Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGUAN 11

Kebersihan Diri Murid

10 APRIL 2023 – 16 APRIL 2023

1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Kebersihan diri perlu dijaga dengan rapi untuk membentuk diri yang sihat. Di
sekolah ini, saya berdepan dnegan masalah kebersihan murid. Mereka tidak begitu
mementingkan kebersihan diri. Antaranya adalah mereka tidak memakai kasut
sewaktu ingin ke tandas, pakaian sekolah kotor dan baring di kawasan yang kotor.
Hal ini boleh membawa kepada kesan yang serius sekiranya mereka masih
bersikap seperti ini. Kebersihan diri adalah perkara paling utama dalam kehidupan
seharian manusia. Dalam keadaan pandemik ini, seeloknya kita lebih berwaspada
dan menitik beratkan hal-hal kebersihan terutamanya. Untuk pengetahuan umum,
terdapat juga perkara perkara kecil yang sering diremehkan dalam kehidupan yang
seharusnya menjadi asbab terpenting bagi kita. Bak kata pepatah ‘mencegah lebih
baik daripada merawat’. Jadi mari kita selongkar cara-cara penjagaan kebersihan
diri dengan sempurna dan betul

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):

Umum mengetahui kebersihan diri penting untuk semua individu. Oleh hal yang
demikian, murid wajarlah menjaga kebersihan dan penampilan diri kerana menjaga
kebersihan diri adalah amalan penting dalam kehidupan seharian. Contohnya,
sekiranya mereka masih enggan memakai kasut sewaktu pergi ke tandas, ini boleh
mengakibatkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Isu ini berpunca daripada ibu bapa
yang tidak menitikberatkan kebersihan diri anak-anaknya. Ibu bapa perlu
memainkan peranan yang penting bagi membantu pihak sekolah membentuk kualiti
peribadi yang mulia.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU


(PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS:

Teori belajar modeling merupakan teori yang dikemukan oleh Albert Bandura.
Dimana modeling adalah proses belajar dan mengamati tingkah laku atau perilaku
dari orang lain disekitar kita. Dengan kata lain, Modelling merupakan proses
pembelajaran dengan melihat dan memperhatikan perilaku orang lain kemudian
mengikuti perilaku tersebut.
Seperti budaya menjaga kebersihan di Jepun, di sekolah tiada pekerja yang bekerja
sebagai tukang cuci. Murid dan guru akan melakukan kerja-kerja pembersihan di
sekolah tersebut. Contohnya, mencuci tandas, mencuci kelas dan sebagainya.
Tambahan lagi, semua murid akan memasak hidangan makanan tengah hari
mereka sendiri.Kemudian, guru juga diwajibkan menghabiskan makanan tersebut
tanpa sebarang sisa. Tidak lupa juga, mereka menjaga kebersihan dengan
memberus gigi..

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:

Antara cadangan penyelesaian isu tersebut adalah saya harus menjadi ROLE
MODEL kepada semua murid. Hal ini kerana, menurut teori yang dikemukan oleh
Albert Bandura dimana modelling adalah proses belajar dan mengamati tingkah
laku atau perilaku dari orang lain disekitar kita. Dengan kata lain, Modelling
merupakan proses pembelajaran dengan melihat dan memperhatikan perilaku
orang lain kemudian mencotohinya. Oleh demikian, saya perlulah kemas seperti
sentiasa menjaga kebersihan diri dan berpakaian kemas supaya menjadi suri
teladan murid di sekolah ini. Saya juga perlu sentiasa memberi teguran kepada
murid yang tidak menjaga kebersihan diri. Akhir sekali, menjadikan murid yang
kemas sebagai contoh kepada rakan lain. Oleh itu, murid yang lain akan
mencontohinya kerana ingin menjadi seperti rakannya.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN:

Apabila semua murid tinggal di rumah maka sebagai guru kami perlu mengambil
masa yang lama untuk sentiasa mengingati murid-murid untuk sentiasa menjaga
kebersihan diri. Misalnya, guru bertugas akan bercakap tentang cara-cara menjaga
kebersihan diri semasa perhimpunan mingguan. Bukan itu sahaja, 5 minit sebelum
sesi PdPc guru-guru akan menunjukkan video berkiatan cara dan kesan menjaga
kebersihan diri di Smart Tv.

6. TINDAKAN SUSULAN:

Antara tindakan susulan yang perlu diambil oleh guru adalah guru wajarlah
meningkatkan keyakinan diri dengan mencuba sesuatu yang mencabar. Contohnya,
guru perlu mempunyai sikap berani seperti mencuba sesuatu di luar bidang
tugasnya agar diri guru sentiasa dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang
berterusan. Tambahan lagi, seorang guru juga perlu sentiasa berfikiran positif
supaya mampu mengajar dengan baik dan dapat menunjukkan contoh yang baik
kepada semua muridnya. Tidak lupa juga seorang guru perlu mencintai tugas yang
diamanahkan dengan ikhlas dan cemerlang supaya setiap tindakan yang diambil
oleh guru dapat mendatangkan kesan yang baik kepada semua pihak.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN:

17 April 2023

10 KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:

Melalui cadangan penambahbaikan yang dirangka, saya mendapati masalah ini


semakin baik dan berjaya. Kesannya, murid-murid lebih pandai menjaga kebersihan
diri.

11 KESIMPULAN

Peranan guru sekolah amat penting kerana murid dapat mempelajari perkara asas
dalam penjagaan kesihatan diri dari sudut kebersihan anggota tubuh. Hal ini
demikian kerana para pelajar dapat informasi awal dalam penjagaan kebersihan
anggota badan. Antara anggota badan yang perlu dititikberatkan dalam kalangan
pelajar ialah tangan. Oleh sebab itulah pelajar perlu diajar untuk membasuh tangan
yang juga diertikan sebagai mencuci tangan yang merupakan kebiasaan yang
sering kita lakukan dengan tujuan untuk membersihkan kotoran yang melekat pada
kulit tangan dengan menggunakan air bersih dan sabun. Kesimpulan daripada
perbincangan ini, pelbagai kepentingan yang perlu dipelihara sekiranya kita
menjaga kebersihan diri. Golongan muda yang berumur setahun jagung hendaklah
mendengar nasihat orang tua yang menyeru ke arah kebaikan. Persis peribahasa
Melayu, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Budaya yang diamalkan oleh
generasi terdahulu seperti bergotong royong dan mencuci kaki sebelum masuk ke
dalam rumah wajar diteruskan dan menjadi bukti bahawa menjaga kebersihan
adalah budaya kita. Amalan ini perlu dipupuk dan disematkan dalam diri dan minda
setiap ahli masyarakat agar keharmonian dan keamanan yang kita nikmati di tanah
air ini kekal terjamin untuk generasi-generasi akan datang.
12 RUJUKAN

United Nations Children's Fund. (2011). Water, sanitation and hygiene for school

children in emergencies: A guidebook for teachers.

https://www.unicef.org/disabilities/files/WASH_in__Schools_in_Emergencies

_Guidebook_for_teache rs_.pdf

Rajbhandari, A. K., Dhaubanjar, R., G. C, K. B., & Dahal, M. (2018). Knowledge and

practice of personal hygiene among secondary school students of grade nine

and ten. Journal of Patan Academy of Health Sciences, 5(2), 107-113.

Anda mungkin juga menyukai