Anda di halaman 1dari 5

Perpaduan

Konsep
Hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara.

Masalah
1. 2. Pergaduhan etnik Timbulnya persepsi terhadap kaum lain. Tidak memahami pantang larang kaum lain & tidak menghormati agama dan kepercayaan kaum lain. Contoh : Peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN. Timbul rasa takut antara kaum. Tiada lagi perasaan muhibah Saling mencurigai antara etnik. Tiada keharmonian di kalangan penduduk Ketidakstabilan politik Negara Wujudnya politik perkauman(Kepercayaan positif terhadap organisasi politik dan sosial mengikut garis perkauman ataupun etnik.) Persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa , kaum dan etnik memperkuatkan identiti sesuatu kumpulan. Setiap parti politik memperjuangkan hak dan kepentingan kaum mereka masing- masing. memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan. Kerajaan menjadi lemah. Memberi ruang kepada pihak luar untuk campur tangan. Negara akan berada dalam keadaan huru hara.

3. 4. -

Aktiviti ekonomi runtuh. Sumber pendapatan negara lemah. Kaum tidak bekerjasama untuk membangunkan ekonomi. Setiap kaum mementingkan diri sendiri. Pembangunan Negara terencat. Pelabur asing takut melabur Pelaburan asing memajukan perindustrian sesebuah negara. Pelaburan asing yang amat berpengalaman dapat membawa masuk teknologi dan jentera yang canggih ke negara kita. Contohnya, dari negara Jepun, Amerika Syarikat dan Korea, dapat memajukan sektor perindustrian dengan membawa teknologi dari negaranya. Aktiviti ekonomi runtuh. Prangsaka wujud antara kaum Satu konsep yang bersifat psikologi. Sikap dan fikiran yang tidak dapat diubah oleh faktor objektif. Tidak dapat dielakkan kerana gangguan beberapa faktor persekitaran dan kepentingan pihak tertentu. Contohnya : a) Wujud apabila apabila kekayaan negara tidak dapat dibahagi sama rata atau seimbang mengikut komposisi kaum. Keadaan ekonomi yang tidak seimbang. Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan.. Mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang. Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis.

Implikasi
1. Negara dapat ditadbir dengan baik. Terdapat pelbagai kaum yang meminpin Malaysia. Mewujudkan perasaan perkongsian yang bermakna kepada kesejahteraan Negara. Sikap saling mempercayai yang diamalkan antara pemimpin pelbagai kaum menghasilkan budaya dan etika kerja yang baik. Rakyat beruntung kerana kestabilan politik Negara Rakyat hidup dengan aman dan sejahtera. Persefahaman antara beberapa parti politik yang sanggup berkorban demi kemajuan Negara menjadi contoh terbaik kepada rakyat. 2. Pelbagai adat dan budaya dipelajari. Bertuah kerana dapat mempelajari pelbagai warisan , budaya, dan adat resam kaum lain. Contohnya i. Bangsa Cina beragama Buddha mempelajari budaya dan pantang larang kaum Melayu yang beragama Islam dan kaum India yang menganut agama Hindu. Budaya dan adat resam yang berbeza ternyata tidak meninbulkan masalah. Kekayaan kebudayaan yang dimiliki oleh Negara menjadi kebanggaan 3. Membangkitkan semangat patriotik. Membuahkan semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Sentiasa sepakat dengan pihak pemerintah dalam menentukan arah tuju Negara. Usaha kerajaan dalam memajukan Negara sentiasa menerima sokongan yang padu Rakyat bersama-sama menikmati faedah daripada ekonomi yang memberangsangkan Segala bentuk ancaman baik dari dalam mahupun luar sempadan Negara dapat ditangkis

4. Sentiasa berasa selamat dan bebas bergerak. Urusan kehidupan harian dapat dilaksanakan dengan licin dan lancar. Rakyat bebas menjalankan aktiviti perdagangan dan perusahaan serta bekerja. Rakyat membina kehidupan yang baik Ekonomi Negara dipacu Menjanakan pendapatan yang lumayan. 5. Membolehkan hubungan mesra antara ahli keluarga dan semangat muhibah terjalin. Ahli keluarga sentiasa bergaul mesra Sedar bahawa hubungan erat dalam kalangan mereka mewujudkan keharmonian & mengukuhkan institusi kekeluarhaan. Keluarga bersatu padu berusaha mengelakkan pertelingkahan. Begitu juga dengan hubungan antara kaum Semua kaum menghormati adat dan kepercayaan masing-masing. Rakyat bekerjasama dan mengamalkan toleransi dalam pelbagai urusan kehidupan harian. Semangat muhibah antara kaum terjalin erat.

Langkah memupuk perpaduan


1. Integrasi ekonomi Mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik. Melancarkan DEB untuk menyusun semula masyarakat Malaysia dan menghapuskan kemiskinan. Memberi agihan yang seimbang bertujuan mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah. Memberi agihan yang adil bertujuan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum 2. Integrasi sosial dan kebudayaan Mengamalkan dasar kebudayaan kebangsaan Mempraktikkan amalan konsep Rumah terbuka Mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia Contoh : Rumah Terbuka Malaysia Hari Raya Aidilfitri 2011 diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang

Konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini Mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia

3.

Integrasi pendidikan Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama Sekolah Wawasan menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Penggunaan satu bahasa boleh menghapuskan perasaan prejudis. Penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan Bahasa jiwa bangsa. Mata pelajaran Geografi, Sejarah dan Sastera perlukan ditumpukan kepada Tanah Melayu

4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja. Para remaja berbilang kaum berpeluang bercampur gaul dengan kaum lain Melaksanakan kehidupan harian bersama-sama selama tiga bulan. Melakukan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Saling berkerjasama semasa aktiviti dijalankan. Saling menghormati antara satu sama lain 5. Integrasi wilayah Merapatkan hubungan antara negeri Merapatkan hubungan antara pantai barat dan pantai timur Merapatkan hubungan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur

Anda mungkin juga menyukai