Anda di halaman 1dari 40

MPU 2113

- HUBUNGAN ETNIK BAB 7 : Dari Segregasi ke


Intergrasi

DARI PENGASINGAN KE PENYATUAN

DEFINISI
I. Segregasi
Pengasingan atau pemisahan antara satu kumpulan etnik
dengan kumpulan etnik yang lain.
II. Integrasi
Proses penyatuan kelompok-kelompok etnik yang berbeza latar
belakang menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai
serta kepentingan bersama [Identiti Nasional]

DARI PENGASINGAN KE PENYATUAN

Sebelum merdeka, Tanah Melayu telah melaksanakan dasar pecah


dan perintah di bawah penjajahan British.
Dasar ini mewujudkan segregasi dalam kalangan etnik yang
mengukuhkan kuasa politik dan ekonomi British di Tanah Melayu.
Justeru, bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat, Malaysia
mengutamakan integrasi.
Tahap-tahap hubungan etnik dilihat dari segi darjah kedekatan
bermula dengan hubungan terpisah, iaitu segrasi sehingga hubungan
yang terbentuk sebati iaitu amalgamasi.
Hubungan yang rapat mampu mengurangkan konflik dan
mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perpaduan antara
pelbagai etnik.

CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI


MALAYSIA

Faktor-faktor yang boleh mencetuskan keretakan masyarakat:

Prasangka
Perkauman
Diskriminasi
Stereotaip
Rasisme
Etnosentrisme

Perpecahan berlaku apabila wujudnya:

Konflik antara kumpulan masyarakat.


Kedudukan lokasi kelas.
Taraf pendidikan dan kemahiran kerja dan pendapat.
Budaya hidup yang sesetengahnya membatasi peluang mobiliti
sosial mereka untuk keluar daripada golongan miskin.

CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI


MALAYSIA

Konflik antara masyarakat pula terjadi disebabkan:


Kerumitan menanggung kos hidup yang kian meningkat.
Perkhidmatan awan yang tidak memuaskan.
Pengangguran dan kemiskinan.
Keterpinggiran dan ketidaksamarataan.
Contohnya adalah rusuhan etnik yang berlaku di Kampung
Medan, Selangor .

CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI


MALAYSIA

Negara lain menjadikan Malaysia sebagai contoh dari segi hubungan


etnik kerana berjaya mewujudkan keharmonian dalam kalangan
pelbagai etnik.
Ini adalah hasil usaha kerajaan yang bersifat top-down disokong oleh
pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan (NGO) serta rakyatnya
yang bersifat botton-up.
Tujuannya adalah untuk memupuk perpaduan dan memantapkan
hubungan etnik dalam kalangan masyarakat Malaysia.

PERANAN KERAJAAN

Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni.


Dilaksanakan menerusi perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar
tertentu.
Antara usahanya adalah PM Datuk Seri Najib Tun Razak
memperkenalkan konsep 1Malaysia dengan berslogankan Rakyat
didahulukan Pencapaian diutamakan.
Tujuan-tujuannya:
Melahikan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam
menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi.
Memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat
pelbagai etnik di negara ini.

PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN


INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)

JPNIN adalah sebuah badan yang ditubuhkan dan bertanggungjawab


untuk memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di negara
ini.
Walaupun etnik yang berlainan latar belakang budaya, agama,
bahasa dan adat resam ini berganding bahu di bawah satu sistem
politik yang sama, namun kehidupan mereka adalah berasingan.
Ia bermakna interaksi dalam kalangan mereka kurang dan hubungan
antara mereka hanya terbatas dalam hal yang berkaitan dengan
ekonomi.

PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN


INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)

Generasi hari ni mewarisi konsep masyarakat majmuk sejak merdeka


masih lagi menghadapi persoalan dan dilema akibat masalah
segregasi antara kaum.
Mereka juga masih belum sepenuhnya menjiwai nilai dan konsep satu
bangsa Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam cabaran
pertama Wawasan 2020
Cabaran pertama yang disebutkan adalah menekankan perpaduan
masyarakat.
Intergrasi Nasional adalah sangat penting kerana mampu mengikis
sentimen perkauman.

PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN


INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)

Majlis Gerakan Negara Malaysia (MAGERAN)


Ditubuhkan sebagai usaha memulihkan hubungan antara kaum
akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969.
Mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara pada 1 Julai 1969 untuk
menangani isu berhubung pembinaan semula perpaduan kaum di
negara ini.
Dibubarkan pada tahun 1971.

PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN


INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)

Majlis Penasihat Perpaduan Negara


Ditubuhkan pada 23 Februari 1971
Tujuannya adalah untuk memupuk dan memelihara perpaduan
etnik.
Diletakkan dibawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara
(JPN).

DASAR DASAR KERAJAAN


Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada
beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang
menyumbang ke arah perpaduan dan keharmonian
masyarakat pelbagai etnik serta menjalin integrasi nasional.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Ekonomi Baru
Pengenalan Rukun Negara (ideologi kebangsaan)
* Kesemua dasar ini bertujuan untuk mengurangkan dan
mengawal tindak-tanduk
politik melampau yang boleh memecahbelahkan perpaduan
rakyat.
Dasar Pembangunan Negara
Dasar Wawasan Negara
Dasar Sosial Negara
Pengenalan Wawasan 2020
(visi dan misi adalah menjadikan Malaysia maju dalam semua
aspek kehidupan)

DASAR DASAR KERAJAAN

JPNIN telah merancang pelbagai usaha dalam Pelan Tindakan


Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005 2010 untuk memupuk dan
mempertingkatkan lagi perpaduan dan integrasi nasional melalui
pelbagai strategi.

DASAR DASAR KERAJAAN

Strategi Persefahaman Politik

Peruntukan dalam perlembagaan merangkumi:


1. Sistem kerajaan persekutuan.
2. Demokrasi berparlimen.
3. Raja berperlembagaan.
4. Kedudukan Raja-raja Melayu.
5. Bahasa kebangsaan.
6. Hak mengamalkan agama masing-masing.
7. Hak asasi rakyat Malaysia.
8. Kedudukan istimewa kaum bumiputera dan peribumi.
9. Lambang-lambang negara.
10. Pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan negeri.
Merupakan kerangka kepada usaha untuk memupuk identity nasional,
perpaduan antara kaum dan integrasi antara wilayah.
Mengawal dan mencegah pertubuhan yang memperjuangkan
kepentingan sesuatu kaum atau agama daripada melakukan kegiatan
yang dapat menjejaskan keharmonian antara kaum dan menggugat
kestabilan negara.
Pendukung parti bersikap dan bertindak sederhana terhadap sesuatu isu

DASAR DASAR KERAJAAN

Strategi Keseimbangan Ekonomi


Faktor yang menimbulkan ketegangan antara hubungan etnik:
1. Sentiment etnosentrisme, prejudis dan tanggapan dan kedudukan
sosioekonomi antara etnik yang tidak seimbang.
2. Kumpulan etnik yang dikenali mengikut aktiviti ekonomi mereka.
Usaha-usaha kerajaan untuk mencapai perpaduan:
1. Mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara etnik dan wilayah.
2. Mengurangkan pengenalan etnik berdasarkan kegiatan ekonomi.
3. Meningkatkan taraf ekonomi tanpa merugikan mana-mana pihak.
4. Sektor swasta juga perlu memberi sokongan agar pengenalan etnik
berdasarkan aktiviti ekonomi dapat dikurangkan.

DASAR DASAR KERAJAAN

Strategi Sistem Pendidikan

Menyediakan persekitaran serta kemudahan yang kondusif bagi keperluan


sosialisasi dalam sebilangan rakyat Malaysia.
Melahirkan kesedaran nasional, semangat cinta dan bangga kepada
negara dan perpaduan antara kaum.
Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.
Menyeragamkan kurikulum, kokurikulum, peperiksaan serta pensijilan
yang mempunyai pengiktirafan yang sama.
Membenarkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa
ibunda etnik tertentu. Contohnya: Bahasa Mandarin, Tamil, Iban dan
Kadazan Dusun.
Menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendukung pencapaian perpaduan
negara.
Program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di
luar sistem pendidikan formal dan tidak formal dapat memupuk

DASAR DASAR KERAJAAN


Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Membolehkan pelbagai etnik dan keturunan berkomunikasi antara satu
sama lain dengan selesa.
Menginterpretasikan alam dan realiti dan mewujudkan satu ciri
persamaan antara mereka.
Bahasa Melayu pernah menjadi lingua-franca ketika zaman pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka.

Strategi Kepercayaan Agama


Rakyat Malaysia bebas menganut dan mengamalkan agama dan
kepercayaan masing-masing.
Tujuan adalah memelihara suasana harmoni antara rakyat berbilang
kaum.
Walaupun agama Islam menjadi agama rasmi, agama lain turut dilindungi
oleh perlembagaan.

DASAR DASAR KERAJAAN

Strategi Kebudayaan
Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan tiga prinsip:
1. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia berteraskan kebudayaan rakyat
asal rantau ini.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima
menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan.
3. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan.

DASAR DASAR KERAJAAN


Strategi Integrasi Wilayah
Penambahbaikan dalam sistem perhubungan kebangsaan dan
pengangkutan perluasan sistem radio dan televisyen nasional.
Penubuhan pelbagai agensi kerajaan persekutuan.
Mengadakan program lawatan pemimpin masyarakat.
Tumpuan khusus diberi kepada usaha pemupukan integrasi wilayah dan
hubungan antara Kuala Lumpur Kuching Kota Kinabalu.
Memberi penjelasan lebih mendalam tentang adat resam dan kebudayaan
setiap etnik.
Mengikis salah tanggapan yang timbul dalam bidang sosioekonomi dan
lain.
Pengintegrasian antara kawasan bandar dan luar bandar.

DASAR DASAR KERAJAAN


Strategi Keselamatan
Aspek pencegahan:
1. Nyawa dan harta benda awam dan pembangunan negara dapat
dipelihara dan tidak terancam.
2. Penguatkuasaan di sisi undang-undang ke atas kebebasan bercakap,
berhimpun dan menubuhkan persatuan, tahanan preventif,
penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan dan kawalan terhadap
penerbitan melalui undang-undang yang berkaitan.
Aspek pemulihan:
1. Usaha untuk menenteramkan keadaan setelah berlakunya konflik.
2. Keselamatan dan keteteraman awan yang melibatkan pihak polis.
3. Juga dibantu oleh pihak lain seperti angkatan tentera, Ikatan
Relawan Rakyat (RELA), Rukun Tetangga dan jika keadaan tidak
dapat dikawal, darurat diisytiharkan.

DASAR DASAR KERAJAAN


Strategi Pembangunan Kawasan
Penempatan baharu seharusnya mempunyai penduduk terdiri daripada
pelbagai kaum.
Perlu ditubuhkan jawatankuasa penduduk seperti Rukun Tetangga
Mengadakan aktiviti yang melibatkan semua golongan etnik.
Prasarana seperti dewan serba guna dan dewan komuniti perlu
disediakan.

Strategi Penggunaan Tenaga Manusia


Memastikan agar lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan
faktor kaum, agama dan budaya.
Pemilihan perlu dibuat secara adil berdasarkan kelayakan pemohon.
Menerapkan unsur perpaduan dalam kalangan pekerja.
Bertanggungjawab melaksanakan setiap dasar yang digubalkan oleh
kerajaan.

DASAR DASAR KERAJAAN

Strategi Media Massa

Membantu memupuk perpaduan negara.


Menyampaikan maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat dan
penerapan nilai-nilai murni positif.
Media elektronik seperti internet dapat menghubungkan rakyat dari setiap
pelusuk negara.
Stesen televisyen dapat memupuk perpaduan negara dan integrasi
nasional.
Penerbitan akhbar dan majalah memberi sumbangan kepada usaha
memantapkan perpaduan negara berdasarkan etika kewartawanan.
Pengamal media harus bertanggungjawab dan peka apabila menyentuh
dan melaporkan perkara berkaitan kaum dan agama.
Mereka harus memastikan laporan tidak melanggar Akta Hasutan 1948

DASAR DASAR KERAJAAN


Strategi Kesukanan
Merupakan bidang yang ideal untuk membentuk perpaduan dan integrasi
dalam kalangan rakyat Malaysia terutama bagi acara sukan yang popular.
Mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi
sosial.
Melahirkan suasana yang sangat sesuai untuk memupuk semangat
persaudaraan dan solidariti tanpa mengira etnik dan keturunan.
Membantu menaikkan semangat patriotisme.
Mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis dan prasangka buruk.

Strategi Perpaduan dan Pertubuhan Sukarela


Pada tahun 1998, konsep pemasyarakatan dan perpaduan diperkenalkan.
Menerapkan ciri-ciri identiti nasional
Membangunkan bangsa Malaysia berasakan semangat persaudaraan dan
kewarganegaraan.
Menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan perlbagai etnik.
Menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada.
Rukun Tetangga dan persatuan penduduk diperkenalkan untuk
menjayakan penerapan nilai-nilai murni, perpaduan dan integrasi nasional
melalui aktiviti kemasyarakatan.

DASAR DASAR KERAJAAN


Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan

Diperkenalkan untuk mengetahui pola hubungan etnik semasa.


Merangka strategi dan perancangan program yang berkesan.
Mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap perpaduan.
Bertambah kukuh dengan adanya penerbitan bahan bacaan mengenai
parpaduan dan integrasi serta adat resam masyarakat Malaysia.

Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik


Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi
nasional secara berterusan dan sistematik.
Langkah pengesanan awal terhadap isu-isu semasa dan konflik.
Sistem dalam talian membolehkan maklumat dapat dikesan dan diperoleh
dengan segera.
Membantu pihak jabatan dan agensi lain untuk mengambil tindakan
pencegahan awal.

DASAR DASAR KERAJAAN

Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara


(PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat
Negeri (JKPPN)
Bertujuan membincangkan isu perpaduan dan intergrasi nasional dan
memainkan peranan lebih berkesan.
Bertindak sebagai penyelaras kepada agensi lain.
Bertanggungjawab menasihati, melapor dan mendapatkan persetujuan
Jemaah Menteri dan Parlimen tentang isu perpaduan dan intergrasi
nasional.

DASAR DASAR KERAJAAN

Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan

Meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran termasuk


kanak-kanak prasekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Kakitangan kerajaan atau swasta serta anggota komuniti seperti belia,
wanita dan orang kurang upaya serta orang ramai juga berperanan
membawa perubahan dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran
tentang perpaduan antara etnik.
Peringkat sekolah:
Aktiviti berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang boleh
diintegrasikan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum.
Tempat kerja:
Aktiviti berbentuk pengurusan kepelbagaian dalam kalangan pekerja.
Peringkat komuniti:
Aktiviti berunsurkan pengembangan yang membawa perubahan serta
pembangunan kepada masyarakat setempat.
Latihan dalam bidang komunikasi antara budaya, pengauditan dasar
kerajaan dan mengasilkan satu etika tentang hak dan tanggungjawab
kemanusiaan untuk rakyat Malaysia dapat membantu memantapkan

DASARKebangsaan
DASAR
Memperkasakan Sekolah

KERAJAAN

Sekolah kebangsaan:
1. Perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam
kalangan pelbagai etnik.
2. Merupakan institusi pendidikan jati diri nasional.
3. Perlu ditadbir sebaik-baiknya supaya boleh menarik pelbagai
golongan etnik.
Ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah
kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil tanpa
halangan.
Semangat perpaduan pelajar harus dipupuk bukan sahaja dari peringkat
sekolah, malah harus diteruskan hingga di peringkat Institu Pengajian
Tinggi.
Rancangan Malaysia Kesepuluh:
1. Kualiti pengajaran di peringkat sekolah kebangsaan dinaikkan
sebanyak 100% guru di sekolah menengah dan 25% guru di
sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama
menjelang tahun 2012.
2. Hal sedemikian adalah untuk menjadikan sekolah kebangsaan

DASAR DASAR KERAJAAN

Memperkasakan Sekolah Wawasan


Pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan etnik dan intergrasi
nasional.
Mewujudkan dua atau tiga sekolah rendah yang berlainan bahasa
pengantar.
Bertujuan memberikan peluang kepada para pelajar pelbagai etnik untuk
bergaul dan berinteraksi melalui pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan
status dan perkembangan sekolahnya.

DASAR DASAR KERAJAAN

Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


Mula dilaksanakan pada tahun 2004.
Kursus wajib selama 3 bulan bagi remaja lepasan SPM.
Mempunyai modul kurikulum berbentuk multidisiplin yang berteraskan
Rukun Negara:
1. Modul Fizikal aktiviti kawad, merempuh halangan, merentas desa
dan kembara hutan.
2. Modul Kenegaraan aspek pengetahuan tentang pembinaan negara
bangsa.
3. Modul Pembinaan Karektor penerokaan diri sendiri dan hubungan
interpersonal.
4. Modul Khidmat Komuniti aktiviti gotong-royong seperti
membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.
Objektif utama PLKN:
1. Menanam semangat patriotism dalam kalangan generasi muda atau
remaja Malaysia.
2. Memupuk perpaduan etnik serta integrasi nasional.

PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS


HUBUNGAN ETNIK
Rukun Tetangga
Peraturan-Peratuan Perlu telah menguatkuasakan Rukun Tetangga 1975.
1. Mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing.
2. Wajib bagi yang berumur 18 hinga 55 tahun menjalankan tugas
rondaan pada waktu malam.
Mulai 1 Januari 1983, pindaan telah dibuat oleh kerajaan terhadap
Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975.
1. Memberi penekanan kepada konsep kejiranan.
2. Memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan.
Pada tahun 2000, peraturan Rukun Tetangga dipinda sekali lagi.
. Memberi ruang yang lebih luas untuk pembangunan masyarakat
secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional.
Visi dan misi:
. Membantu memupuk persefahaman dan bertolak ansur kea rah
pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta mempunyai
identiti sendiri.

Rukun Tetangga PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS

HUBUNGAN ETNIK
Objektif:
1. Memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan
integrasi nasional selaras dengan dasar pembangunan negara
berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
2. Skim Rukun Tetangga diperkenalkan sebagai untuk membolehkan
rakyat mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman
mereka sendiri.
3. Penekanan terhadap konsep kejiranan dan falsafah bahawa
kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan
negara.
Aspek sosial:
1. Ahli Rukun Tetangga melakukan amalan kunjung-mengunjungi
semasa musim perayaan.
2. Aktiviti melawat ke rumah warga tua, sumbangan kepada mangsan
banjir, ribut dan bencana alam.
3. Mengadakan kelas seni tari, kraf tangan, permainan tradisional, kelas
gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa, pertunjukan
pentas dan lain-lain.

Aspek pendidikan:
1. Mengadakan sistem pendidikan tidak formal.
2. Contohnya: Kolokium jiran wanita, kursus motivasi, kursus

Rukun Tetangga

PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS


HUBUNGAN ETNIK

Aspek sukan dan rekreasi:


1. Mengadakan aktiviti sukan seperti sukaneka, larian amal, permainan
bola sepak, bola baling, bola jaring, sukan air, sukan tradisional dan
sukan rakyat.
2. Manakala aktiviti rekreasi adalah seperti tai chi, ekspedisi mendaki
bukit, kembara mendaki gunung dan khemah kerja.
Aspek kesihatan:
1. Ceramah kesihatan berkaitan anti-dadah, AIDS, kanser, kempen
kebersihan dan menjaga harta awam.
Aspek ekonomi:
1. Mengadakan projek tanaman secara hidroponik, ternakan ikan air
tawar dan membuat air lada.
Aspek keselamatan:
1. Mengadakan rondaan sukarela, mengesan dan melaporkan isu
hubungan etnik dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik.

PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS


HUBUNGAN ETNIK

Rumah Terbuka
Diadakan sempena sambutan musim perayaan sesuatu kaum.
Masyarakat berbilang kaum akan saling kunjung mengunjungi ke rumah jiran
tetangga mereka yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Kesepaduan sosial dalam masyarakat berada pada tahap yang tinggi
walaupun mereka berlainan agama, etnik, dan budaya.
Contohnya: Etnik Cina dan India akan berusaha menyediakan makanan yang
halal bagi tetamu etnik Melayu, begitu juga etnik Melayu tidak menyajikan
daging lembu kepada etnik India semasa Hari Raya Aidilfitri.

PENERIMAAN BUDAYA

Masyarakat bukan Melayu menerima pakai budaya etnik Melayu dari


segi pakaian dan makanan.
Contohnya: Orang Cina, India dan Kadazan Dusun telah memakai baju
kurung dan baju Melayu.
Orang Melayu mula menerima masakan Cina dan India.

PROGRAM DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dianggotai oleh pelbagai etnik.


Aktiviti dan program yang dianjurkan oleh kelab dan persatuan dapat
meningkatkan perpaduan etnik dalam kalangan mahasiswa.
Contohnya: Pesta Tanglung bukan sahaja disertai oleh mahasiswa
Cina, malah mahasiswa Melayu dan India turut serta.
Sukatan kursus di semua IPT menitikberatkan aspek pendidikan yang
harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik.
Contoh subjek yang mengandungi nilai rohani dan budaya:
Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia dan Hubungan Etnik.

PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN


ETNIK

Pertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan


berasakan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia dan Dewan
Perniagaan dan Perusahaan Malaysia.
Pertubuhan NGO pula dapat memainkan peranan untuk
mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia.
Aspek kepimpinan:
1. Barisan kepimpinan (pemimpin persatuan) disertai daripada pelbagai
etnik.
2. Contohnya: Majlis Belia Malaysia
3. Pelbagai dialog dan seminar diadakan oleh NGO dalam usaha memahami
permasalahan dan jalan penyelesaian dapat memupuk hubungan Antara
etnik walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut etnik.
4. Contohnya: Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India
Malaysia.

PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN


ETNIK

Oleh kerana pembangunan ekonomi di Malaysia berasaskan sains dan


teknologi (termasuk sektor perindustrian dan pembangunan
bioteknologi), sains dan teknologi haruslah memainkan peranan untuk
meningkatkan hubungan etnik dan pembangunan ekonomi negara.
Contohnya: Nisbah bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi
dan sains sosial yang ditetapkan oleh kerajaan adalah 60:40.
Bilangan bakal saintis terdiri daripada pelbagai etnik.
Pihak kerajaan dan sektor swasta memainkan peranan dalam usaha
menyumbang dana bagi meningkatkan penyelidikan dan
pembangunan untuk menghasilkan inovasi dan seterusnya memacu
pertubuhan ekonomi negara.

PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN


ETNIK

Dana dan geran daripada pihak swasta dan penubuhan institusi


tertentu merupakan penjana kepada pembangunan ekonomi negara.
Contohnya: Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Akademi Sains Negara.
Kesan apabila pembangunan ekonomi negara berkembang pesat:
1. Kestabilan politik dapat diwujudkan (dapat menarik lebih ramai pelabur
dari dalam dan luar negara).
2. Memberi banyak peluang pekerjaan tanpa mengira golongan etnik.
3. Taraf hidup rakyat akan meningkat.
4. Jurang ekonomi antara etnik dapat dirapatkan.
5. Wujud keharmonian rakyat di Malaysia.

PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN


ETNIK
Multinational Corporation (MNC) menaja dan menganjurkan aktiviti
kemasyarakatan dalam bidang pendidikan, penjagaan alam sekitar,
kebajikan, hari keluarga atau dikenali sebagai Corporate Social
Responsibility (CSR) yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat pelbagai etnik.
Antara syarikat yang terlibat: YTL Corporation, Lion Group, Maxis dan
Berjaya Group.
Matlamat utama syarikat MNC:
1. Memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk menikmati
bantuan menerusi program CSR.
2. Membantu kerajaan memperbaiki kualiti kehidupan masyarakat yang
memerlukan.
3. Pemberian dana dan bantuan berbentuk biasiswa kepada para pelajar
yang cemerlang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi.
4. Menyalurkan sumbangan kepada golongan warga emas untuk
meringankan sedikit tanggunggan.

KESIMPULAN

Usaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu


melibatkan pelbagai pihak
Pelbagai dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan seharusnya disokong
oleh masyarakat pelbagai lapisan kerana kejayaannya terletak atas
kerjasama semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai