Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum :6

Tarikh : 19.7.2019

Tajuk Jurnal : Kebersihan Murid

1. Isu Yang Difokuskan

Masalah yang dijumpai pada minggu ini adalah murid tidak menjaga kebersihan
diri sendiri. Kebanyakkan murid tidak mengambil berat tentang isu penjagaan diri.
Sebagai contoh murid suka memain air liur di kelas, berbaring di lantai sebelum saya
masuk kelas, juga terdapat murid yang tidak menyerika pakaian, tidak mencuci kasut
sekolah dan lain-lain.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Berdasarkan dapatan temubual dengan murid, saya mendapati bahawa kebanyakan


murid tidak menjadikan penjagaan kebersihan diri sebagai suatu tabiat yang baik. Jika murid
tidak berubah sikapnya dengan hal ini, masalah penjagaan kebersihan diri boleh dianggap
melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan syarat agar murid berpakaian
kemas ketika di sekolah.Saya juga mendapati bahawa punca kebersihan disebabkan oleh isu
kekeluargaan murid, misalnya terdapat murid yang dibesarkan oleh ibu tunggal.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu

Menuru Ahmad Sulaiman (2008), kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan
higiene yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat,
tidau bau, tidak menyebarkan kotoran atau menularkan kuman penyakit terhadap diri sendiri
ataupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri seperti mandi,
menggosok gigi, mencuci tangan dan memakai pakaian yang bersih.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkanbeberapaalternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :

1. Menganjurkan kempen-kempen seperti “Personaliti Indah, Diri Bersih dan Sihat”.


2. Mengajar tajuk atau menerapkan nilai yang berkaitan dengan kebersihan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

3. Sentiasa memberi nasihat kepada murid atau mengingati murid tentang kepentingan
menjaga kebersihan diri sendiri dan kesan tidak menjaga kebersihan sediri.

5. Tempoh masa penyelesaian

1 minggu

6. Tindakan Susulan

Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah
pengurusan masa dalam aktiviti kumpulan:

1. Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan.

2.Guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan.

3. Kempen-kempen atau ceramah mesti dilakukan secara berterusan.(seminggu sekali ketika


perhimpunan pagi sekolah)

4. Guru disiplin harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Kebanyakan murid dapat menjaga kebersihan diri sendiri.

9. Kesimpulan/Refleksi

Walaupun masih ada murid-murid menghadapi masalah dalam penjagaan kebersihan


diri, tetapi saya percaya bahawa masalah tersebut mesti dapat diselesaikan jika guru dan ibu
bapa sentiasa mengingati mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan diri sendiri.

Rujukan

Ahmad Sulaiman. (2008). Anak adalah anugerah. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors .

Anda mungkin juga menyukai