Anda di halaman 1dari 4

Bincangkan perkembangan gerakan nasionalisme di Burma

1. Perjuangan agama

Kebangkitan golongan agama dalam menentang penjajahan British di Burma


dipelopori oleh golongan agama. Semasa awal penjajahan lagi, golongan ini sudah
mula memainkan peranan mereka untuk mempertahankan kesucian agama mereka
daripada diancam oleh agama Krisitian yang disebarkan oleh pihak penjajah British.
Peranan mereka semakin menonjol apabila bermulanya kesedaran kebangsaan di
kalangan penduduk peribumi di Burma yang dijajah oleh British. Golongan agama
(Pongyi atau sami-sami Buddha) mula terlibat secara langsung dalam gerakan
kebangsaan di Burma setelah tercetusnya peristiwa "Pertikaian Kasut" pada tahun
1916. Golongan Pongyi telah memberi sokongan padu kepada Persatuan Belia
Buddha dalam memperjuangkan isu tersebut. Selain itu, golongan Pongyi juga telah
memberi sokongan padu kepada Persatuan Belia Buddha yang melancarkan mogok
pelajar pada tahun 1920.

Sehingga tahun 1920, golongan Pongyi masih belum memainkan peranan secara
langsung dalam gerakan kebangsaan di Burma. Tetapi disebabkan kedudukan
mereka yang tinggi dalam masyarakat Burma. Tetapi disebabkan kedudukan mereka
yang tinggi dalam masyarakat Burma, khususnya di kawasan luar bandar, pengaruh
mereka amat kuat di kalangan rakyat. Sokongan dalam memperjuangkan isu-isu
berkenaan meninggalkan kesan yang mendalam ke atas pergolakan politik Burma.
Sebagai golongan yang berpengaruh, golongan Pongyi dapat menyalurkan idea
perjuangan kebangsaan yang ketika itu dipelopori golongan berpendidikan Barat ke
dalam masyarakat Burma dengan cara yang lebih luas.

2. Perjuangan ideologi pro-barat

Kekalahan Burma dalam Perang Inggeris-Burma III telah membolehkan British


menguasai seluruh Burma dan menyingkirkan Dinasti Konbaung. Hal ini secara
langsung telah menyingkirkan institusi raja dan menyebabkan jawatan pembesar-
pembesar tradisional pada peringkat pusat turut terhapus. Pesuruhjaya Tinggi British
telah dilantik menjadi pemerintah tertinggi Burma. Untuk mengukuhkan
penguasaannya, british telah memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan
Akta Perkampungan Burma 1889. Pengenalan terhadap akta-akta ini telah
melenyapkan terus sistem pemerintahan tradisional. Sistem tradisional pada
peringkat daerah telah diambil oleh Myo-ok atau pegawai bandaran dan undang-
undang Barat diperkenalkan. Fungsi raja sebagai penaung sami Buddha juga telah
diambil alih oleh undang-undang Barat dan akhirnya pengaruh golongan agama
yang semakin merosot. Sebuah Majlis Perundangan dan beberapa jabatan kerajaan
seperti jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan pelajaran turut
diperkenalkan oleh British.

3. Perjuangan ideologi Sosialis/komunis

Perang Burma-Inggeris Pertama berlaku dari 1823 hingga 1826. Perang ini adalah
perang pertama dari tiga perang yang terjadi antara Burma dan Empayar British
semasa abad ke-19. Kesan yang terpaksa dihadapi oleh negara Burma ialah
kekuatan dan kedaulatan Burma perlahan-lahan terhakis sehingga akhirnya ditakluk
British. Antara kesan yang dapat dilihat akibat dasar kolonial yang dijalankan British
ialah insitiusi berjaya iaitu, Dinasti Konbaung telah berakhir.
Gerakan nasionalisme di Burma dalam menentang dasar-dasar yang dibawa oleh
Britishtelah menyebabkan muncul parti-parti politik seperti YMBA, GCBA, Myochit
dan beberapa yang lain lagi. Terdapat juga kumpulan penting yang menyumbang
terhadap pergerakan ideologi Barat, iaitu golongan petani. Mereka telah
menubuhkan sebuah kerajaan yang didukung rakyat peribumu yang lebih prihatin
dan menjaga kebajikan petani.

4. Perjuangan Zaman Jepun

Jepun telah menyerang Myanmar pada Disember 1941. Menjelang Mei 1942, Jepun
Berjaya menakluki seluruh Myanmar. Pendudukan Jepun di Myanmar berakhir pada
Ogos 1945. Pendudukan Jepun telah member kesan penting terhadap
perkembangan nasionalisme Myanmar dan telah mempercepat pencapaian
kemerdekaan Myanmar. Pada tahun 1941, Aung San telah mengadakan pakatan
dengan Jepun. Melalui pakakatan ini, golongan Thakin berjanji akan membantu
Jepun menakluki Myanmar daripada Inggeris dan Jepun berjanji untuk memberi
kemerdekaan kepada Myanmar. Pakatan ini membolehkan golongan Thakin
menjalani latihan ketenteraan di Jepun. Golongan Thakin menubuhkan Tentera
Kemerdekaan Myanmar dengan bantuan Jepun. Menjelang tahun 1941, Tentera
Kemerdekaan Myanmar mempunyai 30,000 orang anggota. Atas usaha golongan
Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Myanmar pada 1 Ogos 1943.
Sebuah kerajaan baru telah dibentuk dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Ba Maw telah dipengaruhi golonan Thakin yang memegang banyak
jawatan menteri kabinet.

5. Kemerdekaan Burma.

Pada Januari 1947, Thakin Aung San telah mengetuai rombongan ke London untuk
membincangkan kemerdekaan Myanmar. Kerajaan British bersetuju untuk
mengadakan pilihan raya pada April 1947 dan memberi kemerdekaan kepada
Myanmar. Dalam pilihan raya tersebut, LPRAF telah menenangi 171 kerusi daripada
182 kerusi yang dipertandingkan. Pada 19 Julai 1947, Aung San dan 6 rakannya
dalam kabinet telah dibunuh oleh orang-orang upahan U Saw.  Namun, satu
perlembagaan telah digubal bagi Myanmar. Lantaran itu, Myanmar mencapai
kemerdekaan sepenuhnya pada 4 Januari 1948. Perdana Menteri pertamanya ialah
Thakin U Nu.
Bincangkan cabaran dalam pengisian kemerdekaan di Asia Tenggara akhir abad ke-20

1. Krisis Persempadanan

Tuntutan bertindih, pertikaian wilayah atau “territorial disputes” adalah perselisihan


atau pertikaian yang berlaku di antara dua atau lebih negara mengenai pemilikan
dan kawalan sesebuah wilayah. Selain itu, tuntutan yang diletakkan keatas sesebuah
kawasan adalah untuk mengawal kawasan tersebut dengan lebih efektif dengan
menggunakan faktor sejarah, faktor geografi, undang-undang antarabangsa, “uti
possidetis” iaitu pemilikan wilayah selepas berakhirnya konflik atau perang,
perjanjian dan keseragaman budaya (Sumner 2004: 1780). Di rantau Asia Tenggara,
tuntutan bertindih berlaku terutamanya di Laut China Selatan yang merupakan laluan
utama kapal perdagangan dengan anggaran USD 5 trilion perdagangan
antarabangsa dilalukan setiap tahun (The National Interest 16 July 2016). Hal ini
menyebabkan Laut China Selatan menjadi antara laluan maritim yang sibuk dan
pesat dengan perdagangan antarabangsa. Negara yang mempunyai kawalan Laut
China Selatan yang lebih luas dengan memperluaskan wilayah kedaulatannya
secara tidak langsung dapat meningkatkan kepentingan ekonomi negara. Pada
masa yang sama, Laut China Selatan juga mempunyai beberapa buah gugusan
pulau seperti Kepulauan Spratly yang terletak di antara sempadan maritim Malaysia,
Vietnam, Taiwan dan Filipina. Kesannya, Kepulauan Spratly telah menjadi krisis
serantau di mana berlakunya tuntutan bertindih untuk mengawal dan mentadbir
kawasan tersebut kerana kaya dengan pelbagai sumber alam seperti petroleum dan
gas asli.

2. Krisis Ekonomi

Pada akhir abad ke 20 menyaksikan hampir kesemua negara bekas jajahan barat
kecuali Thailand mengalami krisis ekonomi. Di Malaysia, ekonomi kapitalisme yang
dibuat oleh British telah mengasingkan masyarakat ikut kaum menyebabkan
Malaysia mengalami rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Pada 1997 menyaksikan
dunia kita mengalami kemelesetan ekonomi. Disebabkan dasar dan polisi ekonomi
sesetengah negara menjadi hak yang tidak boleh disentuh oleh negara lain
mnyebabkan negara seperti Thailand dibiarkan begitu sahaja menangani masalah
ekonomi mereka sendiri. Oleh itu, Thailand terus menerus menghadapi masalah
ekonomi dan menyebakan kesan kepada negara-negara jirannya. Di Indonesia pula,
krisis ekonomi yang terjadi juga menyebabkan rusuhan kaum yang terbesar di
negara itu. Krisis ekonomi 1997 masih segar lagi dalam ingatan, meskipun sedekad
telah berlalu. Ketika krisis pernah menyaksikan nilai matawang Rupiah jatuh teruk
kepada 17,000 Rupiah berbanding USD 1 pada tahun 1998. Krisis juga telah
mengakibatkan konflik etnik di Poso

3. Gerakan pemisah

Gerakan pemisah bermaksud gerakan pembebasan diri, bangsa, agama dan negara
dari dibelenggu oleh penjajah. Gerakan pemisah diwujudkan apabila puak minority
mencabul hak asasi dan kebebasan negara itu sendiri dari segi ekonomi dna juga
politik. Hal ini demikian adalah untuk memperjuangkan diri untuk membebaskan
negara mereka daripada pihak penjajah. Negara Thailand di mana pihak Siam
memberi layanan yang sangat buruk kepada masyarakat patani semenjak patani
tewas sekitar tahun 1786. Hal ini demikian di mana tawanan perang diikat dangan
dan kakinya dengan rotan dan dibawa ke Bangkok. Hal ini juga secara tidak
langsung mewujudkan gerakan pemisah. Di Filipina pula gerakan pemisah dibawa
oleh bangsa moro kerana faktor politik, hak asasi, diskriminasi, dan sosio-ekonomi
oleh kerajaan pusat. 

4. Krisis Kemanusiaan (Pelarian)

Krisis kemanusiaan yang diakibatkan oleh perang, konflik, rampasan kuasa,


penindasan, penghapusan etnik, penghapusan agama menjadi semakin buruk
apabila hak-hak kemanusiaan dinafikan. Sebagai contoh dalam krisis kemanusiaan
ini ialah isu pelarian Rohingya. Mangsa pelarian ini melarikan diri dari negara asal
bagi mendapatkan perlindungan untuk diri dan keluarga. Pelarian Rohingya yang
berasal dari Myanmar ini melarikan ke negara-negara Asia tenggara yang lain seperti
Thailand, Indonesia dan beberapa buah negara lagi. Krisis pelarian ini telah
memberikan kesan kepada politik, ekonomi dan sosial kepada mangsa pelarian dan
juga negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Anda mungkin juga menyukai