Anda di halaman 1dari 21

Malaysia: Kesepaduandalam

Kepelbagaian
HASIL PEMBELAJARAN
⚫ Hubungan Etnik dipengaruhi bukan sahaja
dipengaruhi unsur etnik malah unsur-
unsur sosial yang lain
⚫ Mengetahui perspektif kesepaduan sosial
⚫ Dapat menjelaskan konsep perpaduan
dalam kepelbagaian.
Kedinamikan Hubungan Etnik
⚫ Dimensi etnik
⚫ Dimensi kelas
⚫ Dimensi status
⚫ Dimensi agama
⚫ Dimensi gender
⚫ Dimensi bahasa
⚫ Dimensi kedudukan sosioekonomi
⚫ Ideologi politik
⚫ Pengaruh wilayah
PENGENALAN
⚫ Di Malaysia, sepanjang 64 tahun merdeka,
yang dihighlight adalah konflik. Namun
hubungan etnik yang positif sebenarnya
lebih banyak.
⚫ Oleh itu,konsep kesepaduan sosial
diutarakan untuk menjelaskan
fenomena yang berlaku di Malaysia.
Konsep perpaduan Dalam Kepelbagaian

1.Maksud ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ (unity in diversity)


dari perspektif :
⚫ Psikologi Sosial - rasa kesatuan’ yang merentas pemisahan
fizikal dan psikologikal, yang meliputi juga konteks metafizikal
⚫ Antropologi-sosiologi - suatu rumusan yang menyimpulkan
dan mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus dan
menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang
sedia ada dalam kalangan mereka
⚫ Ontologikal - perlunya mengurus dan menyusun perbezaan
ini adalah, pada umumnya, atas keinginan untuk mewujudkan
keadaan aman dan stabil dalam sesebuah masyarakat yang
rencam keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat meraih
kesenangan dan mungkin juga kemewahan material.
⚫ Maksud Perpaduan: Proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan
negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta memiliki perasaan cinta dan bangga
kepada tanah air.
⚫ Konsep Utopia - unity is uniformity atau 'perpaduan‘
ialah keSAMAan atau keSATUan -- satu bangsa,
satu agama, satu bahasa, satu negara, yang juga
merupakan kata-kata slogan.unity is uniformity
hanyalah suatu gambaran tentang suatu
masyarakat yang sempurna yang tidak boleh
menjadi kenyataan
Konsep Kesepaduan Sosial
⚫ Suatu fenomena sosial yang dipacu oleh
idaman mendalam terhadap perpaduan
yang seharusnya pula mempengaruhi para
anggota masyarakat tersebut untuk
merungkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan
yang dianggap sebagai prasyarat
mencapai perpaduan.
⚫ Memahami konsep ‘kesepaduan sosial’ menerusi
pemahaman konsep ‘takrifan harian’ (everyday define),
sebelum perpaduan dapat dicapai.
⚫ 'takrifan harian' lebih berkesan daripada 'takrifan
autoriti', kerana setiap anggota masyarakat majmuk
adalah bebas untuk bertindak dan berprilaku
prokeamanan, prokeharmonian dan antikeganasan demi
survival diri, keluarga dan kelompok sosialnya.
⚫ sekiranya timbul sebarang konflik, anggotanya akan
segera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan
dalam pelbagai cara dan bentuk
⚫ Konsep kesepaduan adalah lebih realistik
dalam konteks Malaysia.

⚫ Oleh itu, konsep kesepaduan sosial


diutarakan untuk menjelaskan fenomena
yang berlaku di Malaysia.
1. Cerita Malaysia: umumnya aman dan stabil tapi
ranjau sepanjang jalan tetap ada
 Era Konflik 1945-1960
 Era ‘Tegang tapi Stabil 1961-1970
 Era Kesepaduan Sosial 1971- 2011
2. Punca Kesepaduan Sosial
3. Rakyat yang matang
A |ERA KONFLIK (1945 – 60)
⚫ Pasca Perang Dunia Kedua (PD2)
◦ Rusuhan etnik - konflik etnik antara etnik Cina dengan Melayu yang
tercetus daripada tindakan BintangTiga selama 14 hari selepas
tamatnya penaklukan Jepun
◦ Huru-hara Buruh - Pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat
mengorganisasi rusuhan dan mogok ini telah ditangkap dan
pertubuhan mereka diharamkan dan Penglibatan BintangTiga dengan
membunuh tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai
Siput sehingga diisytiharkan darurat dan tamat pada 1960.

⚫ Tiang seri pembinaan semula – Communities Liason Committee (CLC) -


1949
◦ Keselamatan
◦ Pembangunan LimaTahun 1950-1955
◦ Perundingan Etnik – penggubalan perlembagaan
B |ERA T E G A N G TAPI STA B IL
(1961 – 70)
⚫ Pembentukan Malaysia 1963:Perjanjian 20 perkara dengan Sabah dan
Perjanjian 18 Perkara dengan Sarawak
⚫ Konfrontasi 1963-66 – Malaysia-Indonesia (neo-colony)
⚫ Konflik etnik terbuka 1964 & 1969
◦ Julai & September 1964 di Singapura (dlm Malaysia)
◦ 13 Mei 1969,di Kuala Lumpur & 3 tempat lain
⚫ Singapura & Malaysia berpisah 9Aug. 1965
⚫ Cara atasi
◦ Majlis Perundingan Rakyat
◦ Jabatan Perpaduan,Rukun Negara
◦ Dasar Ekonomi Baru
C |ERA KESEPA D U A N SOSIAL
(1971-2011)
⚫ 40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada
2011 peristiwa Kg. Medan yang mengingatkan
bahawa faktor ekonomi sangat penting untuk
kesepaduan sosial.
⚫ Harapan untuk ‘perpaduan’tetap ada:1Malaysia
⚫ Apakah anak kunci kesepaduan sosial Malaysia:
Hubungan stabil, sama ada di Peringkat Masyarakat,
Negara, Pasaran = M+N+P- meskipun sewaktu
krisis global.
⚫ Masyarakat Malaysia yang matang:
◦ Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan
◦ Konflik wujud,namun masih hidup dalam
kesepaduan
A N T A R A KONFLIK SOSI AL & KESEPADUA N SOSIAL|
perbandingan Malaysia & Sri Lanka (1945-2011)
MALAYSIA

1948 - 1960 1964 1969 2001

1945 2011

1940-1950 1951-1960 1961-1970 1971-1980 1981-1990 1991-2010

SRI LANKA
KEAMANAN ditakrif sebagai “the absence of violence” (GPI 2011). Konflik berdarah berlaku di Malaysia dan Sri Lanka semenjak 1945. Bukti
menunjukkan bahawa keadaan kesepaduan sosial mendominasi hidup di Malaysia di Sri Lanka didominasi oleh pertumpahan darah,
meragut lebih dari 100,000 nyawa. Untuk sebuah analisis perbandingan terbaik sila lihat, Sirimal Abeyratne, “Economic Development and
Political Conflict: Comparative Study of Sri Lanka and Malaysia, “ South Asia Economic Journal 9:2(2008): 393-417
M A S YA R A K AT
PELBAGAI
ETNIK -
MALAYSIA

Kumpulan etnik, Kumpulan etnik, Kumpulan etnik,


Subetnik,Suku, Subetnik,Suku, Subetnik,Suku,
Kumpulan Bahasa Kumpulan Bahasa & Kumpulan Bahasa &
& Dialek - Dialek - Dialek -
Semenanjung Sabah Sarawak
Global Peace Index (2021)
⚫ Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di
Malaysia menggunakan paradigma konflik untuk
menganalisis dan memahami setiap permasalahan
yang wujud dalam masyarakat.
⚫ Pandang sedemikian mengandaikan masyarakat
Malaysia sentiasa berada dalam persengketaan,
saling bersaing khususnya antara kumpulan yang
berlainan etnik dan agama.
⚫ Hakikat mengangkat paradigma konflik sebagai
teras memahami permasalahan masyarakat di
Malaysia adalah kurang tepat kerana realitinya,
masyarakat hidup dalam aman dan stabil.
Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik

⚫ Terdapat pandangan - masyarakat yang memiliki


kerencaman budaya, bahasa, agama seperti di
Malaysia akan terpisah dan terasing mengikut
kumpulan etnik masing-masing.
⚫ Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara
kumpulan etnik dan berlaku kepupusan ciri-ciri
etnik.
⚫ Etnik yang dominan menguasai etnik minoriti.
⚫ Media massa kerap memotretkan hubungan etnik
di Malaysia dalam perspektif yang sempit -
membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam
laporan berita.
Menelusuri Hubungan Etnik
daripada Perspektif Konflik
⚫ Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan
nuansa ideologi orientalisme pada asasnya adalah
untuk “membezakan” kumpulan dalam masyarakat
agar wujud sempadan yang jelas antara mereka
yang menjajah dengan mereka yang terjajah.
⚫ Mereka yang terjajah pula dikategorikan secara
pukul rata melalui perbezaan yang berdasarkan ciri-
ciri fisiologi, budaya, bahasa, agama dan etnik yang
diesensialisasi secara mudah dan cetek.
⚫ Ditambah dengan konflik 13 Mei, darurat
Memahami Hubungan Etnik daripada
Perspektif Kesepaduan Sosial

⚫ Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian


sejarah – membina struktur sosial, ekonomi,politik
dan budaya.
⚫ Masyarakat Malaysia bersifat dinamik – membina
kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan
harian secara langsung dan tidak langsung secara
berterusan.
⚫ Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses
akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi –
mekanisme untuk mengekalkan toleransi.
Kesimpulan
⚫ Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah,
terutama jika terdapat usaha sedar berpunca daripada
tindakan authority-defineddan topdownyang dapat
melengkapkan dan menjamin kelangsungannya dan
meningkatkan daya ketahanan dalam sesebuah
masyarakat majmuk itu
⚫ adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan
ini sebagai “kesepaduan dalam kepelbagaian” (cohesion
in diversity) dan bukan “perpaduan dalam
kepelbagaian” (unity in diversity).

Anda mungkin juga menyukai