Anda di halaman 1dari 8

Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme

2.1 Maksud Nasionalisme

 Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara


 Semangat kebangsaan untuk menentang penjajahan serta membela bangsa
dan negara
 Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada
kuasa asing

Pendapat Tokoh
Hans Kohn
 Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau
bangsanya

Profesor William R. Roff


 Nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri
 Disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu dan
faktor ekonomi
 Kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat

Dato’ Onn Jaafar


 Kita hendak menzahirkan bangsa yang lebih tegap dan kuat
 Boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri
 Mengambil tempat kita yang sebenar

Dr. Burhanuddin al-Helmi


 Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan yang kuat,
iaitu National Fronts
 Usaha untuk mencapai kemerdekaan hendak berpegang pada tatatertib dan
adab sopan bangsa Melayu dan Islam
Dr. R. Suntharalingam
 Hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negara sendiri
 Memindahkan kedaulatan kepada rakyat
 Kesetiaan ulung individu kepada negara bangsa

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid


 Wujud sejak zaman Kesultanan Melaka
 Kesetiaan kepada raja
 Berpegang pada “Tanah Melayuan”

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim


 Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dan
negara sendiri sebelum merdeka

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat


Revolusi Keagungan (1688) – England
 Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
 Tercetus kerana Raja James II membelakangkan parlimen
 Ahli parlimen bangkit menentang dengan sokongan Mary II dan suaminya,
Raja William of Orange dari Belanda
 Raja James II melarikan diri ke Perancis
 Berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
 Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan
semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange
 Bill of Rights digubal

Revolusi Amerika (1766)


 Menentang penjajahan British
 Disebabkan British tidak melindungi hak penduduk Amerika
 Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika
 Penduduk Amerika menentang Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan
Akta Teh yang mengenakan cukai di tanah jajahan tersebut
 Menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil
Amerika dalam parlimen
 Kongres yang diketuai George Washington mengisytiharkan perang terhadap
British demi kemerdekaan
 Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh
Thomas Jefferson
 Perisytiharan tersebut menegaskan sekiranya kerajaan tidak dapat menjamin
hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, penduduk berhak untuk
membentuk kerajaan baharu
 Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi ditubuhkan

Revolusi Perancis (1789)


 Tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis
 Memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan
 Jean Jacques Rousseau
o Menulis The Social Contract
 – Keunggulan suara rakyat menjamin kesejahteraan rakyat
 – Suara rakyat digelar sebagai “hasrat umum”
 – Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi darapada institusi raja dan
birokrasi
 Golongan revolusi
o Menentang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan
bangsawan
o Menggempur penjara Bastile untuk membebaskan tahanan politik
o Menggulingkan Raja Louis XVI
 Republik Perancis muncul dan pemerintahan beraja berakhir

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia


Nasionalisme di India
 Reaksi penduduk terhadap dasar imperialisme British
 Titik tolak: Dahagi India 1857
 Awal:
o Bercorak gerakan yang mengutamakan isu sosioagama
o Pertubuhan penting: Brahmo Samaj dan Arya Samaj
 Menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan
 Penghujung abad ke-19:
o Kemunculan golongan intelektual
o Lebih tersusun
o Pertubuhan politik: Kongres Kebangsaan India (INC) dan Liga Muslim
 Awal abad ke-20:
o Gerakan bersifat keras
o Diketuai nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra
Pal
o Secara militan
 Selepas Perang Dunia Pertama:
o INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British
o Diterajui Mahatma Gandhi yang memupuk pegangan satyagraha
 Selepas Perang Dunia Kedua:
o INC dan Liga Muslim merancang pembahagian India kepada negara India
dan Pakistan
o Pakistan diumumkan merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai
Gabenor Jeneral
o India diumumkan merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai Perdana
Menteri

Nasionalisme di China
 Bertujuan mengukuhkan peradaban China daripada penguasaan oleh kuasa
asing
 Bercorak anti-Barat
 Bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti
Manchu
o Kerajaan Manchuria dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat
o Gagal menghalang kemasukan pengaruh dan campur tangan Barat
 Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)
o Asas gerakan Revolusi China pada 1911 yang berjaya menumbangkan
Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir


i) Gerakan Islah
 Gerakan pemulihan Islam
 Dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
 Disebabkan oleh imperialisme Barat mengubah budaya dan tradisi
kepercayaan masyarakat tempatan
 Tujuan:
o Memupuk ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis
o Memperbaik kehidupan masyarakat supaya bebas daripada penjajahan
ii) Gerakan Pan-Islamisme
 Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat):
o Ditubuhkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
o Untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada
kemajuan
o Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa  untuk menyebarkan idea Pan-
Islamisme
 Empayar Uthmaniyah:
o Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme
o Mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia
 Contoh: Kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan

Nasionalisme di Jepun
 Disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan
ancaman imperialisme Barat
 Maharaja Mikado Meiji melancarkan pemulihan Jepun
o Menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya dihormati kuasa
Barat
 Semangat bushido menjadi asas nasionalisme Jepun
 Pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara perindustrian dan kuasa tentera
yang kuat
 Nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai
kuasa inperialisme di Asia

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia


Tenggara
Nasionalisme di Filipina
 Peringkat awal:
o Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal
o Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada Sepanyol
o Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk mendesak kerajaan Sepanyol
 Selepas kegagalan Gerakan Propaganda:
o Lebih radikal
o Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh
kemerdekaan Filipina
o Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan  untuk menyebarkan idea revolusi
kepada rakyat Filipina
o Bonifacio melancarkan Revolusi Filipina bersama Emilio Aguinaldo
 Selepas kegagalan Revolusi Filipina:
o Anguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina dengan bekerjasama
dengan Amerika Syarikat
o Namun Perisyitiharan Kemerdekaan Filipina oleh Anguinaldo tidak diiktiraf
oleh Amerika Syarikat
o Amerika Syarikat sebaliknya meletakkan Filipina di bawah penjajahan
o Golongan nasionalis bertukar menggunakan saluran diplomasi melalui
parti politik sederhana
o Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis berjaya dilantik menganggotai
Dewan Perhimpunan Filipina
o Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan sehingga Perang Dunia
Kedua

Nasionalisme di Burma (Myanmar)


 Menentang imperialisme dan pengaruh British mengancam agama Buddha
 Persatuan Belia Buddha
o Ditubuhkan ntuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan
kebudayaan Burma
o Isu kasut digunakan
o Diambil alih oleh U Ba Pe dan ditukar nama kepada Majlis Persatuan Am
Kesatuan Burma
o Isu bangsa Burma mula diperjuangkan
 Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
 Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi
o Mencetuskan Pemberontakan Saya San (diketuai oleh Saya San)
o Disokong golongan petani yang terbeban dengan cukai
 Selepas pengenalan Perlembagaan Burma 1935:
o Perlembagaan tersebut memisahkan Burma dengan India
o Mulanya perjuangan berkerajaan sendiri
o Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang
Burma
 – Pemimpin menggelar diri sebagai “Thaikin” yang bermaksud tuan
 – Menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma
 – Pemimpin: Aung San, Kyaw Nein dan U Nu
o Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan dilantik sebagai Perdana Menteri
pertama

Nasionalisme di Vietnam
 Gerakan nasionalisme oleh golongan Mandarin:
o Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
 Kemunculan golongan intelektual:
o Kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis ditingkatkan
o Akhbar Tribune Indige  dan Cloche Felee  diterbitkan
 – Mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam
 Selepas Perang Dunia Kedua:
o Bercorak revolusi dan mempunyai dua aliran iaitu nasionalisme dan
komunisme
o Parti nasionalisme: Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) pimpinan Nguyen
Thai Hoc
o Parti komunisme: Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
o VNQDD melancarkan pemberontakan untuk mengusir Perancis
 – Perancis menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh
Nguyen Thai Hoc
o Gerakan revolusi diteruskan oleh Ho Chi Minh
o Ho Chi Minh berjaya mengisyitiharkan kemerdekaan Republik Demokratik
Vietnam di Vietnam Utara
o Vietnam Selatan berada di bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat
o Gerakan nasionalisme diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk

Nasionalisme di Indonesia
 Awal:
o Berkisarkan isu pendidikan untuk megubah nasib rakyat
o Raden Adjeng Kartini
 – Memperjuangkan pendidikan kaum wanita
 – Karyanya Hilang Gelap Terbitlah Terang mendedahkan dasar
diskriminasi Belanda yang memundurkan bangsa Indonesia
 Kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun:
o Muhammadiyah
 – Mempertahankan Islam daripada ancaman sekularisme Barat
o Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis
Indonesia (PNI)
 – Memperjuangkan kemerdekaan
 – PNI menjadi berpengaruh di bawah pimpinan Soekarno
o Kongres Pemuda Indonesia
 – Melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda“
o Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)
 – Dibentuk Soekarno
 – Merupakan gabungan organisasi Indonesia yang memperjuangkan
kemerdekaan

Nasionalisme di Thailand
 Thailand tidak dijajah oleh negara Barat
 Nasionalisme bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut
penglibatan rakyat
 Langkah pemodenan oleh Raja Mongkut:
o Membina hubungan baik dengan kuasa Barat
o Melaksanakan birokrasi Barat
o Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan
o Pemodenan diteruskan oleh Raja Chulalongkorn
 Rakyat mementang Raja Vajiravudh:
o Disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh dan penguasaan
politik oleh kerabat raja
o Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibulsongkram menubuhkan
Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai
o Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan
o Raja diletakkan pada kedudukan tertinggi tetapi tidak mencampuri
pentadbiran kerajaan
 Rakyat menentang penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina :
o Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang
 – Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina
 – Menggalakkan penglibatan peribumi dalam kegiatan ekonomi
 Dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah Jepun

Anda mungkin juga menyukai