Anda di halaman 1dari 12

TAJUK KAJIAN:

LAPORAN KAJIAN KES

Pengurusan Kewangan dan Aktiviti

Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan

Sekolah Kebangsaan Alor Keladi, Jerteh Terengganu

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, biiznillah, syukurillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi


di atas limpahan rahmat takzim serta kurnia-Nya yang tidak ternilai di samping
KHOO WEI SHAN 1
selautan nikmat-Nya yang senantiasa tidak pernah putus kepada hamba-hambanya
yang gigih berusaha mendalami ilmu serta anugerah-Nya kepada saya dapat juga
saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, kalungan apresiasi yang tidak terhingga saya tujukan buat


pensyarah tercinta saya, Encik Mahadi bin Saran kerana telah memberikan
sepenuhnya komitmen, dedikasi serta cetusan idea yang tidak henti-henti kepada
saya di dalam mahupun sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini disiapkan kerana
dengan tunjuk ajar yang diberi serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang
untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Segunung penghormatan serta ucapan jutaan frasa terima kasih saya yang
tidak terhingga juga saya zahirkan dengan ikhlasnya kepada pasangan insan yang
sentiasa cakna di dalam mendidik, memahami serta menyumbangkan segenap
usaha mahupun kemudahan dan sokongan moral yang tinggi khususnya, iaitu ibu
serta bapa saya yang juga saya kira sebagai pemudahcara untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan yang lengkap di
dalam proses untuk saya menyiapkan kerja kursus ini.

Kalam ucapan penghargaan ini juga tidak lupa saya akspresikan buat rakan-
rakan, teman-teman mahupun sahabat handai saya yang turut memberi serta
menyumbangkan tenaga, usaha dan produktiviti mereka yang tidak ternilai baik
secara langsung mahupun tidak langsung di samping dorongan mahupun galakan
serta komitmen yang tinggi di dalam proses pelaksanaan kerja kursus ini dihasilkan.

Akhir madah, saya ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih saya buat
barisan para pensyarah serta kepada segenap pihak yang terlibat secara langsung
atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

1.0 ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang pengurusan
kewangan dan aktiviti Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan di Sekolah
Kebangsaan Alor Keladi (SKAK). Berdasarkan kajian, persatuan ini telah
mengadakan program “Khidmat Masyarakat bersama Anak Yatim” pada

KHOO WEI SHAN 2


tarikh 6 Julai 2018 bertempat di Asrama PERKAYA Besut, 22020 Jerteh
Terengganu. Tujuan Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan melaksanakan
program ini adalah untuk menyumbangkan tenaga membantu membersihkan
rumah anak yatim dan menderma barang keperluan asas kepada mereka.
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan telah mengambil bahagian dalam Hari
Keusahawanan di SKAK pada tarikh 28 dan 29 Jun 2018 dengan
mengadakan aktiviti jualan dan kitar semula bagi menambahkan kewangan
persatuan untuk melaksanakan program tersebut. Aktiviti jualan yang
dilakukan adalah menggunakan kaedah jualan secara langsung. Kajian
mendapati bahawa, modal bagi permulaan aktiviti jualan dan kitar semula ini
adalah hasil daripada sumbangan dan yuran ahli persatuan.

2.0 PENGENALAN
Pelbagai kelab dan persatuan telah ditubuhkan di sekolah ini
antaranya, Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Pidato, Persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan, Kelab Seni dan Kebudayaan dan Persatuan Bahasa Arab.
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan telah dipilih sebagai kajian kes yang
mengkaji tentang pengurusan kewangan dan aktiviti. Untuk makluman
bilangan ahli guru serta murid bagi persatuan ini adalah seramai 35 orang
yang terdiri daripada seorang guru penasihat, empat orang guru akademik
SKAK dan 30 orang murid tahap dua SKAK. Berdasarkan kajian, sumber
utama kewangan persatuan ini adalah hasil daripada sumbangan dan yuran
ahli persatuan. Namun begitu, sumber ini tidak mencukupi untuk menampung
program persatuan. Program yang paling besar diadakan bagi persatuan ini
adalah program “Khidmat Masyarakat bersama Anak Yatim”. Berdasarkan
kajian, sumber utama kewangan persatuan tidak mencukupi untuk
melaksanakan program ini. Oleh itu, persatuan ini telah mengadakan aktiviti
jualan dan kitar semula bagi menambahkan dana kewangan persatuan.
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Bagi melaksanakan program “Khidmat Masyarakat bersama Anak


Yatim”, Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan telah melaksanakan aktiviti
jualan dan kitar semula. Kedua-dua aktiviti ini telah dilaksanakan pada Hari
Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Alor Keladi. Hari Keusahawanan ini

KHOO WEI SHAN 3


telah diadakan selama dua hari iaitu pada tarikh 28 dan 29 Jun 2018.
Persatuan ini telah mengambil bahagian pada hari pertama dan kedua.
Aktiviti jualan dan kitar semula diadakan pada waktu yang sama, oleh itu,
guru penasihat persatuan ini telah membahagikan ahli persatuan kepada dua
kumpulan. Kumpulan pertama akan bertugas di bahagian jualan manakala
kumpulan kedua bertugas di bahagian kitar semula. Persatuan ini telah
memilih untuk menjual makanan, minuman dan barangan terpakai semasa
Hari Keusahawanan. Kumpulan kedua pula akan menyediakan tiga tong
sampah kitar semula yang dibuat sendiri menggunakan bahan sedia ada.
Murid-murid, guru-guru dan pelawat luar semasa Hari keusahawanan diminta
untuk membuang sampah mengikut kategori yang betul iaitu plastik dan tin
aluminium, kaca, dan kertas. Seterusnya guru penasihat persatuan ini akan
menjual sampah-sampah yang dikumpul kepada pihak industri bagi menjana
kewangan. Penjanaan kewangan melalui aktiviti jualan dan kitar semula
dilihat dapat menampung kewangan sedia ada bagi pelaksanaan program
tersebut.

4.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan kajian, sumber kewangan permulaan iaitu hasil


sumbangan dan yuran ahli digunakan sebagai modal untuk melaksanakan
aktiviti jualan dan kitar semula pada Hari Keusahawanan. Lebihan kewangan
modal serta hasil keuntungan aktiviti jualan dan aktiviti kitar semula
digunakan untuk membeli barang keperluan asas bagi menderma kepada
rumah anak-anak yatim asrama PERKAYA, bersempena dengan program
“Khidmat Masyarakat bersama Anak Yatim” anjuran Persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN


5.1 Menganalisis cara pengurusan kewangan Persatuan Kelab Sivik dan
Kewarganegaraan.
5.2 Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk menjana kewangan
bagi Persatuan Kelab Sivik dan Kewarganegaraan.
KHOO WEI SHAN 4
5.3 Mengetahui tentang program-program anjuran Persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan yang menggunakan kewangan persatuan.
5.4 Menganalisis dan mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman yang dihadapi oleh Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
dalam pengurusan kewangan dan aktiviti.

6.0 PERSOALAN KAJIAN


Berdasarkan kajian, guru penasihat persatuan ini telah membuat dua
rancangan dalam pelaksanaan program “Khidmat Masyarakat bersama Anak
Yatim”. Rancangan pertama adalah sekiranya aktiviti jualan dan kitar semula
ini mampu mendapat keuntungan yang mencukupi, persatuan ini bukan
sahaja akan menyumbang tenaga membersihkan kawasan rumah anak yatim
malah mereka akan membeli barang keperluan asas bagi menderma kepada
anak-anak yatim asrama PERKAYA. Rancangan kedua pula adalah apabila
keuntungan kewangan hasil daripada aktiviti jualan dan kitar semula tidak
mencukupi, guru-guru Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan dan ahli
persatuan ini bersetuju untuk menyumbangkan tenaga membersihkan rumah
anak yatim dan menyediakan satu persembahan yang menarik bagi
menggembirakan hati anak-anak yatim tersebut. Namun begitu, kajian
mendapati bahawa aktiviti jualan dan kitar semula telah mendapat
keuntungan yang mencukupi untuk membeli barang keperluan asas bagi
menderma kepada anak-anak yatim. Oleh itu, persatuan ini telah meneruskan
rancangan pertama iaitu membersih rumah anak yatim dan menderma dalam
program “Khidmat Masyarakat bersama Anak Yatim”.

7.0 ANALISIS KES BERDASARKAN SWOT


Berdasarkan kajian, terdapat beberapa kekuatan, kelemahan, peluang
dan ancaman yang telah dikenalpasti dalam pengurusan kewangan dan
aktiviti Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan. Kajian yang dibuat tentang

KHOO WEI SHAN 5


kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman pengurusan kewangan dan
aktiviti persatuan ini adalah berdasarkan analisis SWOT.

Melalui pemerhatian, kekuatan (strengths) yang dapat dikenalpasti


dalam pengurusan kewangan persatuan ini adalah penglibatan guru yang
bersemangat dan aktif. Penglibatan guru-guru persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan yang aktif dapat dilihat apabila mereka berusaha
bersungguh-sungguh berganding tenaga mencari idea untuk menambahkan
kewangan persatuan. Seterusnya, penglibatan ahli persatuan dalam kalangan
murid tahap dua yang memberangsangkan juga merupakan antara kekuatan
yang telah dikenalpasti. Murid-murid dari persatuan ini memberi komitmen
yang sepenuhnya dalam membantu guru-guru menjana kewangan untuk
persatuan. Tamsilnya, mereka membantu guru-guru dari segi
menyumbangkan idea bagi menambahkan kewangan persatuan dan,
menyumbangkan tenaga semasa pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang menjana
kewangan seperti aktiviti jualan dan kitar semula.

Kekuatan dalam pengurusan aktiviti pula dapat dilihat melalui


kesesuaian aktiviti yang dipilih bagi menjana kewangan. Contohnya, hasil
perbincangan antara guru-guru Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan,
mereka telah bersetuju untuk melaksanakan aktiviti jualan makanan,
minuman dan barangan terpakai serta aktiviti kitar semula semasa Hari
Keusahawan Sekolah Kebangsaan Alor Keladi (SKAK). Aktiviti yang dipilih ini
sangat bersesuaian dengan tahap kemampuan dan tenaga ahli persatuan
yang terdiri daripada 30 orang murid tahap dua. Aktiviti jualan dan kitar
semula dilihat tidak membebankan murid kerana mereka mampu untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti ini dengan jayanya melalui bimbingan dan tunjuk
ajar daripada guru-guru Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain
daripada menjana kewangan, kekuatan lain yang dapat dilihat ketika
menjalankan aktiviti jualan dan kitar semula ini adalah kewujudan hubungan
yang erat antara guru dan murid Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan.
Hubungan yang baik ini akan menghasilkan sebuah persatuan yang harmoni
dan bahagia.

KHOO WEI SHAN 6


Analisis SWOT seterusnya adalah dari segi kelemahan (weaknesses)
pengurusan kewangan dan aktiviti Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan.
Kelemahan pengurusan kewangan dapat dilihat melalui kekangan masa guru
dan murid persatuan ini sendiri. Walaupun guru dan murid persatuan ini aktif
dan bersemangat untuk menjana kewangan persatuan namun begitu, tugas
sebagai seorang pendidik dan murid tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Beban dan kesibukan tugas yang digalas sebagai seorang pendidik dan
murid menyebabkan berlakunya kekangan masa bagi menjana kewangan
persatuan. Di samping itu, kelemahan pengurusan kewangan juga berlaku
kerana guru-guru persatuan kurang mencari maklumat terkini mengenai
pihak-pihak NGO yang menawarkan bantuan kewangan bagi menjalankan
program yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Hal ini menyebabkan
program anjuran Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan sukar dijalankan
kerana sumber kewangan yang terhad.

Berdasarkan kajian, kelemahan pengurusan aktiviti persatuan dapat


dilihat melalui peruntukan masa yang disediakan untuk melaksanakan aktiviti
jualan dan aktiviti kitar semula adalah terhad. Contohnya, para guru
persatuan dan murid hanya berpeluang untuk melaksanakan aktiviti jualan
dan kitar semula ini selama dua hari sahaja iaitu semasa Hari Keusahawanan
Sekolah Kebangsaan Alor Keladi berlangsung. Maka, peluang bagi guru dan
murid mengasah bakat mereka dalam bidang keusahawanan adalah terhad
menyebabkan penjanaan kewangan persatuan kurang memberangsangkan.
Selain itu, sikap segelintir ibu bapa yang kurang memberi sokongan terhadap
aktiviti yang melibatkan kokurikulum juga merupakan antara kelemahan
pengurusan aktiviti. Murid akan berasa kurang bersemangat untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan persatuan apabila ibu bapa
kurang memberi galakan dan sokongan. Hal ini menyebabkan aktiviti-aktiviti
penjanaan kewangan untuk persatuan tidak dapat berjalan dengan lancar.
Peluang (Opportunities) dalam pengurusan kewangan persatuan ini
dapat dilihat apabila Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan telah menerima
sumbangan dari pihak PIBG. Sumbangan yang diterima daripada pihak PIBG

KHOO WEI SHAN 7


ini telah membuka peluang kepada persatuan ini untuk mengadakan aktiviti
jualan dan kitar semula semasa Hari Keusahawanan. Sumbangan dari pihak
PIBG ini telah dijadikan sebagai modal untuk melaksanakan aktiviti tersebut.
Peluang untuk pengurusan kewangan yang baik dapat direalisasikan apabila
pihak pentadbiran iaitu guru besar dan guru penolong kokurikulum telah
membenarkan pelawat luar seperti guru dan murid dari sekolah lain untuk
datang menyertai Hari Keusahawanan anjuran Sekolah Kebangsaan Alor
keladi. Kedatangan pelawat luar ini telah memeriahkan lagi gerai-gerai jualan
pada Hari Keusahawanan termasuk gerai jualan persatuan ini. Jumlah
sampah yang dikumpul juga akan makin bertambah dek kerana bilangan
orang pada Hari Keusahawanan makin bertambah. Dengan demikian
kewangan persatuan akan meningkat.

Seterusnya, peluang dalam pengurusan aktiviti dapat dilihat melalui


pelaksanaan aktiviti Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan. Aktiviti anjuran
persatuan ini telah mendapat sambutan yang hangat. Tamsilnya, persatuan
ini telah mengadakan aktiviti jualan makanan, minuman dan barangan
terpakai serta aktiviti kitar semula semasa Hari Keusahawanan. Aktiviti-aktiviti
ini telah mendapat sambutan yang baik dari pihak sekolah dan pihak luar
kerana aktiviti jualan khususnya penjualan barangan terpakai dan aktiviti kitar
semula dianggap sebagai satu idea yang bernas dan berbeza daripada
peniaga-peniaga lain. Sambutan yang menggalakkan ini juga telah memberi
peluang kepada persatuan ini untuk melaksanakan aktiviti jualan khususnya
barangan terpakai dan aktiviti kitar semula ke peringkat yang lebih tinggi
seperti antarabangsa.

Selain daripada analisis kekuatan, kelemahan dan peluang, analisis


tentang ancaman (Threats) juga telah dilakukan. Berdasarkan analisis,
ancaman pertama yang diterima oleh Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
dalam pengurusan kewangan dan aktiviti adalah ketidakstabilan ekonomi
negara. Ketidakstabilan ekonomi ini telah menyebabkan kos bahan mentah
dan makanan semakin meningkat. Dengan demikian, persatuan ini perlu
meningkatkan pengeluaran modal untuk melaksanakan aktiviti jualan

KHOO WEI SHAN 8


makanan. Ancaman yang seterusnya adalah persaingan yang diterima
daripada peniaga luar semasa aktiviti jualan dilakukan pada Hari
Keusahawanan. Kebanyakan peniaga luar juga menjual makanan dan
minuman menyebabkan aktiviti jualan makanan dan minuman persatuan ini
mendapat sedikit ancaman. Ancaman yang terakhir adalah jadual pengajaran
dan pembelajaran (PdP) murid yang padat telah memberi cabaran kepada
ahli persatuan ini untuk melaksanakan aktiviti penjanaan kewangan secara
berterusan. Dengan demikian, mereka hanya dapat menjana kewangan pada
waktu tertentu sahaja seperti melibatkan diri dalam aktiviti penjualan semasa
Hari Keusahawanan.

Berdasarkan analisis SWOT, untuk mengatasi kelemahan pengurusan


kewangan dan aktiviti persatuan ini, saya cadangkan agar guru dan murid
menyediakan satu jadual untuk membahagikan masa antara tugas sebagai
pendidik dan penimba ilmu dengan tugas sebagai guru persatuan dan ahli
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan. Melalui penyusunan jadual ini, guru
dan murid perlu menyediakan waktu yang khusus untuk melaksanakan aktiviti
yang mampu menjana kewangan persatuan sekurang-kurangnya sebulan
sekali. Seterusnya, guru-guru persatuan yang aktif dan bersemangat ini perlu
berusaha mencari maklumat terkini mengenai pihak-pihak NGO yang
menawarkan bantuan kewangan bagi menjalankan program yang berkaitan
dengan kemasyarakatan. Bagi menyelesaikan masalah sikap segelintir ibu
bapa yang tidak menyokong aktiviti kokurikulum pula adalah murid ahli
persatuan itu sendiri perlu meyakinkan kedua ibu bapa mereka tentang
kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

Kesimpulannya, aktiviti jualan dan aktiviti kitar semula dilihat banyak


memberi kesan yang positif dalam meningkatkan penjanaan kewangan
persatuan. Oleh itu, guru persatuan dan ahli persatuan perlu berganding
tenaga melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menjana kewangan agar program-
program anjuran Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan dapat berjalan
dengan lancar. Saya berharap agar ahli Persatuan Sivik dan

KHOO WEI SHAN 9


Kewarganegaraan terus bersemangat dan tidak berputus asa untuk mencari
kewangan demi melaksanakan program-program yang dirancang.

8.0 PENUTUP

Berdasarkan kajian, program “Khidmat Masyarakat bersama Anak


Yatim” di Asrama PERKAYA Besut, 22020 Jerteh Terengganu telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya. Program ini berjaya dilaksanakan hasil
daripada kerjasama dan sikap tidak berputus asa guru dan ahli Persatuan
Sivik dan Kewarganegaraan dalam menjana kewangan melalui aktiviti-aktiviti
yang dirancang. Konklusinya, dapatan kajian secara keseluruhan mendapati
bahawa pengurusan kewangan Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
Sekolah Kebangsaan Alor Keladi adalah sesuai dan relevan dengan
pengurusan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan demi memastikan program-
program yang dirancang berjalan dengan lancar.

9.0 RUJUKAN

KHOO WEI SHAN 10


Buku

Ahmad Marzuki Ismail. (2004). Panduan Asas Gerakan Koperasi Sekolah di


Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Christophe Seth. (2015). The Swot Analysis: A Key Tool for Developing Your
Business Strategy. London: Management & Marketing.

Isyan Syed. (2016). Swot Analysis and Operation Management desicions of


Domino's Pizza. German: Grin Publishing.

Lawrence G. Fine. (2009). The Swot Analysis: Using Your Strength to Overcome
Weaknesses, Using Opportunities to Overcome Threats. New York:
CreateSpace Independent Publishing Platform.

Omardin Ashaari. (1997). Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications


& Distributors Sdn. Bhd.

Jurnal
Ahmad Reza Ommami. (2011). Strengths, weaknesses, Opportunities and Threats
(SWOT) Analysis for farming system businesses management. African
Journal of Business Management, 9448-9454.

Department of Employee Relations. (2004). Swot Analysis Example. State of


Minnesota, Department of Employee Relations, 1-6.

KHOO WEI SHAN 11


10.0 LAMPIRAN

KHOO WEI SHAN 12

Anda mungkin juga menyukai