Anda di halaman 1dari 1

Selepas menonton Rancangan Suara Rakyat TV3 bertajuk Perpaduan dan Integrasi

Nasional, saya telah belajar isu perpadauan tidak dapat lari daripada soal etnik,
agama, bahasa, perbezaan geografi, kedudukan kelas. Isu perkauman berlaku
disebabkan kurang penghayatan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara yang
jelas serta kecenderungan melihat sesuatu di dalam konteks perkauman yang
sempit. Perlembagaan Negara dan Rukun Negara telah diterapkan dalam
pendidikan. Tetapi perkara ini hanya dilihat untuk lulus peperiksaan sahaja. Hal ini
berlaku disebabkan penghayatan yang kurang kurang didukong oleh sistem dari
rumah yang terlalu mementingkan materisma, keuntungan ekonomi. Benda-benda
asas akan hilang sedikit demi sedikit dari hati nurlani mereka. Jadi mereka tidak akan
mentaksifkan apa yang telah dipelajari dalam sistem tetapi mentafsir ikut kehendak
hati dan atas kebebasan bersuara. Walaupun kebebasan bersuara ada batasnya
tetapi mereka menggunakan demokrasi dan zaman masyarakat terbuka. Jadi tanpa
mereka sedar ini merupakan satu budaya yang akan membahayakan masyarakat.
Kebebasan yang tidak ada sempadan menyebabkan berlakunya situasi kritik dan
komen isu yang sensitif.

Perkara-perkara yang tidak formal seperti kebudayaan dan minat akan menyatukan
perpaduan seperti Sekolah Wawasan. Di negara Singapore dan Indonisia, semua
rakyat menggunakan bahasa yang sama. Namun di Malaysia, bahasa Malaysia
masih gagal jadi Bahasa Kebangsaan yang sebenar. Aspek utama adalah
menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyatukan bangsa. Masalah ialah ada
pihak kuat mempertahan bahasa sendiri dan orang Melayu tidak berbanga dengan
bahasa sendiri.

Faktor ekonomi merupakan faktor yang sangat penting untuk mengukuhkan


perpaduan. Contohnya sekiranya isu ketaksamaan ekonomi atau jurang pendapatan
yang berbeza ditangani dengan baik, maka tidak akan timbul rasa marah dan
prejudis. Hal ini berlaku kerana jurang pandangan, berfikir dan cara hidup yang
berbeza. Jadi jurang kemiskinan dan ketaksamaan perlu dirapatkan.

Kurang rasa toleransi anatara satu sama lain dalam isu mempelajari tulisan jawi.

Anda mungkin juga menyukai