Anda di halaman 1dari 28

Pembangunan Politik dari Tahun 1946 hingga 1957 Negara kita telah mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos

1957. Bagaimanakah negara kita boleh mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris ? Segala-galanya bermula secara besar-besaran setelah Inggeris yang

begitu hebat kalah kepada Jepun sebuah negara Asia yang dianggap lemah oleh para penjajah dari Eropah. Jepun memerintah negara kita selama tiga tahun setengah. Dalam tempoh tersebut, Jepun berjaya meniup semangat Asia untuk orang Asia. Kenapa kita perlu tunduk kepada penjajah barat ? Lagipun pada zaman perang, penduduk di Tanah Melayu hidup menderita. Mereka yang menentang Jepun akan diburu Jepun, tidak kira orang Melayu, Cina atau India. Jepun melakukan kekejaman di mana-mana semasa mereka berkuasa. Hal ini menimbulkan semangat nasionalisme dalam kalangan warga ketika itu yang ingin bebas daripada belenggu penjajah, tidak kira Jepun ataupun Inggeris. Ada yang berjuang melalui penulisan, ceramah dan gerakan gerila. Kebanyakan orang Cina bergerak secara gerila dengan menganggotai PKM iaitu Parti Komunis Malaya. Mereka bertindak menentang Jepun yang ketika itu menjajah negara kita. Perjuangan mereka dibantu oleh Force 136 dan Askar

Melayu yang ada. Semua etnik bekerjasama untuk menghalau tentera Jepun yang menduduki Tanah Melayu ketika itu. Masyarakat Cina pada masa itu hidup dalam ketakutan kerana Jepun menganggap orang Cina musuh nombor satu mereka disebabkab orang Cina di Tanah Besar China juga berperang dengan Jepun. Akibatnya ramai orang Cina dibunuh oleh Jepun. Orang Cina berdendam dengan Jepun dan orang Melayu yang menyokong Jepun. Setelah Jepun kalah, anggota Bintang Tiga atau PKM ini bertindak balas memburu dan membunuh tali barut Jepun yang terdiri kebanyakannya daripada orang Melayu. Mereka membunuh sewenang-wenangnya, membakar rumah dan kilang. PKM berkuasa kira-kira 14 hari sehingga pihak Inggeris terpaksa mengumumkan negara kita mengalami darurat selama 12 tahun iaitu bermula pada tahun 1948 hingga 1960. Sesungguhnya perkembangan politik di negara kita pada masa itu merupakan suatu fenomena yang sangat menarik untuk dikaji dan dibincangkan. Semangat nasionalisme melibatkan semua kaum. Tidak kira orang Melayu, Cina, India dan

lain-lain kaum. Perjuangan mereka ada yang diiktiraf oleh penjajah dan tidak diiktiraf oleh penjajah. Pejuang yang berjuang secara kekerasan sehingga mengancam kedudukan Inggeris dianggap pejuang berhaluan kiri manakala pejuang

kemerdekaan yang cuba mendapatkan kemerdekaan melalui meja rundingan ialah gerakan yang diktiraf oleh penjajah Inggeris ketika itu. Siapakah yang mahu pertumpahan darah berlaku setelah beribu-ribu nyawa terkorban dalam Perang Dunia Kedua yang lalu ? Para pemimpin berhaluan kanan yang berjuang secara rundingan sedar, perjuangan secara kekerasan tidak ke mana-mana. Ramai wira dalam politik tanah air gugur dibunuh Inggeris seperti Dato Dol Said, Dato Maharaja Lela, Mat Kilau, Tok Janggut, Mat Salleh, Rentap, Rosli Dhoby dan Dato Abdul Rahman Andak. Sesungguhnya perjuangan tokoh terdahulu

menggambarkan kemerdekaan negara ini bukan diperoleh dengan jalan mudah, tetapi sebaliknya berkorban nyawa, darah, keringat dan air mata (Bujong Adil, 1980). Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Jepun mengalami kekalahan pada 15 Ogos 1945 setelah Bandar Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom. Inggeris yang kalah perang kepada Jepun terhegeh-hegah datang untuk menjajah Tanah Melayu sekali lagi dan menjadikan Tanah Melayu sebagai kolonis. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui

pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana berasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama tiga tahun setengah penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak Inggeris. Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara. Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan

Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Zaba) ditubuhkan.

Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bahru Dato Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu. Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuat kuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan.

Keadaan Tanah Melayu ketika agak tegang. Apabila Jepun menyerah kalah, gerila Cina keluar dari hutan lalu merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan mengisytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang Cina dan Melayu dan membunuh beberapa orang secara kejam. Orang Melayu di kawasan kampung pula membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara orang Cina dan Melayu hanya dapat dielak dengan kedatangan angkatan tentera Inggeris. Namun, perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi. Dalam ketegangan ini, Inggeris mencadangkan penubuhan Malayan Union yang akan memberi peluang orang Cina dan India yang menetap di taanah Melayu sebagai warganegara Tanah Melayu setaraf dengan orang Melayu di tanah Melayu ini.. Orang Melayu telah bangkit menentang penubuhan Malayan Union . Malayan Unian menafikan hak istimewa orang Melayu dan raja raja Melayu.Orang luarseperti imigran Cina dan India yang untung kerana mereka berpeluang memperoleh kerakyatan percuma Tanah Melayu. Dengan cara ini, orang Melayu yang ketika itu sangat mundur akan terpaksa menerima orang Cina dan India yang agak terkedepan dalam bidang ekonomi dan perkhidmatan. Orang Melayu memaksa inggeris memansuhkan Malayan Union. Inggeris yang keras kepala melancarkan Malayan Union pada 1 April 1946. Dilaporkan hanya seorang Melayu sahaja yang hadir pada majlis tersebut (buku teks Tahun 6) sebagai tanda protes orang Melayu terhadap Malayan Union. Sejak hari dan saat itu, orang Melayu sedar mereka mesti bangkit dan bersatu menentang penjajah yang sukasuka mencorakkan kehidupan penduduk tanah Melayu. Dikatakan pelaksanaan Malayan Union pada April 1946 di Tanah Melayu telah membangkitkan semangat nasionalisme penduduk tempatan l khususnya orangorang Melayu .

Mereka berasakan adat dan tradisi yang dibawa Malayan Union sangat bertentangan dengan bangsa Melayu, Malayan Union secara drastik mengubah taraf negeri-negeri Melayu, menghapus hak istimewa orang Melayu sebagai peribumi dengan memperkenalkan konsep kerakyatan 'jus soli' aitu kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asing yang dilahirkan di tanah Melayu dan mereka

yang berumur 18 tahun ke atas dan telah tinggal selama 10 dari 15 tahun sebelum 15 Februari 1942, serta menghapuskan kedaulatan Raja Raja Melayu. Orang-orang Melayu terasa kedudukan mereka terancam jika para pendatang Cina dan India menjadi rakyat Tanah Melayu dengan sangat mudah. Lagipun belum ada bukti yang menunjukkan orang Melayu, Cina dan India bersatu ketika itu. Segala kebaikan hanya bersifat sementara atau lakonan semata-mata. Keadaan ini menimbulkan kekacauan. Yang paling penting, orang Melayu kehilangan kuasa politiknya di tanah tumpah airnya sendiri.

Hal ini telah menimbulkan pertentangan dalam kalangan para pejabat-pejabat dan kaum bangsawan Melayu seperti Dato Onn Jaafar, Dr Burhanudin Helmi dan beberapa lagi orang Melayu yang berpendidikan. Mereka merasa terhina dengan sikap Inggris yang angkuh dan bertindak sesuka hati dalam meengemukakan reformasi. Pertentangan bertambah hebat setelah peran koran Melayu seperti Utusan Melayu, Majelis dan Warta Negara mengkritik dan menjelaskan keburukan Malayan Union. Para pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettanham, George Maxwell, dan Winstedt melalui tulisan mereka di akhbar Inggeris turut menyatakan kekesalan terhadap cara ketidakadilan Inggeris membuat pembaharuan konstitusi. Namun orang Melayu melawan dengan cara yang lebih teratur dan bersifat kolektif. Antaranya berbentuk demonstrasi protes. Pelbagai bentuk penentangan Malayan Uniaon telah dibuat. Antaranya menerusi Utusan Melayu, Warta Negara dan KMajlis Pelita Malaya. Berita penentangan orang Melayu didedahkan dalam akhbar-akhbar ini di samping meniup semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu ketika itu. Selain itu, sultansultan, para pembesar dan orang Melayu telah bersatu dan bekerjasama menentang Malayan Union. Mereka menulis surat kepada Raja Inggeris dan bekas pegawai Inggeris untuk mendesak kerajaan Inggeris membatalkan Malayan Union. Orang Melayu telah mengadakan perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri membantah Malayan Union. Pada 15 Disember 1945, 10 000 orang berkumpul di perkarangan Istana Kelantan ketika Sir Harold MacMichael memaksa Sultan Kelantan menandatangani memorundum Malayan Union.

Pada 25 Januari 1946, hampir 5000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang Mahkamah, Alor Setar. Pada 10 Februari 1946, perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang diadakan di Johor Bahru. Satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang diadakan di Kuala Kangsar pada 10 Mac 1946. Pada 11 Mei 1946, UMNO telah ditubuhkan. Parti ini mendapat sokongan 29 NGO Melayu ketika itu. Mereka berkumpul untuk mengadakan Kongres Melayu Ketiga di dalam Istana Besar, Johor Baru. Mereka bersatu hati menolak Malayan Union. Malayan Union bukan sahaja memberi hak kerakyatan sama rata kepada penduduk tanah Melayu ketika tetapi juga menggugurkan kuasa Raja Raja Melayu. Dengan tertubuhnya UMNO dan mendapat perkenan golongan istana, menyebabkan majoriti orang Melayu berjaya disatukan semakin bertambah dan makin mampan menjadi desakan politik yang begitu utuh untuk memaksa Inggeris memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu merupakan parti yang

ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Parti ini diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar. Parti ini ditubuhkan untuk menentang penubuhan Kesatuan Malaya ataupun Malayan Union. Hidup Melayu merupakan cogan kata parti ini yang digunakan untuk menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan serta hak istimewa mereka. Pada tahun 1949, Perlembagaan UMNO ketika itu menjurus kepada Tanah Melayu mempunyai kerajaan sendiri dan kemerdekaan tanah Melayu sepenuhnya. Sejak itu, UMNO menjadi pemangkin kepada pergerakan memperoleh Kemerdekaan Tanah Melayu secara meja rundingan dengan penjajah Inggeris. Orang Melayu telah mengadakan perkabungan sebagai tanda protes terhadap penubuhan malayan union. Mereka memakai songkok yang dililit kain putih

manakala wanita Melayu memakai kain putih yang dililit di lengan baju. Perkabungan ini biasa dilaksanakan jika ada sultan mangkat. Malah orang sakai di Ulu Langat turut berkabung dengan memakai bunga-bunga kabung sebagaimana yang disiarkan dalam Akhbar Pelita malaya bertarikh 5 April 1946. Semua ahl-ahli Melayu dalam Majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan bantahan terhadap Malayan Union.

Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Pihak British berbincang dengan Raja Raja Melayu dengan UMNO menjadi pemerhati. Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan. Hasilnya, Perjanjian Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948 dan berkuat kuasa pada 1 Februari 1948. Pada tahun 1948, Persekutuan tanah Melayu telah dibentuk untuk menggantikan Malayan Union. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri Selat layak mendapat kerakyatan dalam Persekutuan yang baharu ini. Orang Melayu menerimanya kerana beranggapan keturunan Melayu lebih ramai daripada orang Cina yang menetap di Tanah Melayu ketika itu. Semangat nasionalisme yang ditaja dan disemarakkan oleh UMNO ini menjadi asas bagi orang Melayu yang ketika itu tidak berpelajaran, harta dan apa-apa kuasa telah bersatu padu dan bangkit menentang penjajah. Lagi pula pertubuhan UMNO mendapat restu Raja Raja Melayu yang menjadi pemangkin sokongan orang Melayu kepada pertubuhan ini. Orang Melayu memang terkenal taat kepada Raja Raja. Apabila sesuatu pertubuhan mendapat restu raja, maka wajar diberi sokongan 100 peratus. Pihak British telah memberikan syarat yang paling besar di mana untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, orang Melayu harus menerima dan bekerjasama dengan masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai warganegara. Pada mulanya agak sukar bagi masyarakat Melayu menerima pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India. Namun dengan berlakunya keganasan Parti Komunis Malaya yang berleluasa yang menyebabkan hubungan etnik tegang. Etnik Cina yang menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu.

Pada 16 Jun 1948 telah berlaku lembaran sejarah Tanah Melayu berikutan pembunuhan tiga orang peladang Inggeris di Sungai Siput, Perak oleh

segerombolan pengganas komunis . Hal ini telah menyebabkan kerajaan Inggeris mengisytiharkan darurat pada 28 Jun 1948. Perisytiharan darurat ini juga berkait rapat dengan keadaan politik yang semakin meruncing ekoran kebangkitan golongan radikal Melayu dan bukan Melayu. Hal ini juga disebabkan oleh PKM yang melakukan pelancaran gerakan bersenjata secara gerila untuk mendapatkan kemerdekaan. Kebanyakan anggota PKM ketika itu ialah etnik Cina. Oleh itu, kerajaan British telah mengerahkan 40 000 orang tentera termasuk regimen Askar Melayu dan Gurkha untuk menghapuskan komunis. Polis British dan mata-mata gela ditambah. Pihak kerajaan british juga memperkenalkan Home Guard di kampungkampung. Bantuan daripada negara Komanwel ke Tanah Melayu digerakkan. Perkhidmatan Negara dan polis khas dibentuk untuk menjejak saki baki pengganas PKM. Kawasan hitam dan putih telah dikenal pasti. Dalam usaha menghapuskan komunis, hubungan antara etnik bertambah baik. Penduduk Cina yang

kebanyakannya tinggal di pinggir hutan dipindahkan ke penempatan baharu yang dikenali sebagai Kampung Baru. Taktik ini berjaya menyekat pergerakan komunis daripada mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan maklumat. Akhirnya darurat diisytihatkan tamat pada 31 Julai 1960 iaitu setelah tiga tahun Persekutuan tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Bermula pada Mac 1950, slogan Hidup Melayu ditukar kepada Merdeka dan semangat baru perjuangan dijana secara aktif dan berstruktur. Desakan makin jitu dalam kalangan rakyat jelata dan segenap masyarakat Melayu makin lantang menyuarakan aspirasi mereka untuk menguasai kuasa politik. Desakan ini makin bergelora apabila UMNO mula berjinak-jinak untuk bekerjasama dengan parti bukan Melayu seperti MCA yang mewakili masyarakat Cina dan MIC yang mewakili masyarakat India dalam menuntut kemerdekaan. Kesefahaman dan kerjasama mula dijana dan dicapai. Oleh itu, lahirlah parti Perikatan pada tahun 1952 selepas MCA dan IMP hilang kepercayaan antara satu sama lain.

Pemimpin Cina merayu kepada kerajaan Inggeris yang kemudiannya menekan Presiden UMNO ketika itu, Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 16 Ogos, 1951 setelah usahanya menjadikan UMNO parti berbilang kaum ditolak oleh orang Melayu. IMP terbuka kepada semua kaum. Namun prinsip

keterbukaan IMP ditolak oleh masyarakat ketika itu yang bersifat perkauman. IMP gagal mendapatkan keahlian dan sokongan daripada kaum bukan Melayu. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. UMNO pula mempunyai agenda yang tersendiri. Mereka menubuhkan Parti Perikatan. Parti Perikatan ini dianggotai oleh UMNO dan MCA. Dalam parti inilah wujud hubungan etnik antara kaum Melayu dan Cina. Mereka membentuk pakatan bersama untuk menghadapi pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dalam pilihanraya itu, pakatan Parti Perikatan telah memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan. Seterusnya pakatan Parti Perikatan telah memenangi pilihanraya Perbandaran Johor Bahru, Muar dan Melaka. Kejayaan pakatan ini mencerminkan bahawa usaha-usaha bersama antara kaum dapat menghasilkan kejayaan bagi kepentingan bersama. Berlandaskan kejayaan ini, Tuanku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock telah membentuk Parti Perikatan pada peringkat Kebangsaan pada tahun 1952. Pada tahun 1955, MIC pula turut menyertai Parti Perikatan. Dengan ini, jelas rakyat yang berbilang kaum telah memberikan mandat kepada parti Perikatan untuk

memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Sebelum kita pergi lebih jauh, kita lihat siapakah Tan Cheng Lock yang menjalin hubungan dengan etnik Melayu untuk mencapai kemerdekaan secara meja rundingan atau secara radikal.

Malayan Union dibentuk secara rasmi pada 1 April 1946. Penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union menyebabkan Tan Cheng Lock dan Parti Komunis Malaya (PKM) bekerjasama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menentang UMNO di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar. Bersama-sama

dengan rakan-rakannya, Tan Cheng Lock menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) dan bekerjasama dengan Pusat Tindakan

Rakyat (PUTERA) di bawah pimpinan PKMM. Disebabkan penentangan oleh orang-orang Melayu, pihak British membubarkan Malayan Union dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Dasar ini dibantah oleh komuniti-komuniti perniagaan. Parti Komunis Malaya memulakan pemberontakan bersenjata dan memaksa kerajaan Tanah Melayu mengisytiharkan Keadaan Darurat. Semua pemimpin parti politik sayap kiri ditangkap. Oleh sebab Tan Cheng Lock bukan dianggap sebagai seorang sayap kiri, beliau terselamat. Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan Cheng Lock mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:

menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu; melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina; bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti

Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.

Hal ini menyebabkan MCA bertukar arah dengan menyertai Parti Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman yang menerajui UMNO ketika itu pada tahun 1952. Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn Jaafar mengemukakan Akta

Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan Cheng Lock dan Dato' Onn Jaafar bermula ketika Tan Cheng Lock menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato' Onn Jaafar terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan Cheng Lock dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Tan Cheng Lock membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditaja oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan suatu perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihanraya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan Cheng Lock untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan. Sekarang, kita lihat pula siapakah MIC ? MIC ialah Kongres India Se-Malaysia iaitu sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos 1946. MIC ditubuhkan selepas satu persidangan yang diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, parti ini hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang. Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.

Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran. Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society). Ternyata perjuangan berabad-abad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya. Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol, begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahuntahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College.

Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Zaba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan.

Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata. Keganasan PKM menyebabkan British menawarkan kerakyatan secara automatik kepada penduduk imigran Tanah Melayu yang akhirnya terpaksa dipersetujui oleh orang Melayu sebagai salah satu kaedah membanteras keganasan PKM. British telah memberikan syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika Tanah Melayu ingin mendapatkan kemerdekaan. Tujuannya adalah demi kestabilan politik, keharmonian masyarakat, memastikan pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya di Tanah Melayu terjamin. Kesanggupan orang Melayu untuk mengundi orang bukan Melayu adalah satu pengorbanan yang sangat tinggi kerana bercita-cita untuk capai kemerdekaan dalam masa yang lebih cepat iaitu dalam masa empat tahun sebagaimana yang terkandung dalam manisfesto Parti Perikatan dalam pilihan raya tersebut.

Pengorbanan tersebut dilakukan atas dasar nasionalisme yang unggul tanpa terlalu mengambil kira soal kepentingan bangsa Melayu walaupun mereka dapat berbuat demikian. Semangat kerjasama, persefahaman dan tolak ansur ini kemudiannya diterjemahkan secara sah dalam Perlembagaaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dalam perlembagaan ini orang-orang Melayu bersetuju menerima penduduk bukan Melayu melalui kerakyatan secara bebas iaitu melalui prinsip Jus Soli. Penduduk bukan Melayu bersetuju memberi hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera sebagaimana yang terkandung dalam Perkara 153 dan Perkara 161(A).

Berdasarkan persetujuan bersama, perlembagaan menetapkan Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan mengikut Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan agama Islam sebagai agama rasmi mengikut Perkara 3. Selain itu, perlembagaan juga menetapkan Raja Raja Melayu sebagai ketua pemerintahan negara. (Salleh Abbas,1997). Bak kata pepatah Melayu yang berbunyi di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung dapat menyuburkan perasaan cinta kepada tanah air beserta dengan usaha-usaha yang bersepadu perlu dilaksanakan oleh semua pihak di negara ini.

Hakikat sejarah tidak boleh di pandang ringan. Mahu tidak mahu kita harus menerima fakta sejarah. Kita harus mengakui bahawa dalam kebenaran sejarah

bukan UMNO sahaja yang menegakkan kemerdekaan. Peranan puak nasionalis dalam parti-parti lain turut harus diakui.

Menurut Menurut Dewan Siswa (1990), dalam suasana dan kehendak zaman moden nasionalisme masih penting. Bagaimanapun nasionalisme pada peringkat ini harus sesuai dengan kehendak masa dan perubahan dunia. Nasionalisme hari ini perlu wujud dalam kontek yang lebih luas. Semangat menyayangi negara, mencintai bangsa Malaysia harus sebati walau di mana-mana pun kita berada. Jangalah kita bersikap seperti sesetengah pelajar yang lupa diri iaitu apabila berada di negara asing mengutuk dan mencerca negara sendiri walaupun mereka mengakui di dalam hati tidak ada negara lain di dunia yang lebih baik daripada Malaysia.

Pada tahun 1957 , British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan Kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Darurat hanya dibubarkan pada tahun 1960.Kesan dari penjajahan British telah memberi impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari semasa ke semasa hingga ke hari ini.

Rentetan Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan

01 Januari 1956 Rombongan Rundingan Kemerdekaan Dari kiri: Datuk Ahmad Kamil, Datuk Dr Ismail, Datuk Hj Abdul Wahab, YTM Tunku Abdul Rahman, Dato' Mohammad Seth, Kolonel Sir H.S. Lee, Dato' Abdul Aziz Majid dan Datuk Abdul Razak Barisan belakang: T.H. Tan(Setiusaha Wakil Perikatan) dan Abdul Kadis Shamsuddin (Setiuasaha wakil Raja-raja)

01 Januari 1956 Rombongan Kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan menaiki kapal laut bernama M.V. Asia.

01 Januari 1956 Seramai 10,000 orang yang sebilangan besar terdiri daripada ahli-ahli UMNO telah menghantar Rombongan Kemerdekaan di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura.

01 Januari 1956 Keratan Akhbar Melayu, 6 Januari 1956 yang menunjukkan kapal laut M.V. Asia ke Karachi, Pakistan.

Keratan Akhbar Utusan Melayu, Rombongan Kemerdekaan yang diketuai oleh YTM Tunku sedang berbincang di Lancaster House.

8 Januari 1956 YTM Tunku dan Lennox Boyd(Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris) menandatangani Perjanjian Merdeka di London.

20 Februari 1956 (11.00 pagi) YTM Tunku yang mengetuai Rombongan Kemerdekaan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka dengan Malayan Airways.

20 Februari 1956 Rombongan Merdeka yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman disambut oleh lebih kurang 1,000 jawatankuasa penyambut daripada Parti Perikatan semasa tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.

20 Februari 1956 YTM Tunku Abdul Rahman, Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Hj. Abdul Wahab Abdul Aziz dan Leong Yew Koh telah diarak dengan kereta berwarna hitam bernombor plat M 4442 dari Batu Berendam hingga ke Klebang untuk berehat di rumah Tan Cheng Lock.

20 Februari 1956 Rombongan Kemerdekaan berehat seketika di rumah Tan Cheng Lock di Klebang, Melaka dalam perjalanan dari Batu Berendam ke Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 (3.30 petang) Rombongan Kemerdekaan tiba di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 Orang ramai melaungkan 'Merdeka'setibanya Rombongan Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 En Ghafar Baba, mempengerusikan perhimpunan raksasa di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 YTM Tunku menjulang keris yang dihadiahkan oleh kaum ibu UMNO Melaka yang diwakili oleh Puan Zainab bt Samdin.

20 Februari 1956 Datuk Abdul Hamid Jumat, Ketua Cawangan UMNO Singapura sedang menyerahkan Peta Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura pada YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 Orang ramai mendengar ucapan YTM Tunku Abdul Rahman di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 Ucapan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Haji Abdul Wahab di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 Ucapan wakil MCA Leong Yew Koh di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 YTM Tunku Abdul Rahman membaca Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan yang disusun oleh En Senu Abdul Rahman, Tn Syed Nasir Ismail dan ditulis oleh En Ibrahim Mahmood (Pengarang Akhbar Merdeka).

20 Februari 1956 Dr. Ismail (kiri) dan Dato' Abdul Razak (kanan) turut menandatangani pengisytiharan tarikh Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Malayu yang ditandatangani oleh ahli-ahli Rombongan Merdeka di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956 YTM Tunku Abdul Rahman melaungkan 'MERDEKA'.

20 Februari 1956 Rombongan Kemerdekaan berarak keluar selepas mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

Perisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan MERDEKA sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan Negaraku. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan Merdeka pada Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara. Upacara bersejarah ini turut disaksikan oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka, pada 31 Ogos 1957.

Rujukan http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/05/umno-hari-ini-dalam-sejarahdiantara.html http://sukosenseipmr.blogspot.com/ http://lanangsejagat.blogspot.com/ http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/sejarah/ke-arah-mencapai-kemerdekaan http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/sejarah/ke-arah-mencapai-kemerdekaan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_Cheng_Lock

http://ms.wikipedia.org/wiki/V._T._Sambanthan

http://zmsegamat.blogspot.com/2010/06/penjajahan-dan-kewujudanmasyarakat.html

http://www.slideboom.com/presentations/293430/Bab-4-%3A-Kerjasama-antaraKaum-ke-Arah-Kemerdekaan.

http://jaketbiru22.blogspot.com/

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/09/01/proses-kemerdekaan-dipelupuridan-terajui-orang-orang-melayu/

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2012/05/11/semangat-nasionalism-terusmembara/

http://naralam-history.blogspot.com/

http://www.tuitionplaza.com/bb/forum_posts.asp?TID=4755&PN=1

http://www.scribd.com/doc/13377968/KRONOLOGI

http://www.scribd.com/doc/21053042/KESAN-PENDUDUKAN-JEPUN-DIMALAYSIA http://sukosenseimalaysia.blogspot.com/2009/06/zaman-pendudukan-jepun-ditanah-melayu.html http://mumamo.blogspot.com/2007/05/malaysia-history-or-malaya-independent.html http://www.freewebs.com/sejarahkita/partipolitik.htm http://agil-asshofie.blogspot.com/2012/06/sistem-dan-perkembangan-politik.html http://www.slideshare.net/DidiyOtto/proses-kemerdekaan-tanah-melayu-1957

Nama No. K.P. No.Matriks

: Mazli Bin Jaafar : 690414016127 : 1CBM1106046 REFLEKSI

Pada 11 Ogos 2012 saya telah menerima tugasan kerja kursus daripada pensyarah Puan Bagwant Kaur. Tugasan ini betul-betul mencabar kerana kami

dibebani dengan pelbagai tugasan KKBI dan tugasan OLL di samping sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba dalam masa terdekat. Saya memperoleh banyak pengalaman ketika menyiapkan tugasan Huungan Etnik ini. Tugasan ini memerlukan saya membaca pelbagai bahan rujukan dari sumber internet dan buku-buku ilmiah serta memahami kehendak soalan iaitu Pembangunan Politik antara Tahun 1946 hingga 1957. Satu jangka masa yang agak singkat tetapi banyak perubahan besar yang berlaku terhadap sejarah negara kita. Kita semua sedia maklum, negara kita pernah dijajah oleh pelbagai kuasa besar dan kecil seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Dalam tempoh tiga tahun setengah, rakyat Tanah Melayu mengalami kesukaran hidup iaitu ketika pendudukan Jepun. Selepas Jepun kalah, Inggeris datang menjajah semula diikuti dengan penjajahan komunis selama 14 hari yang bermaharajalela di Batu Pahat. Setelah itu, Inggeris mengambil alih semula dan akhirnya negara kita bebas merdeka pada 31 Ogos 1957 setelah wujud persefahaman dan tolak ansur antara kaum di negara kita ini.

Kebangkitan semangat nasionalisme telah lama tercetus. Cetusan itu mula membuak apabila Malayan Union diperkenalkan pada 1 April 1946. Malayan Union telah menafikan hak keistimewaan orang Melayu dan Raja Raja Melayu. Hal ini telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan etnik Melayu. Masyarakat Melayu bersatu hati dan berganding bahu menolak penubuhan Malayan Union ini. Etnik Cina dan India pula menyokong Malayan Union kerana mereka diberi hak kerakyatan. Hal ini terjadi apabila para imigran Cina dan India dilarang pulang ke negara mereka lalu Inggeris menubuhkan Jus Soli yang memberi kerakyatan sepenuhnya kepada imigran Cina dan India. Etnik Melayu melenting kerana situasi ini mewujudkan sesuatu yang tidak adil sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Akhirnya, Malayan Union dimansuhkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Seterusnya usaha untuk mencapai kemerdekaan dilakukan. Kerjasama erat antara MCA, parti yang mewakili etnik Cina telah bekerjasama dengan Parti

Kemerdekaan Malaya (IMP). Kerjasama ini bertahan lebih kurang setahun setelah wujud rasa tidak percaya antara kedua-dua parti. Seterusnya, MCA dan UMNO bekerjasama dalam Parti Perikatan dan memperoleh kemenangan dalam

Pilihanraya peringkat bandaran, Seterusnya, pada 1955 parti MIC yang mewakili etnik India bekerjasama dan menguatkan Parti Perikatan. Parti Perikatan menang besar dalam pilihan raya peringkat kebangsaan apabila memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Apabila wujud kerjasama antara etnik, maka pengundi Melayu, Cina dan India akan mengundi calon yang diletakkan dalam sesuatu kawasan pilihanraya. Ketiga-tiga parti ini bergerak seiring dan sentiasa bertolak ansur dan akhirnya negara kita berjaya mendapat kemerdekaan mutlak daripada Inggeris pada 31 Ogos 2012 Masalah yang timbul ialah jarak tempat tinggal dalam kalangan ahli kumpulan yang jauh menyukarkan kami bertemu untuk berbincang. Namun dengan teknologi internet yang ada sekarang, saya berasa lega kerana kami dapat juga berinteraksi dalam email yang telah diwujudkan selain berkongsi bahan-bahan. Terima kasih kepada G-mail dan Yahoo.com Subjek Hubungan Etnik ini benar-benar memberi pengetahuan baharu kepada saya. Sebelum ini saya hanya tahu serba sedikit tentang kemerdekaan negara dan

hubungan etnik di negara kita. Setelah membaca dan membuat rujukan serta menyiapkan tugasan KKBI yang diberi, saya lebih bersikap terbuka. Perpaduan dan persefahaman antara etnik akan melahirkan semangat 1 Malaysia yang betul-betul sebati dalam diri kita. Oleh itu, kekalkan keharmonian negara. Janganlah kita bersikap perkauman dan membincangkan isu-isu sensitif yang boleh mengguris perasaan setiap kaum di negara kita. Kerjasama, kesabaran, dan toleransi adalah antara pengalaman yang saya peroleh dalam menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, saya memperoleh pengetahuan sejarah dan hubungan etnik yang dapat saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekalung penghargaan kepada pensyarah kami Puan Bagwant Kaur atas

bimbingan dan panduan yang beliau berikan sepanjang tempoh kami menyiapkan tugasan ini. Begitu juga kepada ahli-ahli kumpulan saya yang lain. Tanpa komitmen dan kerjasama kumpulan, tugasan ini mungkin tidak dapat disiapkan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai