Anda di halaman 1dari 19

DISEDIAKAN OLEH :

NOORAINEY BINTI JOE A140414


1
IMPLIKASI KEDATANGAN
PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)
KE ATAS KESEJAHTERAAN SOSIAL :
KAJIAN KES DI BANDARAYA KOTA
KINABALU, SABAH
PENGENALAN
4/15/2014
2
Isu kebanjiran pendatang asing di sesebuah negara
bukanlah satu isu yang baru. Isu pendatang asing ini
sebenarnya telah menjadi isu sejagat dan berlaku di
kebanyakkan negara yang sedang membangun malah juga
di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.
Di Amerika Syarikat misalnya sedang menangani kemelut
pendatang asing tanpa izin yang berjumlah 12 juta orang
tanpa dokumen yang sah. Senario yang sama turut berlaku
di negara ini di mana sejumlah 2.4 juta PATI dilaporkan
tertumpu di kawasan yang menjana pertumbuhan ekonomi
negara iaitu sektor perindustrian, perladangan dan
pembinaan.

4/15/2014
3
Sabah juga tidak turut ketinggalan dalam isu PATI ini
di mana, statistik menunjukkan pendatang dari Filipna
dan Indonesia merupakan kumpulan tertinggi yang
berhijrah ke Sabah tanpa dokumen yang sah. Kota
Kinabalu yang menjadi ibu kota bagi negeri Sabah
telah menjadi tumpuan utama pendatang asing ini
selain Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
Kedatangan PATI ini sebenarnya bermula pada tahun
1877 apabila Sabah pada waktu itu diperinah oleh
Kesultanan Sulu lagi di mana wujudnya hubungan
kekeluargaan antara penduduk tempatan dengan PATI
ini.
Kedatangan pendatang asing yang tidak mempunyai
dokumen yang sah telah menimbulkan banyak
implikasi dari aspek kesejahteraan sosial khususnya
buat penduduk tempatan.
PERMASALAHAN KAJIAN
4/15/2014
4
Memang tidak dapat dinafikan bahawa,
pendatang asing tanpa izin di Kota Kinabalu
khususnya telah banyak menyumbang kepada
tenaga kerja dan secara langsung telah
meningkatkan pendapatan negara dari aspek
ekonomi negara.
Walau bagaimanapun, pendatang asing tanpa
izin ini telah menimbulkan pelbagai masalah dari
sudut kesejahteraan sosial penduduk tempatan.
4/15/2014
5
Masalah/Isu-
(Kesejahteraan
sosial)
Keselamatan
Kesihatan
Alam Sekitar Gejala sosial
Ekonomi
OBJEKTIF KAJIAN
4/15/2014
6
Matlamat utama kajian ini adalah untuk
mengenalpasti impak kedatangan
pendatang asing tanpa izin ke atas
kesejahteraan sosial penduduk di Kota
Kinabalu, Sabah.

Objektif khusus bagi kajian ini ialah :
Membincangkan faktor-faktor yang
menyebabkan kemasukan pendatang asing
dengan mudah ke Sabah.
Mengusulkan langkah-langkah bagi
menangani masalah yang ditimbulkan oleh
kumpulan pendatang asing tanpa izin
(PATI)

KONSEP
4/15/2014
7
Kesejahteraan sosial
Knox et. Al. (1947) : Satu konsep yang bertindih
merangkumi tingkat hidup, kualiti hidup, kepuasan
hidup, kebajikan sosial dan taraf hidup. Komponen
kesejahteraan sosial antaranya ialah pendapatan,
harta benda, perkhidmatan asas, pelajaran dan
morbaliti sosial, kedudukan politik dan status serta
keharmonian diri (Miller et.al 1967)
The Dictionary of Human Geography (1986) : Satu
keadaan di mana keperluan dan kehendak penduduk
dapat dipenuhi. Kesejahteraan masyarakat yang baik
adalah di mana manusia tersebut mempunyai tingkat
pendapatan yang tinggi dan kemiskinan dihapuskan.
Selain itu, masyarakat adalah penggerak ekonomi
secara sosial dan kedudukannya dihormati oleh orang
ramaiserta mereka dapat menikmati perkhidmatan
yang stabil, demokrasi dan bebas.
6/5/2014 8
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
Menurut Seksyen 55E(7) Akta Imigresen
1959/63 (Akta 155) : Pendatang Asing
Tanpa Izin , bermaksud mana-mana
orang, selain daripada warganegara,
Yang Menyalahi Seksyen 5,6,8,9 Dan
15 Akta Imigresen, 1959/63 atau
Peraturan 39, Peraturan-peraturan
Imigresen, 1963.
Kamus Pelajar Edisi Kedua(2205)
:Orang asing yang memasuki sesebuah
negara tanpa kebenaran daripada
(pihak) kerajaan.


6/5/2014 9
Kualiti Hidup
Unit Perancang Ekonomi (1999) : Kualti hidup
merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat,
akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan
serta taraf hidup yang melebihi keperluan asas
individu dan memenuhi keperluan psokologi untuk
mencapai tahap kesejahteraan sosial.
Azahan Bin Awang (2006) : Kualiti hidup secara
amnya melibatkan kesejahteraan manusia,
melibatkan kepuasan hati dan segi estetika dan
kerohanian. Juga meliputi segala keperluan hidup
manusia, melibatkan kepuasan terhadap apa yang
dialami dan miliki termasuklah aspek kebendaan,
kesihatan, keselamatan, persekitaran hidup seperti
tempat tinggal dan kejiranan, kehidupan berkeluarga
dan alam sekitar yang bersih.
SLIDE TAMBAHAN
6/5/2014 10
Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan implikasi
kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara
terperinci ke atas kesejahteraan sosial penduduk
Bandaraya Kota Kinabalu.
Di mana dalam kajian ini saya mengaplikasikan konsep
yang diutarakan oleh pengkaji Knox et. Al. (1947) di
mana menurut beliau kesejahteraan hidup ini
merangkumi tingkat hidup, kepuasan hidup, kebajikan
sosial dan taraf hidup dan teori konsep yang diutarakan
oleh Azahan Awang (2006) yang menjelaskan secara
terperinci akan maksud kualiti hidup.
Oleh itu, saya akan menggunakan teori konsep
kesejahteraan hidup yang diutarakan oleh Knox dan
Azahan Awang ini bagi menggerakkan kajian saya
secara empirical bagi memastikan kajian ini dapat
menyumbang ilmu pengetahuan yang baru di samping
membantu perancang dasar pembangunan di negeri
Sabah mengenalpasti elemen kesejahteraan sosial yang
perlu dititikberatkan.

ULASAN KARYA
4/15/2014
11
Wan Shawaludin Wan Hassan (2000 & 2001) :
Membincangkan perdebatan sarjana mengenai
masalah pendatang asing.
Wan Shawaludin Wan Hassan dan Ramli Dollah
(2002) : Melihat secara umum kesan
keselamatan dari perspektif politik, ekonomi,
sosial, masyarakat dan persekitaran.
Kamarulnizam Abdullah (2002) : Melihat
kehadiran pendatang memberikan ancaman
kepada keselamatan nasional.
6/5/2014 12
Kajian yang pernah dibuat oleh pengkaji sebelum
ini lebih memfokuskan kepada isu pendatang
asing dari aspek keselamatan sahaja tanpa
membincangkan keseluruhan impak kebanjiran
pendatang asing dari aspek yang lain seperti
kesejahteraan sosial (kesihatan, pendidikan,
pendapatan, persekitaran, keselamatan, gejala
sosial dan lain-lain)


KAWASAN KAJIAN
4/15/2014
13
Peta Malaysia dan Kawasan Kajian
4/15/2014
14
Negeri Sabah merupakan sebuah negeri yang
mempunyai bilangan penduduk ketiga tertinggi di
Malaysia iaitu sebanyak 3.21 juta orang.
(Jabatan Perangkaan Malaysia)
Keluasan negeri Sabah ialah 73 620 km(7.362 juta
hektar).
Kawasan kajian : 2,059 km.
Jumlah penduduk di kawasan kajian : 452058 orang.
(Jabatan Perangkaan Negara)
Terletak di bahagian Pantai Barat Sabah.
Selain menjadi ibu kota, Kota Kinabalu juga terkenal
dengan kegiatan ekonomi perindustrian komersial,
perikanan dan pelancongan.
Bilangan PATI di Bandaraya Kota Kinabalu adalah
24.5% daripada jumlah penduduk di kawasan kajian
iaitu sebanyak 110556 orang.



METODOLOGI KAJIAN
4/15/2014
15
Dalam bahagian metodologi kajian ini, saya akan
menerangkan serba sedikit tentang usaha yang
sepatutnya diambil oleh pihak yang tertentu bagi
memastikan isu kedatangan pendatang asing
tanpa izin (PATI) yang telah menimbulkan
implikasi kepada kesejahteraan sosial di
Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ini dapat
dibasmi.
Antaranya ialah :
Peranan pihak berkuasa : Jabatan Imegresen
Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM
Sabah ), dan
Peranan masyarakat setempat
Peranan pusat-pusat pendidikan : IPTA/IPTS,
sekolah dll
Pengumpulan Data
4/15/2014 16
Terdapat 2 data yang diperolehi semasa proses
pengumpulan data iaitu data primer dan data
sekunder.
Data primer :
Bagi menjelaskan implikasi yang dihadapi oleh
penduduk di kawasan kajian, borang soal selidik
digunakan.
Selain itu, kaedah temubual turut diaplikasikan
semasa responden menjawab borang soal selidik
yang disediakn. Kaedah ini turut digunakan semasa
mengumpul data yang berkaitan dengan statistik pola
kemasukan, statistik jenayah di Jabatan Imegresen
Sabah dan PDRM Sabah.
Pemerhatian di lapangan melibatkan peringkat awal
dan kahir kajian bagi mendapatkan maklumat awal
mengenai kawasan kajian dan melengkapkan
maklumat tambahan dalam penulisan ini.
6/5/2014 17
Data Sekunder
Tesis (Kajian lepas) dirujuk di Perpustakaan Tun
Sri Lanang (PTSL), Universiti Kebangsaan
Malaysia
Artikel dan jurnal diperolehi di laman sesawang
UKM Institutional Respository.
Data statistik jenayah Pendatang Tanpa Izin
(PATTI) diperolehi di PDRM Bukit Aman dan IPK
Kota Kinabalu, Sabah.
Data statistik bilangan kemasukan Pendatang
Tanpa Izin (PATI) diperolehi di Jabatan
Imegeresen Malaysia (Cawangan Sabah)
Data bilangan penduduk negeri Sabah bagi
setiap daerah diperolehi melalui Jabatan
Perangkaan Negara (JPN)

Pemprosesan Data
6/5/2014 18
Pemprosesan dan penganalisisan data melibatkan
sebahagian besar daripada data kajian iaitu soal
selidik yang dilakukan di lapangan.
Data yang diperolehi diproses dan dianalisis dengan
bantuan komputer iaitu dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS)
Penggunaan statistik akan membolehkan kedapatan
sifat sesuatu populasi dikaji dan dapat membantu
membuat kesimpulan terhadap data yang diperolehi.
Data soal selidik dianalisis mengikut bahagian-
bahagian yang terdapat dalam borang soal selidik
seperti demografi responden, persepsi responden
terhadap masalah yang timbulkan oleh PATI serta
pendapat responden terhadap isu PATI di Sabah.
RUMUSAN
6/5/2014 19
Dapat dirumuskan bahawa kedatangan
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke Bandaraya
Kota Kinabalu, Sabah telah memberikan implikasi
ke atas kesejahteraan sosial penduduk di
kawasan kajian.
Walaupun tidak dapat dinafikan populasi ini
sememangnya telah menyumbangkan tenaga
kerja bagi ekonomi negara, namun secara tidak
langsung cara hidup yang diamalkan dari negara
asal telah menyebabkan kesejahteraan sosial
penduduk di Bandaraya Kota Kinabalu menerima
impaknya khususnya dari aspek keselamatan,
kesihatan, alam sekitar, ekonomi, dan gejala
sosial yang telah merisaukan ramai pihak.

Anda mungkin juga menyukai