Anda di halaman 1dari 38

2.

1 Maksud Nasionalisme
Maksud
 Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
 Semangat kebangsaan untuk menentang penjajahan serta membela
bangsa dan negara
 Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial
daripada kuasa asing

Pendapat Tokoh
Hans Kohn
 Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara
atau bangsanya

Profesor William R. Roff


 Nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri
 Disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu
dan faktor ekonomi
 Kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat

Dato’ Onn Jaafar


 Kita hendak menzahirkan bangsa yang lebih tegap dan kuat
 Boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri
 Mengambil tempat kita yang sebenar

Dr. Burhanuddin al-Helmi


 Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan yang kuat,
iaitu National Fronts
 Usaha untuk mencapai kemerdekaan hendak berpegang pada
tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan Islam
Dr. R. Suntharalingam
 Hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negara sendiri
 Memindahkan kedaulatan kepada rakyat
 Kesetiaan ulung individu kepada negara bangsa

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid


 Wujud sejak zaman Kesultanan Melaka
 Kesetiaan kepada raja
 Berpegang pada “Tanah Melayuan”

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim


 Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan
unggul dan negara sendiri sebelum merdeka

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat


Revolusi Keagungan (1688) – England
 Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
 Tercetus kerana Raja James II membelakangkan parlimen
 Ahli parlimen bangkit menentang dengan sokongan Mary II dan
suaminya, Raja William of Orange dari Belanda
 Raja James II melarikan diri ke Perancis
 Berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
 Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan
dimantapkan semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange
 Bill of Rights digubal

Revolusi Amerika (1766)


 Menentang penjajahan British
 Disebabkan British tidak melindungi hak penduduk Amerika
 Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika
 Penduduk Amerika menentang Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem
dan Akta Teh yang mengenakan cukai di tanah jajahan tersebut
 Menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil
Amerika dalam parlimen
 Kongres yang diketuai George Washington mengisytiharkan perang
terhadap British demi kemerdekaan
 Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis
oleh Thomas Jefferson
 Perisytiharan tersebut menegaskan sekiranya kerajaan tidak dapat
menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, penduduk
berhak untuk membentuk kerajaan baharu
 Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi ditubuhkan

Revolusi Perancis (1789)


 Tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis
 Memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan
 Jean Jacques Rousseau
o Menulis The Social Contract
 – Keunggulan suara rakyat menjamin
kesejahteraan rakyat
 – Suara rakyat digelar sebagai “hasrat umum”
 – Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi darapada
institusi raja dan birokrasi
 Golongan revolusi
o Menentang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan
golongan bangsawan
o Menggempur penjara Bastile untuk membebaskan tahanan
politik
o Menggulingkan Raja Louis XVI
 Republik Perancis muncul dan pemerintahan beraja berakhir

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia


Nasionalisme di India
 Reaksi penduduk terhadap dasar imperialisme British
 Titik tolak: Dahagi India 1857
 Awal:
o Bercorak gerakan yang mengutamakan isu sosioagama
o Pertubuhan penting: Brahmo Samaj dan Arya Samaj
 Menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya
tempatan
 Penghujung abad ke-19:
o Kemunculan golongan intelektual
o Lebih tersusun
o Pertubuhan politik: Kongres Kebangsaan India (INC) dan Liga
Muslim
 Awal abad ke-20:
o Gerakan bersifat keras
o Diketuai nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan
Bipin Chandra Pal
o Secara militan
 Selepas Perang Dunia Pertama:
o INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British
o Diterajui Mahatma Gandhi yang memupuk
pegangan satyagraha
 Selepas Perang Dunia Kedua:
o INC dan Liga Muslim merancang pembahagian India kepada
negara India dan Pakistan
o Pakistan diumumkan merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah
sebagai Gabenor Jeneral
o India diumumkan merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai
Perdana Menteri

Nasionalisme di China
 Bertujuan mengukuhkan peradaban China daripada penguasaan oleh
kuasa asing
 Bercorak anti-Barat
 Bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan
Dinasti Manchu
o Kerajaan Manchuria dianggap sebagai orang luar dan
kehilangan mandat
o Gagal menghalang kemasukan pengaruh dan campur tangan
Barat
 Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)
o Asas gerakan Revolusi China pada 1911 yang berjaya
menumbangkan Dinasti Manchu dan kemunculan
pemerintahan republik di China
Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir
i) Gerakan Islah
 Gerakan pemulihan Islam
 Dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad
Abduh
 Disebabkan oleh imperialisme Barat mengubah budaya dan tradisi
kepercayaan masyarakat tempatan
 Tujuan:
o Memupuk ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran
dan Hadis
o Memperbaik kehidupan masyarakat supaya bebas daripada
penjajahan
ii) Gerakan Pan-Islamisme
 Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat):
o Ditubuhkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
o Untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat
Islam kepada kemajuan
o Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk
menyebarkan idea Pan-Islamisme
 Empayar Uthmaniyah:
o Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme
o Mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia
 Contoh: Kebangkitan Tok Janggut menentang
British di Kelantan

Nasionalisme di Jepun
 Disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi
mengelakkan ancaman imperialisme Barat
 Maharaja Mikado Meiji melancarkan pemulihan Jepun
o Menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya
dihormati kuasa Barat
 Semangat bushido menjadi asas nasionalisme Jepun
 Pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara perindustrian dan kuasa
tentera yang kuat
 Nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun
sebagai kuasa inperialisme di Asia
2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia
Tenggara
Nasionalisme di Filipina
 Peringkat awal:
o Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal
o Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada Sepanyol
o Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk mendesak
kerajaan Sepanyol
 Selepas kegagalan Gerakan Propaganda:
o Lebih radikal
o Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh
kemerdekaan Filipina
o Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan untuk menyebarkan
idea revolusi kepada rakyat Filipina
o Bonifacio melancarkan Revolusi Filipina bersama Emilio
Aguinaldo
 Selepas kegagalan Revolusi Filipina:
o Anguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina dengan
bekerjasama dengan Amerika Syarikat
o Namun Perisyitiharan Kemerdekaan Filipina oleh Anguinaldo
tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat
o Amerika Syarikat sebaliknya meletakkan Filipina di bawah
penjajahan
o Golongan nasionalis bertukar menggunakan saluran
diplomasi melalui parti politik sederhana
o Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis berjaya dilantik
menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina
o Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan sehingga
Perang Dunia Kedua

Nasionalisme di Burma (Myanmar)


 Menentang imperialisme dan pengaruh British mengancam agama
Buddha
 Persatuan Belia Buddha
o Ditubuhkan ntuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan
dan kebudayaan Burma
o Isu kasut digunakan
o Diambil alih oleh U Ba Pe dan ditukar nama kepada Majlis
Persatuan Am Kesatuan Burma
o Isu bangsa Burma mula diperjuangkan
 Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
 Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi
o Mencetuskan Pemberontakan Saya San (diketuai oleh Saya
San)
o Disokong golongan petani yang terbeban dengan cukai
 Selepas pengenalan Perlembagaan Burma 1935:
o Perlembagaan tersebut memisahkan Burma dengan India
o Mulanya perjuangan berkerajaan sendiri
o Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone
(Kami Orang Burma
 – Pemimpin menggelar diri sebagai “Thaikin” yang
bermaksud tuan
 – Menegaskan orang Burma mesti bertuankan
orang Burma
 – Pemimpin: Aung San, Kyaw Nein dan U Nu
o Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan dilantik sebagai
Perdana Menteri pertama

Nasionalisme di Vietnam
 Gerakan nasionalisme oleh golongan Mandarin:
o Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
 Kemunculan golongan intelektual:
o Kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis ditingkatkan
o Akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee diterbitkan
 – Mengkritik penindasan Perancis dan menuntut
hak rakyat Vietnam
 Selepas Perang Dunia Kedua:
o Bercorak revolusi dan mempunyai dua aliran iaitu
nasionalisme dan komunisme
o Parti nasionalisme: Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)
pimpinan Nguyen Thai Hoc
o Parti komunisme: Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho
Chi Minh
o VNQDD melancarkan pemberontakan untuk mengusir
Perancis
 – Perancis menangkap pemimpin VNQDD dan
menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc
o Gerakan revolusi diteruskan oleh Ho Chi Minh
o Ho Chi Minh berjaya mengisyitiharkan kemerdekaan
Republik Demokratik Vietnam di Vietnam Utara
o Vietnam Selatan berada di bawah pengaruh Perancis dan
Amerika Syarikat
o Gerakan nasionalisme diteruskan sehingga Republik Vietnam
terbentuk

Nasionalisme di Indonesia
 Awal:
Berkisarkan isu pendidikan untuk megubah nasib rakyat
o
o Raden Adjeng Kartini
 – Memperjuangkan pendidikan kaum wanita
 – Karyanya Hilang Gelap Terbitlah
Terang mendedahkan dasar diskriminasi Belanda
yang memundurkan bangsa Indonesia
 Kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun:
o Muhammadiyah
 – Mempertahankan Islam daripada ancaman
sekularisme Barat
o Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai
Nasionalis Indonesia (PNI)
 – Memperjuangkan kemerdekaan
 – PNI menjadi berpengaruh di bawah pimpinan
Soekarno
o Kongres Pemuda Indonesia
 – Melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda“
o Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia
(PPPKI)
 – Dibentuk Soekarno
 – Merupakan gabungan organisasi Indonesia yang
memperjuangkan kemerdekaan

Nasionalisme di Thailand
 Thailand tidak dijajah oleh negara Barat
 Nasionalisme bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan
menuntut penglibatan rakyat
 Langkah pemodenan oleh Raja Mongkut:
o Membina hubungan baik dengan kuasa Barat
o Melaksanakan birokrasi Barat
o Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai
tempatan
o Pemodenan diteruskan oleh Raja Chulalongkorn
 Rakyat mementang Raja Vajiravudh:
o Disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh dan
penguasaan politik oleh kerabat raja
o Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibulsongkram
menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai
o Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan
o Raja diletakkan pada kedudukan tertinggi tetapi tidak
mencampuri pentadbiran kerajaan
 Rakyat menentang penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang
Cina :
o Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-
undang
 – Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina
 – Menggalakkan penglibatan peribumi dalam
kegiatan ekonomi
 Dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah
Jepun

BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME (Part 2)


By SPM Agile / April 3, 2021

2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita


Zaman Kesultanan Melayu Melaka

 Sultan Mahmud Shah berusaha mendapatkan Melaka kembali daripada


Portugis
 Melakukan tiga kali serangan tetapi menemui kegagalan

Perjuangan Sultan Kedah


 Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris
(SHTI)
 Baginda berusaha mendapatkan Pulau Pinang kembali

Perjuangan setempat

 Tokoh: Penghulu Dol Said, Dato’ Bahaman, Rentap, Tok Janggut dan Haji
Abdul Rahman Limbong
 Menuntut kebebasan daripada ancaman luar
 Mendapat reaksi yang keras daripada penjajah
 Masyarakat terpaksa bergerak secara sederhana

Perjuangan tokoh agama

 Dibawa oleh gerakan Islah


 Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha
dan Syed Sheikh al-Hadi
 Diteruskan melalui penulisan kreatif dan akhbar
o Tokoh: Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf,
Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan
Fatimah Yaakub

Perjuangan melalui pertubuhan sosioekonomi

 Dipelopori oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu


 Tokoh: Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestanam dan
Burhanuddin al-Helmi
 Perjuangan mengkritik dan menyedarkan masyarakat diteruskan walaupun
menghadapi pelbagai kekangan

2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme


Peranan Agama

 Gerakan Islah

 Pemimpin Gerakan Islah

Peranan Kreatif

 Hasil kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi


 Mengungkap keperitan hidup dijajah

 Contoh

Media Cetak

 Akhbar dan majalah

 Contoh

Sistem Pendidikan
 Penubuhan madrasah
o Pendidikan moden Islam
o Menerima idea nasionalisme dari Sumatera Barat dan pelajar
pulangan dari Mesir
 Pelajar didedahkan idea falsafah Islam dan Barat

 Contoh Madrasah

 Contoh Institusi Pendidikan

Kemunculan Golongan Intelektual

 Hasil perkembangan sistem pendidikan


 Lepasan pendidikan Timur Tengah, Inggeris dan Melayu

 Contoh golongan intelektual

Pengaruh Luar dan Serantau

 Kebangkitan Pan-Islamisme menyedarkan umat Islam


 Gerakan Islah menggesa umat Islam melakukan pembaharuan
 Kejayaan Jepun menewaskan Rusia membuka mata penduduk tempatan
 Revolusi China menimbulkan kesedaran nasionalisme
 Perjuangan Mahatma Gandhi di India tanpa kekerasan
2.7 Perkembangan Nasionalisme
Perkembangan Golongan Intelektual

Intelektual Berpendidikan Agama


 Digerakkan oleh Kaum Muda
 Melalui gerakan Islah
 Agama Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia dan akhirat
 Penubuhan madrasah
 Idea disebar melalui akhbar

 Tokoh Kaum Muda

Intelektual Berpendidikan Inggeris


 Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
 Asalnya untuk melatih anak bangsawan bagi diserap dalam kerajaan British
 Ada lepasan yang bertugas sebagai pegawai kerajaan
 Mereka menuntut British dengan cara berbaik-baik supaya:
o Memperbaik taraf hidup orang Melayu
o Membuka lebih banyak peluang perkerjaan kepada orang Melayu
dalam jabatan kerajaan

Intelektual Berpendidikan Melayu


 Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) melahirkan semangat kesedaran bangsa
melalui:
o Peranan guru
o Kewujudan Pejabat Karang Mengarang
o Kemasukan bahan bacaan dari Timur dan Indonesia
o Kurikulum yang menitikberatkan mata pelajaran Sejarah dan
keagungan empayar Melayu di Alam Melayu
o Mata pelajaran Anyaman, Kesihatan dan Sukan
o Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung
Boineo
 – Membawa kepada kelahiran persatuan radikal
Kesatuan Melayu Muda

Perjuangan Melalui Penulisan

Akhbar dan Majalah


 Mengetengahkan isu-isu
 Seperti isu hak dan masa depan bangsa serta polemik Kaum Muda dengan
Kaum Tua
 Syarikat Jelutong Press menyuburkan kegiatan penerbitan akhbar

 Akhbar Melayu

Akhbar Masyarakat Cina dan India


 Akhbar Cina merangsang pemikiran masyarakat HuaChiao (kaum Cina
seberang laut)
 Untuk mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita
 Menyemai perasaan cinta akan negara China

 Contoh akhbar Cina


 Akhbar India memperjuangkan kepentingan politik dan sosial masyarakat
India di negara ini

 Contoh akhbar India

Karya Kreatif
 Novel, puisi dan cerpen
 Bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air

 Contoh karya kreatif

Perjuangan Melalui Persatuan

Kesatuan Melayu Singapura (KMS)


 Ditubuhkan oleh Mohammad Eunos Abdullah
 Menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran
 Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan
 Mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi
 Kejayaan KMS mendoring penubuhan persatuan lain
 Mereka berkerjasama dengan British dan meminta peluang diberikan kepada
orang Melayu dalam pentadbiran
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
 Menggalakkan ahli untuk bersatu dan bertukar pendapat
 Berusaha menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau
persidangan
 Mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu
 Menghimpunkan wakil persatuan Melayu untuk mengutarakan isu
kebangsaan
 Kebanyakan ahli di Sabah terdiri daripada guru sekolah Melayu, pengawai
rendah kerajaan dan peniaga
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
 Ditubuhkan oleh Ibrahim Haji Yaakob
 Berjuang melalui akhbar Majlis
 Menentang British dengan gagasan Melayu Raya
 Dianggap radikal oleh British
Persatuan Masyarakat Cina dan India
 Awalnya masyarakat Cina masih menumpukan perhatian kepada keadaan di
China
 Pemimpin revolusi China, Dr. Sun Yat Sen melawat pemimpin Cina di negara
kita
 Untuk mendapatkan sokongan menentang kerajaan Manchuria
 Terdapat juga masyarakat Cina yang memberi perhatian kepada kebajikan dan
perkembangan politik tempatan seperti Cina Peranakan
 Tan Jiak Kim yang berpendidikan Inggeris menubuhkan Persatuan Orang Cina
Peranakan British (SCBA)
 SCBA menggalakan pelajaran tinggi dan teknikal dalam masyarakat Cina
 Tan Cheng Lock berusaha SCBA di Melaka dan menuntut peluang dalam
perkhidmatan kerajaan

 Persatuan India ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India di


Tanah Melayu
 Persidangan India Se-Melayu diadakan untuk membincangkan isu masyarakat
India
 G.V. Thaver menubuhkan Malayan Indian Association (MIA)
 Dr. A.M. Soosay menubuhkan Central India Association of Malaya (CIAM)
 CIAM berjaya mengembangkan idea nasionalisme masyarakat India di Tanah
Melayu
 Masyarakat Sikh terlibat sebagai pasukan keselamatan
 Mereka menjalankan aktiviti sosial dan keagamaan di kuarters kerajaan
dan gurdwara
 Persatuan Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan

 Masyarakat India Muslim ramai melibatkan diri dalam perniagaan dan


pentadbiran

2.8 Kesan Perkembangsan Nasionalisme


Politik

 Bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS) bertambah


 Dasar desentralisasi oleh British cuba mengembalikan kuasa sultan, residen
dan Majlis Mesyuarat Negeri
 Orang Melayu mula mementingkan bersuara melalui persatuan
 Masyarakat Cina menubuhkan kelab bacaan dan pasukan drama untuk
membaca berita dari China
 Sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan bahasa Mandarin bagi
menggantikan dialek
 Masyarakat India di Tanah Melayu membentuk identiti tersendiri dan semakin
mementingkan perkembangan politik tempatan
 Nasionalisme juga menyebabkan British berhati-hati dan membuat sekatan

Ekonomi

 Membangkitkan semangat berniaga masyarakat Melayu


 Persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah ditubuhkan di Singapura
 Za’ba menyedarkan guru akan pentingnya pendidikan tinggi dan Inggeris
 Akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail dan The Malaya
Tribune mengasaskan dana untuk membantu orang Melayu melanjutkan
pelajaran di luar negara

Sosial

 Orang Melayu menulis majalah sendiri untuk mendapat peluang pendidikan


 Penggerak majalah Bulan Melayu, Ibu Zain mengingatkan tentang
kepentingan kepentingan ilmu untuk mengangkat martabat wanita

 Masyarakat India menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan mereka


 Presiden persatuan Malayan Rubber Estata Owner, E.E.C Thuraisingham
membantu perusahaan getah semasa kemelesetan ekonomi

 Masyarakat Cina mula meminta kerajaan British menimbangkan penglibatan


mereka dalam jawatankuasa kerajaan
 Tan Cheng Lock menuntut British menjaga kebajikan dan menyediakan dana
belajar untuk masyarakat Cina

3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum


Perang Dunia
 Sejak awal abad ke-20, British berusaha membendung pengaruh idea
gerakan Islam dari Timur Tengah
 British memperkenalkan Enakmen Undang-undang Islam 1904 dengan
persetujuan Raja-raja Melayu
 Sesiapa yang mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik
Islam tanpa keizinan boleh dihukum penjara
 British juga memperkenalkan dua badan penyiasat:
o Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Department)
o Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau)
 British berwaspada terhadap sokongan orang Melayu kepada empayar
Uthmaniyah
 Empayar Uthmaniyah dianggap pelindung umat Islam dan penaung
tanah suci Mekah dan Madinah
 Kegagalan penentangan bersenjata Tok Janggut menyebabkan
masyarakat mengubah strategi
 Akhbar dan majalah digunakan untuk meniupkan kesedaran
kebangsaan
 Namun, kesedaran politik tidak boleh dilakukan secara terang-terangan
di bawah undang-undang British

3.2 Latar Belakang Perang Dunia


Perang Dunia Pertama
Faktor-faktor berikut mencetuskan Perang Dunia Pertama
Persaingan Kuasa Imperialis
 Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan persaingan kuasa
imperialis di Eropah
 Untuk mendapatkan tanah jajahan demi bahan mentah seperti arang
batu, petroleum dan bijih timah
Pakatan Ketenteraan
 Kuasa Eropah dibahagikan kepada pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan
Bertiga
 Negara dalam pakatan bersaing menghasilkan senjata moden dan
sedia berperang
Krisis Rantau Balkan
 Austra-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria
berketurunan Serb
 Kemuncak ialah pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota
Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pemuda Serbia

Berakhir Perang Dunia Pertama


Persidangan Damai Paris
 Membincangkan syarat perdamaian selepas perang
 Meamastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman keamanan Eropah
 Melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson dengan prinsip:
o Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
o Sempadan negara berasaskan bangsa
 Cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian
Perjanjian Versailles
 Ditandangtangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman
 Jerman dikehendaki:
o Bertanggungjawab terhadap kemusnahan
o Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga
o Mengehadkan saiz angkatan tentera
o Menyerahkan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga
 Liga Bangsa-Bangsa ditubuhkan untuk menggalakan keamanan dan
kerjasama antarabangsa

Kesan Perang Dunia Pertama


Keruntuhan Pemerintahan Beraja
 Jerman: Kaiser Wilhem II turun takhta dan kerajaan Republik Jerman
didirikan
 Austria-Hungary: Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul
pemberontakan
 Russia: Pemerintahan Tsar Nicholas II ditumbangkan dan kerajaan
komunis terbentuk di bawah pimpinan Vladimir Lenin
 Empayar Uthmaniyah: Khalifah Sultan Mehmed VI digulingkan dan
kerajaan bercorak republik diketuai oleh Mustafa Kemal Ataturk
terbentuk
Kemunculan Negara Baharu
 Negara tertentu berpecah kepada beberapa negara
o Austria-Hungary -> Austria, Hungary, Czechoslovakia dan
Yugoslavia
o Russia -> Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania
o Empayar Uthmaniyah -> Lebanon, Syria dan Iraq
Kesan terhadap Negara Kita
 Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang
memberi taat setia kepada kerajaan British
 British membentuk Pesuruhjaya Tinggi British untuk meletakkan negeri
Melayu di bawah undang-undang tentera sekirannya memerlukan
 Wang hasil bijih timah dan getah digunakan oleh British untuk
membiayai operasi dalam Perang Dunia Pertama

3.3 Perang Dunia Kedua


Faktor Tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah
Kemunculan Ideologi Baharu
Fasisme
 Di Itali
 Dipimpin oleh Benito Mussolini
 Parti Fasis menguasai kerajaan Itali pada 1922
 Fasisme memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi
kepentingan individu
 Percaya bahawa berperang meningkatan imej negara
Nazisme
 Di Jerman
 Dipimpin oleh Adolf Hitler
 Parti Nazi menguasai kerajaan Jerman pada 1933
 Mengagungkan bangsa Jerman
 Mengetepikan Perjanjian Versailles
 Membina angkatan tentera semula
Ketidakpuasan Hati terhadap Perjanjian Versailles
 Jerman menganggap Perjanjian Versailles tidak adil
 Kehilangan tanah jajahan, pampasan perang tinggi menyebabkan
kemelesetan ekonomi Jerman
 Itali tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu
seperti yang diperoleh Perancis
Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
 Liga Bangsa-Bangsa gagal menguatkuasakan perjanjian pelucutan
senjata dan menangani krisis pencerobohan
 Krisis Liga Bangsa-Bangsa
o Krisis Manchuria: Jepun menakluki Manchuria
o Perjanjian Pelucutan Senjata: Jerman keluar daripada Liga
Bangsa-Bangsa dan memperbesar angkatan tenteranya
o Krisis Habsyah: Itali menyerang Habsyah

Perang Dunia Kedua di Eropah


Kuasa Paksi Kuasa Bersekutu

Jerman Britain
Itali Amerika Syarikat
Jepun Perancis
Pernaklukan Jerman terhadap Eropah Barat
 Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland pada
1939
 Jerman memulakan serangan Blitzkrieg (serangan kilat) terhadap
negara di Eropah Barat
 Jerman menguasai hampir semua negara di Eropah Barat
Pengeboman Britain
 Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain
 Pelabuhan, kawasan perindustian dan pertahanan Britain dimusnahkan
Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah
 Itali bersekutu dengan Jerman
 Itali menyerang Perancis dari selatan manakala Jerman menyerang
Perancis dari utara
Serangan Jerman ke atas Russia
 Jerman melancarkan Operasi Barbarossa (serangan besar-besaran)
terhadap Rusia
 Disebabkan Hitler ingin menguasai seluruh Eropah

Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah


(Kemenangan Kuasa Bersekutu)
Kerjasama Kuasa Besar
 Amerika Syarikat, Britain dan Rusia berkerjasama
 Tentera Bersekutu beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu
yang deketuai Amerika Syarikat
Keberkesanan Strategi Serangan
 Kegagalan Operasi Menawan Rusia
o Tentera Jerman kehabisan peluru dan makanan disebabkan
tempoh perang yang panjang
o Jeneral Jerman mengingkari perintah Hitler untuk terus
berperang dan menyerah kalah
 Kejayaan Operasi Pendaratan Tentera Bersekutu
o Dalam operasi “D-Day”, tentera Bersekutu berjaya mendarat
di Normandy, Perancis
o Kejayaan operasi “D-Day” membolehkan tentera Bersekutu
memasuki Jerman dari arah barat
o Jerman menandatangani perjanjian menyerah kalah

3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik


Peluasan Kuasa Jepun
Dasar Peluasan Kuasa Jepun
 Keperluan perindustrian
o Untuk mendapatkan bahan mentah
o Mengurangkan pergantungan kepada Barat
 Pengaruh golongan tentera
o Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
o Jepun semakin agresif apabila tentera menguasai politik
o Berpendapat masalah ekonomi dapat diselesaikan dengan
menakluki kawasan yang kaya dengan bahan mentah
 Orde baharu Asia
o Mewujudkan order baharu di Asia
o Asia sebagai satu blok ekonomi
Sekatan Ekonomi Terhadap Jepun
 Peluasan kuasa Jepun mendapat reaksi kuasa Bersekutu
 Kuasa Bersekutu mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun
 Menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah
Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan
 Merupakan jalan keluar daripada sekatan ekonomi
 Disebabkan kawasan wilayah selatan kaya dengan bahan mentah
o Seperti bijih timah, getah, bauksit dan petroleum

Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik


 Bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour
(Hawaii)
 Seterusnya menyerang wilayah jajahan kuasa Bersekutu
 Jepun membentuk empayar yang luas dengan strategi yang berkesan

3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita


 Jepun menggunakan propaganda “Semangat Asia” dan “Asia untuk
Orang Asia”
 Bertujuan menanamkan semangat antipenjajah Barat
 Menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia
 Tentera Jepun menggunakan strategi serangan kilat
Eksploitasi Sumber Bahan Mentah
 Untuk keperluan perindustrian ekoran Pembaharuan Meiji

 Contoh Bahan Mentah

Kepentingan Strategik Ketenteraan


 Penguasaan Singapura: Membuka laluan ke telaga minyak di Sumatera
 Penguasaan Pulau Borneo: Membantu penaklukan Jepun di Pulau Jawa

Serangan Jepun terhadap Negara Kita


 Bermula dengan pendaratan serentak tentera Jepun
 Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila Singapura
berjaya ditawan

3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita


Dasar Pentadbiran
Pentadbiran Tentera Jepun
 Memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu
 Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan pentadbirannya pada awal
dan diasingkan kemudian
 Singapura: dikenali Syanan-to (Pulau Cahaya Selatan)
 Tanah Melayu: dikenali Malai Baru (Melayu Baru)
 Sarawak, Sabah dan Brunei: digabungkan dan dikenali sebagai Kita
Boruneo
 Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah
pentadbiran Thailand
Dasar terhadap Raja-raja Melayu
 Raja-raja Melayu:
o Diiktiraf kedudukan sebagai ketua agama dan adat Melayu
o Diberi bayaran pencen
o Diawasi oleh Gabenor Jepun
Dasar terhadap Kepimpinan Tempatan
 Menaikkan pangkat pemimpin tempatan yang berpengalaman
 Untuk mengatasi kekurangan pegawai dan mendapatkan sokongan
penduduk
 Koa Kunrenjo ditubuh untuk menanamkan semangat perjuangan politik
Jepun

Dasar Ekonomi
 Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan
o Untuk membangunkan industri tempatan
o Memastikan penggunaan optimum peralatan
 Mata wang Jepun menggantikan wang British

Dasar Sosial
Pendidikan
 Menutup sekolah Inggeris dan Cina
o Bangunan digunakan untuk tentera Jepun
 Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan
o Untuk membentuk persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu)
o Mencapai teknologi industri
o Menerapkan nilai Jepun
 Melalui pendidikan, tentera Jepun berusaha:
o Memupuk nasionalisme Asia
o Menghapuskan pengaruh Barat
o Menanam kesetiaan kepada Jepun
Sikap Jepun terhadap Agama
 Tentera Jepun tidak campur tangan dalam agama dan adat Melayu
 Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama diteruskan
 Bagi membendung penentangan terhadap pendudukan Jepun
Catuan dan Penghasilan Makanan
 Catuan makanan dikuatkuasakan
o Untuk mengawal penjualan barangan asas seperti beras dan
gula
o Akibat kekurangan makanan
 Kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” untuk menggalakkan
penanaman makanan sendiri
Layanan terhadap Penduduk
 Layanan baik kepada orang Melayu dan peribumi yang bekerjasama
o Untuk mendapat sokongan dan melicinkan pemerintahan
 Membantu orang India menubuhkan Tentera Kebangsaan India
o Untuk mendapatkan kerjasama dalam rancangan menguasai
negara India
 Layanan kejam terhadap orang Cina lanjutan permusuhan Perang
China-Jepun
o Dipaksa membayar sejumlah wang
 Landasan Kereta Api Maut merupaan bukti kekejaman pentadbiran
tentera Jepun
o Terdapat orang Melayu, Cina dan India dipaksa menjadi
buruh membina landasan kereta api
o Ramai terkorban akibat kerja berat, kekurangan makanan
dan suasana buruk

3.7 Perjuangan Rakyat Menentang


Pendudukan Jepun
Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Air
 Rejimen Askar Melayu bersama tentera British menentang tentera
Jepun di Kelantan dan Singapura

Force 136
 Ditubuhkan oleh British
 Mendapat latihan di India dan Sri Lanka
 Dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapat sokongan orang Melayu
dan menubuhkan pasukan gerila
 Bekerjasama dengan gerila Melayu:
o Mengumpulkan maklumat, melakukan sabotaj dan
menyebarkan propaganda
o Membuat persiapan untuk British melancarkan Operasi
Zipper

 Anggota Awal

Penentangan MPAJA
 Sebahagian orang Cina mencari perlindingan di bawah Parti Komunis
Malaya (PKM)
 Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan oleh PKM:
o Diberikan latihan oleh British
o Untuk menjadi pasukan gerila terhadap Jepun
Kerjasama MPAJA dan Force 136
 MPAJA pernah membuat perjanjian kerjasama dengan Force 136 yang
mewakili tentera British
 MPAJA memperoleh bantuan seperti senjata, ubat-ubatan dan
kewangan
Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA
 Gerila Cina dari Parti Kuomintang (PKT) bersetuju bekerjasama dengan
MPAJA

Penentangan Individu
Gurchan Singh
 Menngunakan nama samaran “Lion of Malaya”
 Menyebarkan risalah anti-Jepun secara teratur
 Berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar
sebagai wartawan dan:
o Melakukan sabotaj landasan terhadap kerata api
o Berjaya menjejaskan pengangkutan tentera Jepun
Sybil Kathigasu
 Seorang jururawat
 Mengendalikan sebuah klinik di Ipoh dengan suaminya Dr. Abdon
 Memberi bantuan ubat-ubtan kepada gerila anti-Jepun
 Menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat dengan gerila anti-
Jepun
 Kegiatan mereka terbongkar dan ditangkap oleh tentera Jepun

Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah


Operasi Semut
 Siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia di Sarawak
 Melatih orang tempatan menjadi pasukan gerila anti-Jepun (dipanggul
gerila Semut)
 Kepakaran anggota tempatan dalam selok-belok bumi Sarawak penting
dalam merancang taktik perang gerila
Pemberontakan Jesselton
 Juga dikenali sebagai pemberontakan Double Tenth
 Diketuai oleh Albert Kwok di Sabah
 Kumpulan Albert Kwok menyerang dan membunuh tentera Jepun di
Jesselton (kini Kota Kinabalu)
 Tentera Jepun melakukan serang balas dengan pantas dan kejam:
o Perkampungan diserang dan dibom
o Penduduk disoal siasat dan diseksa sehingga mati dalam
pencarian anggota pemberontakan
 Albert Kwok dengan anggotanya menyerah diri
o Berharap dapat menamatkan serangan balas tentera Jepun
o Albert Kwok dan 175 orang lain dihukum bunuh
o 131 orang lagi dipenjarakan
 Terdapat juga gerila anti-Jepun yang dipimpin oleh Datu Mustapha
Datu Harun di Sabah

3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme


Tempatan dan Pendudukan Jepun
Perkembangan Semangat Antipenjajah
 Jepun menggunakan slogan “Asia untuk Asia” dan “Lingkungan
Sekemakmuran Asia Timur Raya”
 Kesatuan Melayu Muda (KKM) bekerjasama dengan Jepun agar
memerdekaan Tanah Melayu

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam Kalangan


Orang Melayu
 Jepun membenarkan kegiatan KMM untuk mendapat sokongan
penduduk tempatan
 Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan oleh
nasionalis Melayu untuk mencapai kemerdekaan bersama Indonesia
 KRIS disokong oleh Jepun
 Perjuangan KRIS gagal kerena Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua

Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah


 Orang Melayu dan Iban mendapat jawatan pegawai akibat kekurangan
pegawai Jepun
 Keyakinan penduduk tempatan untuk mentadbir sendiri meningkat

3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan


Jepun
Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran Perang
Dunia Kedua
 Amerika syarikat menjatuhkan bom atom terhadap Jepun
 Jepun menyerah kalah dan Perang Dunia Kedua berakhir
 Tentera British mendarat semula ke Tanah Melayu

Penguakuasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu


Latar Belakang
 Sebelum British mendarat, Bintang Tiga PKM mengambil alih kuasa di
Tanah Melayu selama 14 hari
 Mereka menguasai bangunan pentadbiran dan memperkenalkan
undang-undang sendiri
Tindak Balas Orang Melayu
 Bintang Tiga zalim terhadap Orang Melayu dan agama Islam
 Orang Melayu menjalankan Gerakan Fi-Sabilillah untuk
mempertahankan diri sendiri
 Kiai Salleh memimpin penentangan terhadap Bintang Tiga di Johor
Kompromi dan Usaha Perundingan
 Usaha Dato’ Onn Jaafar:
o Dato’ Onn Jaafar menyusun perundingan antara Kiai Salleh
dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga
o Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan dan
Bintang Tiga berhenti penguasaan terhadap Balai Polis Batu
Pahat
o Kompromi tersebut merupakan usaha untuk mengembalikan
keamanan di Johor
 Peranan Raja-raja Melayu:
o Sultan Pahang dan Sultan Perak mengingatkan untuk
berhenti pergaduhan antara orang Melayu dengan orang
Cina di daerah-daerah mereka
o Raja Melayu juga berbincang dengan penghulu untuk
menjalankan pemulihan selepas perang
Sarawak Selepas Jepun Menyerah Kalah
 Ketegangan antara kaum berlaku di Sarawak sebelum tentera Australia
mendarat
 Berlaku permusuhan antara bekas gerila peribumi dengan orang Cina
yang menyokong Jepun di Kanowit
 Tentera Australia mengeluarkan perintah berkurung di Kuching dan
berjaya mengelakkan pertumpahan darah antara kaum

4.1 British Military Administration


Latar Belakang
 British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu bermula selepas
Jepun menyerah kalah
 BMA diarahkan oleh Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera
Bersekutu di Asia Tenggara
 Brigedier H.C Willan bertanggungjawab untuk merancang hal ehwal
awam di Tanah Melayu
 BMA berhasrat untuk mengembalikan kestabilan dan memulihkan
kepercayaan rakyat Tanah Melayu
Mengembalikan Kestabilan dan Keamanan
 Usaha BMA termasuk membubarkan pasukan MPAJA
 BMA meminta balik senjata yang diberikan kepada MPAJA tetapi gagal
 BMA juga gagal membanteras masalah jenayah, kongsi gelap dan
ketegangan kaum

Memulihkan Kepercayaan Rakyat


 Rakyat menghadapi kesusahan hidup seperti kekurangan bekalan
makanan, wabak penyakit dan jenayah semasa pemerintahan Jepun
 Rakyat berharapan bahawa BMA dapat menyelamatkan mereka
 BMA berusaha mengatasi masalah yang dihadapi rakyat untuk
memulihkan kepercayaan rakyat
Kegagalan BMA
 Inflasi menyebabkan harga barangan seperti beras dan garam
meningkat selepas perang
 British gagal memulihkan sosioekonomi Tanah Melayu disebabkan
masalah membawa masuk teknologi ke sini

4.2 Gagasan Malaysian Union


Latar Belakang
 Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu
 Menggantikan BMA yang telah gagal
Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union
1. Pentadbiran Malayan Union
 Kesatuan
o Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan Negeri-negeri disatukan di bawah satu
pentadbiran
o Tidak termasuk Singapura
 Raja-raja Melayu
o Sultan hanya berperanan membincangkan agama dan adat
 Ketua Pentadbir
o Malayan Union diketuai oleh Gabenor British
o Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan di Malayan Union
dikawal oleh Pesuruhjaya Tinggi British
2. Kewarganegaraan
 Prinsip jus soli digunakan
o Semua yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura
diiktiraf sebagai warganegara
o Umur 18 ke atas: Diberikan kewarganegaraan setelah
bermastautin selama 10 hingga 15 tahun
o Umur 18 ke bawah: Diberikan kewarganegaraan bagi yang
ibu bapanya merupakan warganegara

British Mendapatkan Tandatangan Sultan


H.C. Willan Merintis Jalan Menghadap Raja-raja Melayu
 Willan ditugaskan untuk menghadap dan meninjau sokongan Raja-raja
Melayu terhadap British
 Willan berusaha untuk memastikan setiap raja Melayu yang ditemui
akan menandatangani perjanjian
Misi Sir Harold MacMichael Mendapatkan Tandatangan Sultan
 Selepas Willan menjalankan tinjauan, MacMichael datang ke Tanah
Melayu untuk mendapat tandatangan Raja-raja Melayu
 Pada mulanya, raja-raja Melayu menentang untuk menandatangani
perjanjian
 MacMichael akhirnya berjaya mendapat tandatangan Raja-raja Melayu
dengan desakan dan paksaan

4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap


Malayan Union
Penentangan Raja-raja Melayu terhadap Malayan
Union
Sebab Penentangan
1. Malayan Union merupakan penjajahan
2. Raja-raja Melayu kehilangan kuasa politik

Cara Bantahan
1. Membawa Kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England
 Kerana MacMichael mendapatkan persetujuan dengan cara tidak sah

2. Menghantar Surat Bantahan ke London


 Kandungannya termasuk diugut untuk menandatangan
 Tidak diberikan peluang untuk berbincang dengan penasihat negeri

3. Menyokong Kongres Melayu


 Raja-raja Melayu menyokong Kongres Melayu yang membantah
Malayan Union
 Sultan Selangor menderma $15 ribu kepada tuan rumah Kongres
Melayu Pertama dan merasmikan kongres tersebut
4. Permaisuri Perak Memimpin Gerakan Menentang Malayan Union
 Raja Perempuan Kelsom mengetuai perarakan bersama wanita Perak di
perhimpunan besar menentang Malayan Union

5. Memulaukan Upacara Pelantikan Gabenor Malayan Union


 Raja-raja Melayu bersama rakyat memulaukan upacara pelantikan Sir
Edward Gent sebagai Gabenor
 Cara ini dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar

Penentangan Rakyat terhadap Malayan Union


1. Bantahan Akhbar Melayu
 Akhbar Melayu mengutuk Malayan Union yang merugikan orang
Melayu
 Menyeru orang Melayu membantah melalui perhimpunan besar-
besaran
 Melaporkan perkembangan menentang Malayan Union

2. Bantahan Cendekiawan
 Bantahan daripada tokoh pentadbir Melayu dan tokoh wanita
3. Bantahan Persatuan Melayu
 Persatuan Melayu menghimpunkan orang Melayu untuk membantah
tindakan MacMichael melalui rapat umum
4. Bantahan di Negeri Kelantan, Kedah dan Johor
 di Kelantan: 10,000 orang berhimpun di Kota Bahru semasa
MacMichael datang mendapatkan tandatangan sultan
 di Kedah: Orang Melayu berarak di Alor Setar
 di Johor: Dato’ Onn Jaafar memimpin 20,000 orang Melayu berhimpun
menentang Malayan Union

5. Mengadakan Kongres Melayu


 Za’ba menghubungi pemimpin-pemimpin negeri lain untuk
menganjurkan Kongres Melayu yang bertahap kebangsaan
 Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National
Organisation (UMNO)

6. UMNO Menganjurkan Bantahan Secara Besar-besaran


 UMNO mengadakan bantahan besar-besaran di seluruh negara
 Gammans dan Rees Williams memerhati penentangan orang Melayu
 Mereka melapor kepada British bahawa sultan yang menandatangani
Perjanjian Malayan Union tidak menyedari akibatnya

4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan


British
Latar Belakang
 Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British
 Mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan

Faktor Penyerahan Sarawak kepada British


Masalah Pewarisan Takhta
 Vyner Brooke tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikannya
sebagai raja
 Sedangkan beliau semakin tua dan uzur
Desakan Kerajaan British
 Pejabat Tanah Jajahan mendesak Vyner Brooke untuk menyerahkan
Sarawak
Masalah Kewangan
 Vyner Brooke menghadapi masalah kewangan untuk memulihkan
Sarawak sekepas perang
 Banyak kemudahan di Sarawak telah musnah

Proses Penyerahan Sarawak kepada British


1. Pejabat Tanah Jajahan mengutus surat kepada Vyner Brooke untuk
menandatangani perjanjian penyerahan
2. Vyner Brooke mendapat persetujuan daripada ketua tempatan tanpa pengetahuan
rakyat Sarawak
3. British mahu Vyner Brooke mendapatkan juga persetujuan Majlis Negeri dan
rakyat Sarawak
4. British juga membuat tinjauan di Sarawak, hasil tinjauan:
 Peribumi menentang penyerahan Sarawak
 Orang Cina menyokong
 Sesetengah penduduk tidak memahami maksud penyerahan Sarawak
5. Majlis Negeri meluluskan penyerahan Sarawak selepas membuat undian
6. Sarawak menjadi tanah jajahan British

4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap


Penyerahan Sarawak
Terdapat dua golongan dalam kalangan rakyat:
 Golongan menentang penyerahan Sarawak
 Golongan menyokong penyerahan Sarawak
Faktor Penentangan Penyerahan Sarawak
Tindakan Vyner Brooke Bertengtangan dengan Perlembagaan 1941
 Perlembagaan 1941 menyatakan bahawa rakyat Sarawak akan
dibimbing untuk memerintah negeri sendiri
Vyner Brooke Mengetepikan Surat Wasiat Charles Brooke
 Golongan menentang ingin mengekalkan pemerintahan Dinasti Brooke
untuk memudahkan kemerdekaan
 Vyner Brooke tidak berbincang dengan Anthony Brooke (Raja Muda
Sarawak)
Gerard T. MacBryan Menggunakan Muslihat
 MacBryan menggunakan desakan dan sogokan untuk mendapatkan
persetujuan ketua tempatan

Bentuk Penentangan Penduduk Tempatan


Mengadakan Persidangan
 Johari Anang menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan
Sarawak
 Bertujuan untuk mengadakan demonstrasi menentang penyerahan
Sarawak
Mengadakan Demonstrasi
 Demonstrasi dilakukan ketika kedatangan Gabenor pertama Sarawak
dari British
 Mengangkat poster “Sarawak adalah hak kami” dan lain-lain
Meletakkan Jawatan Beramai-ramai
 British melarang pengawai awam menyertai gerakan menentang
penyerahan
 Seramai 409 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan
 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak menamatkan
pengajian mereka
Bantahan Golongan Wanita
 Cikgu Lily Eberwein mengadakan kempen kesedaran di rumah panjang
 Beliau merupakan ketua kaum ibu
Menggunakan Akhbar
 Utusan Sarawak digunakan untuk menyebarkan antipenyerahan
 Pengarang menggunakan tajuk yang tajam seperti “Kerajaan British
Menipu Rakyat”
Menulis Surat Bantahan
 Pergerakan Pemuda Melayu menghantar surat bantahan kepada
kerajaan British
 Anthony menentang penyerahan dengan membuat rayuan ke
mahkamah tetapi ditolak
Menubuhkan Kumpulan Rukun 13
 Rukun 13 ditubuhan secara sulit oleh Pergerakan Pemuda Melayu
 Rukun 13 ingin menghapuskan pegawai tinggi British di Sarawak

Peristiwa Sungkit Berdarah


 Rosli Dhoby menikam Duncan Stewart (Gabenor kedua)
 Duncan Stewart meninggal seminggu kemudian
 Peristiwa tersebut dikenali sebagai “Sungkit Berdarah”
 Rosli Dhoby dan pemimpin Rukun 13 dihukum gantung

Reaksi Penduduk yang Menyokong Penyerahan


Sarawak
– Terdapat juga penduduk yang menyokong penyerahan Sarawak
kepada British
 – Faktor penduduk menyokong penyerahan ialah:
Memajukan Negeri
 Sarawak mengalami banyak kemusnahan selepas perang
 British boleh memajukan perdagangan, pendidikan, kesihatan dan taraf
hidup penduduk
Memajukan Penduduk Tempatan
 Golongan menyokong menubuhkan Young Malay Association (YMA)
 YMA membantu orang Melayu yang mundur dalam ekonomi, pelajaran
dan agama
Memberikan Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam
 Golongan intelektual diberikan jawatan profesional dalam
perkhidmatan awam
 Ini dapat membantu Sarawak berkerajaan sendiri

4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British


Latar Belakang
 Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyerahkan Sabah kepada
kerajaan British
Faktor Penyerahan Sabah kepada British
Memenuhi Kepentingan British
 British bakal memberikan kemerdekaan kepada Sri Lanka, India dan
Burma
 Sabah dapat menggantikan jajahan tersebut untuk membekalkan
bahan mentah dan kawasan pasaran
Meneruskan Dasar British dalam Hubungan Luar
 Sabah merupakan negeri naungan British sebelum penyerahan
 British terus menguasai perhubungan luar dan pertahanan Sabah
Masalah Kewangan SBUB
 Jepun memusnahkan infrastruktur sebelum meninggalkan Sabah
 SBUB tidak mampu menanggung kos pemulihan

4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap


Penyerahan Sabah
Penyerahan Sabah tidak mendapat penentangan disebabkan:

Dasar British
British Menindas Kegiatan Berpersatuan
 Pada awalnya, terdapat persatuan yang bergiat membangkitkan
kesedaran politik
 British melemahkan kegiatan ini dengan menawarkan jawatan kepada
ahli persatuan tersebut
 British juga memindahkan pemimpin persatuan ke bandar lain
 Jadi, kegiatan berpersatuan semakin lemah
Mengehadkan Peluang dalam Pentadbiran
 Menyebabkan penduduk tempatan kurang berpengalaman dalam
pentadbiran

Kepentingan Sosioekonomi Penduduk Tempatan


 Dapat membangunkan Sabah selepas perang

Anda mungkin juga menyukai