Anda di halaman 1dari 6

[CARA MANDIKAN BAYI BARU LAHIR] Proses mandian perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat.

Mengapa? Ia bagi mengelakkan bayi mengalami kecederaan yang tidak diingini seperti telinga dan hidung dimasuki air atau kulit bayi melecur. Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia. SEMASA mandi jangan lupa bersihkan di bahagian lipatan leher, paha dan ketiak. Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaik-baiknya bedung bayi menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk. Langkah pertama: >Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu. Langkah kedua: >Bersihkan kepala bayi. Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut. >Ketika proses ini juga, sikat rambut bayi supaya dapat menanggalkan lendir yang melekat. >Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan. >Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi. Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung. >Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering. Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju. Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat. Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor. Selesai bayi dibersihkan, disapukan bedak dan losen serta dipakaikan baju, ibu diwajibkan menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar selepas proses mandian.

[TANDA BAYI ANDA LAPAR] Tahukah anda, menangis adalah TANDA TERAKHIR yang diberikan oleh bayi anda tanda dia sedang lapar, selepas banyak tanda-tanda yang lain yang dah diberikan sebelumnya.. Ramai ibu yang mula bergegas menyusukan bayi mereka ketka bayi sudah benar-benar kelaparan dan menangis kuat.. Apabila bayi sudah menangis kuat, dia sukar untuk ditenangkan.. Jadi jom kenali tanda-tanda bayi anda lapar sebelum dia menangis lebih kuat :) Tanda-tanda bahawa bayi lapar seperti: * Kepala mereka bergerak-gerak dari sisi ke sisi * Bayi membuka-buka mulutnya * Meletakkan tangan dan jari mereka ke mulut * Menggerakkan bibir mereka seolah-olah menyedut * Menunjukkan refleks (apabila bayi bergerak mulut ke arah sesuatu yang yang mengusap atau menyentuh pipi mereka) * Menghisap baju atau apa saja yang menyentuh mulut, dagu dan pipi Bayi anda sungguh comel. Ambil masa untuk mengenali bayi anda. Dengan itu lama kelamaan anda akan lebih memahami tanda-tanda khusus yang bayi anda berikan. Selamat menyusukan bayi anda :)

PeTUA mEnDAPAT anak SOLEH/SOLEHAH : Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:

(Al-furqan : 74) P/S : JOm sama-sama berusaha DapaTkan Zuriat yang SOLEH & SOLEHAH mudah2han diperkenankan... amin

Renungan bersama... 1) Jangan pukul anak dari lutut keatas 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak ...Sabda Rasulullah s.a.w. Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran) 4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya). 8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap. 9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali). 10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. 11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.

Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap) 12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. 13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. 14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain). 15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. 16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. 17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam, 20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. 22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi

Anda mungkin juga menyukai