Anda di halaman 1dari 34

1

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas mempelajari bab ini, para pelajar dapat:
1. Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya
dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga
dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain.

2. Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial melihat


masyarakat sebagai sebuah entiti sosial yang memiliki
keupayaan untuk membentuk kesejahteraan masyarakat.

3. Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan


asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik ke arah
menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan
seharian. 2
PENGENALAN
▪ Di Malaysia, sepanjang 63 tahun merdeka, yang selalu
ditonjolkan adalah konflik. Namun, hubungan etnik yang
positif sebenarnya kurang dibincangkan.

▪ Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan untuk


menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia.

3
PERPADUAN ATAU KESEPADUAN?

4
UNITY IN DIVERSITY
(Perpaduan dalam kepelbagaian)
Iaitu bagaimana manusia mengurus dan menyusun perbezaan
sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka seperti perbezaan
agama, etnik, jantina & kelas sama ada inter-etnik & intra-etnik.

5
UNITY IS UNIFORMITY
(Perpaduan adalah keSATUan dan
keSAMAan)
Wujudnya semangat satu bangsa, satu agama, satu bahasa,
satu negara. Ia suatu gambaran tentang suatu masyarakat yang
sempurna yang tidak boleh menjadi kenyataan.

6
KESEPADUAN
Suatu fenomena sosial yang dipacu oleh keinginan mendalam
terhadap perpaduan yang seterusnya mempengaruhi anggota
masyarakat untuk melakukan pelbagai usaha dan aktiviti yang
membawa kepada keamanan, keharmonian dan kestabilan dalam
masyarakat namun belum membawa kepada perpaduan.

7
KESEPADUAN…..

▪ Konflik dan pertelingkahan kerana perbezaan sosial dalam


sesebuah masyarakat majmuk akan cuba diselesaikan melalui
perundingan.

▪ Cabaran, rasa tidak puas hati dan konflik tetap ada tapi
terkawal kerana masyarakat menolak keganasan sebagai jalan
penyelesaian terhadap perbezaan sosial tersebut.

8
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Sejarah Malaysia selepas tamat Perang Dunia Kedua
memaparkan tiga era penting:
▪ Era Konflik (1945 -1960)
▪ Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970) – stabil tapi masih
wujud cabaran yang menguji kesepaduan sosial.
▪ Era Kesepaduan Sosial (1971- 2011)

Hubungan etnik di Malaysia walaupun memperlihatkan


pola turun naik, namun amnya keadaan di negara kita
adalah aman dan damai.
9
A | ERA KONFLIK (1945 – 1960)
Konflik Cina (Komunis - Bintang 3) dan Melayu selepas tamat
penaklukan Jepun pada 16 Ogos 1945 - timbul perasaan distant
and distrust.

Pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946. Kemudiannya


dibubarkan dan digantikan Persekutuan Tanah Melayu pada
1948.

Rusuhan dan mogok oleh pekerja ladang. Tindakan ganas dan


pembunuhan 3 pengurus ladang berketurunan Eropah
menyebabkan British mengisytiharkan darurat pada 23 Julai
1948 dan tamat 12 tahun kemudian pada 31 Julai 1960.
10
A | ERA KONFLIK (1945 – 1960) ……

Penubuhan badan rundingan oleh British iaitu Communities


Liaison Committee (CLC) oleh British pada 1949 dalam usaha
untuk meredakan ketegangan etnik dan mengembalikan
kesepaduan sosial 3 etnik utama di Malaya.

Konsep CLC mengasaskan perkongsian kuasa di Malaysia melalui


konsep Perikatan sebagai sebuah institusi dan parti yang
menggabungkan parti politik Melayu, Cina dan India.

11
B | ERA STABIL TAPI TEGANG
(1961 – 1970)
Ancaman keganasan komunis yang masih mengorbankan
nyawa, khususnya di Sarawak.

Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Peristiwa Ganyang Malaysia. Akibat dari bantahan Indonesia


terhadap konsep Malaysia yang dilihat sebagai neo-colony.
Presiden Soekarno berpendapat bahawa pembentukan
Malaysia hanya akan menyebabkan pihak British menguatkan
lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo dan ini akan
memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia.
12
B | ERA STABIL TAPI TEGANG (1961 – 1970)…….

Rusuhan etnik Melayu - Cina di Singapura pada 21 Julai dan 3


September 1964 ketika Singapura masih dalam Malaysia. 40
nyawa dilaporkan terkorban dan ribuan ditangkap.

Rusuhan etnik Melayu - Cina di Kuala Lumpur dan beberapa


tempat lain pada 13 Mei 1969. Mengorbankan lebih kurang 250
nyawa.

13
C | ERA KESEPADUAN SOSIAL
(1971-2011)
Rusuhan etnik Melayu - India berlaku pada 4 - 8 Mac 2001
di Kampung Medan, Selangor iaitu sebuah kawasan
kediaman setinggan kelas pekerja yang mengorbankan
kurang daripada 10 nyawa.

Ia menunjukkan bahawa faktor ekonomi seperti


kesukaran hidup dan persaingan untuk survival juga boleh
mencetuskan pergeseran etnik khususnya dalam kalangan
kelas bawahan.

14
C | ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011) ….

Slogan “perpaduan dalam kepelbagaian” dan “perpaduan


nasional” adalah suatu harapan positif untuk masa depan
yang lebih gemilang termasuklah cita-cita untuk
merealisasikan “Bangsa Malaysia”.

Sebenarnya fenomena yang tidak pernah diberi nama namun


terus dinikmati oleh kita ialah konsep kesepaduan sosial.

Jelas pada masyarakat umum Malaysia, perbezaan sosial


antara mereka mesti diselesaikan dengan aman, kerana kos
konflik adalah tinggi.
15
C | ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011) ….

Semenjak Pilihan Raya Umum ke-4 pada 1974 sehingga


PRU14 pada 2018, tidak wujud sebarang kekacauan etnik
yang ditimbulkan oleh pihak yang kalah sehingga
mencetuskan perbalahan.

Kunci kesepaduan sosial Malaysia ialah KEMATANGAN


RAKYATNYA.

16
C | ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011) ….

Rakyat Malaysia zaman ini dilihat tidak segan silu untuk


menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap
sebarang perkara yang mereka tidak suka.

Kemudahan Internet, SMS dan pelbagai lagi saluran data


siber lebih memudahkan proses penyuaraan mereka,
umpama ‘campak batu sembunyi tangan’.

Pendek kata, rakyat Malaysia 'suka bertikam lidah, tetapi


tidak bertikam menggunakan parang'.
17
HUBUNGAN ETNIK DARI
PERSPEKTIF KONFLIK
Kebanyakan kajian menggunakan paradigma konflik sebagai
alat analisis utama dalam memahami permasalahan yang
wujud di Malaysia.

Perspektif ini menggambarkan hubungan etnik di Malaysia


bersifat rapuh, mudah retak, cenderung ke arah ketegangan
dan sering membawa kepada keadaan yang berkonflik dan
persaingan antara kumpulan etnik & agama.

Penggunaan konsep yang berbau negatif ini membawa kepada


kecenderungan untuk mendikotomikan sesuatu isu yang
berbangkit secara binari. 18
HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF KONFLIK…….

Sekiranya dilihat lebih mendalam, cara pandang melalui


paradigma konflik ini merupakan warisan daripada
pembentukan ilmu kolonial.

Ia sarat dengan ideologi orientalisme untuk membezakan


kumpulan dalam masyarakat supaya wujud sempadan
binari yang jelas antara yang menjajah dan terjajah.

Cara pandang ini semakin popular selepas peristiwa 13


Mei sehingga ada yang meramalkan bahawa projek
pembangunan negara bangsa Malaysia akan gagal.
19
HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF KONFLIK…….

Malaysia yang diramalkan akan berakhir dengan


perpecahan tidak menjadi realiti kerana selepas peristiwa
tersebut Malaysia menjadi lebih stabil dan kukuh
berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

Malah Malaysia mampu mencapai pertumbuhan ekonomi


yang tinggi, politik yang stabil serta kehidupan
bermasyarakat yang relatifnya aman sehingga diiktiraf
oleh dunia sebagai model negara majmuk yang berjaya.

20
Global Peace Index

Malaysia adalah satu-satunya negara heterogeneous dengan


21
komposisi demografi pelbagai etnik berada di senarai paling atas.
HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF
KESEPADUAN SOSIAL
Suatu paradigma alternatif yang mengambil kira aspek
positif yang menyumbang kepada keutuhan Malaysia
sebagai sebuah negara bangsa perlu dijadikan sebagai
cara pandang untuk memahami hubungan etnik yang
lebih adil dan menyeluruh.

Ia bukan bertujuan untuk menafikan kewujudan konflik


namun ia satu cara pandang yang lebih wajar kepada sisi
positif dalam menganalis dan memahami hubungan etnik.

22
HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF KESEPADUAN SOSIAL….

Menggunakan paradigma kesepaduan sosial untuk


memahami hubungan etnik di Malaysia bermula dengan
idea bahawa kesepaduan sosial sudah wujud sebagai tiang
seri di peringkat masyarakat awam.

Usaha yang perlu dilakukan ialah mengukuhkannya


supaya perpaduan yang dicita-citakan oleh masyarakat
dan negara tercapai.

23
HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF KESEPADUAN SOSIAL….

Kesepaduan sosial yang dinikmati sekarang merupakan usaha


yang panjang dan berterusan sejak wujudnya interaksi antara
masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

Ia disumbangkan oleh usaha secara top-down atau hasil


daripada tindakan kerajaan yang diterapkan kepada
masyarakat seperti Penubuhan Majlis Perundingan Rakyat,
Jabatan Perpaduan Negara, Rukun Negara & Dasar Ekonomi
Baru (DEB).

Ia turut disumbangkan melalui usaha secara bottom-up iaitu


hasil interaksi yang berlaku di peringkat masyarakat tanpa
campur tangan pihak kerajaan.
24
TAKRIFAN AUTORITI
(Authority Defined)
Takrifan autoriti seperti negara, misalnya, cenderung
bersifat tetap dengan sempadannya yang tidak boleh
diubah.

Contoh : Takrifan Melayu oleh negara sebagaimana yang


termaktub dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan
adalah berbentuk tetap, iaitu seorang Melayu ialah
seorang yang menganut agama Islam, bertutur dalam
bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam dan
budaya Melayu.

25
TAKRIFAN AUTORITI……..

Takrifan negara yang bersifat tetap mungkin bermasalah


untuk digunakan kepada sebahagian kelompok.
• Contoh: Orang Melayu kelas atasan & menengah
lazimnya bertutur dalam bahasa Inggeris.
• Contoh: Islam aliran Sunnah bermazhab Shafie vs
Syiah?

26
TAKRIFAN HARIAN
(Everyday-Defined)
Takrifan harian oleh masyarakat awam berkemungkinan
lebih anjal, cair, terdapat tolak ansur serta saling
memahami untuk memastikan kehidupan seharian
mereka dapat diteruskan dengan aman tanpa sebarang
konflik.

27
TAKRIFAN HARIAN……

Paradigma kesepaduan sosial dalam konteks ini adalah


suatu cara pandang yang cuba memberi ruang dan kuasa
kepada masyarakat awam agar terlibat dalam proses
pembinaan perpaduan.

Ringkasnya kesepaduan sosial mengiktiraf takrifan harian


dalam konteks hubungan etnik yang membolehkan
interaksi berlaku setiap hari dalam ruang ekonomi, politik
& sosial tanpa campur tangan daripada pihak negara.

28
KESEPADUAN SOSIAL MELALUI AKOMODASI,
AKULTURASI, AMALGAMASI & ASIMILASI

Transformasi hubungan etnik di Malaysia secara


umumnya berlaku melalui rundingan sosial yang
berterusan.

Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur akomodasi,


akulturasi, amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku
sebagai mekanisme untuk mengekalkan toleransi etnik.

29
KESEPADUAN SOSIAL MELALUI AKOMODASI, AKULTURASI,
AMALGAMASI & ASIMILASI……..

Contohnya wujud kesepaduan sosial apabila timbul isu yang


emotif dan provokatif berhubung dengan etnik dan agama
terutama selepas pilihanraya umum ke 12 pada 2008.

Tindakan tersebut tidak berakhir dengan rusuhan sebaliknya


kehidupan masyarakat awam terus berjalan secara relatifnya
aman dan stabil.

Rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh untuk bertindak


secara melulu, emotif dan menggunakan kekerasan terhadap
isu-isu yang ditimbulkan.
30
KESEPADUAN SOSIAL MELALUI AKOMODASI, AKULTURASI,
AMALGAMASI & ASIMILASI……..

Di Malaysia pada abad ke 21, tiada sebarang rusuhan


etnik atau agama berlaku walaupun isu-isu berkenaan
sering dibangkitkan dan diprovokasi oleh pihak yang ingin
mengambil kesempatan.

Ini merupakan anjakan dan transformasi yang ditunjangi


oleh unsur akomodasi, akulturasi, asimilasi dan
amalgamasi.

31
KESIMPULAN
Kesepaduan dalam kepelbagaian (cohesion in diversity)
boleh wujud dan bercambah sekiranya terdapat usaha
dan tindakan authority defined dan top down.

Perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) adalah


work-in-progress kerana ia suatu sasaran pencapaian yang
masih belum tercapai.

Proses ini memerlukan semua pihak di negara kita


berkerja keras untuk memastikan kesepaduan sosial yang
sedia ada dikekalkan dan dipertahankan, biarpun
perpaduan belum kelihatan.
32
KESIMPULAN…..

Dengan komposisi etnik, agama, budaya dan bahasa yang


begitu kompleks, Malaysia berjaya mengekalkan
kerukunan dalam kehidupan bermasyarakat serta
pencapaian pembangunan.

Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk


kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik.

33
RUJUKAN
Shamsul Amri Baharuddin (ketua editor). 2013. Modul
Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi: Institut Kajian Etnik UKM.
Zaid Ahmad et.al. 2013. Hubungan Etnik di Malaysia Edisi
Ketiga. Shah Alam: Oxford Fajar.
Nazri Muslim & Nasruddin Yunos. 2006. Hubungan Etnik. Bangi:
Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan
Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan di Malaysia.
Kuala Lumpur: ISTAC.
Abdul Rahman Haji Embong. 2000. Negara Bangsa: Proses dan
Perbahasan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

34

Anda mungkin juga menyukai