Anda di halaman 1dari 94

Ancaman

Parti Komunis
Malaya dan
BAB 3 Darurat
BAB 3
Objektif
Pembelajaran
Peta Konsep
Penyusupan dan kegiatan
pengganas komunis
Langkah Membanteras
Ancaman Komunis
Kesan Darurat

Pengukuhan
Objektif Pembelajaran:

•Menyatakan tujuan penubuhan Parti Komunis Malaya

•Menyenaraikan langkah kerajaan membanteras ancaman komunis

•Memerihalkan Rancangan Briggs

•Menghuraikan tindakan kerajaan dalam Perang Saraf

•Menceritakan Pertemuan Baling

•Menjelaskan kesan darurat terhadap penduduk Tanah Melayu


PETA KONSEP Cara Penyusupan
Penyusupan
dan kegiatan Penubuhan Parti Komunis
pengganas Malaya
komunis
Keganasan Komunis

Pengisytiharan Darurat

Pengharaman PKM dan Parti


ANCAMAN PARTI Langkah Berhaluan Kiri
KOMUNIS Membanteras
MALAYA DAN Ancaman Memperbesar Pasukan
DARURAT Komunis Keselamatan
Rancangan Briggs

Perang Saraf

Pengampunan Beramai-ramai

Pertemuan Baling

Politik
Kesan Darurat Ekonomi

Sosial
Penyusupan
dan
Kegiatan pengganas
komunis
Bagaimana
komunisme
boleh masuk
ke negara
kita?
PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS KOMUNIS

Latar Belakang

1) Komunisme diasaskan oleh


Karl Marx pada pertengahan
abad ke-19.

2) Karl Marx menulis


ideologi komunismenya dalam
buku:
The Communist
Manifesto
 The German Ideology
 Das Capital
PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS KOMUNIS

Latar Belakang

3) Komunisme menentang golongan feudal dan


imperialis secara kekerasan untuk menggantikannya
dengan pemerintahan komunis.

4) Komunisme memperjuangkan :
 Masyarakat tanpa kelas, masyarakat yang adil
dan sama rata
 Memiliknegarakan tanah dan perindustrian
INFO

Feudal:
Sistem Kemasyarakatan yang
dikuasai oleh golongan
bangsawan

Imperialis :
Negara yang menjajah atau
mengenakan kuasa
pemerintahannya ke atas negara
lain
Idea Komunis Karl Marx turut tersebar ke
Tanah Melayu dengan perlindungan Parti
Nasionalis Cina (Kuomintang-KMT)

Karl
Marx
PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS KOMUNIS

Latar Belakang

5) Ideologi Komunis diamalkan di Rusia dan China.

6) Pada Julai 1919, Communist International (Comintern)


atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa mengarahkan
parti-parti komunis Eropah menyebarkan ideologi
komunis ke seluruh dunia.
CARA PENYUSUPAN FAHAMAN KOMUNIS DI TANAH
MELAYU

1) Fahaman komunis disebarkan melalui


 Parti Kuomintang (KMT)
 Parti Komunis Nanyang.
2) Ejen komunis menyebarkan dakyah komunis di kalangan orang
Cina melalui:
 Kesatuan sekerja
 Persatuan
 Kelas malam
 Penerbitan
3) Parti komunis Indonesia (PKI) menyebarkan fahaman komunis di
kalangan orang Melayu antara tahun 1924-1930.
CARA PENYUSUPAN FAHAMAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU

4) Orang Melayu menolak fahaman komunis kerana:


 Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan (ateis) .
Ini bertentangan dengan Islam yang menjadi anutan orang
Melayu.
 Bertentangan dengan adat resam orang Melayu
 Menggunakan kezaliman dan kekerasan untuk mencapai
matlamat
PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA

Penubuhan PKM (1930)_

1) Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 1930


2)Tujuan sebenarnya adalah untuk menubuhkan Republik Komunis
Malaya
3) Kegiatan PKM ialah:
 Melatih ramai kader dan menyusup ke dalam
kesatuan sekerja
 Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja
kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang
dan kilang
 Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk
perasaan membantah kenaikan cukai.
4) Komunis cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal.
PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA

Mogok di Batu Arang ( 1935)

1) PKM menjadi semakin agresif menjelang tahun 1935.


2) PKM melancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi
British di Tanah Melayu
3) Mogok yang besar berlaku di lombong arang batu di Batu Arang,
Selangor.
4) Seramai 6000 buruh telah melancarkan mogok dan mengambil alih
lombong tersebut.
5) British menghantar 300 anggota polis untuk menamatkan mogok
tersebut.
6) Pemimpin yang terlibat dengan mogok telah:
 Dihantar pulang ke China
 Telah ditahan
Anggota MPAJA menyerahkan senjata mereka kepada pihak
British
PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA

Komunis semasa pendudukan Jepun (1941-1945) sej

1) PKM bekerjasama dengan British untuk menentang


Jepun
2) Anggota PKM telah dilatih dalam taktik serangan
gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura
3) Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila menentang
tentera Jepun di Tanah Melayu
4) PKM membentuk MPAJA
5) British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui
Force 136.
PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA

Komunis selepas Perang Dunia Kedua (1945)

1) Selepas perang tamat, pentadbiran Tentera British telah meminta:


 MPAJA dibubarkan
 Menyerahkan semula senjata kepada mereka
2) PKM bersetuju membubarkan MPAJA
3) Walau bagaimanapun terdapat senjata yang disembunyikan
4) Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata akan:
 Dibayar sebanyak $350.00
 Menerima satu beg beras daripada pihak British
5) PKM yang menyusup dalam kesatuan sekerja mula aktif dalam
pergerakan politik
KEGANASAN KOMUNIS

1) Pada tahun 1948, Jawatankuasa Pemuda Komunis Antarabangsa


bermesyuarat di Calcutta, India.
2) Jawatankuasa mengambil keputusan melancarkan pemberontakan di
rantau Asia Tenggara.
3) PKM telah menubuhkan unit gerila ’Malayan Race LiberationArmy’ (MRLA)
4) PKM melakukan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong
milik syarikat Eropah.
5) Kegiatan keganasan PKM adalah seperti:
 Membakar bas
 Membakar kilang
 Menyerang balai polis
 Merosakkan landasan kereta api
 Membunuh orang yang bersubahat dengan pihak British
PKM mengganas di Tanah Melayu sehingga
membawa kepada pengisytiharan darurat.
PKM mengganas di Tanah Melayu sehingga
membawa kepada pengisytiharan darurat.
PKM mengganas di Tanah Melayu sehingga
membawa kepada pengisytiharan darurat.
Pengganas komunis memusnahkan sebuah ladang di Kampung Simpang
Tiga, Sitiawan Perak kerana penduduknya enggan bekerjasama.
Langkah
Membantera
s Ancaman
Komunis
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
Pengisytiharan 1. Pada bulan Jun 1948, pengganas komunis
Darurat membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di
Sungai Siput, Perak.

2. Peristiwa tersebut menggemparkan pihak


British.

3. Pada bulan Julai 1948, Pesuruhjaya Tinggi


British, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan
Darurat di seluruh Tanah Melayu.

4. Tujuannya adalah untuk melindungi kepentingan


ekonomi British di Tanah Melayu.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
Pengisytiharan 5) Kerajaan British menguatkuasakan Undang-
Darurat undang Darurat 1948.

6) Undang-undang ini:
 Membolehkan kerajaan menahan sesiapa
sahaja yang disyaki terlibat dengan kegiatan
komunis
 Membenarkan pasukan keselamatan
 menggelidah rumah kediaman
 Memindahkan penduduk ke penempatan baru
 Memagar kawasan kampung yang disyaki
penduduknya membantu pengganas komunis
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
Pengharaman 1) Pada 23 Julai 1948, kerajaan mengharamkan
Parti Komunis PKM
Malaya dan 2) Parti-parti berhaluan kiri yang memperjuangkan
Parti kemerdekaan turut diharamkan seperti:
Berhaluan Kiri
☻ Hizbul Muslimin
☻ AWAS – Angkatan Wanita Sedar
☻ PERAM – Pemuda Radikal Melayu
☻ PETA – Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu
☻ PKMM – Parti Kebangsaan Melayu Melaya
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
Memperbesar 1) Pasukan Polis
Pasukan  disusun semula dan diperbesar
Keselamatan  Anggotanya menjadi 70,000 orang
 Pasukan tentera turut diperbesar

2) Mata-mata Khas

 24,000 mata-mata khas Melayu ( Special


Constables) telah dilatih.
 Bertanggungjawab mengawal ladang dan
kawasan lombong yang terpencil
Askar-askar asing seperti askar Australia,
New Zealand dan Fiji turut membantu
memerangi komunis di Tanah Melayu.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
Memperbesar 3. Askar Komanwel
Pasukan  British membawa masuk askar dari Negara
Keselamatan Komanwel bagi menghapuskan ancaman komunis
 Askar komanwel terdiri daripada askar
Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji

4. Home Guard
Ditubuhkan untuk membantu pasukan polis dan
tentera menjaga keselamatan kampung
Anggotanya terdiri daripada kaum lelaki dan
wanita
Penubuhannya meniupkan semangat rakyat untuk
mempertahankan negara
Keberanian orang Melayu melawan pengganas
komunis secara berhadapan mengagumkan
Pesuruhjaya Tinggi British
Wanita juga sanggup
menyertai Home Guard
untuk membantu kaum
lelaki memerangi
pengganas komunis.

Sir Henry Gurney


sedang berbual dengan
salah seorang anggota
Home Guard di sebuah
perkampungan orang
Melayu
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
Memperbesar 5. Pasukan Keselamatan
Pasukan
Keselamatan  Pasukan ini mengebom dan melakukan serangan
hendap ke atas kawasan yang menjadi sasaran
komunis dengan bantuan tentera udara British
(RAF)
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
1.Rancangan 1. Rancangan Briggs ditubuhkan oleh Sir Henry
Briggs
Gurney pada 1950
a) KAMPUNG
BARU 2. Sir Harold Rowdon dilantik sebagai Pengarah
b) - Pindahkan Operasi Rancangan Briggs.
3. Tujuan penubuhannya untuk:
Penduduk
☻ menempatkan semula penduduk di kawasan
C) -
Lumpuhkan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru.
☻ Menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan
Min Yuen ubat-ubatan kepada komunis.
D) - sedia
4. Penempatan baru digelar ’Kampung Baru’
kemudahan
5. Tindakan tersebut bagi melumpuhkan gerakan
asas Min Yuen.
E) -Kad catuan
F) - MCA
G) -gerakan
dikawal
Rancangan Briggs yang diketuai oleh Sir
Harold Briggs bertujuan untuk
melumpuhkan Min Yuen

Sir Harold Briggs


LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
2. Gerakan 6. Seramai 400,000 penduduk setinggan Cina
kelaparan dipindahkan ke 400 buah Kampung Baru.
- Putuskan 7. Kampung baru lengkap dengan kemudahan
bekalan seperti:
- sekatan jalan
 Sekolah
raya  Tempat tinggal
- kad pergerakan  Bekalan air paip
- menggempur  Bekalan elektrik
- Undur ke  Kemudahan kesihatan
selatan
 Dipagar dengan kawat berduri
Thailand
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
8. Di kampong Baru, setiap ketua keluarga diberi
kad catuan makanan bagi memastikan anggota
keluarga memperoleh bekalan makanan yang
secukupnya.
9. Pergerakan keluar masuk penduduk di kampung
ini dikawal selia setiap masa.
10. Di bawah rancangan ini,Kerajaan melaksanakan
Program ”gerakan Kelaparan” untuk
memastikan komunis tidak mendapat bekalan
makanan, senjata, ubatan dan maklumat.
11. Sekatan jalan raya diadakan untuk menyekat
bekalan makanan, ubatan dan maklumat
daripada sampai ke tangan komunis
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
12. Tanpa bekalan makanan dan ubat-ubatan,
komunis terpaksa keluar dari tempat
persembunyian untuk mendapatkan
bekalan.
13. Ini memudahkan pasukan keselamatan
menggempur mereka.
14. Sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan
bagi mengawal pergerakan penduduk
15. Setiap penduduk yang berumur 12 tahun atau
lebih mesti didaftarkan dan diberi kad
pengenalan bagi membezakannnya dengan
komunis.
16. Briggs menyokong penubuhan MCA (Malayan
Chinese Association ) untuk membantu
setinggan Cina menjalankan kehidupan di
kawasan kampung Baru.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
17. MCA mengutip derma melalui jualan loteri
kebajikan
18. Kutipan jualan loteri kebajikan didermakan
kepada penduduk setinggan Cina di Kampong
Baru. Rancangan Briggs berjaya melumpuhkan
rangkaian gerakan PKM.
19. PKM menyedari sokongan rakyat terhadap
perjuangan mereka merosot.
20. PKM dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat di
Pahang mengambil keputusan untuk:
 Berundur ke selatan Thailand
 Mengurangkan kekejaman terhadap orang
awam
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS
LANGKAH HURAIAN
PERANG 1. Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer dilantik
SARAF menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu dan
Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry
Gurney.
2.Beliau sedar penggunaan kekerasan dan senjata
semata- mata tidak akan berjaya menghapuskan
komunis
3.Justeru, beliau telah menumpukan usaha untuk
memenangi hati dan fikiran rakyat supaya
bersama-sama membantu kerajaan menghapuskan
komunis. Kaedah ini dipanggil Perang Saraf.
4 Perang Saraf ialah rancangan yang dilaksanakan
oleh pentadbiran British untuk membasmi
pengganas komunis melalui kempen ’memenangi
hati dan fikiran rakyat’
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
PERANG 5. Melalui Perang saraf, kerajaan memberi
SARAF perhatian kepada aspek psikologi untuk
mendapatkan kerjasama rakyat supaya
menyokong kerajaan membanteras pengganas
komunis.
6. Perang saraf berjaya memujuk rakyat
berbilang kaum supaya bersatu dan
menghapuskan perasaan perkauman.
7. Kerajaan British telah menawarkan hadiah
yang besar kepada orang ramai yang berjaya
menangkap dan membunuh komunis.
8. Kempen ’Bulan Penduduk Tanah Melayu
Menentang Komunis’ telah dilaksanakan
dengan jayanya.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
PERANG 9. Penduduk pelbagai kaum membawa sepanduk
SARAF dan berarak mengutuk keganasan komunis.
Mereka turut membakar patung-patung
komunis.
10. Risalah-risalah menentang komunis turut
diedarkan ke seluruh Tanah Melayu.
11. Perang Saraf berjaya menimbulkan
kebencian terhadap kekejaman komunis.
12. Penduduk dengan rela hati menawarkan diri
menyertai pasukan keselamatan dan polis
untuk mempertahankan tanah air.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS
LANGKAH HURAIAN
PERANG 13. Dalam rancangan Perang Saraf, Templer
SARAF memperkenalkan ’Kawasan Hitam’ dan
’Kawasan Putih’
14. Kawasan Hitam ialah kawasan yang terdapat
kegiatan komunis yang aktif, manakala
kawasan putih ialah kawasan yang telah
dibebaskan daripada ancaman komunis.
15. Sehingga tahun 1954, kawasan yang
diisytiharkan kawasan putih ialah Melaka,
Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri
Sembilan.
16. Di kawasan yang penduduknya membantu
komunis, kerajaan telah memotong catuan
makanan dan melaksanakan ’Perintah
Berkurung’ sehingga 22 jam.
Sir Gerald Templer telah
mengisytiharkan ‘Kawasan Putih’ yang
pertama di Melaka.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS
LANGKAH HURAIAN
PERANG 17. Perintah Berkurung ialah Undang-undang
SARAF yang melarang seseorang individu keluar dari
rumah masing-masing dalam tempoh
tertentu. Biasanya larangannya bermula jam
6 petang hingga jam 6 pagi.
18. Bagi menarik sokongan orang Cina supaya
menyokong usaha Perang Saraf, kerajaan
telah melonggarkan syarat kewarganegaraan
pada tahun 1952 sehingga membolehkan
1.2 juta orang Cina dan 180, 000 orang
India menjadi warga negara Tanah Melayu.
19. Pelonggaran syarat kerakyatan ini
menunjukkan pengorbanan orang Melayu
terhadap kaum lain demi mewujudkan
perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS
LANGKAH HURAIAN
PERANG 20. Dalam kempen Perang saraf juga, Templer telah
SARAF menaikkan jumlah hadiah yang ditawarkan kepada
penduduk yang dapat menangkap atau memberi
maklumat tentang gerila komunis.

21. Sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng (hidup


atau mati) akan diberi hadiah $250,000 , dan
$200,000 bagi orang kanannya.

22. Sultan dan pembesar turut mengingatkan


rakyatnya agar tidak terpedaya dengan janji
komunis ( contohnya Sultan Pahang). Orang
Melayu yang menyokong dan membantu komunis
dianggap pengkhianat negara.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS
LANGKAH HURAIAN
PERANG 23. Menteri Besar Pahang mengingatkan orang
SARAF Melayu agar tidak melupakan keganasan Bintang
Tiga.
24. Dato’ Onn Ja’far menyeru rakyat supaya
membantu kerajaan menghapuskan komunis.
25. Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian
rakyat terhadap komunis dengan menggelar
mereka ‘pengganas’
26. Kerajaan telah menguatkuasakan peraturan
catuan bekalan makanan.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS
LANGKAH HURAIAN
PERANG 27. Pengganas komunis yang semakin terdesak
SARAF terpaksa menanam makanan sendiri di dalam
hutan tetapi Pasukan Keselamatan
menggagalkan usaha komunis dengan
menyembur racun ke atas tanaman tersebut.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
Pengampunan 1) Bagi membantu komunis menyerah diri,
Beramai- kerajaan telah menggugurkan risalah-risalah ke
Ramai dalam hutan.
2) Kerajaan sedia maklum bahawa ramai anggota
komunis dipaksa menyertai perjuangan yang
sia-sia itu.
3) Sebanyak 40 juta risalah telah digugurkan dari
udara. Setiap hari, Radio Malaya menyiarkan
syarat tawaran pengampunan yang ditawarkan
oleh kerajaan.
4) Poster-poster juga ditampal di merata-rata
tempat.
5) Iklan dan wayang gambar telah digunakan
untuk membantu rakyat menolong pengganas
menyerah diri.
6) Tunku Abdul Rahman sendiri telah mengadakan
lawatan ke daerah-daerah bagi menerangkan
tawaran kerajaan itu.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
PERTEMUAN 1) Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
BALING 1955 telah diadakan di Tanah Melayu.
2) PKM sering mendakwa matlamat perjuangan
mereka adalah untuk membebaskan Tanah
Melayu daripada penjajahan British.
3) Sebaliknya Parti perikatan tidak perlu
menggunakan cara kekerasan untuk memperoleh
kemerdekaan daripada British.
4) British bersetuju memberi kemerdekaan asalkan
penduduk Tanah Melayu sanggup bersatu dan
keamanan berjaya dipulihkan.
5) Dalam Kempen Pilihan Raya Majlis Perundangan
Persekutuan 1955, Parti Perikatan berjanji untuk
mendapatkan kemerdekaan dengan segera dan
menamatkan darurat.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
PERTEMUAN 6) Apabila Parti Perikatan memperoleh kemenangan
BALING cemerlang, Tunku Ab. Rahman dilantik menjadi
Ketua Menteri Tanah Melayu.
7) Beliau mengeluarkan tawaran pengampunan
beramai-ramai kepada pengganas komunis yang
ingin menyerah diri.
8) Chin Peng menulis sepucuk surat kepada Tunku
Abd. Rahman untuk mengadakan pertemuan.
9) Pada 28 Disember dan 29 Disember 1955, satu
pertemuan diadakan di Baling, Kedah.
SEKITAR PERTEMUAN DI
BALING
SEKITAR PERTEMUAN DI
BALING
SEKITAR PERTEMUAN DI
BALING
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
PERTEMUAN 10) Pihak kerajaan diwakili oleh:
BALING  Tunku Abd. Rahman
 David Marshall
 Tan Cheng Lock
11) Pihak komunis diwakili oleh:
 Chin Peng
 Chin Tien
 Rashid Maidin
12) Dalam pertemuan tersebut, Chin Peng
mengenakan syarat iaitu PKM hanya akan
menghentikan perjuangannya sekiranya
kerajaan mengakui PKM sebagai sebuah
parti politik yang sah.
Antara tokoh yang terlibat dalam Rundingan
Baling.

Tunku Abdul Rahman Tan Cheng Lock

Rasyid Maidin Chin Peng


PKM berjuang secara
ketenteraan bagi membentuk
Republik Komunis Malaya.
Rasyid Maidin Chin Peng
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
PERTEMUAN 13) Chin Peng enggan membenarkan kesetiaan PKM
BALING disiasat terlebih dahulu sebelum memulakan
kehidupan baru.
14) Tunku Abd. Rahman menolak tawaran tersebut
dan pertemuan ini menemui kegagalan
15) Walau bagaimanapun beliau bersedia berunding
dengan PKM pada bila-bila masa sahaja jika
PKM berubah fikiran.
16) Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan sebelum undang-undang darurat
ditamatkan.
LANGKAH MENCEGAH ANCAMAN KOMUNIS

LANGKAH HURAIAN
PERTEMUAN 17) Usaha membanteras komunis diteruskan selepas
BALING merdeka. Akhirnya, pada 31 Julai 1960,
kerajaan mengisytiharkan tamatnya darurat
yang berlangsung selama 12 tahun.
KESAN
DARURAT
KESAN DARURAT

KESAN HURAIAN
1) Undang-undang Darurat
POLITIK a) Akibat kekejaman dan keganasan komunis,
Kerajaan menguatkuasakan Undang-undang
Darurat pada tahun 1948.
b) Pihak British mengembil kesempatan
menggunakan undang-undang untuk
membendung gerakan kebangsaan berhaluan
kiri walaupun gerakan tersebut bukan
berfahaman komunis
KESAN DARURAT

KESAN HURAIAN
2) Melonggarkan Syarat Kerakyatan
POLITIK
a) Syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu
dilonggarkan pada 1952.

b) Tujuannya untuk menarik minat mereka supaya


tidak memihak kepada komunis
KESAN DARURAT

KESAN HURAIAN
3) Mempercepat Kemerdekaan
POLITIK
a. Darurat mendorong British mempercepat langkah
memberikan taraf berkerajaan sndiri kepada
penduduk tempatan.

b. Sebelum Pertemuan Baling, British berjanji akan


menyegerakan pemberian kemerdekaan kepada
Tanah Melayu.

c. Melalui pemberian kemerdekaan PKM tidak


mempunyai alasan untuk meneruskan
perjuangan mereka.
KESAN DARURAT

KESAN HURAIAN
4. Penubuhan MCA
POLITIK
a. Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan
sebagai usaha menarik minat orang Cina
melibatkan diri dalam pertubuhan politik
berhaluan kanan.
b. Kesannya Orang Cina mula memberikan
kerjasama bagi menentang komunis.
c. Usaha ini berjaya mengikis pandangan negatif
penduduk tempatan yang menganggap semua
orang Cina ialah pengganas komunis.
KESAN DARURAT
KESAN HURAIAN
1. Keganasan Komunis
EKONOMI a. Menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan
kegiatan harian secara aman.

2. Kemusnahan
a. Kemusnahan sistem perhubungan, jentera
melombong, kemudahan awam dan gangguan
terhadap buruh ladang menjejaskan ekonomi
negara.
b. Kerajaan membelanjakan $250,000 –
$300,000 sehari semasa darurat.
c. Selama 12 tahun darurat, kerajaan
membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi
membeli peralatan ketenteraan mengukuhkan
pertahanan.
KESAN DARURAT
KESAN HURAIAN
3. Pasukan Keselamatan
EKONOMI a. Kerajaan memperbesar pasukan keselamatan,
menambah bilangan polis dan Home Guard
untuk melindungi dan menjamin keselamatan
rakyat.

4. Kawasan Luar bandar Kurang Membangun.


a. Kerajaan kurang memberi tumpuan untuk
membangunkan kawasan luar Bandar.
b. Perhatian untuk meningkatkan taraf hidup
rakyat terpaksa dikurangkan kerana lebih
menumpukan kepada pembangunan di
perkampungan baru.
KESAN DARURAT
KESAN HURAIAN
1) Terkorban
SOSIAL a) Darurat menyebabkan ramai anggota pasukan
keselamatan, pengganas komunis dan orang
awam terkorban.
b) Pada akhir tahun 1950-an, jumlah orang
awam dan tentera yang terkorban serta
cedera ialah 21,231 orang.
c) Seramai 6,133 orang pengganas komunis
telah terkorban.
KESAN DARURAT

KESAN HURAIAN
2) Kesengsaraan
SOSIAL a. Peperangan menentang pengganas komunis
membawa kesengsaraan kepada kehidupan
rakyat selama 12 tahun.
KESAN DARURAT
KESAN HURAIAN
3) Aktiviti Terjejas
SOSIAL a. Penduduk sukar bergerak dan memperoleh
bekalan makanan kerana terpaksa
mematuhi pelbagai undang-undang yang
dikenakan oleh kerajaan.
b. Penduduk luar bandar tidak dapat
menjalankan aktiviti harian.
c. Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan
pertanian kerana larangan perintah
berkurung.
d. Catuan bekalan makanan menyebabkan
mereka bergantung kepada makanan
seperti ubi dan keledek, sama seperti
zaman Jepun.
KESAN DARURAT
KESAN HURAIAN
4) Penubuhan CLC
SOSIAL a. Kerjasama antara kaum dilaksanakan melalui
Community Liaison Commite (CLC) atau
Jawatankuasa Hubungan Antara kaum pada 1949.
b. Matlamat CLC ialah menjalin hubungan erat antara
penduduk berbilang kaum.
KESAN DARURAT
KESAN HURAIAN
5. Dasar Pelajaran Kebangsaan
SOSIAL a. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berorientasikan
Tanah Melayu dilaksanakan.
b. Penggunaan bahasa Pengantar yang sama dapat
memupuk persefahaman antara kaum.
c. Kandungan sukatan pelajaran yang berorientasikan
tempatan dapat memupuk perasaan cinta akan
tanah air.
1. Sejak darurat diisytiharkan, kerajaan mengambil langkah
menghapuskan ancaman Pengganas komunis.
2. Pada permulaan darurat, kerajaan menangani ancaman komunis
secara kekerasan tanpa melibatkan rakyat.
3.Perang saraf membuktikan sokongan dan kerjasama rakyat
penting bagi menentang komunis.
4. Tanpa sokongan rakyat, komunis sukar dibanteras.
5. Rakyat bersama-sama kerajaan bertanggungjawab memulihkan
keamanan dan kesejahteraan.
6. Kerjasama ini diumpamakan ”Bulat air kerana Pembentung, Bulat
manusia kerana Muafakat”
JOM
Kita tengok
siapa yang
terror….
LATIHAN PENGUKUHAN

Parti Komunis Malaya ( PKM ) bercita-cita


menubuhkan Republik Komunis Malaya

Berdasarkan maklumat di atas, apakah langkah yang diambil


oleh PKM bagi mencapai impian tersebut ?

I Mempengaruhi lebih ramai ahli


II Mengadakan kerjasama dengan British
III Menjalin hubungan dengan semua kaum
IV Menandatangani perjanjian dengan parti-parti politik
 
A I dan II
B II dan III
C
D
III dan IV
I dan IV
A
•Membakar ladang getah
•Memusnahkan landasan kereta api

Maklumat di atas merujuk kepada tindakan


komunis semasa darurat.
Apakah kesan tindakan tersebut? 2005
 
A Melumpuhkan ekonomi
B Menakutkan orang awam
C Memutuskan perhubungan
D Memecahbelahkan penduduk
 
A
•Mengharamkan parti radikal
•Menerima bantuan tentera
•Menubuhkan Home Guard

Mengapakah British mengambil tindakan di atas?


 
A Mengatasi masalah perkauman
B. Menghapuskan ancaman komunis
C Mengawal penentangan terhadap British
D Meredakan kemarahan penduduk tempatan
 

2005

B
British telah melancarkan kempen “Memenangi
Hati dan Fikiran Rakyat” pada tahun 1950-an.
Apakah kejayaan kempen tersebut?
 
A Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar
B Mewujudkan sistem pendidikan yang seragam
C Memupuk kerjasama rakyat melalui parti politik
D Menggembleng tenaga rakyat untuk menentang
komunis

D
Darurat telah diisytiharkan di Tanah Melayu

pada tahun 1948.


Apakah muslihat British membuat
pengisytiharan tersebut?
 
A Menyekat kebebasan bersuara
B Mewujudkan perpaduan kaum
C Melindungi kepentingan ekonomi
D Melambatkan kemerdekaan negara

2006

C
Setiap penduduk berumur 12 tahun atau
lebih mesti didaftarkan dan diberi kad
pengenalan.

Pernyataan di atas dikaitkan dengan sistem


pendaftaran kebangsaan pada tahun
1950-an.
Mengapakah tindakan tersebut diambil?
A Membasmi ancaman komunis
B Melicinkan proses pilihan raya
C Memudahkan bancian penduduk
D Mengenal pasti golongan imigran

2006
A
Sekolah Latihan Khas 101

Sekolah di atas telah ditubuhkan di Singapura pada


pertengahan kurun ke-20.
Penubuhan sekolah ini membuktikan
 
A perubahan strategi perjuangan PKM
B kelemahan pertahanan Tanah Melayu
C kerjasama antara PKM dengan British
D pengenalan pentadbiran tentera oleh British

2006

C
Tarikh Peristiwa
Penduduk yang tinggal di
1948 - 1949 pinggir hutan selalu dikunjungi
oleh ahli PKM untuk memujuk
merak menyertai Min Yuen.
Mereka berada dalam ketakutan

Apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan


masalah di atas?
 
A Membekalkan senjata
B. Menempatkan di kem pertahanan
C. Memindahkan ke petempatan baru
D. Mengisytiharkan perintah berkurung
C
Semoga beroleh keberkatan-Nya

Anda mungkin juga menyukai