Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN

JURNAL

PRAKTIKUM FASA 1

SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA

NAMA PELAJAR : NAQEBATUL NAJAH BINTI IDRUS

KURSUS DAN AMBILAN : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL (SK) JUN 2016

TEMPOH PRAKTIKUM : 29 JULAI 2018 – 25 OKTOBER 2018

NAMA GURU PEMBIMBING : 1. PUAN MUNIZAH BINTI ISMAIL

2. PUAN NORAIYANI BINTI ISMAIL

NAMA PENSYARAH : 1. DR MOHD FAUZI BIN FADZIL


PEMBIMBING
2. PUAN MALAR ARASI A/P SUNDARAM

TARIKH : 29 JULAI 2018 – 2 OGOS 2018

BILANGAN JURNAL :1

MINGGU PRAKTIKUM : MINGGU PERTAMA

TAJUK JURNAL : KEBERSIHAN DIRI MURID


1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Saya Naqebatul Najah binti Idrus telah diberi tugasan untuk menjalani praktikum
selama 12 minggu di Sekolah Kebangsaan Jitra. Saya dikehendaki menjalankan
tugasan praktikum bagi major Pendidikan Seni Visual dan elektif Reka Bentuk
Teknologi. Sepanjang saya menjalani praktikum selama seminggu di sekolah tersebut,
saya berdepan dengan masalah kebersihan diri murid-murid. Saya dapati murid-murid
tidak mengambil berat dan memandang serius tentang kebersihan dan kekemasan diri.
Sesetengah murid tidak memasukkan baju ke dalam seluar supaya nampak lebih
kemas. selain itu, ada yang tidak memakai tali leher. Kebanyakan murid-murid datang
pada waktu pagi dalam keadaan bersih dan kemas tetapi akan mula berkeadaan kotor
dan berbau setelah bermain-main terutama pada waktu rehat. Perkara ini tidak
sepatutnya berlaku kepada seseorang murid sekolah.Murid-murid perlu menjaga
penampilan diri dari segi kekemasan dan kebersihan diri. Masalah kebersihan ini bukan
sekadar berlaku pada murid tahap 1 tetapi melibatkan juga murid tahap 2. Sebagai
seorang guru, perkara ini membimbangkan keranan ianya melibatkan imej sekolah dan
guru-guru. Sekiranya pihak luar datang ke sekolah dan mendapati murid-murid dalam
keadaan tidak kemas dan bersih, ianya memberi impak buruk kepada imej sekolah.

2. ANALISIS YANG DIFOKUSKAN

Antara punca murid kurang menitikberat mengenai penjagaan kebersihan diri adalah
kerana mereka kekurangan ilmu mengenai masalah ini. Contohnya ialah tentang
bahaya dan impak sekiranya tidak menjaga kebersihan diri. Hal ini kerana, diri mudah
terdedah kepada penyakit dan kuman sekiranya tidak dijaga dengan baik. Selain itu,
melalui analisa yang dilakukan, nasihat dan teguran mengenai penjagaan kebersihan
dan kekemasan diri kurang dititikberatkan kepada murid-murid. Oleh yang demikian,
murid-murid mudah leka dan cuai sekiranya tidak dipesan atau diberi nasihat selalu.
3. KAJIAN LAMPAU TERHADAP ISU

Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh setiap
individu khususnya murid-murid sekolah. Hal ini kerana, bermula disinilah mereka
sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya
murid-murid tidak endah dengan hal ini mereka sememangnya boleh dianggap
melanggar peraturan sekolah kerana peraturan sekolah meletakkan syarat agar murid
berpakaian kemas. Ini membuktikan bahawa kebersihan amat penting bagi murid-
murid. Menurut Ahmad Sulaiman (2008), 'Kebersihan adalah salah satu tanda dari
keadaan higiene yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan diri agar sihat, tidak
berbau, tidak menyebarkan kotoran atau menularkan kuman penyakit terhadap diri
sendiri mahupun orang lain'.

Sementara itu, seperti yang kita sedia maklum agama Islam juga amat
menitikberatkan soal kebersihan ini. Justeru, Islam meletakkan kebersihan diri
sebahagian daripada iman. Sahari Akim (2008) menyatakan bahawa 'Dalam isu
menjaga kebersihan ini, setiap masyarakat perlu mempunyai kesedaran dan sikap
bertanggungjawab. Masyarakat perlu mematuhi amalan menjaga kebersihan dari lunas-
lunas agama, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undang-undang
serta peraturan yang ditetapkan. Isu kebersihan sememangnya dititikberatkan dalam
ajaran agama Islam sendiri. Islam memandang kebersihan itu sebahagian daripada
iman'.

Kita juga sedar bahawa keebrsihan dapat menghindarkan diri dari terkena
jangkitan penyakit. Maka berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah telah menjadi
tanggungjawab saya sebagai guru untuk memastikan murid-murid berada dalam
keadaan yang bersih dan kemas.
4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :

1. Memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid.

2. Menganjurkan kempen-kempen seperti 'Personaliti Indah' , 'Saya sayang diri


saya'dan ' Diri bersih dan sihat'.

3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermodulkan aspek atau tajuk kebersihan.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN

29 Julai 2018 – 2 Ogos 2018 ( seminggu )

6. TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memastikan murid-murid diberi nasihat secara berterusan mengenai


kepentingan menjaga kebersihan diri. Antara contoh yang boleh dilakukan ialah nasihat
ini diselit ketika perhimpunan pagi sekolah. Selain itu, saya juga akan meminta pihak
sekolah untuk melakukan kempen-kempen dan ceramah mengenai isu ini agar murid-
murid menerima lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai penjagaan kebersihan
dan kekemasan diri.

7. RUJUKAN

Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed (2009). Siri pendidikan

guru: murid dan alam belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Erwan, A. (2008). Higienitas perspektif hadis: kajian hadis-hadis tentang kebersihan

makanan, sumber air, rumah dan jalanan.

Anda mungkin juga menyukai