Anda di halaman 1dari 18

BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME

2.1 Maksud Nasionalisme

Maksud

 Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara


 Semangat kebangsaan untuk menentang penjajahan serta membela bangsa
dan negara
 Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada kuasa
asing

Pendapat Tokoh
Hans Kohn

 Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau


bangsanya

Profesor William R. Roff

 Nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri


 Disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu dan faktor
ekonomi
 Kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat
Dato’ Onn Jaafar

 Kita hendak menzahirkan bangsa yang lebih tegap dan kuat


 Boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri
 Mengambil tempat kita yang sebenar

Dr. Burhanuddin al-Helmi

 Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan yang kuat,


iaitu National Fronts
 Usaha untuk mencapai kemerdekaan hendak berpegang pada tatatertib dan
adab sopan bangsa Melayu dan Islam

Dr. R. Suntharalingam

 Hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negara sendiri


 Memindahkan kedaulatan kepada rakyat
 Kesetiaan ulung individu kepada negara bangsa

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

 Wujud sejak zaman Kesultanan Melaka


 Kesetiaan kepada raja
 Berpegang pada “Tanah Melayuan”

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

 Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dan


negara sendiri sebelum merdeka
2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Revolusi Keagungan (1688) – England

 Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat


 Tercetus kerana Raja James II membelakangkan parlimen
 Ahli parlimen bangkit menentang dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja
William of Orange dari Belanda
 Raja James II melarikan diri ke Perancis
 Berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
 Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan
semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange
 Bill of Rights digubal

Revolusi Amerika (1766)

 Menentang penjajahan British


 Disebabkan British tidak melindungi hak penduduk Amerika
 Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika
 Penduduk Amerika menentang Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta
Teh yang mengenakan cukai di tanah jajahan tersebut
 Menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika
dalam parlimen
 Kongres yang diketuai George Washington mengisytiharkan perang terhadap
British demi kemerdekaan
 Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh
Thomas Jefferson
 Perisytiharan tersebut menegaskan sekiranya kerajaan tidak dapat menjamin
hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, penduduk berhak untuk
membentuk kerajaan baharu
 Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi ditubuhkan

Revolusi Perancis (1789)

 Tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis


 Memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan
 Jean Jacques Rousseau
 Menulis The Social Contract
 – Keunggulan suara rakyat menjamin kesejahteraan rakyat
 – Suara rakyat digelar sebagai “hasrat umum”
 – Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi darapada institusi raja dan
birokrasi
 Golongan revolusi
 Menentang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan
bangsawan
 Menggempur penjara Bastile untuk membebaskan tahanan politik
 Menggulingkan Raja Louis XVI
 Republik Perancis muncul dan pemerintahan beraja berakhir

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia

Nasionalisme di India

 Reaksi penduduk terhadap dasar imperialisme British


 Titik tolak: Dahagi India 1857
 Awal:
 Bercorak gerakan yang mengutamakan isu sosioagama
 Pertubuhan penting: Brahmo Samaj dan Arya Samaj
 Menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan
 Penghujung abad ke-19:
 Kemunculan golongan intelektual
 Lebih tersusun
 Pertubuhan politik: Kongres Kebangsaan India (INC) dan Liga
Muslim
 Awal abad ke-20:
 Gerakan bersifat keras
 Diketuai nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin
Chandra Pal
 Secara militan
 Selepas Perang Dunia Pertama:
 INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British
 Diterajui Mahatma Gandhi yang memupuk
pegangan satyagraha
 Selepas Perang Dunia Kedua:
 INC dan Liga Muslim merancang pembahagian India kepada
negara India dan Pakistan
 Pakistan diumumkan merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah
sebagai Gabenor Jeneral
 India diumumkan merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai
Perdana Menteri

Nasionalisme di China

 Bertujuan mengukuhkan peradaban China daripada penguasaan oleh kuasa


asing
 Bercorak anti-Barat
 Bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti
Manchu
 Kerajaan Manchuria dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat
 Gagal menghalang kemasukan pengaruh dan campur tangan Barat
 Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)
 Asas gerakan Revolusi China pada 1911 yang berjaya menumbangkan
Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

i) Gerakan Islah

 Gerakan pemulihan Islam


 Dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
 Disebabkan oleh imperialisme Barat mengubah budaya dan tradisi kepercayaan
masyarakat tempatan
 Tujuan:
 Memupuk ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis
 Memperbaik kehidupan masyarakat supaya bebas daripada penjajahan
ii) Gerakan Pan-Islamisme
 Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat):
 Ditubuhkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
 Untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada
kemajuan
 Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa  untuk menyebarkan idea Pan-
Islamisme
 Empayar Uthmaniyah:
 Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme
 Mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia
 Contoh: Kebangkitan Tok Janggut menentang British di
Kelantan

Nasionalisme di Jepun

 Disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan


ancaman imperialisme Barat
 Maharaja Mikado Meiji melancarkan pemulihan Jepun
 Menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya dihormati kuasa
Barat
 Semangat bushido menjadi asas nasionalisme Jepun
 Pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara perindustrian dan kuasa tentera
yang kuat
 Nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai
kuasa inperialisme di Asia

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Filipina

 Peringkat awal:
 Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal
 Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada Sepanyol
 Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk mendesak kerajaan Sepanyol
 Selepas kegagalan Gerakan Propaganda:
 Lebih radikal
 Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh
kemerdekaan Filipina
 Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan  untuk menyebarkan idea revolusi
kepada rakyat Filipina
 Bonifacio melancarkan Revolusi Filipina bersama Emilio Aguinaldo
 Selepas kegagalan Revolusi Filipina:
 Anguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina dengan bekerjasama
dengan Amerika Syarikat
 Namun Perisyitiharan Kemerdekaan Filipina oleh Anguinaldo tidak diiktiraf
oleh Amerika Syarikat
 Amerika Syarikat sebaliknya meletakkan Filipina di bawah penjajahan
 Golongan nasionalis bertukar menggunakan saluran diplomasi melalui
parti politik sederhana
 Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis berjaya dilantik menganggotai
Dewan Perhimpunan Filipina
 Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan sehingga Perang Dunia
Kedua

Nasionalisme di Burma (Myanmar)

 Menentang imperialisme dan pengaruh British mengancam agama Buddha


 Persatuan Belia Buddha
 Ditubuhkan ntuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan
kebudayaan Burma
 Isu kasut digunakan
 Diambil alih oleh U Ba Pe dan ditukar nama kepada Majlis Persatuan Am
Kesatuan Burma
 Isu bangsa Burma mula diperjuangkan
 Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
 Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi
 Mencetuskan Pemberontakan Saya San (diketuai oleh Saya San)
 Disokong golongan petani yang terbeban dengan cukai
 Selepas pengenalan Perlembagaan Burma 1935:
 Perlembagaan tersebut memisahkan Burma dengan India
 Mulanya perjuangan berkerajaan sendiri
 Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang
Burma
 – Pemimpin menggelar diri sebagai “Thaikin” yang bermaksud tuan
 – Menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma
 – Pemimpin: Aung San, Kyaw Nein dan U Nu
 Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan dilantik sebagai Perdana Menteri
pertama
Nasionalisme di Vietnam

 Gerakan nasionalisme oleh golongan Mandarin:


 Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
 Kemunculan golongan intelektual:
 Kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis ditingkatkan
 Akhbar Tribune Indige  dan Cloche Felee  diterbitkan
 – Mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam
 Selepas Perang Dunia Kedua:
 Bercorak revolusi dan mempunyai dua aliran iaitu nasionalisme dan
komunisme
 Parti nasionalisme: Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) pimpinan
Nguyen Thai Hoc
 Parti komunisme: Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
 VNQDD melancarkan pemberontakan untuk mengusir Perancis
 – Perancis menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh
Nguyen Thai Hoc
 Gerakan revolusi diteruskan oleh Ho Chi Minh
 Ho Chi Minh berjaya mengisyitiharkan kemerdekaan Republik Demokratik
Vietnam di Vietnam Utara
 Vietnam Selatan berada di bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat
 Gerakan nasionalisme diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk

Nasionalisme di Indonesia

 Awal:
 Berkisarkan isu pendidikan untuk megubah nasib rakyat
 Raden Adjeng Kartini
 – Memperjuangkan pendidikan kaum wanita
 – Karyanya Hilang Gelap Terbitlah Terang mendedahkan dasar
diskriminasi Belanda yang memundurkan bangsa Indonesia
 Kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun:
 Muhammadiyah
 – Mempertahankan Islam daripada ancaman sekularisme Barat
 Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis
Indonesia (PNI)
 – Memperjuangkan kemerdekaan
 – PNI menjadi berpengaruh di bawah pimpinan Soekarno
 Kongres Pemuda Indonesia
 – Melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda“
 Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)
 – Dibentuk Soekarno
 – Merupakan gabungan organisasi Indonesia yang memperjuangkan
kemerdekaan

Nasionalisme di Thailand

 Thailand tidak dijajah oleh negara Barat


 Nasionalisme bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut
penglibatan rakyat
 Langkah pemodenan oleh Raja Mongkut:
 Membina hubungan baik dengan kuasa Barat
 Melaksanakan birokrasi Barat
 Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan
 Pemodenan diteruskan oleh Raja Chulalongkorn
 Rakyat mementang Raja Vajiravudh:
 Disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh dan penguasaan
politik oleh kerabat raja
 Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibulsongkram menubuhkan
Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai
 Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan
 Raja diletakkan pada kedudukan tertinggi tetapi tidak mencampuri
pentadbiran kerajaan
 Rakyat menentang penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina :
 Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang
 – Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina
 – Menggalakkan penglibatan peribumi dalam kegiatan ekonomi
 Dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah Jepun

2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

Zaman Kesultanan Melayu Melaka

 Sultan Mahmud Shah berusaha mendapatkan Melaka kembali daripada


Portugis
 Melakukan tiga kali serangan tetapi menemui kegagalan

Perjuangan Sultan Kedah

 Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris


(SHTI)
 Baginda berusaha mendapatkan Pulau Pinang kembali
Perjuangan setempat

 Tokoh: Penghulu Dol Said, Dato’ Bahaman, Rentap, Tok Janggut dan Haji Abdul
Rahman Limbong
 Menuntut kebebasan daripada ancaman luar
 Mendapat reaksi yang keras daripada penjajah
 Masyarakat terpaksa bergerak secara sederhana

Perjuangan tokoh agama

 Dibawa oleh gerakan Islah


 Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha
dan Syed Sheikh al-Hadi
 Diteruskan melalui penulisan kreatif dan akhbar
 Tokoh: Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul
Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah
Yaakub

Perjuangan melalui pertubuhan sosioekonomi

 Dipelopori oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu


 Tokoh: Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestanam dan
Burhanuddin al-Helmi
 Perjuangan mengkritik dan menyedarkan masyarakat diteruskan walaupun
menghadapi pelbagai kekangan

2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

Peranan Agama

 Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada ajaran agama Islam yang
sebenar dengan berpandukan al-Quran dan Hadis
 Menentang imperialisme Barat di negara Islam
 Pemimpin Gerakan Islah Sheikh Muhammad Abduh

Peranan Kreatif

 Hasil kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi


 Mengungkap keperitan hidup dijajah
 Contoh novel Melor Kuala Lumpur karya Harun Aminurrashid dan cerpen Cerita
Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai

Media Cetak

 Akhbar dan majalah -Sila rujuk buku teks m/s 34


 Contoh - Sila rujuk buku teks m/s 34

Sistem Pendidikan

 Penubuhan madrasah
 Pendidikan moden Islam
 Menerima idea nasionalisme dari Sumatera Barat dan pelajar pulangan
dari Mesir
 Pelajar didedahkan idea falsafah Islam dan Barat
 Contoh Madrasah
 Contoh Institusi Pendidikan
*Sila rujuk buku teks m/s35

Kemunculan Golongan Intelektual

 Hasil perkembangan sistem pendidikan


 Lepasan pendidikan Timur Tengah, Inggeris dan Melayu
 Contoh golongan intelektual
Pengaruh Luar dan Serantau

 Kebangkitan Pan-Islamisme menyedarkan umat Islam


 Gerakan Islah menggesa umat Islam melakukan pembaharuan
 Kejayaan Jepun menewaskan Rusia membuka mata penduduk tempatan
 Revolusi China menimbulkan kesedaran nasionalisme
 Perjuangan Mahatma Gandhi di India tanpa kekerasan

2.7 Perkembangan Nasionalisme

Perkembangan Golongan Intelektual

Intelektual Berpendidikan Agama


 Digerakkan oleh Kaum Muda
 Melalui gerakan Islah
 Agama Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia dan akhirat
 Penubuhan madrasah
 Idea disebar melalui akhbar
 Tokoh Kaum Muda
Intelektual Berpendidikan Inggeris
 Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
 Asalnya untuk melatih anak bangsawan bagi diserap dalam kerajaan British
 Ada lepasan yang bertugas sebagai pegawai kerajaan
 Mereka menuntut British dengan cara berbaik-baik supaya:
 Memperbaik taraf hidup orang Melayu
 Membuka lebih banyak peluang perkerjaan kepada orang Melayu dalam
jabatan kerajaan

Intelektual Berpendidikan Melayu


 Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) melahirkan semangat kesedaran bangsa
melalui:
 Peranan guru
 Kewujudan Pejabat Karang Mengarang
 Kemasukan bahan bacaan dari Timur dan Indonesia
 Kurikulum yang menitikberatkan mata pelajaran Sejarah dan keagungan
empayar Melayu di Alam Melayu
 Mata pelajaran Anyaman, Kesihatan dan Sukan
 Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Boineo
– Membawa kepada kelahiran persatuan radikal Kesatuan Melayu
Muda

Perjuangan Melalui Penulisan

Akhbar dan Majalah


 Mengetengahkan isu-isu
 Seperti isu hak dan masa depan bangsa serta polemik Kaum Muda dengan
Kaum Tua
 Syarikat Jelutong Press menyuburkan kegiatan penerbitan akhbar
 Akhbar Melayu – Sila rujuk buku teks m/s 38
Akhbar Masyarakat Cina dan India
 Akhbar Cina merangsang pemikiran masyarakat HuaChiao (kaum Cina seberang
laut)
 Untuk mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita
 Menyemai perasaan cinta akan negara China
 Contoh akhbar Cina – Sila rujuk buku teks m/s 38
 Akhbar India memperjuangkan kepentingan politik dan sosial masyarakat India
di negara ini
 Contoh akhbar India – sila rujuk buku teks 38
Karya Kreatif
 Novel, puisi dan cerpen
 Bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air
 Contoh karya kreatif – sila rujuk m/s 39
Perjuangan Melalui Persatuan

Kesatuan Melayu Singapura (KMS)


 Ditubuhkan oleh Mohammad Eunos Abdullah
 Menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran
 Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan
 Mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi
 Kejayaan KMS mendoring penubuhan persatuan lain
 Mereka berkerjasama dengan British dan meminta peluang diberikan kepada
orang Melayu dalam pentadbiran
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
 Menggalakkan ahli untuk bersatu dan bertukar pendapat
 Berusaha menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau
persidangan
 Mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu
 Menghimpunkan wakil persatuan Melayu untuk mengutarakan isu kebangsaan
 Kebanyakan ahli di Sabah terdiri daripada guru sekolah Melayu, pengawai
rendah kerajaan dan peniaga
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
 Ditubuhkan oleh Ibrahim Haji Yaakob
 Berjuang melalui akhbar Majlis
 Menentang British dengan gagasan Melayu Raya
 Dianggap radikal oleh British
Persatuan Masyarakat Cina dan India
 Awalnya masyarakat Cina masih menumpukan perhatian kepada keadaan di
China
 Pemimpin revolusi China, Dr. Sun Yat Sen melawat pemimpin Cina di negara
kita
 Untuk mendapatkan sokongan menentang kerajaan Manchuria
 Terdapat juga masyarakat Cina yang memberi perhatian kepada kebajikan dan
perkembangan politik tempatan seperti Cina Peranakan
 Tan Jiak Kim yang berpendidikan Inggeris menubuhkan Persatuan Orang Cina
Peranakan British (SCBA)
 SCBA menggalakan pelajaran tinggi dan teknikal dalam masyarakat Cina
 Tan Cheng Lock berusaha SCBA di Melaka dan menuntut peluang dalam
perkhidmatan kerajaan

 Persatuan India ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India di


Tanah Melayu
 Persidangan India Se-Melayu diadakan untuk membincangkan isu masyarakat
India
 G.V. Thaver menubuhkan Malayan Indian Association (MIA)
 Dr. A.M. Soosay menubuhkan Central India Association of Malaya (CIAM)
 CIAM berjaya mengembangkan idea nasionalisme masyarakat India di Tanah
Melayu

 Masyarakat Sikh terlibat sebagai pasukan keselamatan


 Mereka menjalankan aktiviti sosial dan keagamaan di kuarters kerajaan
dan gurdwara
 Persatuan Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan

 Masyarakat India Muslim ramai melibatkan diri dalam perniagaan dan


pentadbiran

2.8 Kesan Perkembangsan Nasionalisme

Politik

 Bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS) bertambah


 Dasar desentralisasi oleh British cuba mengembalikan kuasa sultan, residen dan
Majlis Mesyuarat Negeri
 Orang Melayu mula mementingkan bersuara melalui persatuan
 Masyarakat Cina menubuhkan kelab bacaan dan pasukan drama untuk
membaca berita dari China
 Sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan bahasa Mandarin bagi
menggantikan dialek
 Masyarakat India di Tanah Melayu membentuk identiti tersendiri dan semakin
mementingkan perkembangan politik tempatan
 Nasionalisme juga menyebabkan British berhati-hati dan membuat sekatan

Ekonomi

 Membangkitkan semangat berniaga masyarakat Melayu


 Persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah ditubuhkan di Singapura
 Za’ba menyedarkan guru akan pentingnya pendidikan tinggi dan Inggeris
 Akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail  dan The Malaya
Tribune  mengasaskan dana untuk membantu orang Melayu melanjutkan
pelajaran di luar negara

Sosial

 Orang Melayu menulis majalah sendiri untuk mendapat peluang pendidikan


 Penggerak majalah Bulan Melayu, Ibu Zain mengingatkan tentang kepentingan
kepentingan ilmu untuk mengangkat martabat wanita

 Masyarakat India menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan mereka


 Presiden persatuan Malayan Rubber Estata Owner, E.E.C Thuraisingham
membantu perusahaan getah semasa kemelesetan ekonomi

 Masyarakat Cina mula meminta kerajaan British menimbangkan penglibatan


mereka dalam jawatankuasa kerajaan
 Tan Cheng Lock menuntut British menjaga kebajikan dan menyediakan dana
belajar untuk masyarakat Cina

Anda mungkin juga menyukai