Anda di halaman 1dari 16

2.

1 Maksud Nasionalisme
Maksud
 Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
 Semangat kebangsaan untuk menentang penjajahan serta membela bangsa dan
negara
 Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada kuasa
asing

Pendapat Tokoh
Hans Kohn
 Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau
bangsanya

Profesor William R. Roff


 Nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri
 Disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu dan faktor
ekonomi
 Kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat

Dato’ Onn Jaafar


 Kita hendak menzahirkan bangsa yang lebih tegap dan kuat
 Boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri
 Mengambil tempat kita yang sebenar

Dr. Burhanuddin al-Helmi


 Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan yang kuat,
iaitu National Fronts
 Usaha untuk mencapai kemerdekaan hendak berpegang pada tatatertib dan
adab sopan bangsa Melayu dan Islam

Dr. R. Suntharalingam
 Hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negara sendiri
 Memindahkan kedaulatan kepada rakyat
 Kesetiaan ulung individu kepada negara bangsa

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid


 Wujud sejak zaman Kesultanan Melaka
 Kesetiaan kepada raja
 Berpegang pada “Tanah Melayuan”

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim


 Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dan
negara sendiri sebelum merdeka

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat


Revolusi Keagungan (1688) – England
 Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
 Tercetus kerana Raja James II membelakangkan parlimen
 Ahli parlimen bangkit menentang dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja
William of Orange dari Belanda
 Raja James II melarikan diri ke Perancis
 Berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
 Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan
semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange
 Bill of Rights digubal
Revolusi Amerika (1766)
 Menentang penjajahan British
 Disebabkan British tidak melindungi hak penduduk Amerika
 Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika
 Penduduk Amerika menentang Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta
Teh yang mengenakan cukai di tanah jajahan tersebut
 Menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika
dalam parlimen
 Kongres yang diketuai George Washington mengisytiharkan perang terhadap
British demi kemerdekaan
 Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh
Thomas Jefferson
 Perisytiharan tersebut menegaskan sekiranya kerajaan tidak dapat menjamin hak
kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, penduduk berhak untuk membentuk
kerajaan baharu
 Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi ditubuhkan

Revolusi Perancis (1789)


 Tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis
 Memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan
 Jean Jacques Rousseau
o Menulis The Social Contract
 – Keunggulan suara rakyat menjamin kesejahteraan rakyat
 – Suara rakyat digelar sebagai “hasrat umum”
 – Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi darapada institusi raja dan birokrasi
 Golongan revolusi
o Menentang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan
o Menggempur penjara Bastile untuk membebaskan tahanan politik
o Menggulingkan Raja Louis XVI
 Republik Perancis muncul dan pemerintahan beraja berakhir
2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia
Nasionalisme di India
 Reaksi penduduk terhadap dasar imperialisme British
 Titik tolak: Dahagi India 1857
 Awal:
o Bercorak gerakan yang mengutamakan isu sosioagama
o Pertubuhan penting: Brahmo Samaj dan Arya Samaj
 Menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan
 Penghujung abad ke-19:
o Kemunculan golongan intelektual
o Lebih tersusun
o Pertubuhan politik: Kongres Kebangsaan India (INC) dan Liga Muslim
 Awal abad ke-20:
o Gerakan bersifat keras
o Diketuai nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal
o Secara militan
 Selepas Perang Dunia Pertama:
o INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British
o Diterajui Mahatma Gandhi yang memupuk pegangan satyagraha
 Selepas Perang Dunia Kedua:
o INC dan Liga Muslim merancang pembahagian India kepada negara India dan
Pakistan
o Pakistan diumumkan merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai
Gabenor Jeneral
o India diumumkan merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai Perdana
Menteri

Nasionalisme di China
 Bertujuan mengukuhkan peradaban China daripada penguasaan oleh kuasa asing
 Bercorak anti-Barat
 Bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti
Manchu
o Kerajaan Manchuria dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat
o Gagal menghalang kemasukan pengaruh dan campur tangan Barat
 Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)
o Asas gerakan Revolusi China pada 1911 yang berjaya menumbangkan Dinasti
Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir


i) Gerakan Islah
 Gerakan pemulihan Islam
 Dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
 Disebabkan oleh imperialisme Barat mengubah budaya dan tradisi kepercayaan
masyarakat tempatan
 Tujuan:
o Memupuk ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis
o Memperbaik kehidupan masyarakat supaya bebas daripada penjajahan
ii) Gerakan Pan-Islamisme
 Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat):
o Ditubuhkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
o Untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada
kemajuan
o Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-
Islamisme
 Empayar Uthmaniyah:
o Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme
o Mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia
 Contoh: Kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan

Nasionalisme di Jepun
 Disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan
ancaman imperialisme Barat
 Maharaja Mikado Meiji melancarkan pemulihan Jepun
o Menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya dihormati kuasa
Barat
 Semangat bushido menjadi asas nasionalisme Jepun
 Pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara perindustrian dan kuasa tentera yang
kuat
 Nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa
inperialisme di Asia
2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia
Tenggara
Nasionalisme di Filipina
 Peringkat awal:
o Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal
o Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada Sepanyol
o Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk mendesak kerajaan Sepanyol
 Selepas kegagalan Gerakan Propaganda:
o Lebih radikal
o Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan
Filipina
o Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea revolusi
kepada rakyat Filipina
o Bonifacio melancarkan Revolusi Filipina bersama Emilio Aguinaldo
 Selepas kegagalan Revolusi Filipina:
o Anguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina dengan bekerjasama
dengan Amerika Syarikat
o Namun Perisyitiharan Kemerdekaan Filipina oleh Anguinaldo tidak diiktiraf
oleh Amerika Syarikat
o Amerika Syarikat sebaliknya meletakkan Filipina di bawah penjajahan
o Golongan nasionalis bertukar menggunakan saluran diplomasi melalui parti
politik sederhana
o Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis berjaya dilantik menganggotai
Dewan Perhimpunan Filipina
o Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan sehingga Perang Dunia Kedua

Nasionalisme di Burma (Myanmar)


 Menentang imperialisme dan pengaruh British mengancam agama Buddha
 Persatuan Belia Buddha
o Ditubuhkan ntuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan
Burma
o Isu kasut digunakan
o Diambil alih oleh U Ba Pe dan ditukar nama kepada Majlis Persatuan Am
Kesatuan Burma
o Isu bangsa Burma mula diperjuangkan
 Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
 Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi
o Mencetuskan Pemberontakan Saya San (diketuai oleh Saya San)
o Disokong golongan petani yang terbeban dengan cukai
 Selepas pengenalan Perlembagaan Burma 1935:
o Perlembagaan tersebut memisahkan Burma dengan India
o Mulanya perjuangan berkerajaan sendiri
o Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma
 – Pemimpin menggelar diri sebagai “Thaikin” yang bermaksud tuan
 – Menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma
 – Pemimpin: Aung San, Kyaw Nein dan U Nu
o Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan dilantik sebagai Perdana Menteri
pertama

Nasionalisme di Vietnam
 Gerakan nasionalisme oleh golongan Mandarin:
o Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
 Kemunculan golongan intelektual:
o Kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis ditingkatkan
o Akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee diterbitkan
 – Mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam
 Selepas Perang Dunia Kedua:
o Bercorak revolusi dan mempunyai dua aliran iaitu nasionalisme dan
komunisme
o Parti nasionalisme: Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) pimpinan Nguyen
Thai Hoc
o Parti komunisme: Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
o VNQDD melancarkan pemberontakan untuk mengusir Perancis
 – Perancis menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh
Nguyen Thai Hoc
o Gerakan revolusi diteruskan oleh Ho Chi Minh
o Ho Chi Minh berjaya mengisyitiharkan kemerdekaan Republik Demokratik
Vietnam di Vietnam Utara
o Vietnam Selatan berada di bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat
o Gerakan nasionalisme diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk

Nasionalisme di Indonesia
 Awal:
o Berkisarkan isu pendidikan untuk megubah nasib rakyat
o Raden Adjeng Kartini
 – Memperjuangkan pendidikan kaum wanita
 – Karyanya Hilang Gelap Terbitlah Terang mendedahkan dasar diskriminasi
Belanda yang memundurkan bangsa Indonesia
 Kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun:
o Muhammadiyah
 – Mempertahankan Islam daripada ancaman sekularisme Barat
o Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis
Indonesia (PNI)
 – Memperjuangkan kemerdekaan
 – PNI menjadi berpengaruh di bawah pimpinan Soekarno
o Kongres Pemuda Indonesia
 – Melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda“
o Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)
 – Dibentuk Soekarno
 – Merupakan gabungan organisasi Indonesia yang memperjuangkan
kemerdekaan

Nasionalisme di Thailand
 Thailand tidak dijajah oleh negara Barat
 Nasionalisme bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut
penglibatan rakyat
 Langkah pemodenan oleh Raja Mongkut:
o Membina hubungan baik dengan kuasa Barat
o Melaksanakan birokrasi Barat
o Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan
o Pemodenan diteruskan oleh Raja Chulalongkorn
 Rakyat mementang Raja Vajiravudh:
o Disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh dan penguasaan
politik oleh kerabat raja
o Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibulsongkram menubuhkan Parti
Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai
o Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan
o Raja diletakkan pada kedudukan tertinggi tetapi tidak mencampuri
pentadbiran kerajaan
 Rakyat menentang penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina :
o Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang
 – Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina
 – Menggalakkan penglibatan peribumi dalam kegiatan ekonomi
 Dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah Jepun

2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita


Zaman Kesultanan Melayu Melaka
 Sultan Mahmud Shah berusaha mendapatkan Melaka kembali daripada Portugis
 Melakukan tiga kali serangan tetapi menemui kegagalan

Perjuangan Sultan Kedah


 Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
 Baginda berusaha mendapatkan Pulau Pinang kembali

Perjuangan setempat
 Tokoh: Penghulu Dol Said, Dato’ Bahaman, Rentap, Tok Janggut dan Haji Abdul
Rahman Limbong
 Menuntut kebebasan daripada ancaman luar
 Mendapat reaksi yang keras daripada penjajah
 Masyarakat terpaksa bergerak secara sederhana

Perjuangan tokoh agama


 Dibawa oleh gerakan Islah
 Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan
Syed Sheikh al-Hadi
 Diteruskan melalui penulisan kreatif dan akhbar
o Tokoh: Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim
Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub

Perjuangan melalui pertubuhan sosioekonomi


 Dipelopori oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu
 Tokoh: Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestanam dan
Burhanuddin al-Helmi
 Perjuangan mengkritik dan menyedarkan masyarakat diteruskan walaupun
menghadapi pelbagai kekangan

2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme


Peranan Agama
 Gerakan Islah

 Pemimpin Gerakan Islah

Peranan Kreatif
 Hasil kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi
 Mengungkap keperitan hidup dijajah

 Contoh

Media Cetak
 Akhbar dan majalah

 Contoh
Sistem Pendidikan
 Penubuhan madrasah
o Pendidikan moden Islam
o Menerima idea nasionalisme dari Sumatera Barat dan pelajar pulangan dari
Mesir
 Pelajar didedahkan idea falsafah Islam dan Barat

 Contoh Madrasah

 Contoh Institusi Pendidikan

Kemunculan Golongan Intelektual


 Hasil perkembangan sistem pendidikan
 Lepasan pendidikan Timur Tengah, Inggeris dan Melayu

 Contoh golongan intelektual

Pengaruh Luar dan Serantau


 Kebangkitan Pan-Islamisme menyedarkan umat Islam
 Gerakan Islah menggesa umat Islam melakukan pembaharuan
 Kejayaan Jepun menewaskan Rusia membuka mata penduduk tempatan
 Revolusi China menimbulkan kesedaran nasionalisme
 Perjuangan Mahatma Gandhi di India tanpa kekerasan

2.7 Perkembangan Nasionalisme


Perkembangan Golongan Intelektual
Intelektual Berpendidikan Agama
 Digerakkan oleh Kaum Muda
 Melalui gerakan Islah
 Agama Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia dan akhirat
 Penubuhan madrasah
 Idea disebar melalui akhbar

 Tokoh Kaum Muda

Intelektual Berpendidikan Inggeris


 Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
 Asalnya untuk melatih anak bangsawan bagi diserap dalam kerajaan British
 Ada lepasan yang bertugas sebagai pegawai kerajaan
 Mereka menuntut British dengan cara berbaik-baik supaya:
o Memperbaik taraf hidup orang Melayu
o Membuka lebih banyak peluang perkerjaan kepada orang Melayu dalam
jabatan kerajaan

Intelektual Berpendidikan Melayu


 Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) melahirkan semangat kesedaran bangsa
melalui:
o Peranan guru
o Kewujudan Pejabat Karang Mengarang
o Kemasukan bahan bacaan dari Timur dan Indonesia
o Kurikulum yang menitikberatkan mata pelajaran Sejarah dan keagungan
empayar Melayu di Alam Melayu
o Mata pelajaran Anyaman, Kesihatan dan Sukan
o Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Boineo
 – Membawa kepada kelahiran persatuan radikal Kesatuan Melayu Muda

Perjuangan Melalui Penulisan


Akhbar dan Majalah
 Mengetengahkan isu-isu
 Seperti isu hak dan masa depan bangsa serta polemik Kaum Muda dengan Kaum
Tua
 Syarikat Jelutong Press menyuburkan kegiatan penerbitan akhbar

 Akhbar Melayu
Akhbar Masyarakat Cina dan India
 Akhbar Cina merangsang pemikiran masyarakat HuaChiao (kaum Cina seberang
laut)
 Untuk mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita
 Menyemai perasaan cinta akan negara China

 Contoh akhbar Cina


 Akhbar India memperjuangkan kepentingan politik dan sosial masyarakat India di
negara ini

 Contoh akhbar India

Karya Kreatif
 Novel, puisi dan cerpen
 Bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air

 Contoh karya kreatif

Perjuangan Melalui Persatuan


Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
 Ditubuhkan oleh Mohammad Eunos Abdullah
 Menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran
 Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan
 Mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi
 Kejayaan KMS mendoring penubuhan persatuan lain
 Mereka berkerjasama dengan British dan meminta peluang diberikan kepada
orang Melayu dalam pentadbiran
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
 Menggalakkan ahli untuk bersatu dan bertukar pendapat
 Berusaha menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau
persidangan
 Mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu
 Menghimpunkan wakil persatuan Melayu untuk mengutarakan isu kebangsaan
 Kebanyakan ahli di Sabah terdiri daripada guru sekolah Melayu, pengawai rendah
kerajaan dan peniaga
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
 Ditubuhkan oleh Ibrahim Haji Yaakob
 Berjuang melalui akhbar Majlis
 Menentang British dengan gagasan Melayu Raya
 Dianggap radikal oleh British
Persatuan Masyarakat Cina dan India
 Awalnya masyarakat Cina masih menumpukan perhatian kepada keadaan di
China
 Pemimpin revolusi China, Dr. Sun Yat Sen melawat pemimpin Cina di negara kita
 Untuk mendapatkan sokongan menentang kerajaan Manchuria
 Terdapat juga masyarakat Cina yang memberi perhatian kepada kebajikan dan
perkembangan politik tempatan seperti Cina Peranakan
 Tan Jiak Kim yang berpendidikan Inggeris menubuhkan Persatuan Orang Cina
Peranakan British (SCBA)
 SCBA menggalakan pelajaran tinggi dan teknikal dalam masyarakat Cina
 Tan Cheng Lock berusaha SCBA di Melaka dan menuntut peluang dalam
perkhidmatan kerajaan

 Persatuan India ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India di


Tanah Melayu
 Persidangan India Se-Melayu diadakan untuk membincangkan isu masyarakat
India
 G.V. Thaver menubuhkan Malayan Indian Association (MIA)
 Dr. A.M. Soosay menubuhkan Central India Association of Malaya (CIAM)
 CIAM berjaya mengembangkan idea nasionalisme masyarakat India di Tanah
Melayu

 Masyarakat Sikh terlibat sebagai pasukan keselamatan


 Mereka menjalankan aktiviti sosial dan keagamaan di kuarters kerajaan
dan gurdwara
 Persatuan Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan

 Masyarakat India Muslim ramai melibatkan diri dalam perniagaan dan


pentadbiran
2.8 Kesan Perkembangsan Nasionalisme
Politik
 Bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS) bertambah
 Dasar desentralisasi oleh British cuba mengembalikan kuasa sultan, residen dan
Majlis Mesyuarat Negeri
 Orang Melayu mula mementingkan bersuara melalui persatuan
 Masyarakat Cina menubuhkan kelab bacaan dan pasukan drama untuk membaca
berita dari China
 Sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan bahasa Mandarin bagi
menggantikan dialek
 Masyarakat India di Tanah Melayu membentuk identiti tersendiri dan semakin
mementingkan perkembangan politik tempatan
 Nasionalisme juga menyebabkan British berhati-hati dan membuat sekatan

Ekonomi
 Membangkitkan semangat berniaga masyarakat Melayu
 Persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah ditubuhkan di Singapura
 Za’ba menyedarkan guru akan pentingnya pendidikan tinggi dan Inggeris
 Akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail dan The Malaya
Tribune mengasaskan dana untuk membantu orang Melayu melanjutkan
pelajaran di luar negara

Sosial
 Orang Melayu menulis majalah sendiri untuk mendapat peluang pendidikan
 Penggerak majalah Bulan Melayu, Ibu Zain mengingatkan tentang kepentingan
kepentingan ilmu untuk mengangkat martabat wanita

 Masyarakat India menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan mereka


 Presiden persatuan Malayan Rubber Estata Owner, E.E.C Thuraisingham
membantu perusahaan getah semasa kemelesetan ekonomi

 Masyarakat Cina mula meminta kerajaan British menimbangkan penglibatan


mereka dalam jawatankuasa kerajaan
 Tan Cheng Lock menuntut British menjaga kebajikan dan menyediakan dana
belajar untuk masyarakat Cina

Anda mungkin juga menyukai