Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN

Bil PERKARA HALAMAN


PENGHARGAAN 2

1.0 PERNYATAAN PERMASALAHAN KAJIAN 3


BERDASARKAN TEMA

2.0 PENENTUAN KONSEP,SUBJEK DAN 4


KANDUNGAN
2.1 Konsep
2.2 Subjek
2.3 kandungan tersirat dan tersurat

3.0 PENENTUAN PENDEKATAN ASPEK 5-11


FORMAL DAN GAYA PENGHASILAN
3.1 ASPEK FORMAL
3.1.1 Unsur Seni
3.1.2 Prinsip Rekaan
3.1.3 Bahan
3.1.4 Teknik Penghasilan Arca
3.2 GAYA PENGHASILAN
3.2.1 Gaya Penampilan
3.2.2 Aliran
3.2.3 Tokoh Arca Pilihan

4.0 PENYATAAN KEPENTINGAN PROJEK DAN 12


KEASLIAN
4.1 Kepentingan Projek
4.2 Keaslian

5.0 SUMBER DAN RUJUKAN 12-13

1
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan bismillahirrahmanirahim. Bersyukur kita atas kurniaan yang
diberi kepada kita. Kerja kursus kali ini dapat berjalan dengan lancar dan mengajarkan erti
keberanian dalam diri pengkaji. Kajian bagi kerja kursus seni visual yang dibuat ini dapat
dilaksanakan iaitu bertemakan kecemerlangan sekolah. Kerja kursus ini amat penting bagi saya
memandangkan Kerja kursus subjek Seni Visual ini akan memberikan banyak manfaat kepada
saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian.

Saya Rosmazuliana Nabila Binti Ibrahim ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua SMK Long Yunus, Tuan Haji Che Alek Bin
Che Ismail kerana beliau telah banyak memberikan sokongan dan semangat kepada semua
pelajar untuk melaksanakan kerja kursus ini. Semestinya tidak dilupakan, ribuan terima kasih
kepada pihak-pihak yang telah membantu terutama guru yang menjadi inspirasi kepada saya iaitu
Encik Mohd Asri Bin Ibrahim kerana sudi memberikan kata-kata semangat bagi menyiapkan
kerja kursus Seni Visual ini. Dalam usaha menyiapkan kerja kursus seni visual ini, pengkaji juga
ingin mmengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Norkhairi Binti Mohamad dan
Puan Faridah Binti Mohd Zain selaku guru seni visual kerana telah memberikan tunjuk
ajar ,dorongan dan bimbingan selama mengajar pengkaji untuk menyempurnakan kerja kursus
ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
Ibrahim Bin Mohammad dan Rohana Binti Sidi Ahmad yang turut membantu untuk menyiapkan
kerja-kerja seperti ini. Tanpa sokongan dari mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja
kursus ini. Hal ini kerana kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha dan wang ringgit bagi
memastikan penyediaan kerja kursus ini dapat dipisahkan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama bertungkus lumus
dalam menyiapkan kerja kursus Seni visual. Bantuan kalian kepada rakan-rakan saya dalam
membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dengan mempunyai semangat setiakawan yang utuh
dalam memberikan buah fikiran dan semangat serta cadangan dalam menyiapkan kerja kursus
ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.

2
1.0 PENYATAAN PERMASALAHAN KAJIAN BERDASARKAN TEMA

Sekolah yang telah menjadi pilihan pengkaji untuk menjalankan kajian adalah
Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1965.
Sekolah ini dipilih oleh pengkaji adalah kerana mempunyai kelebihan dan kehebatannya
yang tersendiri. Antaranya adalah kehebatan dalam sukan catur

Sejak tahun 2010 sekolah ini telah menjuarai pelbagai pertandingan di peringkat
daerah,negeri dan kebangsaan terutamanya pertandingan catur. Antara kejohanan yang
dijuarai adalah pada tahun 2015 .sekolah ini telah mendapat johan dalam pertandingan catur
peringkat MSSD bachok. Sekolah ini juga merupakan juara sepanjang tahun dalam
pertandingan permainan catur.seterusnya, pada tahun 2022, Muhammad Aminuddin Haziq
Bin A.Sufian yang merupakan salah seorang pelajar sekolah ini telah medapat kejohanan
pertandingan catur ke peringkat MSSD Bachok 15L pada tahun tersebut.

Pada tahun ini, sekolah ini telah berjaya menghantar seorang wakil bagi daerah
bachok dalam kontingen catur kelantan di UMT Terengganu iaitu Muhammad Danish Danial.
Sebelum ini pada tahun 2021 pelajar in juga telah turut menjadi wakil bagi kejohanan catur
MSSD Bachok dengan mendapat tempat pertama iaitu johan dalam pertandingan catur. Hal
ini telah melayakkan Muhammad Danial untuk mewakili PPD Bachok ke peringkat MSSK.
Sekolah ini juga telah menghantar 3 orang lagi wakil ke peringkat MSSK iaitu Nur Ain
Athirah ,Nurul Aida dan Rahmat pada tahun yang berikutnya. Kejayaan ini telah
menyumbang kebitaraan SMK Long Yunus

3
2.0 PENENTUAN KONSEP,SUBJEK DAN KANDUNGAN.

2.1 KONSEP

Arca merupakan hasil seni yang berbentuk 3 dimensi (3D). Pengertian arca berasal
daripada bahasa latin iaitu sculpture bermakna satu proses mengukir,melarik,mencungkil dan
menguris. Kebiasaannya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai
estetika dapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh
dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau abstrak.

Arca yang ingin dibina oleh pengkaji adalah merupakan arca estetika yang berkonsepkan
abstrak atau separa abstrak. Arca ini bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikiran yang
tinggi bagi menghasilkan sebuah arca yang kreatif dan unik bentuknya. Arca estetika ini
menekankan aspek keindahan dan nilai estetika serta berperanan untuk menyampaikan sesuatu
mesej tertentu kepada audien.

2.2 SUBJEK

Subjek pilihan yang digunakan oleh pengkaji sebagai inspirasi untuk menghasilkan karya
ini ialah catur dan papan catur

2.3 KANDUNGAN

Kandungan tersurat bermaksud makna yang sebenar yang terdapat pada arca tersebut dan
boleh difahami. Kandungan tersurat dalam arca pengkaji ialah catur yang merupakan subjek
utama yang menjadi tumpuan utama dalam arca ini.

Kandungan tersirat dapat diberikan sebagai makna yang diperoleh berbeza daripada
makna yang disampaikan. Kandungan tersirat dalam arca ini boleh merujuk kepada catur dan

4
warna Yang digunakan. Catur yang digabungkan dengan mahkota menunjukkan kehebatan
permainan catur yang telah menjadikan sekolah ini cemerlang dalam sukan.

3.0 PENENTUAN PENDEKATAN ASPEK FORMAL DAN GAYA PENGHASILAN

3.1 ASPEK NORMAL

3.1.1 UNSUR SENI

Pengkaji telah menghasilkan arca yang mementingkan ASPEK unsur seni. Dalam arca pengkaji
telah menggunakan beberapa unsur seni , antaranya ialah garisan,warna dan rupa. Garisan yang
digunakan pada arca saya adalah untuk menghasilkan ukiran pada catur.

Selain itu, unsur seni lain yang digunakan pada arca pengkaji adalah warna. Warna memainkan
peranan penting dalam menghasilkan arca supaya dapat menarik minat audien. Dari segi warna
pengkaji telah menggunakan warna panas iaitu warna kuning keemasan pada mahkota. pengkaji
juga menggunakan warna akromatik iaitu warna hitam dan putih pada catur dan papan catur.

3.1.2 PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan yang digunakan oleh pengkaji ialah keseimbangan. Keseimbangan juga boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu imbangan simetri dan imbangan asimetri. Jenis imbangan
yang digunakan oleh pengkaji pada arca adalah imbangan simetri iaitu catur yang berada di atas
papan catur. Hal ini menunjukkan kedudukan arca yang dibina berada dalam keadaan yang
kukuh kedudukannya.

3.1.3 BAHAN

Model: bahan model yang digunakan oleh pengkaji dalam penghasilan arca ini adalah gabus dan
dawai. Gabus dan dawai besi ini digunakan oleh pengkaji bagi menghasilkan rangka catur yang
kukuh.

Arca sebenar: pengkaji juga telah menggunakan paper clay bagi melicinkan bahagian luar catur
tersebut supaya kelihatan kemas

5
Tapak: pengkaji telah menggunakan kayu atau papan untuk menghasilkan tapak papan catur
yang kukuh dan stabil

3.1.4 TEKNIK PENGHASILAN

Teknik penghasilan arca boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu arca luakan, arca
asemblaj, arca binaan, arca acuan, arca replika dan sebagainya. Pengkaji telah menggunakan
teknik arca gabungan dengan menggabungkan beberapa jenis teknik penghasilan. Arca ini dibina
dengan menggunakan gabus, besi dan kayu bagi menghasilkan rangka arca yang lebih kukuh.

3.2 GAYA PENGHASILAN

3.2.1 GAYA PENAMPILAN

Gaya penampilan adalah sesuatu cara atau ciri yang unik bagi membezskan arca dan hasil seni
yang lain. Gaya penampilan terbahagi kepada tiga jenis iaitu realistik, separa abstrak dan abstrak
Pengkaji menggunakan gaya penampilan yang realistik. Pengkaji memilih gaya penampilan
abstrak dan gaya pengolahan stailisasi dengan mengubah arca realistik kepada arca abstrak
dengan mengikut bentuk yang sesuai.

3.2.2 ALIRAN

Pengkaji menggunakan aliran realisme di dalam arca. Hal ini kerana aliran realisme ini lebih
kepada realiti dan gambaran keadaan masyarakat yang sebenarnya.contohnya, pengkaji
menggunakan catur sebagai objek utama dalam arcanya.

Realisme di dalam seni rupa bermakna usaha memaparkan subjek (rekaan semata-mata)
dalam suatu karya bagaimana a tampil dalam kehidupan seharian tapa tambahan atau tafsiran
tertentu. la juga boleh juga merujuk kepada usaha dalam seni rupa untuk melihat kebenaran
bahkan tapa menyembunyikan hal yang buruk sekalipun. Realisme juga adalah aliran seni yang
mengangkat peristiwa keseharian yang dialami ole banyak orang (masyarkaat luas). Istilah
realisme pada aliran ini bukan merujuk pada tingkat kemiripan atau keakuratan gambar lukisan

6
dengan referensinya. Aliran yang mengusung idea tersebut disebut Naturalisme. Tema dan
wacana-nya yang realistik, bukan gambarnya. Realisme adalah satu fahaman yang menekankan
pada objektiviti,fakta dan realiti serta pemikiran rasional dan logik

3.2.3 TOKOH ARCA PILIHAN

TOKOH TEMPATAN

ANTHONY LAW

BIODATA:

Anthony lau dilahirkan pada tahun 1933 di johor bahru, dan menerima pendidikan seni di
Brighton college of Art,Sussex,England pada tahun 1957 dan Indiana University di
Bloomingtoon, Amerika Syarikat pada tahun 1968. beliau berjaya mempengaruhi pelukis-pelukis
muda dan guru-guru seni lukis pada lewat tahun 1950-an dengan konsep-konsep yang terbaru.
Sumbangan utama beliau kepada kegiatan seni ialah dalam bidang seni arca. Beliau merupakan
seorang daripada Ahli Friday Art Group seangkatan dengan Syed Ahmad Jamal dan juga Jolly

7
Koh. Beliau adalah antara daripada seseorang yang mempunyai sikap yang kukuh terhadap
bahan dan ciri konvensional dalam suatu seni arca yang dihasilkan beliau.

CONTOH KARYA:

Anthony law

Ayam jantan / cockerel’’

Mild steel plate and rod

59*91*28cm

1963

8
Anthony lau

Sea Harvest

Mild steel plate and rod

60*30*30

1968

Anthony lau

“Rimba / Forest’

Mild steels plate and rod

60*30*300 cm

9
1967

10
TOKOH LUAR NEGARA

HENRY SPENCER MOORE

BIODATA:

Henry Spencer Moore (30 Julai 1898 - 31 Ogos 1986) merupakan


seorang seniman berkebangsaan Inggeris. Henry Moore merupakan
salah satu seniman patung paling terkenal pada abad ke-20. Moore
memutuskan untuk menjadi pematung pada usia 11 tahun setelah ia
mendengar cerita tentang seniman patung terkenal Italia,
Michaelangelo. Dalam era Perang Dunia Pertama, Moore bergabung
dalam militer dan setelah itu ia mendapat beasiswa pada sekolah seni
Royal College of Art di London. Awalnya, karya-karya Moore dianggap
jelek oleh gurunya karena menggabung-gabungkan unsur seni patung
Mesir, Oseania, Afrika, dan lain-lain. Setelah lulus dari sekolah seni, ia
memulai kariernya sebagai pematung dan sedikit demi sedikit akhirnya

11
karya-karyanya mendapat penghargaan. Pada tahun 1946, karyanya
mendapat pengakuan dari Museum of Modern Art dan pada tahun 1948
dia memenangkan hadiah utama untuk karya seni patung pada festival
seni Venice Biennale ke-24. Sejak saat itu, reputasi Moore menanjak
dan karya-karyanya banyak mendapat sambutan masyarakat. Karya-
karya utama Henry Moore diantaranya patung yang dipajang di markas
UNESCO di Paris, di Lincon Centre di New York, dan di University of
Chicago. Henry Moore meninggal dunia tahun 1986.

CONTOH KARYA:

Henry Moore

“Reclining Mother and child”

Bronze

94.5 *53.5*47.5

1975

12
4.0 PENYATAAN KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN

4.1 KEPENTINGAN PROJEK

Kepntingan arca ini adalah untuk diadika mrcu tanda kecemerlangan dan kejayaan sekolah
dalam prmainan catur. Selain itu, penghasilan arca ini juga bertujuan untuk memberikan
pendedaha kepada warga sekolah dan pengunjung tentang keunggulan dan kehandalan
permainan catur yang terdapat di Sekolah ini. Arca ini juga sebagai identiti kebitaraan SMK
Long Yunus dalam permainn catur.

4.2 KEASLIAN

Arca ini merupakan hasil sebenar karya pengkaji bagi menunjukkan kecemerlangan sekolah
dalam permainan catur. Keaslian karya pengkaji dapat dilihat melalui idea fikiran pengkaji
sendiri walaupun pengkaji telah merujuk beberapa buah karya seta gambar yang lain. Selain itu,
kaslian karya pengkaji dapat dilihat melalui proses pnghasilan yang menggunakan bahan dan
idea yang tersendiri untuk menyiapka arca ini.

5.0 SUMBER DAN RUJUKAN

Buku:

-Kit Ulang Kaji Pantas Seni Visual STPM 970/1

-STPM Rujukan Seni Visual 970 Edisi 2019

-STPM Lembaran Praktis Seni Visual Semester 1

Internet:

http://collection.ilhamgallery.com/bm/artists/anthony-lau-48m

http://duniaarca.blogspot.com/2014/10/arca-pengenalan-dan-sejarah.html

http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/arca.html

13
http://teachertobe-art.blogspot.com/2014/12/jenis-jenis-arca.html

14
15
16
17
18
19
20
21
`

22

Anda mungkin juga menyukai