Anda di halaman 1dari 5

4.

Amalan Kebersihan Pendidik/ Pengasuh


Dalam proses pembesaran kanak-kanak, mereka perlu belajar banyak benda tentang aktiviti,
tindakan, kelakuan, perbuatan dan termasuklah juga tindakan menjaga kebersihan dalam kehidupan
mereka. Dalam hal ini, pendidik/ pengasuh seharusnya memainkan peranan yang sangat penting
dalam mengajar anak-anak unuk menjaga kebersihan. Pendidik/ Pengasuh juga merupakan role-
model bagi anak-anak kerana anak-anak ini akan berlajar sesuatu perkara dari apa yang mereka lihat,
sentuh dan rasai. Oleh hal yang demikian, pendidik atau pengasuh haruslah menunjukkan contoh
yang baik dan betul tentang kebersihan kepada anak-anak agar mereka dapat contoi dan tindakan itu
mereka gunakan dalam kehidupan harian mereka. Terdapat banyak contoh amalan yang betul dalam
penjagaan kebersihan bagi seorang ibu bapa atau pengasuh untuk di jadikan contoh.

Pendidik/ pengasuh haruslah sentiasa berterampilan bersih dan berpakaian kemas di rumah,
apatah lagi di luar, sewaktu turun kerja atau pergi membeli-belah. Pendidik/ pengasuh hendaklah
berterampilan bersih dan wangi pada setiap hari, kuku tangan dan kaki hendaklah di potong
sekiranya sudah kelihatan panjang, menggunakan minyak wangi pada pakaian mengelakkan
sebarang bau yang tidak menyenangkan timbul dan untuk kenyamanan diri sendiri. Seterusnya,
sentiasa berpakaian yang kemas seperti baju kerja mestilah dalam keadaan yang bergosok, rambut di
sisir rapi dan di ikat bagi wanita, tudung di gosok dan gunakan kerongsang bagi wanita muslim dan
kasut atau selipar mesti dalam keadaan yang bersih dari sebarang kotoran tanah. Hal ini wajib di
lakukan bagi seorang role-model kerana berpakaian dan berterampilan yang kemas dan bersih dapat
mengundang keselesaan untuk bergaul dan peroleh banyak kenalan dan sekiranya anak-anak contohi,
hal ini akan membantu anak-anak tahu akan kepentingan kebersihan untuk mereka sekarang dan
masa hadapan.

Rajah 1. Berpakaian kemas dan bersih


Di samping itu, pendidik/ pengasuh mestilah sentiasa mencuci tangan setelah melakukan
sebarang tindakan yang melibatkan benda yang kotor. Sentiasa membasuh tangan selepas menukar
lampin anak-anak merupakan tindakan yang amat penting kerana kita tidakan akan nampak atau
sedar akan kuman-kuman yang ada di sekitar kita. Bukan hanya selepas menukar lampin kanak-
kanak sahaja, tetapi selepas memegang barang yang lama tidak dibersikan, barang yang kotor dan
lain-lain. Gunakan sabun yang mempunyai kesan antibakteri dan mengikut langkah-langkah mencuci
tangan dengan betul bagi mematikan kuman-kuman yang ada pada tangan. Oleh itu, mencuci tangan
selepas menukar lampin dan memegang benda yang kotor amat penting untuk kebersihan diri dan
anak-anak itu juga justeru boleh di jadikan contoh kepada anak-anak.

Rajah 2. Sentiasa mencuci tangan

Selain itu, ibu bapa dan pengasuh hendaklah sentiasa memotong kuku sehingga pendek dan jangan
memakai aksesori yang membahayakan bayi dan kanak-kanak. Ketika kuku panjang atau memakai
aksesori yang bahaya seperti cincin atau gelang yang tajam akan menyebabkan bayi atau kanak-
kanak luka apabila hendak dimandikan, dibersihkan atau ketika bermain bersama mereka. Oleh itu,
cara yang paling baik dan selamat adalah elakkan memakai aksesori yang bahaya dan kuku yang
panjang ketika berada bersama bayi dan kanak-kanak.
Rajah 3. Kuku tidak boleh panjang

5. Amalan Kebersihan Kanak-Kanak

Kehidupan sebagai kanak-kanak memang sangat aktif. Adalah normal jika kita selalu lihat anak-anak
baru balik rumah selepas bermain dengan keadaan berpeluh-peluh serta muka dan pakaian menjadi
kotor. Selalunya setiap ibu bapa akan risau kerana disebabkan aktiviti ini, kanak-kanak mudah
berjangkit kepada kuman dan bakteria. Selaku ibu bapa dan pengasuh yang lebih faham akan
kepentingan menjaga kebersihan harauslah membiasakan anak-anak untuk menerapkan pola hidup
bersih dan sihat. Terdapat banyak cara untuk mengajar anak-anak untuk menjaga kebersihan diri dan
persekitaran diri.

Antara cara yang paling ampuh untuk diamalkan oleh anak-anak untuk menjaga kebersihan
diri adalah sentiasa mencuci tangan. Mencuci tangan merupakan pilar yang sangat penting untuk
membangun kebiasaan menjaga kebersihan diri sendiri. Ajarkan anak-anak untuk mencuci tangan
sebelum dan sesudah makan, setelah bermain di tempat kotor atau menyentuh binatang, dan setelah
berjumpa dengan orang yang sakit. Penting juga untuk ibu bapa mengajar anak-anak mengenai
pentingnya mencuci tangan dengan sabun. Mencuci tangan dengan menggunakan hand sanitizer
sebenarnya kurang efektif jika dibandingkan dengan mencuci tangan menggunakan dengan sabun
dan di bilas dengan air yang mengalir. Oleh karena itu, biasakan anak-anak untuk menggunakan
hand sanitizer sesedikit mungkin selama masih tersedia air mengalir dan sabun untuk mencuci
tangan.

Rajah 4. Amalan mencuci tangan

Selanjutnya, ibu bapa haruslah mengajar anak untuk menutup mulut dan hidung
menggunakan tisu jika mereka bersin atau batuk. Jika tidak sempat mencapai tisu, minta anak anda
untuk menutup mulut mereka menggunakan telapak tangan. Tindakan menutup mulut dan hidung
ketika bersin atau batuk adalah untuk mengelakkan bakteria tersebar dengan orang sekitar. Bukan
sahaja untuk mengelakkan orang sekitar terkena bakteria yang kita keluarkan dari mulut ketika kita
bersin, menutup mulut ketika bersin juga dapat mengelakkan dan mengurangkan kita untuk terkena
bakteria yang ada dalam udara sekitar. Oleh hal yang demikian ini, latihlah anak-anak untuk sentiasa
menutup mulut ketika bersin agar tidak mudah untuk mendapatkan sebarang penyakit yang
berjangkit.

Rajah 5. Menutup mulut ketika bersin

Sentiasa membersihkan diri ataupun mandi merupakan salah satu amalan kebersihan yang
wajib anak-anak amalkan sehari-hari. Tapi pada hakikatnya masa kini, sebagian anak kecil tidak
suka mandi, sementara sebagian lain akan menganggap mandi merupakan aktiviti yang
menyenangkan untuk dilakukan. Mandi ataupun membersihkan diri ini amatlah penting kerana
dengan mandi 2 atau 3 kali sehari akan membantu mengelakkan diri anak-anak kecil mahupun
remaja diserang penyakit kulit seperti ruam kemerahan, memar, dan bekas gigitan serangga. Ibu bapa
juga wajib mengajari anak-anak untuk membiasakan diri memeriksa seluruh tubuh mereka sebelum
berpakaian. Ajar mereka untuk mencari adakah terdapat luka atau kemerahan pada kulit yang
membutuhkan perawatan. Hal ini, akan dapat menjamin kesihatan kulit anak-anak. Oleh itu, ibu bapa
atau pengasuh haruslah menjadikan mandi sebagai kegiatan yang menyenangkan dengan apa juga
cara seperti mandi dengan menggunakan air yang panas atau air yang dipenuhi dengan buih sabun.
Ini akan membuat anak-anak suka mandi dan tidak berfikiran untuk malas mandi pada setiap hari.
Rajah 6. Amalan mandi bersih

Anda mungkin juga menyukai