Anda di halaman 1dari 2

Zaman Penjajahan di Tanah Melayu KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September

1509 dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham Sultan telah menahan beberapa pedagang Potugis yang datang berdagang.Demi membebaskan para banduan Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi .Keengganan baginda sultan telah menyebabkan Melaka diserang dengan kehadiran 800 orang Portugis dan 600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika itu.Pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka. RAMPASAN TAKHTA OLEH BELANDA Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606 - Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.Pada tahun 1636 kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe. PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British.Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura. Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British. Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandarbandar kecil.Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telahmenyebabkan pertumbuhan bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum,pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah.Masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani. Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan undangundang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke-19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British. PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan

ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.Dari segi pentadbiran , satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau Pinang , Melaka , Perak , Pahang , Selangor , dan Negeri Sembilan. Sementara itu negeri Perlis , Kedah , kelantan , dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945 , dengan tujuan membalas jasa Siam. enjajahan Jepun mewujudkan kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum hubungan kaum dan juga keadaan masyarakat dari segi pendidikan serta pentadbiran. Semasa Perang Dunia ke-2, terdapat 2 bentuk hubungan kaum iaitu hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah Jepun (MPAJA)dan juga hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar pilih kasih / diskriminasi terhadap etnik Cina .Penindasan Jepun terhadap orang-orang China telah menyebabkan mereka membuka kawasan-kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu.Ini membawa kepada pertembungan dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi. Pertembungan budaya ini telah membawa kepada perkahwinan kacukan di antara orang melayu dan China telah melahirkan generasi masyarakat Baba dan Nyonya yang boleh kita lihat banyaknya di negeri Melaka pada hari ini.Penguasaan Jepun di Tanah Melayu menyekat kemasukan migrasi terutamanya dari China disebabkan peperangan antara China dan Jepun.Pada 1947 sehingga 1953, telah berlaku pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara itu migrasi dari India masih lagi berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah.Pada tahun 1945 Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu. PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SELEPAS JEPUN DAN KE ARAH KEMERDEKAAN Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945,British kembali memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu.Perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak British.Pihak British telah memberikan syarat yang paling besar di mana untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, orang Melayu harus menerima dan bekerjasama dengan masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai warganegara.Pada mulanya agak sukar bagi masyarakat Melayu menerima pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India.Namun dengan berlakunya keganasan Parti Komunis Malaya yang berleluasa yang menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etnik Cina yang menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu.Berpunca daripada keadaan ini,kerajaan teleh mengistiharkan darurat pada tahun 1948 . Semasa darurat, hubungan etnik bertambah baik mewujudkan kerjasama menentang komunis Keganasan PKM menyebabkan British menawarkan kerakyatan secara automatik kepada penduduk imigran Tanah Melayu yang akhirnya terpaksa dipersetujui oleh orang melayu sebagai salah satu kaedah membanteras keganasan PKM. Pada tahun 1957 , British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Darurat hanya dibubarkan pada tahun 1960.Kesan dari penjajahan British telah memberi impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa hingga ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai