Anda di halaman 1dari 10

Tugasan 2: Laporan Kajian Kes (40%)

Persatuan di sekolah mempunyai sumber kewangan


yang terhad. Pelbagai aktiviti dan program dirancang
bagi menjana aktiviti kewangan. Hal ini bergantung
kepada misi dan visi penubuhan sesuatu persatuan
tersebut. Disamping itu, pengurusan kewangan yang
baik dan sempurna maka perjalanan persatuan
berkenaan akan pincang.

Secara individu, anda dikehendaki menjalankan satu


kajian kes terhadap aktiviti penjanaan kewangan satu
persatuan. Laporan kajian anda hendaklah disokong
dengan pengumpulan dan analisis data berpandukan
SWOT.
KAJIAN KES TERHADAP AKTIVITI-AKTIVITI PENJANAAN KEWANGAN

PERSATUAN GENDANG 24 MUSIM SMJK KEAT HWA

1.0 Pengenalan

Persatuan Gendang 24 Musim adalah persatuan untuk menyebarkan kebudayaan


Cina supaya kebudayaan Cina tidak ditelan zaman. Penubuhan persatuan ini adalah di atas
dasar untuk mendekatkan permainan gendang 24 musim kepada para pelajar supaya
pelajar-pelajar lebih memahami kebudayaan cina dan mewarisinya. Dengan adanya
Persatuan Gendang 24 Musim maka pelajar-pelajar boleh mengenali kebudayaan ini secara
lebih dekat dan dapat menganjurkan beberapa perlawanan persahabatan bersama sekolah-
sekolah lain bagi mengeratkan silaturahim. Semua pelajar SMJK Keat Hwa yang berminat
bolehlah menyertai persatuan ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menjana kewangan
adalah membuat persembahan pada Hari Tahun Baru Cina, perasmian atau penutupan
sesuatu majlis dan karnival, Hari Kantin serta kem latihan dan kebudayaan.

Berdasarkan aktiviti-aktiviti di atas, wang tersebut digunakan sebagai wang


pengurusan aktiviti yang telah diadakan oleh persatuan Gendang 24 Musim di sekolah.

2.0 Objektif kajian


2.1 Mengkaji sejauhmana aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menjana kewangan
Persatuan Gendang 24 Musim.
2.2 Mengkaji sama ada Persatuan Gendang 24 Musim membuat perancangan kewangan
pada setiap tahun.
3.0 Pernyataan masalah

Masalah yang dihadapi oleh persatuan ini ialah guru penasihat kekurangan
kemahiran dan pengetahuan tentang perancangan kewangan. Jika tanpa perancangan
menjana dan mengurus kewangan yang cekap dan bersistematik, sesebuah persatuan akan
menghadapi masalah kewangan dan akan dibubarkan. Sebaliknya, dengan adanya
perancangan menjana dan mengurus kewangan, persatuan tidak lagi menghadapi masalah
kekurangan kewangan. Oleh itu, penjanaan kewangan yang cekap dan bersistematik amat
penting dalam sesebuah persatuan. Selain itu, pihak berkenaan telah membeli gendang
dengan harga yang lebih murah berbanding dengan lain dan akibatnya mendapati bahawa
kualiti gendang tersebut tidak begitu baik. Ini telah mengakibatkan kos penjagaan gendang
sangat tinggi.

Secara tuntasnya, Persatuan Gendang 24 Musim haruslah memastikan aktiviti yang


dijalankan berkesan dan dapat menambah pendapatan. Ini adalah sebab pembelian dan
penjagaan gendang memerlukan kos yang tinggi sampai ke beberapa juta setahun kerana
gendang yang digunakan oleh persatuan ini adalah diimport dari negara China.

Untuk menjawab persoalan kajian, saya menggunakan satu instrumen pengumpulan


data iaitu temu bual. Temu bual telah dijalankan iaitu antara pengkaji dengan guru.

4.0 Kaedah Kajian


4.1 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan seorang guru nasihat Persatuan Gendang 24 Musim daripada
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa di daerah Kota Setar. Bagi guru yang
ditemu bual saya namakan sebagai guru satu. Guru satu adalah berbangsa Cina dan tinggal
berhampiran di kawasan sekolah serta mempunyai taraf hidup yang sederhana. Guru ini
merupakan guru penasihat bagi persatuan ini.

4.2 Pelaksanaan Kajian

Pengkaji merujuk kepada penjanaan dan pengurusan kewangan persatuan dalam


melaksanakan kajian ini. Hal ini demikian kerana menyedari kepentingan menguruskan
kewangan persatuan untuk mengelakkan kekurangan dana untuk melakukan aktiviti
persatuan dan sebagainya. Oleh itu, pengumpulan data dibuat untuk mengenalpasti sama
ada guru dapat menguruskan kewangan persatuan dengan bijak dan melaksanakan aktiviti
yang dapat menjana kewangan demi kebaikan persatuan. Kajian ini dilaksanakan mengikut
peringkat di mana peringkat pertama satu temu bual dilakukan antara pengkaji dan guru
satu. Seterusnya, kajian diteruskan dengan membuat analisis data berpandukan SWOT.

4.3 Pengumpulan data

Untuk menjawab persoalan kajian, saya menggunakan satu instrumen pengumpulan


data iaitu temu bual. Temu bual ini telah dijalankan iaitu antara pengkaji dengan guru.

4.4 Temu Bual

Bagi mengumpul data untuk menjawab soalan kajian ini, saya telah menemubual
bersama guru dengan mengemukakan soalan-soalan tertentu untuk dijawab oleh guru.
Setiap temu bual yang dijalankan dalam bentuk audio akan ditranskipkan dan dianalisis
mengikut tema yang tertentu.
5.0 Dapatan Kajian
5.1 Analisis Temu Bual
a) Pendapat guru satu semasa menjawab soalan berkaitan dengan kekuatan
persatuan Gendang 24 Musim.

001-Pengkaji : Adakah guru persatuan mempunyai komitmen yang tinggi dalam


menguruskan Persatuan Gendang 24 Musim dan aktiviti yang telah dilaksanakan?
Bolehkah anda memberi contoh?
002-Guru : Ya, guru persatuan ini sentiasa memastikan aktiviti dapat dijalankan
dengan lancar dan guru akan menghadiri setiap kali perjumpaan melainkan
mempunyai hal-hal penting lain.
003- Pengkaji : Adakah pihak sekolah dan warga sekolah akan memberi sokongan
kepada persatuan ini?
004-Guru : Ya, pelajar sekolah akan menghadiri semasa pertandingan di luar sama
juga pihak sekolah akan menghantar wakil untuk memberikan sokongan kepada ahli
peserta.
005- Pengkaji : Apakah kelebihan yang anda dapati dari segi pelajar?
006-Guru : Pelajar mempunyai bakat dan mudah untuk dicungkil dan dikisah.

Berdasarkan temu bual di atas, kita dapat melihat bahawa terdapat pelbagai
kekuatan yang akan memanfaatkan persatuan untuk menjayakan persatuan ini. Guru
yang memberi komitmen yang amat tinggi dapat memastikan pelaksanaan aktiviti
dijalankan dengan lancar.

b) Pendapat guru satu apabila ditanya soalan berkaitan dengan kelemahan yang
terdapat dalam persatuan ini.

007- Pengkaji : Adakah ahli persatuan akan menghadiri setiap perjumpaan untuk
latihan?
008-Guru : Ini adalah masalah yang tidak dapat dielakkan, mesti terdapat segelintir
ahli persatuan tidak menghadiri perjumpaan.
007- Pengkaji : Adakah terdapat ahli persatuan yang enggan memberi kerjasama?
008-Guru : Ya, terdapat ahli persatuan yang enggan memberi kerjasama jika
dikehendaki untuk menyertai kem latihan dan membayar yuran persatuan.
009- Pengkaji : Adakah pelajar akan menyumbangkan idea mereka sendiri dalam
melakukan sesuatu aktiviti?
010- Guru : Mereka biasanya tidak menyumbangkan idea semasa perbincangan dan
kebanyakan guru yang membuat keputusan.
011- Pengkaji : Adakah ahli persatuan mempunyai masa yang mencukupi untuk
berlatih semasa pertandingan?
012- Guru : Ahli persatuan akan memberi alasan untuk membuat ulangkaji atau
pergi tuisyen untuk mengelakkan latihan.

Bedasarkan soalan yang ditanya, sudah jelas bahawa kerjasama daripada


ahli persatuan adalah punca kepada kelemahan persatuan ini. Kerjasama ahli
persatuan amatlah penting untuk memastikan semua aktiviti dapat dijalankan dengan
lancar dan juga dapat menjayakan aktiviti persatuan.

c) Pendapat guru tentang peluang yang terdapat dalam persatuan ini.

013- Pengkaji : Adakah pengangkutan disediakan untuk menghantar ahli persatuan


untuk persembahan atau pertandingan?
014- Guru : Sokongan padu daripada pihak sekolah boleh dinampak dengan
menyediakan pengangkutan kepada ahli persatuan untuk membuat persembahan
dan menyertai pertandingan.
015- Pengkaji : Adakah PIBG sekolah akan memberi sokongan dan kerjasama
kepada persatuan ini?
016- Guru : PIBG telah menyokong persatuan ini dari aspek kewangan.
015- Pengkaji : Adakah pihak ibu bapa ahli persatuan memberi sokongan yang
sepenuhnya kepada aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan ini?
017- Guru : Ibu bapa ahli persatuan akan memberi kerjasama yang sepenuhnya
kepada aktiviti seperti Hari Kantin, ibu bapa akan memberi bantuan kepada
persatuan ini.
018- Pengkaji : Adakah persatuan ini sentiasa membuat persembahan di luar?
019- Guru : Ya, kami akan diajak untuk membuat persembahan semasa perayaan
Tahun Baru Cina, karnival atau perasmian sesuatu majlis.

Berdasarkan soalan ditemubual, boleh mendapati persatuan ini mempunyai


peluang untuk menjana kewangan dengan membuat persembahan. Selain itu,
persatuan ini juga membuat jualan semasa Hari Kantin untuk mendapatkan sumber
kewangan.
d) Pendapat guru berkaitan dengan halangan atau cabaran yang telah ditemui
dalam persatuan ini.

020- Pengkaji : Adakah ahli persatuan yang mempunyai komitmen yang tinggi pada
mulanya tetapi komitmennya semakin lama semakin kurang?
021- Guru : Ahli persatuan mempunyai komitmen yang tinggi pada mulanya, mereka
akan menghadiri perjumpaan dan latihan setiap kali. Tetapi mereka telah dipengaruhi
oleh rakan mereka pada akhirnya dan ini menyebabkan mereka malas untuk
menghadiri latihan atau perjumpaan.
022- Pengkaji : Adakah ahli persatuan mampu membayar yuran tahunan dan
bulanan persatuan?
023- Guru : Sesetengah ahli kumpulan yang mempunyai status ekonomi yang
rendah tidak mampu untuk membayar yuran tahunan dan bulanan kerana kos hidup
yang amat tinggi pada masa kini.
024- Pengkaji : Apakah faktor yang menyebabkan pelajar yang tidak dapat
menyertai latihan pada hari khamis?
025- Guru : Ahli kumpulan yang tinggal jauh dari sekolah dan mereka yang datang
sekolah dengan bus tidak dapat menghadiri latihan dan mereka hanya menghadiri
latihan pada hari Selasa iaitu dua minggu sekali yang telah ditetapkan oleh sekolah.

Bedasarkan pendapat guru tentang halangan yang telah ditemui oleh


persatuan telah menyukarkan pengurusan persatuan dan semua pihak berkenaan
haruslah berganding bahu untuk memikir cara penyelesaian supaya dapat
meminimumkan kesan buruk yang didatang oleh halangan.

5.1.1 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, guru penasihat haruslah memastikan persatuan


diuruskan dengan bijak untuk mengelakkan pembubaran persatuan. Guru boleh bijak
menggunakan peluang yang didapati untuk menjana kewangan demi pelaksanaan
aktiviti persatuan dengan lancar. Selain itu, guru perlulah memikirkan cara untuk
menyelesaikan masalah ponteng aktiviti dan latihan persatuan serta enggan
memberi kerjasama demi kebaikan persatuan.
6.0 Analisis data

SWOT ANALYSIS & TOWS MATRIX PERSATUAN GENDANG 24 MUSIM


OPPORTUNITIES
External O1. Sokongan padu daripada pihak sekolah
THREATS
Environment – menyediakan pengangkutan
T1. Pengaruh rakan sebaya
O2. Sokongan padu daripada PIBG – aspek
T2. Kos hidup meningkat – ahli tidak dapat
Internal kewangan
membayar yuran
Environment O3. Ibu bapa yang menyokong
T3. Kedudukan penginapan pelajar jauh
aktiviti sekolah
dari sekolah
O4. Selalu dijemput untuk membuat
persembahan
Use strengths to take advantage of Use strengths to avoid threats
opportunities S1+T1+T3
STRENGTHS
S1+S2+S3+O1+O2+O3+O4 –Kempen mewarisi budaya- menerap
S1. Guru yang komited
-Jualan sempena Hari Kantin semangat ke dalam pelajar dan tidak
S2. Sokongan padu dari pihak dan warga
-Membuat persembahan di luar mudah dipengaruhi
sekolah
–Guru menyediakan pengangkutan untuk
S3. Mempunyai pelajar yang berpotensi
menghantar murid pulang ke rumah selepas
untuk digilap
latihan

WEAKNESSES Overcome weakness by taking Minimize weakness and avoid threats


W1. Penglibatan pelajar dalam aktiviti advantage of oppotunities W1+W3+W4+T1
kokurikulum kurang memuaskan. O1+O4+W1+W2+W3+W4 –Kem latihan-memupuk kerjasama antara
W2. Pelajar enggan menjelaskan yuran –Ahli yang menyertai persembahan akan ahli persatuan.
Tahunan dan bulanan dikecualikan untuk membayar yuran.
W3. Pelajar kurang menyumbang idea –Pertandingan mencipta lagu dan logo
dalam melakukan sesuatu aktiviti dan persatuan.
banyak bergantung kepada guru –Latihan semasa cuti
W4. Segelintir murid tidak berlatih
disebabkan oleh masa yang tidak
mencukupi
7.0 Perbincangan

Berdasarkan analisis keputusan kajian yang didapati, maka terjawablah persoalan


kajian:

Adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menjana kewangan Persatuan Gendang


24 Musim?

Hal ini dapat dibuktikan daripada instrumen kajian yang digunakan oleh saya iaitu
temu bual. Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menjana kewangan
Persatuan Gendang 24 Musim. Temu bual dibuat antara pengkaji dengan guru penasihat
persatuan. Pengkaji memilih kaedah kajian jenis temu bual untuk melihat sama ada aktiviti
apa yang telah dijalankan.

Aktiviti yang telah dianjurkan untuk menjana kewangan ialah kem latihan dan malam
kebudayaan, membuat persembahan semasa perayaan Tahun Baru Cina dan karnival serta
Hari Kantin. Kem latihan dan malam kebudayaan dianjurkan dalam satu hari. Aktiviti ini
dapat menjanakan kewangan melalui jualan tiket. Malahan bagi persembahan yang dibuat
boleh mendapatkan kewangan yang banyak iaitu sebanyak RM 2000.00. Hari kantin yang
telah dianjurkan pada tahun lepas mendapat untungan sebanyak RM1000.00. Kesemua
dana yang diperuntukkan akan masuk ke dalam tabung persatuan untuk pembelian dan
penjagaan gendang atau untuk menjalankan aktivti.

Adakah Persatuan Gendang 24 Musim membuat perancangan kewangan pada setiap


tahun secara bijak?

Disebabkan guru penasihat tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk


mengurus kewangan, banyak dana yang diperuntukkan telah dibazirkan dalam penjagaan
gendang. Hal ini demikian, guru penasihat telah membeli gendang dengan harga yang lebih
murah dan kualitinya tidak begitu baik dan ini menyebabkan gendang selalu rosak dan
dikehendaki untuk membaikinya.

8.0 Kesimpulan dan cadangan penambahbaikkan

Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan untuk menjana kewangan perlu


diteruskan demi kebaikan persatuan ini. Masalah ponteng latihan haruslah diselesaikan,
sama juga dengan masalah enggan memberi yuran tahunan dan bulanan. Pihak sekolah
dan juga PIBG telah memberri sokongan yang sepenuhya untuk menjayakan persatuan ini.
Selain daripada masalah pengurusan kewangan, guru berkenaan juga memberikan
komitmen yang amat tinggi terhadap persatuan ini.
Berikut merupakan cadangan pengkaji untuk penambahbaikkan. Guru penasihat
perlulah mengkaji dahulu sebelum pembelian gendang. Hal ini kerana kos pembelian
gendang sangat tinggi dan harga satu gendang boleh sampai seribu ringgit malaysia, tetapi
guru tidak boleh membeli gendang yang kualitinya lebih teruk demi menjimatkan kos
pembelian. Kualiti gendang yang teruk akan menyebabkannya selalu rosak dan memerlukan
kos penjagaan yang sangat tinggi. Bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan kewangan, guru boleh menyertai kursus berkenaan untuk menguruskan
kewangan dengan bijak.

Bagi menangani masalah ahli ponteng aktiviti pula, guru boleh mengadakan satu
mesyuarat untuk perbincangan masa latihan dan guru boleh mendapat persetujuan
daripada ahli. Guru boleh bagi mereka menandatangi surat perjanjian bahawa mereka
bersetuju dengan masa latihan tersebut. Bagi yang tidak mematuhi, guru boleh mengambil
tindakan ke atas mereka. Berkenaan dengan masalah enggan memberi yuran disebabkan
terdapat segelintir ahli yang berasal dari keluarga yang miskin, guru boleh membuat
persetujuan untuk mengelakkan pembayaran yuran. Sebagai contoh, ahli tersebut boleh
menyertai pasukan persembahan untuk dikecualikan pembayaran.

Masalah yang dihadapi haruslah ditangani demi kebaikan persatuan, kerana dengan
adanya perancangan menjana dan mengurus kewangan, persatuan tidak lagi menghadapi
masalah kekurangan kewangan dan juga masalah pembubaran persatuan. Dengan ini,
kebudayaan Cina dapat dikekalkan dan diwariskan.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai