Anda di halaman 1dari 17

ANALISIS SOT MENGENALI PENGURUSAN WANG DAN AKTIVITI

PERSATUAN PEMULIHARAAN TUNTUNG, KURA – KURA DAN PENYU : SATU


KAJIAN KES DI TERENGGANU

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis SWOT tentang pengurusan


kewangan dan aktiviti Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura – kura dan Penyu
pada 25 Mac sehingga 28 Mac 2019, saya telah mendapatkan maklumat yang
berkaitan dengan menemu ramah pegawai yang berkenaan di pejabat Persatuan
Pemuliharaan Tuntung, Kura – kura dan Penyu di Terengganu. Saya menjalankan
kajian ini dengan rakan-rakan saya sambil pergi ke melancong di Terengganu pada
cuti sekolah kami. Saya Kajian kes tentang persatuan ini telah dijalankan sepanjang
sebulan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dan tepat. Kajian ini juga
menerangkan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh persatuan ini dan aktiviti
yang telah dijalankan sepanjang setahun ini.

1.0) PENGENALAN

Persatuan didefinisikan sebagai anggota yang pakar atau mahir dan


mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang (Kamus Dewan
Edisi Keempat). Persatuan wujud dalam pelbagai komuniti di Malaysia. Ianya ada
pada peringkat sekolah, peringkat masyarakat, peringkat kebangsaan dan
sebagainya. Setiap persatuan akan menyediakan satu perancangan secara tahunan
bagi menjalankan aktiviti dan ianya pasti melibatkan duit. Oleh itu, pengumpulan
dana adalah perlu dan penting bagi memastikan pengumpulan dana itu berjalan
dengan lancar. Salah satu cara untuk mendapatkan sumber kewangn dalam sesuatu
persatuan adalah melalui kutipan yuran tahunan melalui ahli di dalam persatuan
tersebut. Cara ini banyak digunapakai oleh pelbagai persatuan bagi memastikan
dana persatun sentiasa mencukupi bagi menjalankan aktiviti. Selain dari cara ini
terdapat juga beberapa cara lain yang boleh digunakan seperti kutipan derma, hasil
jualan, sumbangan dari pihak luar dan sebagainya.

2.0) LATAR BELAKANG KAJIAN

1
Tugasan ini dilaksanakan pada 25 Mac sehingga 28 Mac 2019 iaitu pada
tempoh cuti sekolah. Saya menjalankan kajian ini dengan rakan-rakan saya sambil
pergi ke melancong di Terengganu pada cuti sekolah kami. Bagi tugasan ini, saya
telah mencari senarai persatuan yang aktif di Terangganu dan telah memilih
Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura – kura dan Penyu bagi melaksanaakan
kajian yang dikehendaki. Persatuan ini antara yang paling aktif dalam melaksanakan
aktiviti pemuliharaan terutamanya pemuliharaan penyu yang merupakan ikon di
Terengganu.

3.0) FOCUS KAJIAN

Kajian yang telah dilakukan ini berfokuskan kepada menganalisis SWOT tentang
pengurusan kewangan dan aktiviti Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura – kura
dan Penyu. Kemahiran yang telah dikaji meliputi kaedah temu bual, pemerhatian dan
dari sumber internet.

4.0) Persoalan Kajian

Kajian ini berhasrat untuk melihat dan mengukur :

1. Apakah kaedah yang diggunakan oleh Persatuan Pemuliharaan Tuntung,


Kura – kura dan Penyu untuk mengumpulkan wang ?
2. Bagaimanakah pengurusan kewangan Persatuan Pemuliharaan Tuntung,
Kura – kura dan Penyu ?
3. Apakah aktiviti yang akan dijalankan oleh Persatuan Pemuliharaan Tuntung,
Kura – kura dan Penyu?
4. Apakah kekuatan pengurusan kewangan dan aktiviti Persatuan Pemuliharaan
Tuntung, Kura – kura dan Penyu?
5. Apakah kelemahan pengurusan kewangan dan aktiviti Persatuan
Pemuliharaan Tuntung, Kura – kura dan Penyu?
6. Apakah peluang pengurusan kewangan dan aktiviti Persatuan Pemuliharaan
Tuntung, Kura – kura dan Penyu?
7. Apakah ancaman pengurusan kewangan dan aktiviti Persatuan Pemuliharaan
Tuntung, Kura – kura dan Penyu?

2
8. Apakah cadangan bagi pengurusan kewangan dan aktiviti Persatuan
Pemuliharaan Tuntung, Kura – kura dan Penyu?

5.0) OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah atas beberapa objektif iaitu :

a) Mengetahui pengurusan kewangan Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura – kura


dan Penyu.

b) Mengetahui bagaimana menjalankan aktiviti yang dirancang.

c) Menganalisis SWOT tentang pengurusan kewangan dan aktiviti Persatuan


Pemuliharaan Tuntung, Kura – kura dan Penyu.

6.0 Analisis Kes Berdasarkan SWOT

Kekuatan

Kekuatan yang boleh dilihat dalam aspek pengumpulan kewangan untuk


kegunaan persatuan, di sebabkan persatuan ini adalah persatuan yang melibatkan
kerajaan negeri dan juga usaha-usaha yang dijalankan di dalam persatuan ini amat
selari dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu. Contohnya seperti yang telah di
maklumkan sebelum ini, Dana utama bagi projek ini datang daripada United States
Fish and Wildlife Service. Selain itu, Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura
dan Penyu ini turut mendapat dana daripada Turtle Conservation Fund (TCF) dan
Turtle Survival Alliance (TSA). Pada tahun kedua dan ketiga projek ini dijalankan,
kebanyakan sumbangan diperoleh dari Mohamed bin Zayed Species Conservation
Fund dan Turtle Conservation Fund. Pada tahun keempat projek ini iaitu pada tahun
2014, dana dieroleh dari CIMB Foundation yang menaja keperluan projek sepanjang
tahun tersebut. Oleh itu ini adalah kekuatan utama mereka dalam menguruskan
kewangan persatuan.

Seterusnya, kekuatan yang boleh dilihat dari aspek aktiviti ialah persatuan ini
menjalankan program kesedaran tentang penyu terhadap pelajar yang berusia 10
dan 11 tahun. Hal ini dapat meningkatkan kesedaran mereka pada masa akan
datang. Selain itu, mereka turut menjalankan aktiviti pemuliharaan tuntung dengan
melibatkan orang tempatan bagi membantu mereka dalam usaha memastikan
bilangan tuntung tersebut tidak berkurangan. (Rujuk lampiran 1) Pihak persatuan ini

3
turut menyediakan poster bagi kempen kesedaran tentang kepupusan haiwan –
haiwan ini. (Rujuk lampiran 2). Poster ini dihasilkan bagi 5 siri program kempen
kesedaran yang diadakan di sekolah – sekolah yang terpilih di Kuala Terengganu.

Kelemahan

Kelemahan yang dkenalpasti bagi menguruskan penjanaan kewangan bagi


persatuan ini adalah walaupun mendapat penajaan yang banyak daripada pelbagai
pihak, dana yang diberikan tersebut perlulah di gunakan untuk jangka masa panjang.
Pihak persatuan perlu merancangan kewangan tersebut untuk sesuatu masa yang
panjang dan juga Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu ini ada
dinyatakan tentang penggunaan wang dana dari persatuan tersebut dan dinyatakan
bahawa penggunaan wang persatuan tidak boleh melebihi RM 10,000 – RM 15,000
dalam jangka masa yang pendek. Dengan kelemahan ini ia sedikit sebanyak
menggangu persatuan untuk menjana kewangan dengan lebih banyak terutamanya
bagi tenaga kerja. Dana juga tidak dapat dijanakan sekiranya ada pihak yang masih
tidak mempunyai kesedaran akan haiwan-haiwan tersebut.

Kelemahan aktiviti persatuan ini ialah kurang mendapat sokongan daripada


orang ramai. Hal ini mungkin kerana kesedaran yang tidak mencukupi dalam
masyarakat ini. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan ini hanya terlibat
oleh beberapa orang lama sahaja.

Peluang

Terdapat banyak peluang yang boleh digunakan oleh persatuan ini untuk
memaksimakan penjanaan kewangan mereka. Mereka mungkin boleh mengadakan
bengkel berbayar tentang pemuliharaan tuntung, kura dan penyu. Dengan cara ini ia
sedikit sebanyak dapat memberikan nilai tambah untuk kewangan persatuan. Selain
itu, persatuan ini juga boleh mencipta koperasi yang menjual pelbagai keperluan,
cendermata yang berkaitan dengan persatuan dan dijual kepada orang ramai
mahupun pelancong yang datang. Dengan hasil penjualan cendermata itu, ia akan
memberikan keuntungan yang berterusan kepada persatuan tersebut. Cendermata
tersebut seperti contoh bag bertamakan kura-kura, baju bertemakan penyu, “kay-
chain” dan sebagainya. Dengan wujudnya koperasi ini, ia akan menarik ramai

4
pelabur yang ingin berkongsi saham dengan koperasi pertubuhan tersebut, oleh itu,
lama kelamaan ia akan dapat menjana kewangan dengan skala yang besar.

Terdapat beberapa peluang untuk menambahbaikkan aktiviti yang dianjur oleh


persatuan ini. Antaranya ialah mengadakan kem kesedaran tentang pemuliharaan
tuntung, kura-kura dan penyu di kawasan Bandar. Hal ini dapat menerap kesedaran
kepada penduduk Bandar.

Ancaman

Ancaman yang di terima apabila mereka menyatakan penggunaan wang


persatuan tidak boleh melebihi RM 10,000 – RM 15,000 dalam jangka masa yang
pendek, di sebabkan kelemahan ini ancaman persatuan untuk menjalankan seminar
dan aktiviti yang berskala besar dan menarik lebih ramai pengunjung untuk sesuatu
aktiviti tersebut akan berkurang. Mereka juga tidak sanggup membayar untuk
menyertai bengkel aktiviti yang di lihat seperti tidak bersifat eksklusif dan hanya
bersakal kecil. Apabila kekurangan dana untuk menjalankan program ataupun
aktiviti, persatuan ini juga akan sukar untuk mengumpul dana daripada pengunjung
dan perserta sesuatu bengkel yang diadakan tersebut.

Cadangan

Cadangan mempelbagaikan lagi cara jualan serta produk jualan bagi


persatuan. Dengan membuat kepelbagaian ini, pembeli akan lebih tertarik untuk
memberi kerana banyak piihan. Pihak persatuan juga boleh mengadakan kempen
dan juga seminar permulaan secara percuma, dan bengkel seterusnya peserta perlu
membayar untuk meneruskan sesuatu seminar tersebut. Dengan cara ini ia sedikit
sebanyak akan menarik minat murid dahulu dan seterusnya mereka akan berasa
teruja untuk menyertai bengkel seterusnya dan membayar yuran yang di kenakan.
Cadangan yang terakhir adalah menarik lebih ramai pelabur dan juga penajaan dari
pelbagai pihak termasuklah kerajaan negeri. Ini kerana persatuan ini mereka
memulihara satu ikon bagi negeri tersebut iaitu terengganu. Ini amat perlu bagi
menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia untuk
belajar cara memulihara tuntung, penyu dan kura-kura.

7.0 PENUTUP

5
Pengumpulan dana serta pengurusan kewangan merupakan satu elemen
yang penting bagi memastikan kelancaran persatuan tersebut. Tanpa pengurusan
kewangan yang baik, persatuan tersebut tidak akan dapat melaksanakan sebarang
aktiviti tahunan yang telah dirancang dan secara tidak langsung membawa kepada
kelumpuhan sistem persatuan tersebut. Berdasarkan kajian, dapat dilihat bahawa
persatuan tersebut mempelbagaikan cara untuk menjana sumber kewangan. Dapat
disimpulkan disini bahawa setiap persatuan perlulah bertindak proaktif dan biak
dalam mengukuhkan sumber kewangan sesebuah kelab mengikut perlembagaan
persatuan yang ditetapkan.

6
8.0 RUJUJKAN

Conserving the Nature of America, https://www.fws.gov/ 20 Mac 2017

Sea Turtle Conservation, Research, Education, and Involvement,


http://www.juaraturtleproject.com/ 20 Mac 2017

Turtle Conservation Fund, http://www.turtleconservationfund.org/ 20 Mac 2017

Turtle Conservation Society, http://www.turtleconservationsociety.org.my/ 20 Mac


2017

7
9.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

8
LAMPIRAN 2

9
10
11
12
LAMPIRAN 3

13
LAMPIRAN 4

14
Pernyataan Kewangan

Pengurusan kewangan adalah satu perkara pokok dan paling penting dalam
sesebuah kelab atau persatuan. Tanpa pengurusan kewangan yang baik dan
sempurna maka perjalanan persatuan atau kelab berkenaan akan pincang dan
akhirnya terus berkubur. Kewangan merupakan faktor utama dan pemangkin yang
dapat menggerakkan persatuan dengan lebih aktif dan lancar. Persatuan yang
ditubuhkan seharusnya mengendali menguruskan dan menjana kewangan dengan
cekap, teliti dan mengikut peraturan yang telah ditentukan oleh Perlembagaan
Persatuan. Sesebuah kelab memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti sepanjang
tahun. Ini membuatkan penjanaan kewangan dalam persatuan adalah sesuatu yang
amat penting bagi memastikan segala aktiviti yang telah dirancang itu berjalan
dengan lancar dan berjaya.

Tujuan pengkaji ditugaskan untuk mengkaji pengurusan kewangan sesebuah


persatuan adalah untuk mengetahui bagaimana sesebuah persatuan menjana
kewangan serta cara mereka menguruskan kewangan tersebut. Antara dapatan
kajian termasuklah sumber kewangan persatuan ini secara am dan pengurusan
kewangan mereka untuk salah satu projek yang dialankan serta sumber kewangan
yang diperolehi secara spesifik untuk projek ini.

Bagi memastikan objektif persatuan ini dapat dicapai, persatuan ini akan
melaksanakan pelbagai aktiviti dan rancangan dalam setahun bagi membolehkan
tujuan serta matlamat utama persatuan ini dtubuhkan dapat dilaksana. Setiap aktiviti
yang dirancang dan dijalankan pasti mempunyai peruntukan kewangan yang
diperlukan, oleh itu, persatuan ini hendaklah mempunyai sumber kewangan yang
kukuh.

Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura – Kura dan Penyu ini mendapatkan


sumber kewangannya melalui pelbagai sumber antaranya termasuklah derma yang
dijalankan melalui laman web rasmi persatuan ini. Menurut perlembagaan persatuan
ini dana yang dikumpul adalah melalui bayaran yuran tahunan, yuran pendaftaran.
Manakala melalui temubual yang dijalankan bersama ahli persatuan tersebut dana
juga dikumpul melalui sumbangan dari pihak luar, hasil jualan dari barang – barang
cenderahati yang dijual teutamanya melalui laman web rasmi mereka. (Rujuk
Lampiran 3). Mereka turut mendapatkan dana dari tajaan dari pihak yang

15
bekerjasama dengan pihak persatuan. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa projek
mereka yang telah dijalankan.

Salah satu dari projek tersebut termasuklah Projek Meningkatkan Bilangan


Tuntung sungai di Terengganu, Malaysia. Fasa pertama projek ini dijalankan pada
tahun 2010 bermula dari bulan Januari sehingga hujung Disember 2010. Fasa
seterusnya merupakan fasa pemerhatian dan pengumpulan data tuntung yang
dilepaskan di sungai berkenaan. Dana utama bagi projek ini datang daripada United
States Fish and Wildlife Service. Selain itu, Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-
Kura dan Penyu ini turut mendapat dana daripada Turtle Conservation Fund (TCF)
dan Turtle Survival Alliance (TSA). Pada tahun kedua dan ketiga projek ini
dijalankan, kebanyakan sumbangan diperoleh dari Mohamed bin Zayed Species
Conservation Fund dan Turtle Conservation Fund. Pada tahun keempat projek ini
iaitu pada tahun 2014, dana dieroleh dari CIMB Foundation yang menaja keperluan
projek sepanjang tahun tersebut.

Dengan adanya bantuan daripada syarikat luar, persatuan dari luar dan
peruntukan yang diperolehi dari dana persatuan terbabit, aktiviti tersebut dapat
dijalankan dengan lancar sepanjang 7 tahun penyelidikan tersebut berjalan iaitu
bermula dari tahun 2010 sehinga 2016 serta membuahkan hasil yang
memberangsangkan.

Di dalam perlembagaan Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan


Penyu ini ada dinyatakan tentang penggunaan wang dana dari persatuan tersebut
dan dinyatakan bahawa penggunaan wang persatuan tidak boleh melebihi RM
10,000 – RM 15,000 dalam jangka masa yang pendek. Menurut Cik Chan Pelf Nyok,
dengan adanya bantuan dari tajaan, dana dan sumbangan dari pihak luar, projek
memulihara tuntung ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah
yang mengganggu projek tersebut sepanjang tempoh 7 tahun pelaksanaannya.
Tajaan yang diberikan bukan sahaja dalam bentuk wang malah sumbangan mikrocip
turut diperolehi oleh pihak persatuan yang secara tidak langsung mengurangkan kos
yang perlu ditanggung oleh pihak persatuan sepanjang 7 tahun projek ini
dilaksanakan.

Menurut Cik Chan Pelf Nyok, meskipun bagi aktiviti ini mereka mendapat
bantuan dana yang mencukupi namun terdapat juga beberapa kekangan bagi aktiviti

16
lain yang membuktikan bahawa pengurusan kewangan merupakan aspek yang
paling penting dalam usaha memastikan persatuan ini dapat meneruskan usaha
pemuliharaan haiwan – haiwan ini. Tambahan lagi, pada zaman kegawatan ekonomi
kini, persatuan ini tidak dapat melakukan aktiviti yang berkos tinggi sebaliknya
mereka hanya menumpukan kepada aktiviti dan program yang melibatkan kos yang
tidak terlampau membebankan seperti kempen kesedaran, seminar dan sebagainya.
Namun usaha berterusan masih dijalankan oleh persatuan ini dengan membantu
serta bekerjasama dengan pihak – pihak luar.

17

Anda mungkin juga menyukai