Anda di halaman 1dari 26

HASIL PEMBELAJARAN

Hubungan

Etnik bukan sahaja


dipengaruhi unsur etnik malah
unsur-unsur sosial yang lain
Mengetahui perspektif
kesepaduan sosial
Dapat menjelaskan konsep
perpaduan dalam kepelbagaian.

PENGENALAN
Di

Malaysia, sepanjang 59 tahun


merdeka, yang di highlight
adalah konflik.
Namun hubungan etnik yang
positif sebenarnya lebih banyak.
Oleh itu, konsep kesepaduan
sosial diutarakan untuk
menjelaskan fenomena yang
berlaku di Malaysia.

Konsep perpaduan Dalam


Kepelbagaian
1. Maksud perpaduan dalam kepelbagaian (unity in
diversity) dari perspektif :

Psikologi Sosial - rasa kesatuan yang merentas


pemisahan fizikal dan psikologikal. (pemikiran)
Antropologi-sosiologi - suatu rumusan yang
menyimpulkan dan mengartikulasikan bagaimana
manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak
dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam
kalangan mereka.
Ontologikal - perlunya mengurus dan menyusun
perbezaan ini adalah, pada umumnya, atas keinginan
untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam
sesebuah masyarakat yang rencam keanggotaan
kelompok sosialnya agar dapat meraih kesenangan
dan mungkin juga kemewahan material.

Maksud
Proses

Perpaduan:

yang menyatupadukan seluruh


masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta memiliki perasaan
cinta dan bangga kepada tanah air.
Konsep Utopia - unity is uniformity atau
'perpaduan ialah keSAMAan atau keSATUan -satu bangsa, satu agama, satu bahasa, satu
negara, yang juga merupakan kata-kata slogan.
Unity is uniformity hanyalah suatu gambaran
tentang suatu masyarakat yang sempurna
yang tidak boleh menjadi kenyataan.

Konsep Kesepaduan Sosial


Suatu

fenomena sosial yang


dipacu oleh idaman mendalam
terhadap perpaduan yang
seharusnya pula mempengaruhi
para anggota masyarakat
tersebut untuk merungkai
pelbagai ikhtiar dan kegiatan
yang dianggap sebagai prasyarat
mencapai perpaduan.

Memahami

konsep kesepaduan sosial menerusi


pemahaman konsep takrifan harian (everyday
define), sebelum perpaduan dapat dicapai.
'takrifan harian' lebih berkesan daripada
'takrifan autoriti', kerana setiap anggota
masyarakat majmuk adalah bebas untuk
bertindak dan berprilaku prokeamanan,
prokeharmonian dan antikeganasan demi
survival diri, keluarga dan kelompok
sosialnya.
sekiranya timbul sebarang konflik, anggotanya
akan segera mencari jalan penyelesaian melalui
perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk

Konsep

kesepaduan adalah lebih


realistik dalam konteks Malaysia.

Oleh

itu, konsep kesepaduan


sosial diutarakan untuk
menjelaskan fenomena yang
berlaku di Malaysia.

Perbandingan: Malaysia & Sri Lanka


1. Cerita Malaysia: umumnya aman dan
stabil tapi ranjau sepanjang jalan tetap
ada
Era Konflik 1945-1960 ( darurat)
Era Tegang tapi Stabil 1961-1970
Era Kesepaduan Sosial 1971- 2011
2. Punca Kesepaduan Sosial muncul
usaha
3. Rakyat yang matang- mahu elak konflik

A | ERA KONFLIK (1945 60)

Pasca Perang Dunia Kedua (PD2)


Pendudukan Jepun 1942-1945.
Rusuhan etnik - konflik etnik antara etnik Cina dengan
Melayu yang tercetus daripada tindakan Bintang Tiga selama
14 hari selepas tamatnya penaklukan Jepun ( pengeboman
HIROSHIMA)
* komunis menyerang balai polis dan bunuh polis melayu
* tercetus rusuhan kaum

Selepas Pdunia kedua tamat , British mempekenalkan


MALAYAN UNION Dan PTM. PTM lebih untungkan orang
melayu jadi orang cina menentang. Komunis pengaruhi
buruh dan berlakulah -Huru-hara Buruh - Pemimpin
kesatuan sekerja yang terlibat mengorganisasi rusuhan
dan mogok. Rusuhan menjadi tegang-dgn Penglibatan
Bintang Tiga dengan membunuh tiga orang pengurus
ladang keturunan Eropah di Sungai Siput sehingga
diisytiharkan darurat dan tamat pada 1960.
Usaha-usaha kearah perpaduan Communities Liason
Committee (CLC)( Jawatan Kuasa Hubungan Antara
Kaum) - 1949
Keselamatan
Rancangan Malaya Pertama.Pembangunan Lima Tahun
1950-1955
Perundingan Etnik ( usaha longgarkan kewarganegara)
penggubalan perlembagaan

B | ERA TEGANG TAPI


STABIL (1961 70)

Pembentukan Malaysia 1963: Perjanjian 20 perkara dengan Sabah


dan Perjanjian 18 Perkara dengan Sarawak

Tuntutan Sabah& sarawak sebagai prasyarat menyertai malaysia.


( contoh: agama,bahasa,imigresen,peruntukan kewangan)

Konfrontasi 1963-66 Malaysia-Indonesia (neo-colony)

Konflik etnik terbuka 1964 & 1969


Julai & September 1964 di Singapura (dlm Malaysia)

( pergaduhan cina melayu kerana hak istimewa melayu- singapura


dibawah pimpinan Lee Kuan Yew)

Singapura & Malaysia berpisah 9 Aug. 1965


13 Mei 1969, di Kuala Lumpur & 3 tempat lain
( parti pembangkang menang besar - buat perarakan)
Cara Atasi:
Majlis Perundingan Negara- untuk wujudkan perpaduan
Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara dan Jabatan Perpaduan
wujudkan Rukun Tetangga

C | ERA KESEPADUAN SOSIAL


(1971-2011)
40

tahun keamanan dan kestabilan, kecuali


pada 2011 peristiwa Kg. Medan yang
mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat
penting untuk kesepaduan sosial.
Harapan untuk perpaduan tetap ada:
1Malaysia
Apakah anak kunci kesepaduan sosial
Malaysia: Hubungan stabil, sama ada di
Peringkat Masyarakat, Negara, Pasaran =
M+N+P- meskipun sewaktu krisis global.
Masyarakat Malaysia yang matang:
Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan
Konflik wujud, namun masih hidup dalam
kesepaduan

MASYARAKA
T PELBAGAI
ETNIK MALAYSIA

Kumpulan
etnik,
Subetnik,
Suku,
Kumpulan
Bahasa &
Dialek Semenanjun
g

Kumpulan
etnik, Subetnik,
Suku,
Kumpulan
Bahasa &
Dialek Sabah
Kadazan,Sulu
,
bajau,

Kumpulan
etnik, Subetnik,
Suku,
Kumpulan
Bahasa &
Dialek Sarawak
Iban,melanau
,
kelabit,
murut

Potret Hubungan Etnik di Malaysia

Negara Malaysia dengan kerencaman


demografi terus kukuh, maju dan
membangun malah disegani oleh jiran
tetangga dalam konteks negara berbilang
etnik.
Keadaan yang aman damai telah
melahirkan suatu bentuk kestabilan
politik, ekonomi dan sosial yang baik.
Malaysia berjaya mencapai tahap negara
berpendapatan sederhana dalam tempoh
kurang daripada 50 tahun.
Keunikan tadbir urus negara mengurus
perpaduan dalam kepelbagaian amat
penting.

Global Peace Index (2011)


Negara Kedudukan Negara Paling Aman di Dunia
New Zealand 1
Iceland 2
Jepun 3
Denmark 4
Republik Czech 5
Austria 6
Finland 7
Kanada 8
Norway 9
Slovenia 10
Ireland 11
Qatar 12
Sweden 13
Belgium 14
Jerman 15
Switzerland 16
Portugal 17
Australia 18
Malaysia 19
Hungary 20

Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik


Terdapat pandangan - masyarakat yang
memiliki kerencaman budaya, bahasa,
agama seperti di Malaysia akan terpisah dan
terasing mengikut kumpulan etnik masingmasing.
Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan
antara
kumpulan
etnik
dan
berlaku
kepupusan ciri-ciri etnik.
Etnik
yang dominan menguasai etnik
minoriti.
Media massa kerap memotretkan hubungan
etnik di Malaysia dalam perspektif yang
sempit - membangkitkan sentimen etnik
atau agama dalam laporan berita.

Kebanyakan

kajian tentang hubungan etnik di


Malaysia menggunakan paradigma konflik
untuk menganalisis dan memahami setiap
permasalahan yang wujud dalam masyarakat.
Pandang sedemikian mengandaikan
masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam
persengketaan, saling bersaing khususnya
antara kumpulan yang berlainan etnik dan
agama.
Hakikat mengangkat paradigma konflik
sebagai teras memahami permasalahan
masyarakat di Malaysia adalah kurang tepat
kerana realitinya, masyarakat hidup dalam
aman dan stabil.

Menelusuri Hubungan Etnik


daripada Perspektif Konflik
Pembentukan

ilmu kolonial yang sarat


dengan ideologi orientalisme pada asasnya
adalah untuk membezakan kumpulan
dalam masyarakat agar wujud sempadan
yang jelas antara mereka yang menjajah
dengan mereka yang terjajah.
Mereka yang terjajah pula dikategorikan
secara pukul rata melalui perbezaan yang
berdasarkan ciri-ciri fisiologi, budaya,
bahasa, agama dan etnik yang
diesensialisasi @ diasingkan secara mudah
dan cetek.
Ditambah dengan konflik 13 Mei, darurat

Masyarakat

Malaysia terhasil daripada


perkongsian sejarah membina struktur
sosial, ekonomi, politik dan budaya.
Masyarakat Malaysia bersifat dinamik
membina kesepaduan sosial melalui
interaksi dan amalan harian secara langsung
dan tidak langsung secara berterusan.
Kesepaduan sosial juga terbina menerusi
proses akomodasi, akulturasi, amalgamasi
dan asimilasi mekanisme untuk
mengekalkan toleransi.

Menelusuri Hubungan Etnik


daripada Perspektif Konflik
Paradigma

alternatif ini bukan bertujuan untuk


menafikan bahawa tiada konflik tetapi sebagai
satu cara pandang yang memberi tempat
yang lebih wajar kepada sisi positif dalam
menganalisis dan memahami hubungan etnik.

Pemahaman

terhadap situasi ini adalah wajar


kerana hakikatnya aspek yang lebih dominan
dalam kehidupan seharian dalam kalangan
masyarakat awam di Malaysia bukan
berasaskan konflik tetapi didasari oleh
kesepaduan sosial.

Hubungan Saling Terkait dan


Saling Bergantungan
Jalinan

hubungan sosial secara


berterusan terbina dalam kalangan
anggota masyarakat Malaysia
merentas etnik, agama, budaya dan
bahasa menerusi interaksi sesama
mereka.
Umpamanya, nasi yang dimakan oleh
pelajar selepas keluar dari bilik
kuliah
melibatkan pelbagai etnik

Takrifan Autoriti dan Takrifan


Harian
Paradigma

kesepaduan sosial lebih


memberi tumpuan kepada takrifan
terhadap interaksi seharian yang dibentuk
oleh anggota masyarakat itu sendiri
berbanding dengan takrifan yang dibentuk
oleh autoriti
Takrifan autoriti seperti negara, misalnya,
cenderung bersifat tetap dengan
sempadannya yang tidak boleh diubah.
contohnya, takrifan Melayu oleh negara
sebagaimana yang termaktub dalam
Artikel 160.

Takrifan Autoriti dan Takrifan


Harian
Takrifan

harian oleh masyarakat awam


kemungkinannya lebih anjal, cair, rencam,
pelbagai dan terdapat tolak ansur, akomodasi
serta saling memahami dalam kalangan mereka
untuk memastikan kehidupan seharian mereka
dapat diteruskan dengan aman tanpa sebarang
konflik.
Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan
terhadap takrifan harian oleh anggota
masyarakat dan takrifan harian dalam konteks
hubungan etnik ialah pelekat sosial yang
menjadikan masyarakat Malaysia yang majmuk,
pelbagai dan rencam ini secara sosialnya
bersepadu.

Kesepaduan Sosial Melalui


Akomodasi, Akulturasi,
Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti
Amalgamasi dan Asimilasi
akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi
sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai
mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik,
penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial
yang wujud pada hari ini.
Rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam tidak
mudah terpengaruh untuk bertindak secara melulu,
emotif dan menggunakan kekerasan terhadap isu-isu
yang ditimbulkan.
Masyarakat Malaysia di peringkat awam telah pun sedikit
sebanyak terikat dengan suatu bentuk kesepaduan
sosial yang baik dan organisasi sukarelawan masyarakat
dan individu daripada pelbagai etnik dan agama

Kesepaduan Sosial Melalui


Akomodasi, Akulturasi,
takrifan
yang diberikan
oleh
anggota
Amalgamasi
dan
Asimilasi

masyarakat dalam acuan besar bercirikan


Malaysia adalah merujuk kepada interaksi
dan hubungan sehari-hari yang berlaku
antara mereka melalui proses rundingan
sosial yang berterusan.
Proses ini ditunjangi oleh unsur-unsur
akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan
asimilasi yang merupakan inti pati penting
untuk memahami hubungan etnik di
Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.*

Anda mungkin juga menyukai