Anda di halaman 1dari 4

1

Kesan Rumah Hijau Dan Penipisan Lapisan Ozon

Definisi/Konsep Kesan Rumah Hijau


Kesan Rumah hijau merujuk kepada pemerangkapan bahangan matahari oleh “Lapisan
selimut karbon dioksida” yang terbentuk di ruang atmosfera.
Definisi / KonsepPenipisan Ozon
Penipisan lapisan ozon pula merujuk kepada terputusnya ikatan kovalen tiga atom
oksigen (O3)
yang selama ini membentuk lapisan ozon akibat serangan kloroflorokarbon (CFC) di
lapisan
stratosfera. CFC bertindak secara kimia memecahkan molekul ozon membentuk molekul
oksigen. Lama kelamaan molekul ozon berkurangan dan menipiskan lapisan ozon.

Kesan rumah hijau Penipisan lapisan ozon


Ruang- berlaku di ruang Ruang-Berlaku di ruang stratosfera.
atmosfera.
Punca-akibat pengumpulan Akibat serangan CFC dan halon ke atas
karbon dioksida di udara. ikatan O3.
Mekanisme-CO² b’tindak sebagai Mekanisme-sinaran UV m’mutuskan
lapisan penebat atmosfera ikatan CFC dan Cl pula m’mutuskan
m’benarkan bahangan suria ikatan O² dlm ozon² menipis,lebihan
masuk ttp menghalang pembalikan tenaga suria akan m’masuki atmosfera
bahangan bumi lalu m’yebabkan pemanasan Global.

Punca-punca kesan rumah hijau dan penipisan lapisan Ozon.


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kedua-dua fenomena ini. Punca
utamanya ialah dari sektor perindustrian yang banyak membebaskan gas² CFC, halon,
CO², metana dan lain² yang menjadi agen utama menghakis dan menipiskan lapisan ozon
serta membentuk “selimut atmosfera.”
Antara industri-industri tersebut ialah:
 Industri pencuci atau pelarut
CFC dalam bentuk cecair digunakan sebagai bahan pencuci minyak dan gris dlm
peralatan elektronik dan pelbagai jenis logam.
CFC dlm bentuk gas pula digunakan sebagai pencuci peralatan perubatan
• Industri penghawa dingin
Pengunna CFC dlm industri ini melibatkan pendinginan kenderaan, bangunan dan
perumahan.
Biasanya,CFC dibebaskan apabila berlaku kebocoran dan peringkat servis serta
penyelenggaraan.
• Industri keluaran foam
CFC digunakan dalam industri keluaran kusyen,tilam,mesin basuh dan lain².
Pengunaan CFC berlaku di peringkat pembuatan, penggunaan dan pembuangan.
• Industri aerosol atau propellan
CFC dikeluarkan dengan banyak dalam penggunaan tin penyemburan pewangi dan
kosmetik, penyemburan racun serangga dan penyemburan cat.
2

Selain perindustrian, gas² rumah hijau juga boleh diperolehi daripada sumber² lain.
Antaranya ialah:
• Pengeluaran asap dari kenderaan
Gas² rumah hijau juga dikeluarkan akibat pembakaran yang tidak lengkap dalam sistem
enjinnya iaitu mengeluarkan banyak gas Karbon Monoksida.
• Pembalakan
Menyebabkan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera
• Pembakaran terbuka
 Aktiviti pembakaran terbuka juga menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida ke
atmosfera.
FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN KANDUNGAN GAS-GAS RUMAH HIJAU DI
UDARA
1. Pembebasan Gas Beracun.
2. Pelupusan sampah
3. Pembebasan CFC
4. Pengunaan baja kimia dalam sektor pertanian-(padi).
Kesan Fenomena Kesan Rumah Hijau dan Penipisan Lapisan Ozon
• Pemanasan Global
Konsep pemanasan global sering dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia.
Peningkatan suhu ini berlaku pada semua skala sama ada skala mikro seperti pulau haba
bandar atau skala makro yang meliputi indeks suhu wilayah dan suhu benua.
Dari sudut imbangan haba pula, fenomena pemanasan global memberi makna wujudnya
ketidakseimbangan dalam bajet haba bumi-matahari.
Input haba yang diterima oleh bumi berlebihan berbanding dengan output haba yang
dibebaskan.
KESAN KE ATAS SISTEM GEOMORFOLOGI
1) MENINGKATKAN KADAR LULUHAWA
 Mengubah landskap sesuatu kawasan (kawasan gurun panas)
 Pemanasan suhu dunia mempercepatkan lagi proses pemanasan batuan-batuan
mengalami proses kembang dan kecut-penyepaian fizikal berlaku.
• PENGGURUNAN
 Hakisan layangan angin menghakis dan mengangkut bahan batuan yang sudah tersepai
dalam pelbagai bentuk dan saiz spt pecahan prismatik,granul serta kelupasan ke
kawasan² gurun,lama-kelamaan kawasan gurun menjadi luas.
 Fenomena ini dikenali sebagai fenomena penggurunan (Desertification).
• PENCAIRAN AIS BENUA DAN PERGUNUNGAN TINGGI
 Kewujudan lubang ozon di benua Antartika sudah tentu boleh mencairkan litupan ais di
kawasan tersebut kerana pancaran matahari khususnya sinaran UV diterima oleh
permukaan muka bumi tanpa halangan.
 Dalam jangka masa yang panjang, cairan ais akan membanjiri laut, meningkatkan paras
air laut dan mempercepatkan kadar hakisan ombak
KESAN KE ATAS ATMOSFERA
• SISTEM KLIMOTOLOGI
Kesan terbaru yang boleh dibincangkan di sini ialah menggalakkan fenomena El-Nino.
Situasi ini mendorong kepada berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi dan
seterusnya menyebabkan jerebu.
3

Pemanasan global boleh menambahkan kekerapan dan kekuatan kejadian El-Nino itu
serta berupaya mengubah cuaca dunia dari kelazimannya menjadi tidak menentu dan
amat sukar untuk diramal.
• KEJADIAN PULAU HABA BANDAR
Kejadian ini berlaku akibat terbentuknya lapisan “Selimut Karbon Dioksida” di ruang
atmosfera bandar telah menyebabkan tenaga matahari terperangkap- “Selimut Karbon
Dioksida” tersebut membenarkan sinar lembayung masuk tetapi menghalangnya keluar.
Kitar tenaga berlaku pada ruang udara yang sama dan lama-kalamaan akan memanaskan
udara dalam bandar berkenaan.
Udara di bandar menjadi kering (Dry air).

KESAN KE ATAS SISTEM HIDROLOGI


• Gangguan keseimbangan kitaran hidrologi
Kadar senjatan berlaku dengan cepat dan tidak sepadan dengan bekalan air yang ada
misalnya drpd sumber hujan,embun dan kabus.
Gangguan ke atas sistem hidrologi menyebabkan sumber air (sungai,tasik,kolam dan
lain²) tidak mempunyai bekalan air atau mengalami kekeringan air termasuk sistem
akuifer.
Manakala di kawasan yg beriklim sejuk, pemanasan global mempercepatkan pencairan
ais dan membanjiri kawasan yang rendah.
Dalam konteks keseimbangan sistem sungai pula, keadaan ini dianggap sebagai satu
gangguan yang menyebebkan tahap keseimbangan (equalibirium) sungai tersebut sudah
tidak seimbang lagi.
KESAN KE ATAS SISTEM EKOLOGI
1) GANGGUAN TERHADAP EKOSISTEM
 Kitaran tenaga dan rantaian makanan dalam sesuatu ekosistem terganggu
Apabila suhu meningkat, hutan cenderung untuk terbakar secara semula jadi dan
memusnahkan kepelbagaian biologi (Biodiversity) dan merosakkan rantai makanan dan
habitat haiwan
2. GANGGUAN TERHADAP EKOLOGI AKUATIK
o Peningkatan suhu dunia turut meningkatkan suhu air laut.
o Air laut yang panas memusnahkan hidupan plankton yang menjadi sumber makanan
hidupan laut.
o Hal ini juga membawa kesan kepada pertumbuhan terumbu karang.
o Polip-polip karang hanya akan hidup, membiak, dan membesar dengan baik apabila suhu
air laut tersebut adalah sederhana.

Punca Berlakunya Fenomena Penipisan lapisan Ozon


 Aktiviti penggunaan aerosol atau propellan. CFCs dikeluarkan dengan banyak dalam
penggunaan tin penyembur pewangi dan kosmetik, penyemburan racun serangga,
penyemburan cat dll.
 Penggunaan bahan pencuci dan pelarut yang mengandungi CFCs. CFCs dalam bentuk
cecair digunakan sebagai bahan pencuci minyak dan gris dalam peralatan elektronik,
elektrik, mikrocip dalam komputer dan pelbagai jenis logam. CFCs dalam bentuk gas
pula digunakan sebagai pencuci peralatan perubatan.
 Penggunaan alat pendingan udara. Penggunaan CFCs dalam industri ini melibatkan
pendingin kenderaan, bangunan dan perumahan. Juga dalam penggunaan peti sejuk dan
4

alat pendingin beku. CFCs di keluarkan apabila berlaku kebocoran peralatan dan
peringkat servis serta penyelenggaraan.
 Aktiviti lain yang menggunakan gas metil klorofom, klorin karbon tetrakklorida dan
nitrogen monoksida dalam domestik turut mengguraikan lapisan ozon
 Ujian pelancaran roket dan peluru berpandu (nuklear)
 Industri keluaran foam. CFCs digunakan dalam industri keluaran kusyen, tilam, mesin
pembasuh dan peralatan pencukuran. Pengeluaran CFCs berlaku di peringkat pembuatan,
penggunaan dan pembuangan.

Kesan Penipisan Ozon Kepada Manusia


 Penyakit kulit. Pendedahan tubuh manusia kepada sinaran ultraungu akan
menyebabkan kulit boleh terbakar, bertompok-tompok, cepat kedut dan kemungkinan
terjadi barah kulit.
 Penyakit mata. Pendedahan mata manusia terhadap sinaran ultraungu akan
menyebabkan manusia hilang penglihatan dan penyakit katarak
 Sistem pelalian manusia yerhadap penyakit. Pendedahan kulit manusia yang
berlebihan terhadap sinaran bahaya ultraungu menyebabkan daya tahan terhadap
penyakit biasa berkurangan. Berlaku lemah anggota dan penyakit seperti selesema
dan deman
 Peningkatan suhu global. Kemasukan sinaran ultraungu akan meningkatkan suhu
udara. Suhu yang semakin meningkat akan mencairkan lapisan salji dan glasier di
kutub. Apabila aras laut meningkat, kemungkinan berlaku kemusnahan harta benda,
petempatan, kawasan pertanian dan sebagainya adalah tinggi.
 Bekalan makanan sedunia. Kemasukan sinaran ultraungu membantutkan proses
fotosintesis terhadap fitoplanton di laut dan tanaman pertanian. Gangguan ini
berupaya mengurangkan bekalan makanan dan menyebabkan kebuluran dan wabak
penyakit berlaku.

Anda mungkin juga menyukai