Anda di halaman 1dari 4

[STPM 2007 Soalan 10 (Gambar Rajah)]

[Kertas Soalan Contoh MPM Bahagian B Soalan 2]


Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar rajah di bawah, huraikan faktor-
faktor penyebab pemanasan global dan kesannya terhadap alam sekitar.

(Disesuaikan daripada Nurashiqin Omar,


“Pemanasan Global Ancam Dunia”, Berita Harian, 26 November 2005)

1
CONTOH JAWAPAN

Pengenalan:
Gambar rajah menunjukkan faktor-faktor penyebab pemanasan global dan kesannya
terhadap alam sekitar. Pemanasan global merupakan keadaan panas yang berterusan yang
menyebabkan suhu di permukaan bumi meningkat.

BIL. IDEA UTAMA HURAIAN


FAKTOR PENYEBAB PEMANASAN GLOBAL
1 Peningkatan gas rumah hijau  Peningkatan pembebasan gas-gas rumah hijau
seperti karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan
oksigen dioksida daripada aktiviti pembakaran
bahan api fosil, penggunaan racun serangga, alat
pengdingin hawa dan sebagainya telah
menyebabkan haba daripada matahari
terperangkap
 Gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida
akan berkumpul di atmosfera yang bertindak
seperti satu lapisan “selimut”
 Lapisan ini akan bertindak dengan memerangkap
haba yang sepatutnya dihembus bumi ke
atmosfera / angkasa lepas bagi mengekalkan
keseimbangan haba dan menyejukkan bumi
 Akibat pemerangkapan haba ini, maka bumi
menjadi semakin panas
2 Penggondolan hutan  Aktiviti penggondolan hutan untuk membina
bandar, lebuh raya, empangan dan lain-lain
menyebabkan pokok berkurangan serta tidak dapat
menyerap karbon dioksida (CO2) untuk ditukarkan
kepada oksigen (O2) melalui fotosintesis
 Situasi ini menyebabkan ketidakseimbangan
antara CO2 yang dibebaskan dan yang diserapkan
kerana terdapat lebih banyak CO2 dibebaskan
 Akibatnya, suhu di bumi akan terus meningkat
3 Pertambahan bilangan  Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan seperti
kenderaan petrol dan diesel yang membebaskan karbon
dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon dan
natrium oksida ke atmosfrera
 Keadaan ini bertambah serius apabila berlakunya
kesesakan lalu lintas akan menyebabkan suhu di
bumi semakin meningkat
4 Pembebasan bahan kimia  Industri kimia, pelarut, pendingin hawa, pemadam
dari kilang / aktiviti api dan sebagainya menghasilkan nitrogen oksida,
perindustrian sulfur plimbum, hidrokarbon dan
kluorofluorokarbon (CFC)
 Aktiviti ini akan menambah kandungan karbon
dioksida di atmosfera dan seterusnya
meningkatkan suhi bumi

2
BIL. IDEA UTAMA HURAIAN
FAKTOR PENYEBAB PEMANASAN GLOBAL
5 Penipisan lapisan ozon  CFC yang digunakan di kilang elektronik, bahan
pendingin peti sejuk, gas halogen dalam alat
pemadam api, bahan pencuci dan sebagainya
dilepaskan ke udara
 CFC boleh menghakis lapisan ozon yang
berperanan sebagai penapis sinaran ultra ungu
daripada matahari
 Apabila atom klorin dilepaskan dari sebatian CFC,
atom klorin akan memusnahkan molekul ozon
(O3) dan kitaran pemusnahan ini akan berlaku
secara berterusan sehingga beribu-ribu molekul O3
akan dimusnahkan
 Apabila ini berlaku, ozon akan menjadi semakin
nipis dan lebih banyak sinaran matahari akan
sampai ke bumi lalu menyebabkan suhu di bumi
meningkat
KESAN PEMANASAN GLOBAL
6 Penyakit berbahaya  Kemasukan sinaran ultra ungu akibat penipisan
lapisan ozon akan menyebabkan manusia diancam
oleh penyakit berbahaya seperti kanser kulit
 Pancaran ultra ungu akan menyebabkan gen-gen
dalam kromosom mengalami mutasi dan berlaku
pembahagian sel-sel manusia yang tidak teratur
yang boleh mengakibatkan kanser kulit
 Jika manusia terlalu lama terdedah kepada
pancaran ultra ungu, penyakit katarak mata akan
berlaku yang menjadikan penghidapnya menjadi
buta
 Radiasi ultra ungu turut akan merosakkan
imunisasi manusia menjadi lemah dan tidak
mampu menentang ancaman penyakit seperti
radang paru-paru
 Pemanasan global juga menyebabkan
pertambahan kes penyakit yang berkaitan dengan
vektor seperti malaris dan denggi
 Hal ini kerana kitaran hidup nyamuk dipengaruhi
oleh faktor pemanasan global

3
BIL. IDEA UTAMA HURAIAN
KESAN PEMANASAN GLOBAL
7 Pencairan glasier  Pancaran cahaya matahari ke atas permukaan laut
akan menghasilkan pantulan ke arah glasier di
Artik dan Antartik
 Suhu yang tinggi akan menyebabkan glasier di
kawasan Artik dan Antartika mencair
 Di Antartika, sebuah kawasan bongkah ais yang
dikenali sebegai Larsen Iceshelf telah mula
mencair akibat pemanasan global
 Pencairan bongkah ais ini akan menyebabkan
paras air laut meningkat sehingga 60 meter dan
keadaan ini mampu menenggelamkan Kuala
Lumpur yang hanya ketinggian 45 meter dari
paras laut
8 Paras air laut meningkat  Apabila suhu meningkat, pengembangan isi padu
air laut akan seterusnya mengakibatkan paras air
laut meningkat
 Saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak
5 hingga 7 meter menjalang tahun 2020
 Kenaikan paras air laut ini akan menenggelamkan
kawasan-kawasan rendah seperti negara Belanda
dan Maldives
 Persisiran pantai Malaysia juga dijangka
ditenggelami air jika paras air laut meningkat pada
kadar 0.9 cm setahun akibat fenomena pemanasan
global
9 Aktiviti pertanian terjejas  Kawasan pertanian akan menjadi kering kontang
 Kandungan air dalam tumbuhan akan berkurang
dalam proses fotosintesis akan terjejas
 Tumbesaran tanaman akan mengambil masa yang
panjang untuk membesar / matang
 Kajian menunjukkan peningkatan suhu bumi
sebanyak 1C akan menyebabkan pengeluaran
hasil pertanian dunia jatuh sebanyak 10%

Penutup
Pemanasan global merupakan ancaman global dan tiada negara di dunia yang terkecuali
daripada menerima kesan buruknya. Oleh itu, kita harus bertindak dengan lebih mersa alam
demi kesejahteraan bersama.

Skema: 2 faktor + 2 kesan

IU 4M
H 8 M (4 × 2 M)
B 1M
K 2M
Jumlah 15 M

Anda mungkin juga menyukai