iaitu komunikasi
interpersonal dan komunikasi intrapersonal. Berikut adalah ciri-ciri komunikasi interpersonal
dan komunikasi intrapersonal:

Komunikasi Intrapersonal Perkara Komunikasi Interpersonal


Berlaku secara sehala Jenis Komunikasi Berlaku secara dua hala
Berbentuk peribadi dan Sifat Komunikasi Berbentuk terbuka dan
khusus umum
Refleksi Diri Tujuan Menyampaikan maklumat
kepada penerima
Bermonolog Contoh Perbincangan berkumpulan

Proses Komunikasi
PENGANJUR: HO CHIT FOOK
NAMA AKTIVITI: PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

TARIKH: 10 JANUARI 2019

TEMPAT: GELANGGANG IPG GAYA

Laporan Pertandingan Bola Tampar Antara Opsyen Peringkat Institut Pendidikan Gaya
Kampus Gaya 2019

1.0 Pengenalan

Persatuan Bola Tampar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya telah mengadakan aktiviti
pertandingan bola tampar antara opsyen yang bertema “Otak Cerdas Badan Cergas”.
Seperti yang kita sediakala tahui, bola jaring merupakan permainan yang terkenal di
Malaysia. Permainan tersebut adalah kekuatan Malaysia yang berjaya memenangi pelbagai
pingat emas mahupun dalam pertandingan “Asian Games” atau Sukan Komanwel. Oleh itu,
tujuan utama pertandingan ini diadakan ialah untuk menggalakkan remaja-remaja
mencungkil bakat mereka dalam permainan tersebut. Pertandingan tersebut turut diadakan
adalah untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan mental. Pertandingan tersebut juga
bertujuan untuk mencari dan melatih pelapis atlet negara.

2.0 Objektif

1. Mengeratkan hubungan silaturahim sesame sendiri

2. Mendedahkan kepada para guru pelatih mengenai permainan bola tampar

3. Mewujukan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kumpulan

4. Dapat menjalinkan komunikasi yang baik sesama sendiri

5. Memupuk sikap berdikari dan bekerjasama dalam kalangan guru pelatih

6. Mendedahkan kepada guru-guru pelatih mengenai pengendalian aktiviti

3.0 Latar Belakang


Aktiviti tersebut diadakan pada 10 Januari 2019 di gelanggang bola tampar Institut
Pendidikan Guru Kampus Gaya. Secara keseluruhan terdapat 48 peserta yang turut serta
dalam pertandingan tersebut. Terdapat beberapa matlamat pelaksanaan aktiviti tersebut
antaranya adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Matlamat yang seterusnya adalah
untuk memdedahkan permainan bola tampar kepada yang tidak pernah melibatkan diri
dalam aktiviti tersebut. Matlamat yang kemudian adalah mencari peserta-peserta yang
berbakat untuk dipertandingkan dalam pertandingan Bola Tampar antara Institut Pendidikan
Guru. Kaedah pelaksaan aktiviti tersebut bermula dengan pembahagian 48 peserta kepada
8 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 6 ahli. Setiap ketua kumpulan akan mencabut
undi untuk menentukan lawan masing-masing. Setiap pertarungan akan diadili oleh
fasilitator yang terlibat. Penyampaian hadiah kepada para pemenang. Bahan-bahan
peralatan yang digunakan adalah beberapa biji bola tampar, jaring bola tampar, jam randik
dan wisel. Terdapat 5 fasilitator yang bertugas pada hari tersebut.

4.0 Jadual Tentatif Aktiviti

Masa Aktiviti
7.00am - 7.30am Pendaftaran para peserta
7.30am - 10am Pertarungan Pertama
10.30am - 11.00am Rehat
11.00am - 1.30pm Pertarungan Kedua
1.30pm - 2.00pm Makan Tengahari
2.30pm - 5.00pm Pertarungan Ketiga
5.00pm-5.30pm Penyampaian Hadiah kepada Pemenang
5.30pm Bersurai

5.0 Ahli Jawatankuasa Perssatuan Bola Tampar

Penasihat: CIK KALTHOM BINTI SAMIAIN


PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Pengelola: HO CHIT FOOK

Pengerusi: RUZZANA KHARMISHA BINTI WAHAB

Naik Pengerusi: NUR AINA ROSNI BINTI ROSLI

Setiausaha : HO CHIT FOOK

Bendahari : Jayvianne Joisin

Ahli Jawatankuasa: Semua pelajar SK1 DAN BM 1

6.0 Kewangan

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1. Hadiah RM20 X 2 RM40
2. Hadiah Saguhati RM15 X 2 RM30
3. Bola Tampar RM 15 X 4 RM60
4. Jaring bola tampar RM 20 RM20
5. Sarapan Pagi 48 X RM 5 RM240
6. Makanan Tengahari 48 x RM 5 RM240
RM630

7.0 Hadiah

Pemenang Hadiah
Johan Hamper Besar, Sijil, Piala, Pingat
Naib Johan Hamper Sederhana, Sijil, Piala
Saguhati Hamper Kecil, Sijil

8.0 Huraian Penilaian

Selepas pertandingan bola tampar tersebut, beberapa pemain bola tampar ditemuduga oleh
fasilitator. Peserta-peserta memberi maklum balas bahawa pelaksaan aktiviti tersebut
berjalan dengan lancar. Mereka juga berpuas hati dengan pemarkahan yang adil dan
saksama.

9.0 Masalah yang timbul


Secara keseluruhannya aktiviti tersebut dijayakan dengan baik. Semuanya berjalan dengan
lancar namun terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk
memantapkan lagi aktiviti tersebut. Antaranya adalah keadaan gelanggang yang kurang baik
seperti terdapat permukaan yang tidak rata dan mempunyai takungan air. Aktiviti juga
dilangsung lambat sedikit daripada waktu yang telah ditetapkan kerana mempunyai sedikit
masalah teknikal. Persatuan kami juga mempunyai masalah untuk membuat perbincangan
mengenai aktiviti tersebut kerana kesibukan jadual kelas masing-masing. Kami juga
berhadapan dengan masalah kewangan.

10.0 Penyelesaian Masalah

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh diambil untuk mengatasi


masalah-masalah di atas. Antaranya adalah membuat laporan kepada pihak atasan untuk
menutup permukaan yang berlubang. Kami juga akan bersungguh-sungguh untuk
menyelesaikan masalah teknikal secepat mungkin agar aktiviti dapat dijalankan tepat pada
masanya. Kami juga berjaya mencari masa lapang yang sesuai untuk membuat
perjumpaan iaitu pada hari Sabtu dengan kerjasama semua guru pelatih. Dari segi
kewangan pula, kami telah mengambil beberapa langkah iaitu dengan menjual barang-
barang terpakai seperti barang yang boleh dikitar semula. Kami juga mengumpul dana
melalui aktiviti penjualan makanan dan minuman.

11.0 Penutup

Kesimpulannya, terima kasih atas kerjasama semua pihak yang membantu dalam
menjayakan aktiviti tersebut. Kemenjadian aktiviti tersebut adalah hasil titik peluh semua
pihak khususnya guru pelatih yang berusaha selama berhari-berhari untuk menjayakan
aktiviti tersebut.

Yang Benar,

(HO CHIT FOOK)

Setiausaha Persatuan Bola Tampar IPG Gaya

Anda mungkin juga menyukai