Anda di halaman 1dari 40

PAKK3353

GURU DAN INTERVENSI KANAK-KANAK


BERKEPERLUAN KHAS
i. FAKTOR PENYEBAB KECACATAN
ii. IMPLIKASI INDIVIDU
BERKEPERLUAN
SEBELUM

FAKTOR
PENYEBAB
KECACATAN

SELEPAS SEMASA
FAKTOR PRENATAL (SEBELUM KELAHIRAN)
• Proses utama & penting dalam
pertumbuhan dan perkembangan
seseorang anak semasa dalam kandungan
ibu
• berlaku baik sahaja pensenyawaan antara
sperma dengan ovum sehinggalah kelahiran
bayi tersebut [38 minggu]
• Pada tahap ini, proses pembahagian
semasa pembentukan organ-organ dalaman
dan fizikal adalah amat aktif
• Amalan ibu mengandung perlu dijaga
kerana ia mempengaruhi pembentukan
bayi dalam rahim
Sambungan..
• Peringkat pertama yang dikatakan fasa geminan
merupakan proses pembentukan awal bagi otak
dan organ utama.
• Peringkat ini adalah peringkat pembentukan zigot
yang mengambil masa selama dua minggu.
• Penyerapan zat-zat makanan akan berlaku semasa
pembentukan awal bagi otak dan organ utama.
• Ibu mengandung digalakkan mengambil makanan
berkhasiat yang mengandungi protein,
karbohidrat, calsium, iron, zat galian dan sayuran.
• Maka, ibu mengandung harus berhati-hati dalam
pemakanannya, kerana pengabaian boleh
mengakibatkan bayi dalam kandungan mengalami
kecacatan.
Sambungan..
• Kefungsian jantung bayi dalam kandungan iaitu fasa embrio bermula pada minggu
keempat.
• Manakala, fasa fetus pula bermula pada bulan ketiga hingga anak dalam
kandungan itu dilahirkan dan organ utama serta jari tangan dan kaki juga akan
terbentuk sepenuhnya.
• Pada masa ini, seseorang ibu yang mengandung haruslah menjaga keselamatan dan
tingkah lakunya bagi mengelakkan kelahiran anak yang mempunyai kecacatan
terutamanya dari segi fizikal.
• Cecair Amniotik dan sempadan plasenta yang dihasilkan oleh saluran darah yang
memisahkan sistem peredaran ibu dan janin ---
– membantu melindungi fetus daripada mengalami kecederaan fizikal
– melindungi fetus daripada dimasuki benda asing yang menyebabkan kecacatan pada
bentuk janin mahupun tingkah laku dan kecerdasan otak.

• Walau bagaimanapun, perlindungan-perlindungan tersebut tidak dapat melindungi


janin sepenuhnya semasa perkembangan bayi dalam kandungan daripada virus atau
bakteria tertentu, misalnya virus HIV/AIDS dan virus Rubela.
PERSEKITARAN DAN GAYA HIDUP
Ibu mengandung yang
terdedah dengan asap rokok Ibu mengandung tinggal di
dan radiasi di persekitaran kawasan yang tidak bersih
akan mengganggu (air tidak bersih,keracunan
pertumbuhan bayi dalam dsbnya)
kandungan

Ibu mengandung yang


mempunyai gaya hidup Contohnya : merokok,
yang sihat cenderung mengambil dadah dan
melahirkan anak yang minum arak
sihat dan sebaliknya
BAHAN TERLARANG
(DADAH, ROKOK, ARAK)
• Ibu yang ketagih bahan narkotik, kokain, heroin – kerencatan
intrauterus, kerencatan fizikal pada tulang, mata, jantung, buah
pinggang, kelahiran janin pramatang, kurang berat dan kematian
ketika lahir (Santrock,2014).

• Kesan toksik rokok- kerencatan pertumbuhan, kerosakan sel otak,


kurang berat (Rohani,2003).

• Arak – bayi yang lahir oleh ibu yang mengambil alkohol menyebabkan
kecacatan mental, kecatatan anggota badan, bentuk kepala dan muka
yang luar biasa serta hiperaktif.
BAKA

Keturunan / faktor
pembawaan daripada
sifat-sifat genetik
keluarga (ibu bapa)
PEMAKANAN
• Corak pemakanan ibu mempengaruhi perkembangan janin.
• Corak pemakanan yang tidak teratur menyebabkan janin
kekurangan nutrisi dan vitamin.
• Boleh menyebabkan kesihatan yang lemah, keguguran dan
perkembangan otak tidak normal pada janin.
Umur Ibu Bapa

• Umur 20 hingga 35 adalah masa yang paling baik untuk proses


kehamilan.
• Ibu terlalu muda (20 ke bawah) – sistem reproduktif belum matang
dan berpotensi mengalami keguguran dan melahirkan bayi
pramatang.

• Ibu berusia 40 ke atas – risiko berlakunya keabnormalan kromosom


yang membawa kepada sindrom down.

• Umur bapa yang meningkat – risiko mutasi pada sperma yang


menyebabkan kecerlaruan genetic (akondroplasia), kecacatan tulang
(kerdil, kepala besar dan tiada batang hidung).
(akondroplasia)
FAKTOR PERINATAL (SEMASA KELAHIRAN)
• Proses semasa kelahiran bayi iaitu pada waktu bersalin.
• Proses kelahiran ini dibahagikan kepada tiga tahap utama iaitu pembukaan
serviks, kelahiran bayi, dan pengeluaran plasenta selepas kelahiran.
• Tahap proses pertama adalah pembukaan serviks yang merupakan tahap
yang paling lama iaitu mengambil masa selama 10 hingga16 jam.
• Dalam tahap ini, wanita yang mengandung akan merasai kontraksi secara
berhenti-henti atau kadang-kadang sepanjang dua bulan terakhir
kehamilan.
• Tahap yang paling sukar dan paling sakit sekali dalam proses melahirkan
bayi adalah bahagian terakhir dan tahap ini dipanggil transition.
• Pada masa ini, pihak hospital akan membekalkan ubat pemenang bagi
mengurangkan kesakitan tetapi ia sebenarnya memberi kesan terhadap
bayi terutama pada aspek kecerdasan otak.
Sambungan..
• Seterusnya, tahap kedua bermula apabila serviks sudah membuka
sepenuhnya dan berakhir dengan kelahiran bayi. Pada tahap ini, selain
menggunakan tenaga fizikalnya untuk mengeluarkan bayi, wanita juga
perlu memberikan komitmen yang tinggi kepada doktor dan jururawat
yang bertugas. Hal ini kerana, proses kelahiran akan menjadi lambat
sekiranya mereka gagal dalam memberi komitmen. Kebanyakan kes
sebeginilah yang menyebabkan kesan negatif kepada bayi dari fizikal dan
mental.

• Tambahan pula, langkah-langkah yang sepatutnya perlu diambil segera


sekiranya bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan bagi mengelakkan
sebarang kecacatan dan kecederaan bayi. Ini adalah kerana, salah satu
faktor anak dilahirkan dengan kecacatan adalah disebabkan oleh faktor
kelahiran tidak cukup bulan kerana pertumbuhan dan perkembangan
bayi tersebut semakin lambat berbanding dengan bayi yang lahir
normal.
Semasa Kelahiran
• Tahap yang paling sukar dan paling sakit sekali dalam proses melahirkan
bayi adalah bahagian terakhir dan tahap ini dipanggil transition. Pada
masa ini, pihak hospital akan membekalkan ubat penenang bagi
mengurangkan kesakitan tetapi ia sebenarnya memberi kesan terhadap
bayi terutama pada aspek kecerdasan otak.

• Proses kelahiran lambat - menyebabkan kesan negatif kepada bayi dari


fizikal dan mental.

• Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan bagi mengelakkan sebarang


kecacatan dan kecederaan bayi - pertumbuhan dan perkembangan bayi
tersebut semakin lambat berbanding dengan bayi yang lahir normal.
KEHAMILAN BERISIKO TINGGI
• Ibu yang mempunyai masalah:
- Kencing manis
- Berusia lebih 35 tahun
- Masalah kecacatan terdahulu
- Sejarah keguguran

Berisiko tinggi pada bayi – menyebabkan kecacatan pada tulang,


jantung, buah pinggang & masalah kromosom
FAKTOR POSNATAL (SELEPAS KELAHIRAN)
• Berlaku selepas kelahiran anak iaitu bermula pada saat kehidupan selepas ke dunia sampai
pada dua tahun atau lima tahun kehidupan seseorang anak. Proses ini banyak dipengaruhi
oleh faktor-faktor lain seperti gizi pemakanan, penyakit, keadaan sosial dan ekonomi,
musim, dan lain-lain lagi.

• Tahap ini merupakan tahap awal pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak.

• Gizi pemakanan perlu diamalkan pada masa ini. Hal ini membantu serta memudahkan
perkembangan anak yang sempurna dari segi fizikal dan mental. Kanak-kanak harus
mengambil makanan yang dikatakan kualitatif seperti makanan yang mengandungi protein,
karbohidat, lemak, mineral, dan vitamin. Contohnya, kanak-kanak memerlukan susu sejak
kecil. Susu bukan sahaja mempunyai khasiat nutrisi yang penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan otak kanak-kanak, susu juga mempunyai kalsium yang diperlukan oleh kanak-
kanak untuk pembesaran serta menguatkan tulang dan gigi.
Sambungan..
• Di samping itu, penyakit seperti demam kuning selepas kelahiran
yang semakin menular juga merupakan salah satu faktor
menyebabkan kecacatan pada diri kanak-kanak. Penyakit sebegini
tidak menunjukkan kesan pada masa tersebut tetapi akan memberi
kesan pada masa akan datang. Hal ini menyebabkan kebanyakan
anak kurang upaya tidak dapat dibantu kerana sudah terlambat
untuk mendapatkan rawatan.
• Demam panas yang tidak dirawat dan dibendung sehingga
menyebabkan demam panas melampau juga dapat menyebabkan
kecacatan.
FAKTOR ENDOGEN
• Faktor endogen adalah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangan dalam diri individu atau dikatakan sebagai faktor baka.
Contoh-contoh faktor endogen adalah seperti baka, pemakanan, kesihatan
ibu, pengambilan dadah dan alkohol, tabiat merokok, faktor Rh darah,
kesan X-ray, emosi ibu, umur ibu, kehadiran teratogen dan sebagainya.
• Seterusnya, kesan X-ray semasa mengandung juga menyebabkan kecacatan
akal, tempurung kepala, buta, dan sebagainya. Kehadiran teratogen juga
adalah amat bahaya kepada janin dalam kandungan kerana ia boleh
membantutkan pertumbuhan organ utama. Dari segi tekanan psikologi,
pengeluaran hormon adrenalin berlebihan yang memasuki saluran darah
janin akibat tekanan psikologi yang dialami oleh ibu-ibu yang mengandung
boleh menjejaskan pertumbuhan janin dalam kandungan.
FAKTOR EKSOGEN
• Faktor eksogen adalah berkaitan dengan luar diri individu iaitu faktor
persekitaran. Faktor ini termasuklah yang merangkumi faktor pemakanan,
keluarga, tempat tinggal, dan sebagainya.

• Faktor keluarga memainkan peranan yang penting dalam kelahiran seorang


anak ke dunia ini. Bagi mengelakkan sebarang gangguan sama ada dalam
pertumbuhan fizikal mahupun mental, pemerhatian dan kasih sayang ahli
keluarga semasa pembesaran dan perkembangan anak amat diperlukan.
Manakala, tempat tinggal juga harus selesa, kondusif, serta selamat.
Gangguan seperti pencemaran air, udara, bunyi, dan sebagainya akan
membawa kesan negatif yang akan menyebabkan kecacatan pada
pertumbuhan anak.
SPINA BIFIDA
• Penyebab Masalah Pendengaran:
http://www.myhealth.gov.my/spina-bifida/
• Kecacatan Sejak Lahir:
https://www.hmetro.com.my/node/49948
RABUN MATA
• Rabun Mata: http://www.myhealth.gov.my/rabun-mata/
• Penglihatan Terhad:
http://www.myhealth.gov.my/penglihatan-terhad/
• Perbezaan Antara Buta Dan Penglihatan Terhad:
http://www.myhealth.gov.my/perbezaan-antara-buta-dan-
penglihatan-terhad/
• Rabun Warna: http://www.myhealth.gov.my/rabun-warna/
• Rabun Jauh: http://www.myhealth.gov.my/rabun-jauh/
PEKAK [MASALAH PENDENGARAN]
• Penyebab Masalah Pendengaran:
http://www.myhealth.gov.my/penyebab-masalah-
pendengaran/
• Kecacatan Pendengaran:
http://www.myhealth.gov.my/kecacatan-pendengaran/
KEMALANGAN (NORMAL->BEKEPERLUAN
KHAS)

Kemalangan di
Kemalangan
tempat kerja
jalan raya
(terjatuh, mesin)

Sakit (kencing
manis)
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU BERKEPERLUAN
• Slogan pendidikan untuk semua (UNESCO) memberi peluang
kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka memerlukan
bahan pdp serta amalan bilik darjah yang khusus untuk proses
pembelajaran berkesan.
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU BERKEPERLUAN
KHAS
• Perubatan bulanan
– Rawatan
– Kos perubatan
– Medical Check Up

• Bahan dan alat penjagaan diri


– Lampin pakai buang
– Susu formula
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU BERKEPERLUAN
• Penentuan objektif pengajaran dan pembelajaran/intrvensi
yang berbeza bagi setiap MBK
• Alat bantu belajar, strategi, teknik dan pendekatan yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran berbeza
(Kebolehan kognitif dan fizikal yang berbeza)
• Susun atur bilik darjah yang bersesuaian mengikut MBK
Sambungan..

• Bentuk kurikulum yang bersesuaian untuk pembelajaran


maksimum.
• Teknik penyampaian guru – guru perlu berbakat dan mampu
mempelbagaikan penyampaian semasa pdp. (bercerita,
bersyair)

Anda mungkin juga menyukai