Anda di halaman 1dari 26

HUBUNGAN

ETNIK
Malaysia:
Kesepaduan dalam
Kepelbagaian

Disediakan oleh:
NASRATUL NAIM YUSOFF
BLS(Hons), LLB(Hons), LLM(General), UITM
Pengenalan: Kedinamikan
Hubungan Etnik
– Subjek pembelajaran ini memberikan tumpuan khususnya kepada bentuk, tahap,
tingkat dan intensiti hubungan antara kumpulan etnik yang wujud dalam sesuatu
maysrakat dengan negara itu.

– Namun demikian, bentuk, tahap tingkat dan intensiti hubungan antara dua
kumpulan etnik yang berlainan ataupun antara pelbagai kumpulan etnik tidak
semestinya dipengaruhi oleh dimensi etnik semata- mata.

– Unsur- unsur daripada pelbagai dimensi sosial yang lain seperti kelas, status,
agama, gender, bahasa, kedudukan sosioekonomi, ideologi politik dan wilayah
mempengaruhi dinamika hubungan antara etnik.
Pengenalan: Imaginasi Sosiologikal:
Antara Perpaduan dan Kesepaduan

– Perpaduan dalam Kepelbagaian (‘Unity in Diversity’):


 Psikologi Sosial - rasa kesatuan’ yang merentas pemisahan fizikal dan
psikologikal, yang meliputi juga konteks metafizikal
 Antropologi-sosiologi - suatu rumusan yang menyimpulkan dan
mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus dan menyusun, dari segi
abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka
 Ontologikal - perlunya mengurus dan menyusun perbezaan ini adalah, pada
umumnya, atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam
sesebuah masyarakat yang rencam keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat
meraih kesenangan dan mungkin juga kemewahan material.
Pengenalan: Imaginasi Sosiologikal:
Antara Perpaduan dan Kesepaduan

 Maksud Perpaduan: Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan


negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.
 Konsep Utopia - unity is uniformity atau 'perpaduan‘ ialah keSAMAan atau
keSATUan -- satu bangsa, satu agama, satu bahasa, satu negara, yang juga
merupakan kata-kata slogan. unity is uniformity hanyalah suatu gambaran
tentang suatu masyarakat yang sempurna yang tidak boleh menjadi kenyataan
Konsep Kesepaduan Nasional

– Suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan yang
seharusnya pula mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk merungkai
pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan.
 Memahami konsep ‘kesepaduan sosial’ menerusi pemahaman konsep ‘takrifan
harian’ (everyday define), sebelum perpaduan dapat dicapai.
 ‘Takrifan harian' lebih berkesan daripada 'takrifan autoriti', kerana setiap anggota
masyarakat majmuk adalah bebas untuk bertindak dan berprilaku prokeamanan,
prokeharmonian dan antikeganasan demi survival diri, keluarga dan kelompok
sosialnya.
 Sekiranya timbul sebarang konflik, anggotanya akan segera mencari jalan
penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk
Konsep Kesepaduan Nasional

Konsep kesepaduan adalah lebih realistik dalam


konteks Malaysia.

Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan


untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di
Malaysia.
Perbandingan Kesepaduan antara
Malaysia dan Sri Lanka
–Perbandingan: Malaysia & Sri Lanka
1. Cerita Malaysia: umumnya aman dan stabil tapi ranjau
sepanjang jalan tetap ada
 Era Konflik 1945-1960
 Era ‘Tegang tapi Stabil 1961-1970
 Era Kesepaduan Sosial 1971- 2011
2. Punca Kesepaduan Sosial
3. Rakyat yang matang
ERA KONFLIK

 Pasca Perang Dunia Kedua (PD2)


◦ Rusuhan etnik - konflik etnik antara etnik Cina dengan Melayu yang tercetus daripada
tindakan Bintang Tiga selama 14 hari selepas tamatnya penaklukan Jepun
◦ Huru-hara Buruh - Pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat mengorganisasi rusuhan dan
mogok ini telah ditangkap dan pertubuhan mereka diharamkan dan Penglibatan Bintang Tiga
dengan membunuh tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai Siput sehingga
diisytiharkan darurat dan tamat pada 1960.

 Tiang seri pembinaan semula – Communities Liason Committee (CLC) - 1949


◦ Keselamatan
◦ Pembangunan Lima Tahun 1950-1955
◦ Perundingan Etnik – penggubalan perlembagaan
ERA TEGANG

 Pembentukan Malaysia 1963: Perjanjian 20 perkara dengan Sabah dan Perjanjian 18


Perkara dengan Sarawak
 Konfrontasi 1963-66 – Malaysia-Indonesia (neo-colony)
 Konflik etnik terbuka 1964 & 1969
◦ Julai & September 1964 di Singapura (dlm Malaysia)
◦ 13 Mei 1969, di Kuala Lumpur & 3 tempat lain
 Singapura & Malaysia berpisah 9 Aug. 1965
 Cara atasi
◦ Majlis Perundingan Rakyat
◦ Jabatan Perpaduan, Rukun Negara
◦ Dasar Ekonomi Baru
ERA KESEPADUAN NASIONAL

40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada 2011 peristiwa


Kg. Medan yang mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat
penting untuk kesepaduan sosial.
Harapan untuk ‘perpaduan’ tetap ada: 1Malaysia
Apakah anak kunci kesepaduan sosial Malaysia: Hubungan stabil,
sama ada di Peringkat Masyarakat, Negara, Pasaran = M+N+P-
meskipun sewaktu krisis global.
Masyarakat Malaysia yang matang:

◦ Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan


◦ Konflik wujud, namun masih hidup dalam kesepaduan
ANTARA KONFLIK SOSIAL & KESEPADUAN SOSIAL|
perbandingan Malaysia & Sri Lanka (1945-2011)
MALAYSI
A

1948 - 1960 1964 1969 2001

1945 2011

1940-1950 1951-1960 1961-1970 1971-1980 1981-1990 1991-2010

SRI LANKA
KEAMANAN ditakrif sebagai “the absence of violence” (GPI 2011). Konflik berdarah berlaku di Malaysia dan Sri Lanka semenjak 1945. Bukti menunjukkan bahawa
keadaan kesepaduan sosial mendominasi hidup di Malaysia di Sri Lanka didominasi oleh pertumpahan darah, meragut lebih dari 100,000 nyawa. Untuk sebuah analisis
perbandingan terbaik sila lihat, Sirimal Abeyratne, “Economic Development and Political Conflict: Comparative Study of Sri Lanka and Malaysia, “ South Asia
Economic Journal 9:2(2008): 393-417
Kumpulan etnik,
Subetnik, Suku,
Kumpulan
Bahasa & Dialek
- Kumpulan etnik,
Kumpulan etnik, Sabah Subetnik, Suku,
Subetnik, Suku, Kumpulan
Kumpulan Bahasa & Dialek
Bahasa & Dialek -
- Semenanjung
Sarawak
MASYARAKAT-
PELBAGAI
ETNIK DI
MALAYSIA
Potret Hubungan Etnik di Malaysia

• Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus kukuh, maju dan


membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang
etnik.
• Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik,
ekonomi dan sosial yang baik.

• Malaysia Berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam


tempoh kurang daripada 50 tahun.
• Keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan dalam kepelbagaian amat
penting.
Hubungan Etnik Dari Perspektif Konflik

 Terdapat pandangan - masyarakat yang memiliki kerencaman budaya, bahasa, agama seperti
di Malaysia akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik masing-masing.
 Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan etnik dan berlaku kepupusan
ciri-ciri etnik.
 Etnik yang dominan menguasai etnik minoriti.
 Media massa kerap memotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam perspektif yang sempit -
membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam laporan berita.
Kesepaduan Sosial: Pandangan
Alternatif
 Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia
menggunakan paradigma konflik untuk menganalisis dan
memahami setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat.
 Pandang sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa
berada dalam persengketaan, saling bersaing khususnya antara
kumpulan yang berlainan etnik dan agama.
 Hakikat mengangkat paradigma konflik sebagai teras memahami
permasalahan masyarakat di Malaysia adalah kurang tepat
kerana realitinya, masyarakat hidup dalam aman dan stabil.
Menelusuri Hubungan Etnik daripada
Perspektif Konflik
 Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan nuansa ideologi orientalisme pada asasnya adalah
untuk “membezakan” kumpulan dalam masyarakat agar wujud sempadan binari yang jelas antara
mereka yang menjajah dengan mereka yang terjajah.
 Mereka yang terjajah pula dikategorikan secara pukul rata melalui perbezaan yang berdasarkan ciri-
ciri fisiologi, budaya, bahasa, agama dan etnik yang diesensialisasi dan diitlakkan secara mudah dan
cetek.
 Di Malaysia, apabila kerjaan British di Malayapada ketika itu mengisytiharkan darurat untuk
mengangani ketidakstabilan sosiopolitik berikutan tindakan kekerasan yang dilancarkan oleh Pati
Komunis Malaya.
 Paradigma konflik ini terus mendapat tempat sebagai cara pandang yang dominann dalam memahami
masyarakat Malaysia apabila berlaku pertentangan sengit antara organisasi politik yang mewakili
kepentingan kumpulan etnik yang pelbagai di Malaysia sama ada pada era colonial ataupun
pascakolonial.
Menelusuri Hubungan Etnik daripada
Perspektif Konflik
 Paradigma alternatif ini bukan bertujuan untuk menafikan bahawa tiada konflik
tetapi sebagai satu cara pandang yang memberi tempat yang lebih wajar kepada
sisi positif dalam menganalisis dan memahami hubungan etnik.

 Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar kerana hakikatnya aspek yang
lebih dominan dalam kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat awam di
Malaysia bukan berasaskan konflik tetapi didasari oleh kesepaduan sosial.
Memahami Hubungan Etnik
daripada Perspektif
Kesepaduan Sosial
 Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah
– membina struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya.
 Masyarakat Malaysia bersifat dinamik – membina
kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian
secara langsung dan tidak langsung secara berterusan.
 Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses
akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi –
mekanisme untuk mengekalkan toleransi.
Hubungan Saling Terkait dan Saling
Bergantungan
 Jalinan hubungan sosial secara berterusan terbina dalam kalangan anggota
masyarakat Malaysia merentas etnik, agama, budaya dan bahasa menerusi
interaksi sesama mereka.
 Umpamanya, nasi yang dimakan oleh pelajar selepas keluar dari bilik
kuliah melibatkan pelbagai etnik
Takrifan Autoriti dan
Takrifan Harian
 Paradigma kesepaduan sosial lebih memberi tumpuan
kepada takrifan terhadap interaksi seharian yang dibentuk
oleh anggota masyarakat itu sendiri berbanding dengan
takrifan yang dibentuk oleh autoriti
 Takrifan autoriti seperti negara, misalnya, cenderung
bersifat tetap dengan sempadannya yang tidak boleh
diubah. contohnya,
takrifan Melayu oleh negara sebagaimana yang
termaktub dalam Artikel 160.
Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian

 Takrifan harian oleh masyarakat awam kemungkinannya lebih anjal, cair,


rencam, pelbagai dan terdapat tolak ansur, akomodasi serta saling
memahami dalam kalangan mereka untuk memastikan kehidupan seharian
mereka dapat diteruskan dengan aman tanpa sebarang konflik.
 Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh anggota
masyarakat dan takrifan harian dalam konteks hubungan etnik ialah pelekat
sosial yang menjadikan masyarakat Malaysia yang majmuk, pelbagai dan
rencam ini secara sosialnya bersepadu.
Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi,
Akulturasi, Amalgamasi dan Asimilasi

 Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi, akulturasi,


amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai
mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap
perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini.
 Rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam tidak mudah terpengaruh
untuk bertindak secara melulu, emotif dan menggunakan kekerasan
terhadap isu-isu yang ditimbulkan.
 Masyarakat Malaysia di peringkat awam telah pun sedikit sebanyak terikat
dengan suatu bentuk kesepaduan sosial yang baik dan organisasi
sukarelawan masyarakat dan individu daripada pelbagai etnik dan agama
Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi,
Akulturasi, Amalgamasi dan Asimilasi

 Takrifan yang diberikan oleh anggota masyarakat dalam


acuan besar bercirikan Malaysia adalah merujuk kepada
interaksi dan hubungan sehari- hari yang berlaku antara
mereka melalui proses rundingan sosial yang berterusan.
 Proses ini ditunjangi oleh unsur-unsur akomodasi,
akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang merupakan
inti pati penting untuk memahami hubungan etnik di
Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.
Kesimpulan

 Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah, terutama jika


terdapat usaha sedar berpunca daripada tindakan authority-
defined dan topdown yang dapat melengkapkan dan menjamin
kelangsungannya dan meningkatkan daya ketahanan dalam
sesebuah masyarakat majmuk itu
 Adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan ini
sebagai “kesepaduan dalam kepelbagaian” (cohesion in
diversity) dan bukan “perpaduan dalam kepelbagaian” (unity
in diversity).

Anda mungkin juga menyukai