Anda di halaman 1dari 9

PRINSIP REKAAN

PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan merujuk kaedah dan teknik susunan atau


pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran
tertentu dalam gubahan seni visual. Terdapat tujuh prinsip
rekaan , antaranya harmoni , kontra , penegasan , imbangan
, irama dan pergerakan , kesatuan, dan kepelbagaian .

1. Harmoni

* Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan


rentak unsur seni yang
sesuai dan seimbang. Harmoni tidak akan muncul jika
tedapat ciri-ciri yang
bercanggah.
* Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman ,
tenang , teratur
dan damai.
* Aplikasi warna dari kumpulan yang sama dapat
menimbulkan gambaran harmoni
dalam sesuatu gubahan.
* Aplikasii prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan
gambaran yang sempurna

pada pandangan.
2. Kontra

* Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang


bertentangan atau
bercanggahan dalam sesuatu gubahan.
* Aplikasi prinsip rekaan kontra akan menimbulkan daya
tarikan, kerana ciri-ciri
yang bertentangan akan menimbulkan perbezaan.
3. Penegasan

* Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual adalah


merupakan sesuatu
yang boleh memberi tumpuan kepada pemerhatian
tampak.
*.Penegasan pada sesuatu objek pada alam semula jadi
dapat berfungsi dengan
sepenuhnya sekiranya objek tersebut dapat menarik
perhatian seseorang.
*.Penegasan sememangnya dapat menonjolkan sesuatu
unsur atau objek dalam
sesuatu hasil karya yang dapat menarik perhatian.
*Aplikasi prinsip rekaan penegasan akan memberikan daya
tumpuan yang lebih
terhadap unsur seni tersebut.

4. Imbangan

* Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi


berat , tarikan , dan
tumpuan perhatian.
*Aplikasi prinsip ini akan memberikan tumpuan yang sekata
pada hasil karya dengan
tidak membiarkan ruang kosong yang ketara.
*terdapat dua jenis imbangan :
1. Imbangan simetri wujud apabila unsur-unsur yang ada
pada bahagian kiri dan
kanan atau atas dan bawah dalam satu komposisi itu
sama. Aplikasi imbangan
simetri akan menghasilkan kesan yang lebih stabil, kukuh
dan kelihatan formal.

2.Imbangan tidak simetri wujud apabila sesuatu


gubahan itu mempunyai unsur
yang sama atau berlainan tetapi berbeza dari segi
penampilannya
5. Irama dan pergerakan.

* Irama dan pergerakan ialah satu kesan ilusi yang wujud


daripada perulangan
susunan satu atau lebih objek secara berterusan untuk
menimbulkan harmoni
Objek yang tersusun itu adalah objek utama dan berbeza
dengan latar.
*Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan
lebih hidup dan
realistikterhadap sesuatu gubahan.
*Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak,
taufan dan sebagainya.
6. Kesatuan.

* Kesatuan ialah penggabunggan prinsip rekaan dan unsur


seni dalam usaha
melahirkan sesuatu rekaan seni visual yang sempurna lagi
baik.
*Penggabungan ini selalunya menjurus kepada tema dan
idea yang sama yang
Saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.
*Fungsi Kesatuan

a. Menghasilkan karya yang lebih lengkap, teratur dan


sempurna.
b. Menimbulkan suasana yang tenteram dan selesa
c. Menjadikan karya lebih menarik.
d. Menjadikan karya penuh dengan unsur-unsur seni.

CONTOH: Logo,ilustrasi,lambang,corak,komik,grafik dan


lain-lain.

7. Kepelbagaian

* Kepelbagaian ialah hasil karya yang mempunyai


penggabungan pelbagai
gaya,nilai dan idea,yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
*Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang mempunyai
penggabungan pelbagai
gaya,nilai dan idea yang berbeza dalam suatu gubahan.
* Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti
gayaan,perlanjutan dan kontra.
* Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni
visual dapat memberi
gaya,variasi tenaga,dan daya tarikan bagi gubahan itu.
*Keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya,
nilai dan idea yang
berbeza dalam sesuatu gubahan.
*Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan,
lanjutan dan kontra.
*Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni
visual memberi gaya,
variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan itu.
*Aplikasi prinsip irama dan pergerakan dalam kegiatan
menggambar dapat
menghasilkan irama dan suasana yang tertentu, gambar
jadi lebih menarik,
menimbulkan daya tarikan yang lebih menarik,
menimbulkan kesan visual yang

lebih hidup dan realistik.

Anda mungkin juga menyukai