Anda di halaman 1dari 13

BAB 2: POTRET HUBUNGAN ETNIK

1) TERJAH MINDA

Berdasarkan gambar di atas dan kefahaman anda mengenai konsep hubungan etnik, sila
jawab soalan-soalan berikut:

A. Bincangkan ramuan untuk membentuk bangsa Malaysia yang harmoni.

Kita lihat dari perspektif komuniti yang kecil bermula dari didikan anak-anak di
rumah. Inilah satu cara yang dilihat paling berkesan dan halus dalam membentuk
semangat perpaduan dikalangan masyarakat. Ibu bapa ialah orang yang berperanan
penting di dalam memupuk semangat perpaduan anak-anak di Malaysia. Mereka perlulah
menjadi contoh teladan kepada anak-anak agar nilai perpaduan dapat dipupuk sejak kecil
lagi. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebagai contoh ibu bapa perlulah berbaik-
baik dengan jiran yang berlainan kaum dan agama. Mereka juga boleh mengajar anak-
anak agar menghormati kaum dan agama orang lain. JIka hal ini dilakukan oleh ibu bapa
kepada anak-anak maka tidak mustahil kita telah menyiapkan pelantar atau pemangkin
paling asas kepada usaha perpaduan kaum yang erat di Malaysia.

Seterusnya sektor pendidikan dilihat sebagai satu medium yang sangat penting
didalam mendidik,mengenalkan dan menerapkan perpaduan kaum dikalangan rakyat
Malaysia. Jika kita lihat melalui dasar sekolah kebangsaan itu sendiri perpaduan mula
diterapkan dimana pelajar-pelajar berbilang kaum ditempatkan di satu bumbung untuk
belajar dan berkawan. Disini perhubungan sesama kaum dapat dieratkan semenjak
mereka kecil lagi dan dari sekolah kebangsaan inilah kita tanamkan semangat kecintaan
kita kepada bangsa lain dan kita belajar menghormati perbezaan sesama kita. Melalui
pendidikan di sekolah, guru-guru dapat menerapkan nilai-nilai perpaduan didalam
matapelajaran. Sebagai contoh, mata pelajaran Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral,
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, murid-murid dapat diajar nilai-nilai
menghormati kaum lain. Di samping itu, aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan
dan permainan dapat dilakukan bagi menyemai nilai perpaduan dalam kalangan pelajar.
Jelaslah disini sektor pendidikan dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu.
B. Apakah kekuatan dan cabaran untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia?

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak dalam Gagasan 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini merupakan kekuatan
utama, yang diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan
tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai
tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

Nilai-nilai tersebut seharusnya menjadi amalan rakyat Malaysia bagi


menjayakan gagasan 1Malaysia ini. Gagasan ini hanya akan berjaya mencapai
matlamatnya sekiranya mendapat kerjasama semua pihak dalam menerima dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Cabaran untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia, ialah struktur politik


Malaysia itu sendiri, parti-parti politik di Malaysia berlandaskan kaum, manakala
parti-parti yang berlandaskan ideologi pun masih tidak dapat melepaskan diri daripada
dipengaruhi oleh sifat dan tuntutan kaum. Struktur politik sedemikian dalam batas
tertentu boleh menjadi wadah bagi menangani isu kaum tetapi pada masa yang sama
menjadi halangan bagi memupuk perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa. Hal
ini kerana struktur politik tersebut menjadikan kepentingan kaum menjadi landasan
perjuangan parti dengan demikian ia mendorong ahli parti, pengikut dan anggota
masyarakat dan negara berfikir dan bertindak mengikut perspektif kaum bukannya
perspektif nasional sebagai bangsa Malaysia.

2) EKSPLORASI DAN UJI MINDA


Tandakan jawapan yang betul.

1. Sewaktu perayaan Tahun Baru China, En. Rahim, En. Raju, En. Londoh dan keluarga
masing-masing telah melawat rumah En. Chan. Keluarga En. Chan sangat senang hati dan
menghidangkan pelbagai juadah sempena meraikan perayaan tersebut. Sikap ini
mempamerkan nilai _________________ dalam masyarakat Malaysia.

A. etnosentrik

B. diskriminasi

C. integrasi

D. prejudis

E. bangsa

2. Secara umumnya akomodasi merujuk kepada__________

A. pengiktirafan diplomatik.

B. perasaan kekitaan.

C. individu yang mengadaptasi keadaan.

D. autoriti pemimpin. E. kejiranan.

3. Apabila seseorang individu diminta menyerap budaya dominan dan menghapuskan amalan
etnik masing-masing, tingkah laku ini dinamakan sebagai …..

A. akomodasi.

B. asimilasi.

C. ras.

D. integrasi.

E. segregasi.
4. Kontrak Sosial 1957 merujuk kepada .....

A. keadilan sosial di Tanah Melayu.

B. persetujuan kerjasama antara golongan etnik.

C. pakatan membina Negara Bangsa.

D. kebebasan bersuara.

E. tuntutan hak kerakyatan bagi semua golongan etnik.

5. Proses pembinaan negara (dalam konteks hubungan etnik) pada awal kemerdekaan Tanah
Melayu dipenuhi dengan pelbagai cabaran seperti yang berikut:

I. pengukuhan budaya setiap golongan etnik

II. pembentukan dasar pendidikan negara

III. pengukuhan kuasa elit

IV. konflik antara golongan etnik

V. cabaran dalaman setiap golongan etnik

A. II

B. V

C. I, II, IV

D. I, II, V

E. I, II, III, IV

6. Akulturasi merujuk kepada .....

A. pengekalan identiti etnik masing-masing tetapi berkongsi kebudayaan yang sama.


B. proses penyatuan antara kelompok berlainan etnik menjadi satu kelompok dengan
identiti yang sama.

C. proses penyesuaian dengan matlamat mengekang konflik antara kelompok.

D. proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik khususnya dari aspek biologi.

E. kepercayaan bahawa nilai budaya sesuatu kelompok lebih tinggi daripada


kelompok lain.

7. Konsep layanan yang berbeza terhadap individu atau kelompok atas dasar-dasar tertentu
seperti ras, gender, kaum, agama, kebudayaan dan kelas sosial disebut sebagai:

A. stereotaip

B. ekstrimisme

C. chauvinist

D. perkauman

E. diskriminasi

8. Aspek subjektif dalam etnik merujuk kepada ……

A. kesedaran terhadap kewujudan satu identiti etnik, perasaan kekitaan dan kesedaran
terhadap kepentingan bersama.

B. kesedaran terhadap ciri-ciri kebudayaan seperti bahasa, kesenian dan pakaian


tersendiri yang boleh dilihat dan dirasakan.

C. kesedaran terhadap kepentingan negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.

D. kesedaran terhadap kepentingan bersama dalam kemajuan ekonomi.

E. kesedaran terhadap kepentingan individu atau kumpulan dalam memonopoli aspek


kebudayaan.
9. Menurut _______________________, kebudayaan merupakan gabungan ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam, kemahiran lain
dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

A. J.S. Furnival

B. Edward B. Taylor

C. Milton J. Eastmont

D. Van den Berghe

E. W.G. Summer

10. Dalam analisis sosiologi hubungan ras, keadaan ini menjelaskan satu proses di mana
individu-individu membuat penyesuaian dengan situasi konflik tanpa perlu mengubah sistem
ketidaksamaan yang sedia ada. Keadaan ini disebut sebagai...

A. akomodasi.

B. akulturasi.

C. adaptasi.

D. alienasi.

E. akauntabiliti.
CUBA FIKIRKAN.

Sila jawab soalan-soalan di bawah:

1. Jelaskan bagaimana penjajahan British mencorakkan bentuk masyarakat di Tanah


Melayu.

Pihak British telah memperkenalkan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan pada


masa yang sama menggalakkan kemasukan buruh asing dari negara Cina dan India.
Tindakan pihak British secara tidak langsung telah mengubah komposisi kaum di negara
ini.

Dasar “pecah dan perintah” yang diperkenalkan oleh British menyebabkan jurang
perbezaan antara etnik di negara ini menjadi ketara dalam semua bidang seperti politik,
ekonomi, sosial, pendidikan, penempatan, dan jenis pekerjaan. Interaksi antara etnik amat
terhad dan interaksi hanya tertumpu dalam kumpulan etnik yang sama.

Penguasaan ekonomi yang berbeza dan jurang pendapatan yang tidak seimbang
mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Setiap etnik lebih
mengutamakan anggota sendiri daripada etnik yang berbeza dalam memilih sahabat dan
mendapatkan perkerjaan. Sikap mementingkan diri sendiri dan memperjuangkan hak
etnik masing-masing mencetuskan rasa tidak puas hati semua pihak yang pastinya
mengundang kepada perpecahan.

2. Bagaimana boleh munculnya unsur-unsur negatif seperti stereotaip dan prasangka


yang merupakan sebahagian daripada cabaran dalam kehidupan masyarakat majmuk
di negara ini.

Unsur-unsur negatif seperti streotaip dan prasangka bole muncul kerana, pemimpin
yang tidak bertangungjawab terus membiarkan rakyatnya mengamalkan unsur-unsur ini
tanpa mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pengamal unsur-unsur negatif ini.

Punca yang kedua ialah masyarakat kini kurang bersosial dengan masyarakat
setempat yang lain. Masyarakat kini lebih gemar bergaul dengan mereka yang kenali
sahaja. Oleh hal yang demikian maka wujudlah spekulasi yang tersendiri dalam diri
masing-masing terhadap masyrakat yang lain.

3) TEROKAI MINDA
a) TOKOH-TOKOH NEGARA

“Pembentukan bangsa Malaysia merangkumi banyak perkara lain. Antaranya ialah


menegakkan sistem politik demokratik yang matang yang dapat memelihara hak dan
kepentingan individu di samping mengimbanginya dengan hak dan kepentingan masyarakat.”
( Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, ucaptama Majlis Perasmian Mesyuarat Panel Penasihat
Perpaduan Negara, Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, 27 Mei 1991)

Sehubungan dengan kenyataan di atas, senaraikan tokoh-tokoh dan sumbangan mereka dalam
pembangunan negara dan pemupukan perpaduan. (Nota: Tokoh-tokoh meliputi pelbagai
bidang seperti politik, seni dan budaya, pendidikan, sasterawan, ekonomi, sukan, aktivis
sosial, dll)

Nama Tokoh Bidang Sumbangan tokoh


Bapa Kemerdekaan Malaysia. Perdana
Tungku Abdul Rahman Politik
Menteri Malaysia yang pertama.
Seorang Sasterawan Negara. Juga dikenali
Dato’ Dr. Usman Awang Sastera sebagai Tongkat Warrant. Penulis buku
Tulang-tulang Berserakan.
Beliau meupakan bapa permodenan yang
Tun Dr Mahathir Mohamad pertama mewujudkan “dasar pandang ke
Ekonomi
bin Iskandar timur”. beliau juga merupakan perdana
menteri ke empat.
Beliau pernah merangkul pingat perak di
Datuk Lee Chong Wei Sukan temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012.

 Beliau menubuh kan Persatuan Orang


Cina Seberang Laut India.
 Salah satu pemimpin yang melahirkan
Tun Tan Chen Lock Politik
Persatuan Cina Tanah Melayu
(Malayan Chinese Association-MCA)

 Menyuntik semangat rakyat Sabah


supaya menyokong pembentukan
Malaysia.
 Membantu Suruhanjaya Cobbold
menjelajahi daerah pendalaman
Tan Sri Haji Abdul Ghani khususnya Ranau, Kundasan,
Politik Tambunan, Keningau, Jeselton (kini
Gilong
Kota Kinabalu), Kudat, Sandakan dan
Kinabatangan untuk memberi
kefahaman tentang kebaikan dan
kelebihan bagi Sabah sekiranya sama-
sama membentuk Negara
baru(Malaysia).
C. Aplikasi Konsep: Latihan Kendiri

Berpandukan modul Hubungan Etnik dan sumber-sumber rujukan yang berkaitan, para
pelajar diminta untuk memikirkan pemahaman berkaitan konsep-konsep asas hubungan
etnik dan hubungannya dengan keadaan sebenar dalam kehidupan. Anda boleh bekerja
secara individu atau berkumpulan. Rencanakan pemikiran anda berasaskan beberapa
contoh isu seperti yang berikut:

No Tajuk Bidang Laporan/ Catatan ringkas

1 Perubatan tradisional Kesihatan Masyarakat Melayu masih


mengamalkan perubatan tradisional
kerana ada diantara mereka tidak
mempercayai dengan perubatan
moden

2 Sukan tradisional mengikut kaum Sukan dan Sukan tradisional setiap kaum boleh
rekreasi. dimainkan oleh semua kaum.
Sebagai contoh gasing. Kanak-
kanak Melayu India dan Cina semua
bermain permainan gasing ini.

3 Upacara kelahiran, perkahwinan Agama, Tradisi makan atas daun adalah


dan kematian budaya, adat tradisi orang India. Orang Melayu
resam dan juga mengamalkan makan makanan
kepercayaan atas daun pisang.

4 Makanan/Minuman tradisional Makanan dan Orang Cina menyambut perayaan


budaya tahun baru Cina. Kaum lain juga
bole turut serta dalam perayaan ini.
Hal ini kerana masyarakat Malaysia
mengamalkan sikap toleransi.

5 Perjuangan kemerdekaan Politik Pada 31 Ogos, semua masyarakat


Malaysia akan mengadakan
sambutan kemerdekan yang sangat
meriah untuk menghargai Pejuang-
pejuang Tanah Melayu yang banyak
berbakti kepada negara.

6 Pemodenan dan pembangunan Politik dan Semua rakyat Malaysia bersatu


negara sosioekonomi untuk menjayakan misi Perdana
Menteri iaitu menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju pada
tahun 2020.
C. Lakaran Minda

Fikir dan lakarkan catatan ringkas isu-isu berikut:

1. Apakah sumbangan media (elektronik dan cetak) dalam hubungan etnik?


 Bertindak sebagai agen penyampai maklumat daripada satu pihak ke pihak
yang lain tanpa mengira bangsa dan agama. Contoh nya setiap kali perayaan,
akhbar dan televisyen memaparkan pelbagai etnik meraikan perayaan masing-
masing.

2. Apakah objektif kandungan buku-buku teks dalam memupuk hubungan etnik?


 Kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnikmelalui
penggunaan bahasa Melayu yang telah diaplikasikan dalam buku tersebut.
Bahasa merupakan medium terbaik dalam memupuk hubungan etnik. Bagi
kata lain, bahasa melayu menjadi bahasa penghantar utama di dalam buku
teks. Pada masa yang sama, buku teks mengandungi penyampaian nilai-nilai
murni dalam bahasa Melayu yang mudah difahami berserta ilustrasi gambar
yang menarik. Secara tidak langsung, menarik minat pembaca yang terdiri
daripada pelbagai etnik dan akhirnya penyampaian nilai murni dalam buku
tersebut mencapai objektif. Hal ini demikian kerana, pembaca yang terdiri
daripada pelbagai etnik akan mengamalkan nilai murni dan meningkatkan lagi
penguasaan dalam bahasa melayu melalui pembacaan buku teks. Maka,
penguasaan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merancakkan
lagi komunikasi yang baik antara etnik dan dengan mudah dapat mengeratkan
lagi hubungan etnikyang berbilang kaum.

3. Penggunaan sumber-sumber alam untuk perubatan dan kesihatan dalam kalangan


masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
 Penggunaan sumber-sumber alam untuk perubatan dan kesihatan dalam
kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia ini dapat mewujudkan
perpaduan yang erat. Hal ini kerna, setiap budaya agama dan etnik di Malaysia
mempunyai gaya perubatan semula jadi tersendiri. Antara contoh nya, bagi
kaum Cina mereka lebih terkenal dengan produk kesihatan yang berteraskan
herba.

4. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan


masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.

 Industri hiburan merupakan cara paling mudah untuk mengeratkan hubungan dalam
masyarakat pelbagai budaya di Malaysia. Hal ini demikian kerana, artis menjadi idola
kepada masyarakat. Maka tindak-tanduk artis dapat mempengaruhi masyarakat.
Kebiasaanya artis bersifat terbuka dari segi bergaulan dengan artis-artis lain yang
berbilang kaum. Artis juga mudah dalam mengayakan baju-baju etnik yang berbilang
kaum. Sebagai contoh, Faizal Tahir artis lelaki yang berketurunan melayu berduet
dengan artis berbangsa cina iaitu Elizeberth Tan yang berbaju kurung di dalam sebuah
lagu melayu. Secara tidak langsung, masyarakat akan terpengaruh dan cenderung
untuk menjalinkan hubungan antara kaum serta memahami budaya masyarakat lain.

5. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat
pelbagai kaum.

 Apresiasi merupakan kepada penghargaan atau penilaian yang positif terhadap


sesuatu karya yang dihasilkan. Seni pula dapat diertikan sebagai hasil ciptaan
manusia yang mempunyai nilai estika tertentu.Hai ini dapat dirumuskan
bahawa apresiasi seni adalah penghargaan kepada hasil karya seni. Setiap
kaum mempuyai seni mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, kaum Melayu
terkenal dengan tarian Zapin, kaum Cina pula terkenal dengan tarian kipas.
Manakala kaum India tarian tardisionalnya iaitu tarian Bharata Natyam.

6. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di


Malaysia?

 Antara kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum


Di Malaysia adalah kawalan dari segi dasar pendidikan dan dasar politik. Dari
segi kawalan dasar pendidikan, negara meletakkan bahasa melayu sebagai
bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah dan syarat kelulusan Bahasa
Melayu diperingakat SPM menjadi satu terma untuk memohon kemasukan ke
universiti awam. Secara tidak langsung, masyarakat yang berbilang kaum akan
berkomunikasi dalam satu bahasa dan proses integrasi antara kaum mudah
berlaku kerana penggunaan bahasa kebangsaan yang mudah difahami.
Seterusnya, dasar kawalan politik negara yang menetapkan pentadbiran dan
perundangan negara tertumpu kepada perlembangan negara dan demokrasi
berparlimen. Hal di dapat memupuk perpaduan kaum melalui penggunaan satu
perlembagaan dan pemimpin yang mewakili etnik berbilang kaum berhak
bersuara dan bertukar-tukar pendapat. Secara tidak langsung, sifat perpaduan
dapat dipupuk.

7. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau
perpaduan?

 Pada masa ini, parti politik lebih menjurus ke arah polarisasi kaum berbanding
perpaduan. Hal ini amat jelas dilihat daripada sikap pemimpin parti politik itu
sendiri. Kebanyakan pemimpin parti politik gemar menyentuh isu-isu
perkaum berbanding perpaduan bagi meraih undian yang tinggi daripada kaum
tertentu. Mereka juga lebih berpihak kepada kebajikan kaum mereka sendiri
daripada ke arah perpaduan kaum yang pelbagai.

8. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebih cenderung ke
arah polarisasi kaum atau perpaduan?

 Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) sekarang lebih cenderung ke arah


perpaduan berbanding polarisasi kaum. Hal ini jelas dapat dilihat apabila,
badan NGO gemar memberi bantuan kemanusian kepada mangsa benda alam
tanpa mengira kaum, latar belakang, agama dan budaya. Sebagai contoh,
badan NGO yang terdiri daripada ahli-ahli koporat sudi memberi dana bantuan
kemanusiaan kepada mangsa banjir di Kelantan dengan sama rata.
9. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk
persefahaman.

 Permainan tradisional adalah merupakan salah satu wadah yang dapat


memupuk persefahaman antara pelbagai etnik. Hal ini jelas dapat dilihat,
apabila sekumpulan atau individu yang berlainan etnik berminat untuk
menyertai permainan tradisional etnik lain. Mereka juga bersorak menyokong
satu pasukan yang Sama walaupun berlain bangsa, agama, dan latar belakang.
Sebagai contoh, etnik melayu menyertai konda kondi iaitu permainan
tradisional India, etnik India pula menyertai permaianan congkak yang
merupakan permainan tradisional melayu dan etnik cina bermain batu
seremban yang merupakan permaianan tradisional melayu. Secara tidak
langsung, permainan tradisional dapat menyatupadukan etnik yang berbilang
kaum

10. Politik serantau dan antarabangsa yang ada hubungan dengan isu keetnikan di
Malaysia.

 Di antara nilai-nilai murni yang diperoleh ialah menjaga keamanan negara dan
menghormati kedaulatan negara jiran .Kita hendaklah bersatupadu dan
berkerjasama dalam semua aspek ekonomi, politik dan sosial. Di samping itu,
kita juga haruslah bersifat toleransi dan mempunyai semangat kekitaan
 Di antara sifat yang perlu diamalkan ialah berani mempertahankan negara dan
menghormati kedaulatan negara serantau. Di samping itu, kita juga harus
menjalin hubungan komunikasi yang baik. Selain itu, kita mestilah bersikap
terbuka dan berpandangan jauh dalam menjalinkan hubungan serantau.

Anda mungkin juga menyukai