Anda di halaman 1dari 101

Soalan Objektif

Kertas soalan mengandungi 28 soalan objektif. Ttap-tiap soalau mempunyai empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat daripada pilihan jawapan
tersebut .

BAB 1

1 Imperialisme moden bermula sejak abad ke- 15, apabila kuasa-kuasa rat menguasai wilayah-
wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia. Menurut pengetahuan sejarah anda, apakah
imperialisme?

A Dasar menguasai sumber

B Dasar meluaskan pengaruh dan wilayah

C Tindakan mengembangkan pengaruh agama

D Tindakan untuk mengembangkan idea ke negara lain

2 Rajah berikut merujuk kepada kuasa imperialisme Barat di Asia Tenggara.

Kuasa Imperialis:

Portugal

Sepanyol

Belanda

Britain

Apakah tujuan awal kuasa imperialis di atas menguasai Asia Tenggara?

A Meluaskan tanah jajahan

B Menyebarkan agama Kristian

C Memperoleh kawasan pasaran

D Menguasai perdagangan rempah

3 Mengapakah imperialis Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia


Tenggara?
A Melambangkan kekuatan dan kekayaan negara

B Galakan daripada pemerintah dan raja di Eropah

C Menghapuskan monopoli negara China dan India

D Saingan dengan pedagang-pedagang Arab dan India

4 Buktikan kepentingan pengenalan kapal berkuasa wap dari segi kemajuan ekonomi kuasa
Barat.

I Membawa muatan barang dagangan dengan banyak

11 Mempercepatkan perjalanan ke Barat 111 Memendekkan perjalanan ke Timur

IV Menjimatkan kos dan lebih selamat

A I dan 11

B I dan IV

C II dan III

D 111 dan IV

5 Slogan Beban Orang Putih digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam menjalankan
imperialisme. Apakah maksud beban orang putih?

A Bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera

B Bertanggungjawab untuk memodenkan kehidupan

C Bertanggungjawab untuk menyebarkan tamadun

D Bertanggungjawab untuk menyebarkan agama

6 Mengapakah kuasa Barat yang berjaya menguasai Asia Tenggara ingin menggantikan sistem
pemerintahan beraja tempatan?

A Ingin memantapkan sistem politik tempatan

B Ingin menjajah semua negara Asia Tenggara

C Ingin memperkenalkan sistem birokrasi Barat

D Ingin bekerjasarna dari segi politik dan ekonomi


7 Manakah antara yang berikut adalah berkenaan dengan Sistem Birokrasi Barat di Asia
Tenggara?

I Gabenor Jeneral menjadi ketua pentadbir di tanah jajahan

II Undang-undang Barat bercampur-aduk dengan adat resam tempatan

III Kerajaan pusat dibentuk melalui penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan

IV Pegawai Barat menjadi ketua biro dan berkongsi kuasa dengan pembesar tempatan

A dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

8 Pernyataan berikut merujuk kepada pentadbiran kuasa imperialis di Asia Tenggara

"... negara ini terdiri daripada barangay yang diperintah oleh golongan datu. Di selatannya pula
wujud kerajaan-kerajaan Islam…”

Manakah antara berikut sesuai dengan pernyataan di atas?

A Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Indonesia

B Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Vietnam

C Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Filipina

D Sistem pentadbiran sebelum penjajahan di Burma

9 Apakah tujuan Belanda menubuhkan Volksraad di Indonesia?

A Penasihat pentadbiran Belanda

B Langkah ke arah kemerdekaan

C Pembahagian kuasa pemerintah

D usaha menghapuskan golongan nasionalis


10 Antara yang berikut, manakah tugas Raja Burma sebelum penjajahan British?

I Penaung kepada sami Buddha

II Mengetuai Persatuan Belia Buddha

III Menjadi penasihat angkatan

IV Pentadbiran dibantu oleh Majlis Diraja Tentera

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D dan IV

11 Manakah antara yang berikut merupakan perubahan dalam sistem pentadbiran yang
dilakukan oleh British selepas menakluk Burma?

I Pesuruhjaya Tinggi British telah menjadi pemerintah tertinggi Burrna

II Pentadbiran daerah telah diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran,

III Beberapa jabatan ditubuhkan seperti jabalan Perhutanan, Kesihatan dan Pertanian

IV Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 melindungi
pentadbiran tradisional

A I dan II

B II dan IV

C II dan III

D III dan IV

12 Nyatakan syarat untuk pelantikan golongan Mandarin di IndoChina.

A Lulus ujian bahasa dan kesusasteraan China

B Memiliki sifat berani dan bertanggungjawab

C Mahir dalam selok-belok keagamaan dan adat


D Terdiri daripada kerabat diraja dan bangsawan

13 Apakah sistem pentadbiran kerajaan Melaka yang menjadi ikutan kebanyakan negeri-negeri
Melayu sebelum kedatangan Portugis?

A Empat Pembesar Pusat

B Negeri lajahan Naungan

C Pembesar Empal Lipatan

D Pentadbiran Daerah dan jajahan

14 British memperkenalkan Sistem Residen dan Sistem Penasihat di negeri-negeri Melayu.


Residen dan penasihat Brilish diletakkan di bawah

A Raja-Raja Melayu.

B Pesuruhjaya Tinggi British.

C Gabenor Negeri-Negeri Selat.

D Pejabat Tanah Jajahan London

15 Apakah dasar penjajahan Barat yang menimbulkan kemarahan penduduk tempatan. Asia
Tenggara?

I Memecahkan perpaduan dalam kalangan orang tempatan

II Membawa masuk imigran untuk menguasai ekonorni

III Menjalankan kerahan tenaga ladang milik peribumi

IV Menubuhkan sekolah aliran penjajah di luar bandar

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

16 Mengapakah penduduk Filipina yang beragama Kristian menentang penjajahan Sepanyol?


A Kekurangan gereja untuk beribadat

B Mungkir janji untuk memberi kemerdekaan

C mubaligh kristian melakukan penyelewengan

D Beranggapan penganut tempatan adalah kelas rendah

17 Apakah kesan pengalaman yang diterima olch golongan pelajar Asia Tenggara yang
melanjutkan pelajaran di Barat atau Asia Barat?

A Mereka mahu menjajah menggunakan sistem pentadbiran negara jajahan

B Mereka memohon subsidi dan elaun taraf hidup penduduk tempatan

C Mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka

D Mereka mahu penjajah mentadbir negara mereka sendiri

18 Rajah berikut merujuk kepada kemudahan pengangkutan dan perhubungan semasa


penjajahan kuasa imperialis di Asia Tenggara.

Pengangkutan:

Jalan raya

Kereta api

Perhubungan:

Telegraf

Telefon

Apakah kes perkembangan infrastruktur ke atas perkembangan nasionalisme?

A Membincangkan idea nasionalisme

B Memudahkan rakyat dan pemimpin

C Menghubungkan pelbagai kaum di kawasan terpisah

D Menyekat perkembangan nasionalisme di kawasan pedalaman

19 Jadual berikut merujuk kepada sistem ekonomi penjajah di Asia Tenggara


Indonesia Sistem Tanaman Paksa
Filipina Sistem Polo

Apakah persamaan tersebut?

A Kemasukan ramai imigran

B Menindas penduduk peribumi

C Menggunakan kaedah tradisional

D Penjajah memonopoli hasil keluaran pertanian

20 Rajah berikut merujuk kepada media massa yang wujud semasa penjajahan di Asia
Tenggara.

Vietnam Tribune Indigene


Clochefelee
Tanah Melayu Al-Ikhwan
Saudara
Majlis

Penjajah menganggap media massa di atas mengancam politik mereka. Sikap ini bertentangan
dengan amalan di negara mereka sendiri. Apakah amalan tersebut?

A Diskriminasi kaum

B Hak asasi manusia

C Kebebasan akhbar

D Humanisme

21 Antara yang berikut, manakah faktor luaran yang memberi inspirasi kepada golongan
nasionalis negara Asia Tenggara?

I Jepun berjaya menewaskan Amerika Syarikat pada tahun 1895

II Kekalalian Sepanyol ke tangan Amerika Syarikat

III Jepun menewaskan Rusia pada tahun 1905

IV Perjuangan Mahalma Gandhi di India

A I dan II

B I dan IV
C II dan III

D III dan IV

22 Mengapakah gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara lebih radikal?

A Penjajah mula menghapuskan bangsa dan negara jajahan

B Nasionalisme tahap pertama yang lebih sederhana sifatnya gagal

C Usaha menuntut kemerdekaan dipengaruhi perjuangan pemimpin tertentu

D Nasionalisme tahap pertama hanya tertumpu kepada usaha menuntut kernerdekaan

23 Rajah berikut merujuk kepada seorang tokoh pejuang nasionaiis Filipina yang menghadapi
penjajahan Sepanyol.

Menuntut i ilipina mcnjadi wilayah

Sepanyol

Tokoh X

Menubuhkan Liga Pilipina

Menuntut Filipina menjadi wilayah Sepanyol

X ialah

A Emilio Aguinaldo.

B Andres Bonifacio.

C Sergio Osmeno.

D Jose Rizal.

24 Apakah persamaan perjuangan nasionalisme Raden Adjeng Kartini dan Pertubuhan


Muhammadiyah?

A Membela nasib kaum wanita

B Menegakkan Islam yang sebenar

C Menerapkan idea moden dan sekular


D Memberi tumpuan isu-isu pendidikan

25 Mengapakah gerakan nasionalisme di Vietnam mengalami kegagalan?

A Pemimpin tempatan sering bertelagah

B Ancaman daripada Parti Komunis

Vietnam

C Terdapat parti politik yang menyebelahi Perancis

D Tindakan tegas terhadap pejuang nasionalis oleh Perancis

26 Antara yang berikut pilih tokoh nasionalis IndoChina yang bersifat radikal.
I Maharaja Bao Dai
II Nguyen Thai Land
III Phan Boi Chau
IV Ho Chin Minh
A I dan II C Il dan lll
B I dan IV D III dan IV

27 Siam tidak pernah dijajah oleh kuasa asing. Oleh itu, gerakan semangat nasionalisme di
Siam bukanlah kerana penentangan penjajahan. Apakah faktor yang menyebabkan para
nasionalis Siam menentang?
I Raja pilih kasih
II Pemimpin berhaluan kiri
III Cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat
IV Pedagang Cina yang mcnguasai perniagaan
A I dan ll C ll dan lll
B I dan IV D III dan IV

28 Antara yang berikut manakah berkaitan dengan gerakan nasionalisme tahap kedua di
Indonesia?
A Pemimpin nasionalis lebih bersitat terbuka
B Ingin merdeka sekalipun dengan kekerasan
C Perjuangan mereka gagal mempengaruhi rakyat
D Bekerjasama erat dengan Belanda dalam merancang kemerdekaan
BAB 1

Soalan Struktur jawab soalan-soalan di bawah ini.

1 Sistem birokrasi Barat telah menggantikan sistem pemerintahan tempatan selepas


kedatangan kuasa Barat.

(a) Berikan ciri-ciri sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara.


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)

(b) Jelaskan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)

(c) Mengapakah pelaksanaan sistem birokrasi Barat telah menggugat sistem pentadbiran
tempatan di Asia Tenggara?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

(3 markah)

(d) Kemukakan cadangan anda untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran di


negara kita.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(3 markah)

2 Berikut merujuk kepada perubahan sistem pemerintahan di Asia Tenggara setelah penjajahan
kuasa Harat.

Sistem Pemerintahan Beraja  Sistem Birokrasi Barat


(a) Imperialis Barat melaksanakan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara dengan muslihat
tertentu. Jelaskan.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(2 markah)

(b) Mengapakah sistem birokrasi Barat gagal mendapat sambulan daripada penduduk
tempatan?

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(2 markah)

(c) Jelaskan kepentingan memodenkan sistem pentadbiran di negara kita.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(3 markah)

(e) Sistem birokrasi Barat masih lagi diamalkan di negara-negara Asia Tenggara sehingga kini.
Buktikan.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Soalan Esei

Jawab soalan soalan di bawah ini.

3 Imperialisme Barat telah menggerakkan semangat nasionalisme di Asia lenggara.

(a) Jelaskan ciri-ciri nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap berikut:

(i) Tahap pertama

(3 markah)
(ii) Tahap kedua

(3 markah)

(b) Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Thailand.

(8 markah)

(c) Mengekalkan kemerdekaan negara adalah lebih sukar daripada mencapainya.

Jelaskan.

(6 markah)

4 Nasionalisme merujuk kepada semangat cinta akan negara dan membebaskan negara
daripada cengkaman ekonomi dan politik kuasa asing.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

(a) Nyatakan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.


(4 markah)

(b) Jelaskan gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.


(4 markah)

(c) (i)Pengaruh globalisasi terhadap nilai nasionalisme dalam kalangan generasi muda. Beri
penjelasan anda.
(6 markah)

(ii)Sejauh manakah sekolah berperanan memupuk semangat nasionalisme?

(6 markah)
5 Jadual berikut berkenaan slogan-slogan yang digunakan oleh imperialis Barat untuk
mewajarkan tindakan mereka menjajah negara-negara Asia Ienggara pada abad ke-19.

Beban Orang Putih Memimpin orang Timur ke arah kehidupan sejahtera


Tugas Menyebarkan Tamadun Bertanggungjawab mentamadunkan orang Timur

(a) Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut? Berikan komen anda.
(6 markah)

(b) Penjajah meninggalkan banyak kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial
& di negara-negara yang dijajah. Jelaskan.

(6 markah)

(c) Pada masa lcini, penjajahan bentuk baharu seperti pemikiran, budaya, ekonomi dan
teknologi dikatakan jauh lebih berbahaya kepada negara daripada penjajahan
sebelumnya jika tidak diatasi segera. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
(8 markah)
BAB 2

SOALAN OBJEKTIF :
Kertas soalan ini mengandungi 28 soalan objektif. Tiap-tiap soalan mempunyai empat pilihan
jawapan, iaitu A, B. C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat daripada pillhan jawapan
tersebut.

1. Apakah tindakan yang diambil oleh British untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka di
Tanah Melayu?
A Memaksa mereka menjadi jajahan takluk
B Memberi pencen kepada pemimpin tempatan
C Mengikat penduduk dengan pelbagai peraturan
D Mengadakan kerjasama dengan pemimpin daerah

2. Apakah tujuan dasar penaklukan British di daerah dan negeri seperti di Naning, Terengganu,
Sarawak dan Sabah?
A Untuk memaksa rakyat menentang raja
B Untuk mengukuhkan kedudukan politik British
C Untuk menunjukkan kehebatan sistem politik British
D Untuk melonggarkan perintah dan peraturan tempatan

3. Bagaimanakah eksploitasi terhadap ekonomi tempatan yang dilakukan oleh British di Tanah
Melayu?
A Perjanjian dengan pemimpin tempatan membawa masuk saudagar luar
B Ambil alih penguasaan pemerintah tempatan claim perdagangan
C Usahasama dengan pemimpin tempatan dalam perlombongan
D Melalui rampasan dan paksaan

4. Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh apabila British menjajah kawasan mereka
sehingga mereka kehilangan kuasa untuk mentadbir

I negara
II jajahan
Ill kawasan
IV anak buah

A I dan ll
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
5. Mengapakah Rentap terpaksa berundur ke Bukit Sadok setelah berjaya menewaskan James
Brooke di Kubu Nanga Skrang?

A Mendapat sokongan penduduk tempatan


B Untuk menyusun semula angkatan tentera
C Tempat strategik untuk melancarkan serangan
D Kampung halaman mereka dibakar oleh musuh

6. Apakah faktor penentangan Mat Salleh terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di
Sabah?

I SBUB memenjara dan mendera Mat Salleh


II SBUB menduduki kawasan pengaruh Brunei
III SBUB mclaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu
IV SBUB tidak melayan keinginan Mat Salleh untuk berbincang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7. Pada tahun 1895, tekanan British terhadap pejuang tempatan di Pahang semakin hebat.
Apakah Iangkah yang diambil oleh pejuang tempatan bagi menghadapi tekanan ini?

A Mat Milan menyerah diri


B Dato Bahaman berundur ke Kelantan
C Tok Gajah menghentikan perjuangan dan lari ke Siam
D Semua pejuang Pahang bersatu tenaga menyerang British

8. Mengapakah Kuala Berang dapat ditawan dengan mudah oleh British di Terengganu?

A Memiliki senjata perang yang moden


B Penghantaran tentera tambahan dari Singapura
C Menggunakan dan rundingan dengan pemimpin tempatan
D Menghantar pembesar dengan menggunakan kuasa dan nama sultan

9. Penjajah British memperkenalkan sistem politik Barat di negara kita. Apakah kesan tindakan
British ini?

I Memusnahkan sistem politik tradisional


II Peranan pembesar tempatan digantikan oleh pegawai British
III Mencabar sistem tradisional dan menjatuhkan maruah pemimpin
IV Menunjukkan sistem Barat lebih baik berbanding sistem tempatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan V

10. Setelah British mentadbir Tanah Melayu, pembesar tempatan diberi

A jawatan pembantu pegawai.


B imbuhan berbentuk pencen.
C gelaran tertinggi tempatan
D tempat tinggal percuma

11. Rajah berikut merujuk dasar British di Tanah Melayu.

DASAR
BRITISH

menggalakkan sesiapa
sahaja untuk melabur,
berniaga, berdagang
dan belajar di Tanah
Melayu

imigran boleh
menguasai ekonomi
Tanah Melayu

I Kampung-kampung tradisional diambil alih untuk dimajukan


II Mereka terus menjalankan ekonomi tradisional seperti pertanian
III Pertanian ubi kayu yang diusahakan oleh mereka tidak dirnajukan oleh British
IV Jurang taraf hidup antara penduduk tempatan di luar bandar dengan imigran di bandar amat
besar

A I dan ll
B I dan IV
C Il dan III
D III dan IV

12. Mengapakah penduduk tcmpatan menentang pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada
tahun 1941?

A Sikap Jepun yang mungkir janji dalam memberi kemerdekaan


B Kesengsaraan kehldupan rakyat untuk mendapat makanan
C Menyekat rakyat daripada penghijrahan ke negara jiran
D Memberi layanan istimewa kepada golongan imigran

13. British menggunakan tipu helah kuasa dan nama sultan bagi menjatuhkan pernberontakan di
Terengganu dan Kelantan. Mengapakah penjajah British menggunakan sultan dalam situasi
tersebut?

A Penjajah dalam keadaan amat terdesak


B Penjajah sedar rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan
C Penjajah bekerjasama dengan sultan dan menjamin kedudukan mereka
D Penjajah sanggup menggunakan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat mereka

14. Gerakan Pan-Islamisme sedunia merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia yang
membangkitkan pemahaman terhadap Islam menentang penjaiahan Barat. Siapakah yang
memulakan gerakan ini?

A Syed Syeikh al-Hadi


B Sheikh Tahir Jalaludin
C Syeikh Muhammad Abduh
D Dr Burhanuddin al-Helmy

15. Kaum Muda menggesa orang Melayu memajukan ekonomi, pendidikan politik dan sosial.
Mereka turut mengkritik golongan yang menghalang kemajuan orang Melayu. Siapakah pihak
yang dikritik?

I Imigran India
II Imigran Cina
III Raja Melayu
IV Pembesar Mclayu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III clan IV

16. Kaum Muda bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat tetapi beberapa undang-undang
yang dikeluarkan oleh Negeri-Negeri Melayu telah menghalang pengaruh Kaum Muda. Apakah
halangan terscbut?

I Undang-undang melarang golongan yang menentang Kaum Tua masuk ke Negeri-Negeri


Melayu
II Undang-undang menghalang Kaum Muda bekerjasama dengan British di Negeri-Negeri Melayu
III Undang-undang tidak membenarkan kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan
IV Undang-undang melarang risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke Negeri-Ncgeri
Melayu

A I dan ll
B I dan IV
C II dan III
D III clan IV

17. Mengapakah isu penduduk menjadi fokus utama dalam membangkitkan kesedaran
kebangsaan rakyat Tanah Melayu?

A Kekurangan institusi pendidikan di bandar


B Rakyat dibelenggu dengan pendidikan pondok
C Pengabaian British terhadap pendidikan sekolah Melayu
D Masyarakat Melayu mementingkan pendidikan Inggeris

18. Apakah isu yang ditimbulkan oleh majalah untuk membangkitkan kesedaran kebangsaan
dalam kalangan orang Melayu?

A Menggesa orang Melayu menjauhi sifat malas


B Menyeru perpaduan dalam kalangan orang Melayu
C Memperluaskan ilmu pengetahuan dalam semua bidang
D Menggalakkan pendidikan dalam kalangan orang Melayu

19. Maklumat berikut merujuk akhbar-akhbar yang terdapat di Tanah Melayu dan Sarawak.

- Lembaga Melayu
- Majlis
- Utusan Melayu
- Warta Negara
- Fajar Sarawak

Berdasarkan maklumat tersebut, manakah antara berikut isu ekonomi orang Melayu yang
diketengahkan oleh akhbar tersebut?

I Menyeru orang Melayu berjimat cermat


II Melarang orang Melayu menjual tanah mereka
III Menggalakkan syarikat kerjasama orang Ciba
IV Meminta British memindahkan kampung Melayu di Kuala Lumpur

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
22. Idea penubuhan persatuan ini timbul sejak tahun 1937 di Sarawak. Ia gagal dilaksanakan
kerana dibantah oleh Brooke. Apakah nama persatuan tersebut?

A Persatuan Melayu Miri


B Persatuan Melayu Sibu
C Persatuan Melayu Sarawak
D Persatuan Melayu Kuching

23. Mengapakah kegiatan berpersatuan kurang mendapat sambutan orang


Melayu di Sabah?

A Sekatan daripada pihak pemerintah


B Masih mengamalkan amalan tradisi
C Kesulitan untuk berhubung di pedalaman
D Menghadapi masalah konflik antara kaum

24. Bagaimanakah Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak cuba membantu
Kesatuan Melayu Muda?

A Menyediakan tentera terlatih untuk menentang British


B Menyediakan tentera sepenuh masa untuk menentang British
C Menyediakan kader-kader atau tentera semut untuk menentang British
D Menyediakan tentera kerjasama Malaya-Indonesia untuk menentang British

25. Maklumat berikut merujuk Konges Melayu yang diadakan di Tanah Melayu. Kongres Melayu
diadakan pada tahun 1939-1940. Apakah kejayaan yang dicapai hasil daripada kongres di atas?

A Menentang pemerintahan radikal


B Menghindari perasaan kenegerian
C Keazaman untuk menentang British
D Menubuhkan persatuan di setiap negeri

26. Semangat kebangsaan di Tanah Melayu juga berlaku kesan daripada dasar pemerintahan
ketenteraan Jepun. Manakah antara berikut merupakan dasar pemerintahan Jepun yang
menyekat kebebasan bersuara?

I Menukarkan nama akhbar tempatan kepada nama Melayu


II Mengetepikan akhbar yang menggunakan tulisan ibunda
III Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum ini
IV Memberi kebebasan kepada akhbar yang menyokong Jepun

A I dan I B I dan IV
C II dan I D III dan IV

27. Ibrahim Yaakob, iaitu pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) bercita-cita memerdekakan
Tanah Melayu bersama Indonesia sebelum kekalahan Jepun. Apakah matlamat asal KMM ini?

A Mengembalikan empayar Melayu


B Mengetepikan orang asing
C Bekerjasama dengan Jepun
D Menubuhkan Melayu Raya

28. Kongres Pemuda KRIS di Kuala Lumpur membincangkan persediaan kemerdekaan dengan
Indonesia. Walau bagaimanapun, persidangan KRIS ini dibatalkan. Mengapakah persidangan ini
dibatalkan?

A Ibrahim Yaakob melarikan diri ke Indonesia


B Indonesia enggan merdeka bersama Tanah Melayu
C Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia lebih awal
D Jepun membatalkan persetujuan kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesia

SOALAN SUBJEKTIF:
Jawab soalan-soalan di bawah ini.

1. Gerakan pemimpin tempatan adalah secara spontan untuk menjaga kepentingan mereka
daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.

(a) Namakan dua orang tokoh yang melakukan penentangan terhadap kuasa British di Tanah
Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
2 markah

(b) Nyatakan sebab penentangan yang dilakukan oleh pemimpin tempatan terhadap kehadiran
kuasa asing di Tanah Melayu.
2 markah
(c) Jelaskan cara yang dilakukan oleh British untuk menangani penentangan yang dicetuskan
oleh tokoh-tokoh tempatan.
2 markah

(d) Senaraikan kesan-kesan kepada pemimpin tempatan apabila British menjajah di kawasan
mereka.
2 markah

(e) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada penentangan penduduk tempatan terhadap
British.
2 markah

2. Pada awal abad ke-20, muncul persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan
bangsa Melayu. Persoalan ini tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, perpaduan dan
pembelaan politik Melayu.

(a) Namakan pengasas Kesatuan Melayu Singapura.


1 markah

(b) Senaraikan dua peranan Persatuan-persatuan Negeri yang ditubuhkan pada awal abad ke-
20.
2 markah

(c) Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kegiatan berpersatuan kurang aktif di Sabah.
2 markah

(d) Apakah kepentingan persatuan dalam sesebuah masyarakat?


3 markah

(e) Beri cadangan anda untuk menarik golongan remaja supaya aktif dalam persatuan.
3 markah

3. Pemerintahan Jepun telah menimbulkan kesengsaraan kepada penduduk Tanah Melayu


sehingga tertubuhnya gerakan anti-Jepun. Namun begitu, kedatangan Jepun juga telah
menyemarakkan semangat untuk mendapatkan kemerdekaan melalui penubuhan Melayu Raya
atau Indonesia Raya.

(a) Namakan dua pertubuhan anti-Jepun di Tanah Melayu.


2 markah

(b) Jelaskan dasar pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu.


2 markah
(c) Apakah yang anda faham tentang konsep Melayu Raya atau Indonesia Raya?
2 markah

(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah berakhirnya pendudukan Jepun di


Tanah Melayu?
2 markah
(e) Nyatakan langkah-angkah yang boleh diambil untuk mengelakkan negara kita daripada
dijajah semula.
2 markah

SOALAN ESEI:
Jawab soalan-soalan di bawah ini.

4. Kesatuan Melayu Singapura dan Persatuan Sahabat Pena Malaysia merupakan persatuan
Melayu yang aktif memperjuangkan kepentingan dan mengukuhkan perpaduan orang Melayu.

(a) Terangkan ciri-ciri setiap persatuan tersebut.


4 markah

(b) Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakan kemuncak
kesedaran kebangsaan orang Melayu. Buktikan pernyataan ini berdasarkan pengetahuan
sejarah anda.
4 markah

(c) (i) Mengapakah kegiatan berpersatuan penting kepada pelajar?


6 markah

(ii) Terdapat segelintir pelajar yang tidak berminat menyertai kegiatan, persatuan atau
kokurikulum. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku? Berikan cadangan
anda untuk mengatasi masalah tersebut.
6 markah

5. Kesedaran semangat kebangsaan di Tanah Melayu menghadapi tekanan semasa


pendudukan Jepun, iaitu antara 1941 hingga 1945. Ini disebabkan Jepun telah menjalankan
dasar pemerintahan ketenteraan.

(a) Nyatakan peranan PKM semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.


4 markah

(b) Jelaskan tindakan Jepun untuk menyekat semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
4 markah
(c) (i) Bagaimanakah pendudukan Jepun dikatakan menjadi pemangkin gerakan nasionalisme
di Tanah Melayu?
6 markah

(ii) Jelaskan iktibar daripada pemerintahan ketenteraan Jepun di Tanah Melayu.


6 markah
BAB 3

1 Dalam masyarakat Melayu tradisional, kerajaan diketuai oleh


A raja. C gabenor.
B ulama. D penghulu.

2 Pernyataan berikut merujuk kepada sistem politik masyarakat Melayu tradisional.

Dalam sistem politik masyarakat


Melayu tradisional, raja berperanan menjamin keselamatan rakyat.

Apakah balasan rakyat terhadap raja?


A Memajukan wilayah
B Menyerahkan hasil
C Memerangi musuh
D Memberi kesetiaan

3 Semasa penjajahan British, konsep kerajaan diganti dengan konsep X.


X ialah
A negeri.
B jajahan.
C wilayah.
D sempadan.

4 Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam ikatan


A sekampung.
B kekeluargaan.
C sesama bahasa.
D ketatanegaraan.

5 Idea negara bangsa tercetus di Barat ekoran daripada


I Revolusi Inggeris
II Revolusi Jerman
III Perang China Jepun
IV Perang Kemerdekaan Amerika
A I dan II
B I dan IV
C Ildanlll
D III dan IV

6 Negara yang manakah kalah dalam


Perang Dunia Pertama?
A Jepun
B Jerman
C Perancis
D Amerika Syarikat

7 Antara yang berikut, manakah merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk melalui amalan
realpolitik?
I Itali
II Jepun
III Perancis
IV Jerman
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8 Apakah konsep yang dianjurkan dalam buku The Prince?


A Keganasan
B Kesederhanaan
C Semangat ghazi
D Penggunaan idea

9 Maklumat berikut merujuk seorang tokoh terkenal di Itali.

Count Camillo Benso di Cavour

Apakah cara yang digunakan oleh tokoh di atas untuk membentuk identiti negaranya?
I Persamaan
II Muafakat
III Pemalsuan
IV Realpolitik
A I dan II
B I dan IV
C Ildanlll
D III dan IV

10 Otto Eduard von Bismarck telah menyatukan sebuah negara pada tahun 1871. Negara yang
dimaksudkan ialah
A Itali.
B Turki.
C Austria.
D Jerman.

11 Antara berikut, yang manakah merupakan cara negara kita mencapai kemerdekaan?

I Pemberontakan

II Pemalsuan

III Tolak ansur

IV Pakatan murni

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

12 Institusi pemerintahan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar negara ialah

A bangsa.

B negara.

C kerajaan.

D perlembagaan
13 Terdapat tiga badan dalam pemerintahan negara kita, dua daripadanya ialah

I Badan Penyiasat

II Badan Penasihat

III Badan Kehakiman

IV Badan Perundangan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

14 Peradaban dan peraturan kenegaraan


Kesultanan Melayu Melaka tercatat dalam
A Mitos Melayu.
B Sejarah Melayu.
C Hikayat Melaka.
D Sejarah Hang Tuah.

15 Rajah berikut merujuk kepada susun lapis masyarakat Melayu tradisional.


Raja
Sultan
Keluarga dan kerabat diraja
X
Rakyat biasa yang bebas
Rakyat hamba
Golongan X terdiri daripada
I peniaga
II pengusaha
III pembesar
IV ulamaistana
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
16 Wlluynh pcngnriih puiln Zoman
Kcsultunnn Mclnyu Mclakn mcrujuk kcpndn
A kawasnn yang mcmpunyal hasil bumi.
B kawasan yang penduduknya sebangsa.
C kawasan yang diperintah oleh pembesar.
D kawasan yang penduduknya memperakui pemerintahan raja.

17 Apakah bahasa yang menjadi lambang penyatuan negara dan bangsa Tanah
Melayu?
A Arab
B Tamil
C Melayu
D Inggeris

18 Gambar berikut merujuk alat kebesaran yang wujud sejak zaman


Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah kepentingan alat di atas?
A Simbol kedaulatan raja
B Simbol kekayaan negara
C Simbol perluasan wilayah
D Simbol perkembangan seni

19 Rajah bcrikut merujuk kcpada undang-undang bertulis pada aman


Kesultanan Melayu Melaka.
Undang-undang Bertulis pada Zaman
Kesultanan Melayu Melaka
Undang-undang Hukum Kanun
X Melaka
Undang-undang X berkaitan dengan
A raja.
B ulama.
C nakhoda.
D pembesar.

20 Apakah tugas Jemaah Penasihat


Raja dalam Sistem Jemaah Menteri
Kelantan?
A Menjaga keamanan negeri
B Menguruskan istiadat diraja
C Menguruskan kemajuan negeri
D Menguruskan urusan penting yang bukan rahsia

21 Antara berikut, kerajaan manakah yang diasaskan oleh kerabat diraja


Melaka?
I Perak
II Pahang
III Kelantan
IV Terengganu

A 1 tian 11
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

22 Undang-undang Tubuh Kerajaan


Johor berasaskan perlembagaan
A Asia.
B Barat.
C Timur.
D Afrika.

23 Apakah yang menyebabkan golongan pembesar yang bergelar Nik dan


Wan berperanan penting dalam pentadbiran Sultan Muhammad II?
A Kematian Bendahara
B Pemberontakan rakyat
C Penyingkiran kerabat diraja
D Kewujudan undang-undang

24 Apakah kriteria yang mesti ada pada menteri yang menganggotai mesyuarat kerajaan mengikut
Undang-undang
Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu?
I Pewaris sultan
II Berbahasa Melayu
III Berbangsa Melayu
IV Patuh kepada kerajaan
A I dan II
B I dan IV
C Ildanlll
D III dan IV

25 Jadual berikut merujuk kepada syaratsyarat perundangan sebuah negeri warisan Melaka.
Undang-Undang Kerajaan X
Beragama Islam
Seorang lelaki
Berbangsa Melayu
Syarat-syarat tersebut dikenakan ke atas sultan. X merujuk kepada
A Terengganu.
B Kelantan.
C Selangor.
D Johor.

26 Apakah konsep penting dalam pengamalan Adat Perpatih?


A Pemerintahan mutlak
B Keagungan institusi diraja
C Kedaulatan berada di tangan rakyat
D Falsafah legalisme dalam pentadbiran

27 Rajah bcrikut merujuk kepada hierarki pemerintahan di Negeri


Sembilan.
Yangdi-Pertuan Besar
Undang
X
T
Buapak
Anak Buah
X ialah
A suku.
B luak.
C menteri.
D lembaga.

28 Antara yang berikut, manakah tanggungjawab Yang di-Pertuan Besar


Negeri Sembilan?
I Melantik buapak
II Memerintah negara
III Berunding dengan undang
IV Merupakan simbol demokrasi
A I dan II
B I dan IV
C Ildanlll
D III dan IV

BAB 3

Soalan Struktur lawah soalan-soalan di bawah ini.

1 Maklumat di bawah berkaitan dengan pembinaan negara.

Pembinaan negara Pembinaan Negara

Islam Madinah  Unsur Penyatuan  Malaysia

(a) Nyatakan dua cara Nabi Muhammad SAW menyatukan penduduk di Madinah.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)

(b) Bagaimanakah negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan?


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)

(c) Apakah perkara penting yang dibuktikan oleh pembentukan kerajaan Islam di Madinah?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(3 markah)

(d) Berikan dua sifat yang perlu ada pada seseorang pemimpin negara.
(3 markah)

(e) Berdasarkan pengetahuan scjarah nnda apakah kesan )ika sesehuah negara e dibentuk
dengan cara kekerasan dan peperangan?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(3 markah)

2 Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka merupakan asas pembinaan negara dan
bangsa Malaysia.

(a) Nyatakan dua warisan Kesultanan Melayu Melaka yang masih diamalkan di negeri-
negeri Melayu sehingga hari ini.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)

(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran


negeri semasa zaman penjajahan British. Buktikan.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)

(c) Namakan dua jawatan dalam Sistem Jemaah Menteri di Kelantan semasa pemerintahan
Sultan Muhammad II.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)

(d) Institusi Raja BerperJembagaan wajar dipertahankan oleh setiap warganegara Malaysia.
Kemukakan hujah anda bagi menyokong pernyataan tersebut.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

3 Jadual berdad rneruithk kcpada sistem pernernitahan negeri- negeri di Tanah Melayu pada
abad ke-19

Negeri Sistem Pemerintahan


Johor Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
Kelantan Jemaah Menteri
Terengganu Undang-undang Tubuh Kerajaan
Terengganu

(a) Berdasarkan jadual di atas, nyatakan persamaan yang terdapat dalam sistem pemerintahan
di Johor dan di Terengganu (3 markah)
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(b) Nyatakan kepentingan perlembagaan bertulis untuk negeri Johor, Kelantan dan Terengganu
(2 markah)

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(c) Sebagai seorang pemimpin Malaysia, apakah perkara penting yang anda perlu
pertimbangkan untuk menggubal perlembagaan (3 rnarkah)

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan perlembagaan untuk negara
Malaysia( 2 markah)

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Soalan Esei

Jawab soalan-soalan di bawah ini.

4 Maklumat berikut merujuk kepada tokoh yang terlibat dalani pembinaan negara dan bangsa.

Tokoh Negara Kedah

Count Camillo Benso di Cavour Itali Realpolitik

Otto Eduard von Bismarck Jerman Realpolitik dan politik darah dan besi

Nabi Muhammad SAW Madinah Diplomasi, musyawarah dan permuafakatan

(a) Apakah maksud realpolitik?


(2 markah)

(b) Wajarkah pengamalan konsep realpolitik dalam pembentukan negara bangsa di Eropah
disokong oleh Malaysia? Beri ulasan anda.
(6 markah)

(c) (i) Jelaskan kebaikan musyawarah dalam sistem pentadbiran negara.


(6 markah)

(ii) Mengapakah pembentukan negara dan bangsa Malaysia dianggap unik?

(6 markah)

5 Kewujudan institusi Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan
negara dan bangsa kita.

(a) Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
(6 markah)

(b) Sistem pemerintahan negeri-negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang adalah
berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Meiayu Melaka. Buktikan kebenaran
pernyataan tersebut.
(4 markah)

(c) (i) Selepas kemerdekaan, institusi Raja Berperlembagaan telah diwujudkan untuk
menggantikan institusi Kesultanan Melayu. Mengapakah institusi Raja Berperlembagaan
perlu dipertahankan?
(4 markah)

(ii) Terdapat segelintir rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda masih tidak
memahami kepentingan institusi Raja Berperlembagaan. Berikan cadangan anda untuk
mengatasi masalah tersebut.

(6 markah)

6 Berikut adalah ciri negara dan bangsa. Salah satu ciri negara dan bangsa ialah
perlembagaan.
(a) Jelaskan persamaan dan perbezaan antara perlembagaan bertulis di negeri Johor dan
negeri Terengganu.
(6 markah)

(b) Huraikan pentadbiran sistem Jemaah Menteri di Kelantan.


(6 markah)

(c) (i) Sejauh manakah pentingnya perlembagaan kepada negara kita?


(4 markah)

(ii) Bagaimanakah anda menilai diri anda sebagai bangsa Malaysia yang patriotic?

(4 markah)
BAB 4

SOALAN OBJEKTIF :
Kertas soalan ini mengandungi 28 soalan objektif. Tiap-tiap soalan mempunyai empat pilihan
jawapan, iaitu A, B. C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat daripada pillhan jawapan
tersebut.

1. Pengenalan Malayan Union merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan
bangsa yang dibina sejak

A penubuhan Malaysia.

B pengenalan pilihan raya.

C pengenalan Sistem Ahli.

D Kesultanan Melayu Melaka.

2. Berapakah unit pentadbiran sebelum pengenalan Malayan Union?

A Dua C Empat

B Tiga D Lima

3. Pengenalan Malayan Union memberi faedah kepada British. Antara faedahnya ialah

I penjajahan ditamatkan

II pengenalan budaya Barat

III penjimatan kos pentadbiran

IV penguasaan sumber ekonomi

A I dan II B I dan IV

C II dan I D III dan IV


4. Maklumat berikut berkaitan dengan badan pentadbiran Malayan Union.

 Majlis Eksekutif
 Majlis Undangan.
 X

X ialah

A Majlis Penasihat.

B Majlis Tempatan.

C Majlis Kehakiman.

D Majlis Raja-Raja Melayu.

5. Mengapakah orang Melayu menentang pemberian kerakyatan jus soli kepada orang
dagang?

A Takut pertambahan penduduk

B Khuatir dengan pengaruh Timur

C Bimbang akan kehilangan harta benda

D Bimbang akan status peribumi akan terancam

6 Antara berikut, yang manakah merupakan cara penentangan orang

Melayu terhadap Malayan Union?

I Serangan terbuka

II Serangan hendap

III Penulisan dalam akhbar

IV Penghantaran surat bantahan

A I dan II B I dan IV

C II dan I D III dan IV


7. Siapakah yang menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di
London pada tahun 1946?

A Kaum Muda

B Golongan intelek

C Persatuan Dagang

D Persatuan Melayu

8. Kedaulatan siapakah yang perlu dipertahankan oleh orang Melayu dalam rancangan
Malayan Union?

A Raja C Penghulu

B Ulama D Pembesar

9. Rancangan Malayan Union disokong oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Siapakah anggotanya?

A Ahli UMNO

B Ahli Kaum Muda

C Bekas ahli KMM

D Bekas pegawai kerajaan

10. Parti politik yang menyokong rancangan Malayan Union ialah

I Parti UMNO

II Barisan Buruh Malaya

III Angkatan Wanita Sedar

IV Angkatan Pemuda Insaf

A I dan II B I dan IV

C II dan I D III dan IV


11. Apakah alasan yang dikemukakan oleh golongan pegawai tadbir Melayu untuk menyokong
Malayan Union?

A Merancang untuk menggulingkan kuasa

B Mempercayai kata-kata pegawaiBritish

C Berpendapat British berupaya memberi perlindungan

D Menganggap British berkemampuan membangunkan Tanah Melayu

12. Antara yang berikut, manakah kandungan Perlembagaan Rakyat 1947?

I Kerakyatan yang sama rata

II Adat istiadat diurus oleh pihak istana

III Pertahanan menjadi tanggungjawab British

IV Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu

A I dan II B I dan IV

C II dan I D III dan IV

13. Antara yang berikut, siapakah yang menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
1948?

I R.O. Cecil

II Vyner Brooke

III Sir Cecil Clementi

IV Sir George Maxwell

A I dan II B I dan IV

C II dan I D III dan IV


14. Antara yang berikut, manakah merupakan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948?

I Gabungan sepuluh negeri

II Konsep Raja Berkuasa Mutlak

III Penibentukan Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri

IV Pesuruhjaya Tinggi British melindungi kedudukan istimewa orang Melayu

A I dan II B I dan IV

C II dan I D III dan IV

15. Pernyataan berikut merujuk kepada pengiktirafan British terhadap ketuanan Melayu. British
mengiktiraf ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Dasar di
atas telah diakui sejak

A Perjanjian Sulit.

B Perjanjian London.

C Perjanjian Pangkor.

D Perjanjian Bangkok.

16. Prinsip kerakyatan jus soli diberi kepada Rakyat Raja Melayu. Apakah yang anda faham
dengan Rakyat Raja Melayu?

A Orang Melayu yang lahir di Pulau Pinang

B Orang Melayu yang lahir dalam keluarga diraja

C Orang Melayu yang lahir di Negeri-Negeri Selat

D Orang Melayu yang lahir dimanamana negeri Melayu


17. Menurut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, rakyat British adalah mereka yang
lahir di

I Johor III Melaka

II Selangor IV Pulau Pinang

A I dan II B I dan IV

C II dan I D III dan IV

18. Pernyataan berikut merujuk kepada Kontrak Sosial.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British
dcngan Raja-Raja Melayu dan orang X.

X merujuk kepada

A orang Asli.

B orang Melayu.

C orang dagang.

D orang bukan Melayu.

19. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 melibatkan Raja-Raja Melayu. Berapa
orangkah Raja-Raja Melayu yang terlibat?

A Empat C Tujuh

B Enam D Sembilan

20. Jadual berikut merujuk seorang tokoh yang terlibat aktif dalam UMNO.

X=

 Terlibat dalam penubuhan UMNO


 Menjadi Menteri Besar Kelantan
Tokoh X merujuk kepada

A Dato' Mahmud Mat.

B Dato' Hamzah Abdullah.

C Dato' Nik Ahmed Kamil.

D Dr. Burhanuddin al-Helmy.

21. Siapakah yang berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir menurut
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu?

A Sultan

B Residen

C Gabenor

D Pesuruhjaya Tinggi

22. Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946?

A Masalah kesihatan

B Masalah kewangan

C Janji kepada penduduk

D Didesak oleh pedagang

23. Antara yang berikut, persatuan manakah yang menentang penyerahan Sarawak oleh Vyner
Brooke kepada British?

I Kesatuan Melayu Muda

II Persatuan Dayak Sarawak

III Barisan Pemuda Melayu Miri

IV Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

A I dan III B I dan IV C II dan I D III dan IV


24. Vyner Brooke berjanji memberi kemerdekaan sendiri kepada Sarawak dalam
perlembagaan. Perlembagaan yang dimaksudkan ialah

A Perlembagaan 1941.

B Perlembagaan Rakyat.

C Perlembagaan Sarawak.

D Perlembagaan Persekutuan.

25. Larangan terhadap kakitangan r kerajaan dalam penentangan penjajahan British di Sarawak
terkandung dalam

A Perjanjian 1946.

B Perlembagaan 1941.

C Surat Pekeliling Bil 9.

D Pengisytiharan Penyerahan.

26. Seramai 338 orang kakitangan awam i di Sarawak meletakkan jawatan. Peristiwa tersebut
berlaku ekoran daripada

A pembentukan Malaysia.

B pengenalan Malayan Union.

C pemeteraian Perjanjian Bangkok.

D pengeluaran Surat Pekeliling Bil 9.

27. Sir Duncan Stewart telah dibunuh oleh anggota Rukun Tiga Belas. Apakah jawatan yang
dipegang oleh beliau sebelum dibunuh?

A Residen

B Penasihat British

C Gabenor Sarawak

D Pesuruhjaya Tinggi
28 Apakah tindakan yang diambil oleh British terhadap pembunuhan Sir Duncan Stewart?

A Dipenjara

B Dibuang negeri

C Dihukum gantung

D Dilucutkan jawatan

SOALAN STRUKTUR

Jawab soalan-soalan di bawah ini.

1. (a) Mengapakah Vyner Brooke, iaitu raja terakhir Sarawak menyerahkan Sarawak kepada
British?

2 markah

(b) Nyatakan nama persatuan-persatuan yang telah menentang penyerahan Sarawak kepada
British.

2 markah

(c) Apakah yang terkandung dalam Perlembagaan 1941?

3 markah

(d) Apakah reaksi dan tindakan yang telah diambil oleh rakyat Sarawak untuk menentang
penyerahan Sarawak terhadap British?

3 markah

2. Gambar berikut merujuk penentangan orang Melayu terhadap pengenalan Malayan Union.

(a) Malayan Union telah diperkenalkan pada tahun 1946 oleh British di Tanah Melayu. Apakah
sebab Malayan Union telah diperkenalkan?

2 markah

(b) Nyatakan syarat-syarat yang terdapat dalam Perjanjian Malayan Union 1946.

2 markah
(c) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union.

2 markah

(d) Apakah bentuk tindakan orang Melayu dalani menentang pembentukan Malayan Union?

3 markah

3. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah menunjukkan sikap tolak ansur antara
kaum di Tanah Melayu yang membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep raja
berperlembagaan dibentuk.

(a) Nyatakan kedudukan perkara-perkara berikut dalam perlembagaan.

(i) Hak istimewa orang Melayu.

(ii) Agama Islam.

(iii) Bahasa Melayu.

3 markah

(b) Senaraikan dua jenis kerakyatan yang diwujudkan British.

2 markah

(c) Sebagai seorang warganegara Malaysia, apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan


Tanah Melayu 1957 dalam sejarah kemerdekaan negara kita?

3 markah

(d) Sekiranya anda adalah seorang pemimpin negara pada masa sekarang, apakah nilai-nilai
murni yang boleh dicontohi daripada tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu?

2 markah
SOALAN ESEI

Jawab soalan-soalan di bawah ini.

4. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan
British pada 15 Ogos 1957 berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

(a) Terangkan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

8 markah

(b) Jelaskan peranan Tunku Abdul Rahman sebagai tokoh penting dalam kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957.

6 markah

(c) Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
rakyat pelbagai kaum di negara ini?

8 markah

5. Puisi berikut bertajuk Panggilan Mu yang Suci, hasil karya tokoh pejuang Sarawak, iaitu Rosli
Dhobi yang terlibat dalam gerakan anti-penyerahan Sarawak.

Wahai pemuda harapan bangsa, Segeralah bangun membuatkan jasa, Kebangunanmu


menyedarkan Melayu bangsa, Kehalusan kemajuan aman sentosa. Wahai pemuda bercita suci,
Kekalkan Sarawak negara kita yang asli, Meskipun bagaimana ancaman terjadi, Hendaklah
sehidup semati. Mengibarkan bendera menggambarkan hati, Menunjukkan rupa bangsa dan
negeri, Mengenangkan hak di tanah air sendiri. Wahai pemuda yang bersemangatkan gelisah,
Insaflah pada perjuangan bangsa, Lambat-lambat ditakzir Allah, Bangsa dan tanah air tetap
merdeka.

(a) Apakah yang dibangkitkan oleh Rosli Dhobi dalam puisi tersebut?

6 markah

(b) Jelaskan sebab Rosli Dhobi membangkitkan seruan tersebut.

6 markah

(c) Wajarkah Rosli Dhobi membunuh Sir Duncan Stewart? Beri alasan anda.

6 markah
Bab 5

Kertas soalan ini mengandungi 29 soalan objektif. Tiap-tiap soalan mempunyai empat pilihan
jawapan, iaitu A, B. C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat daripada pillhan jawapan
tersebut.

1 Maklumat berikut merujuk kepada cadangan Sir Henry Gurney yang mencadangkan model
negara-negara di bawah dilaksanakan di Tanah Melayu.

-Kenya
-Rhodesia

Apakah sistem yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1950?


A Sistem Ahli
B Sistem Beraja
C Sistem Parlimen
D Sistem Demokrasi

2 jadual berikut merujuk kepada tokohtokoh terkenal di Tanah Melayu.

-Dato' Onn Ja'afar : Wakil Melayu


-Dr. Lee Tiang Keng Wakil : Cina
-Dato' E.E.C. Thuraisingam : Wakil India

Apakah tujuan tokoh-tokoh di atas mengadakan rundingan dengan


Sir Henry Gurney di Kings House, Kuala Lumpur pada bulan Julai 1950?
A Membincangkan kemerdekaan
B Membincangkan masalah perpaduan
C Membincangkan pilihan raya umum
D Membincangkan pelaksanaan Sistem Ahli

3 Rajah berikut merujuk kepada Sistem Ahli yang diperkenal di Tanah


Melayu.

Sistem Ahli :Dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Sistem Ahli?
I Kabinet Bayangan
II Anggotanya dipanggil menteri
III Ahli dilantik oleh Ratu Britain
IV Terdiri daripada sembilan orang anggota
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4 Rajah berikut merujuk kepada kewibawaan tokoh Dato' Onn Jaafar.

Dato' Onn Ja'afar :Mencetuskan idea penubuhan Sistem


Ahli

Apakah matlamat utama Sistem Ahli?

A Menuntut kemerdekaan
B Mengukuhkan pertahanan
C Menyelaraskan sistem pentadbiran
D Melatih penduduk tempatan mentadbir

5 Rajah berikut merujuk kepada bilangan anggota dalam Sistem Ahli.

Sistem Ahli

-Lima orang penduduk Tanah Melayu

-Empat orang pegawai Inggeris

Siapakah yang bertanggungjawab melantik anggota Sistem Ahli?

A Sultan
B Ratu Britain
C Parlimen Britain
D Pesuruhjaya Tinggi British

6 Jadual berikut merujuk kepada tokoh-tokoh yang terlibat dan jawatan mereka dalam Sistem
Ahli.

Dato' Onn Jaafar : Ahli Dalam Negeri

Dr. Lee Tiang Keng : Ahli Kesihatan

E.E.C. X Thuraisingam : x

X ialah
A Ahli Pelajaran.
B Ahli Hkonomi.
C Ahli Pertanian dan Perhutanan.
D Ahli Perumahan dan Kerja Raya.
7 Apakah kepentingan Sistem Ahli kepada penduduk tempatan?
I Memulakan proses perpaduan kaum
II Menjadi tapak asas ke arah berkerajaan sendiri
III Menyeimbangkan pembangunan sosial negara
IV Menjadi asas bagi melatih orang tempatan dalam pentadbiran
A I dan II
B I dan IV
C Ildanlll
D III dan IV

8 Antara yang berikut, manakah merupakan tugas ahli dalam portfolionya pada peringkat awal
Sistem Ahli?
I Mengawasi beberapa buah jabatan
II Mengurus pentadbiran harian negara
III Melantik kakitangan di bawah jabatannya
IV Mencadangkan undang-undang untuk pembentangan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9. Rajah berikut merujuk kepada amalan rundingan antara kaum di Tanah Melayu.

X : Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik
melalui rundingan.

X ialah

A Sistem Ahli.

B Pakatan Murni.

C Majlis Perundangan Negara.

D Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

10 Rajah berikut merujuk kepada sebuah agensi yang terlibat dalam pembangunan ekonomi
luar bandar.

Lembaga Pembangunan Industri Desar

-Ditubuhkan pada bulan Oktober 1950

-Dato' Onn Ja'afar dilantik sebagai pengerusi pertama

Apakah yang menjadi tumpuan lembaga di atas?


I Industri kereta
II Perpaduan kaum
III ekonomi orang Melayu
IV Pendidikan masyarakat luar bandar

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

11 Jadual berikut merujuk kepada idea yang dikemukakan oleh Dato' Onn
Jaafar.

Tahun 1951 :Dato' Onn Jaafar mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada orang
bukan Melayu.

Mengapakah Dato' Onn Ja'afar mencadangkan idea tersebut?


A Menyatupadukan semua kaum
B Mengurangkan tekanan komunis
C Mempercepatkan proses kemerdekaan
D Memberi peluang kepada semua kaum melibatkan diri dalam politik

12 Rajah berikut merujuk kepada reaksi masyarakat terhadap penubuhan IMP.

IMP
-Membuka keahlian kepada semua kaum
- Diasaskan oleh Dato' Onn Ja'afar

Mengapakah IMP gagal mendapat sambutan daripada kaum Cina, India dan kaum lain di
Tanah Melayu?
A Mereka tidak faham tentang perjuangan IMP
B Mereka enggan melibatkan diri dalam politik tempatan
C Mereka lebih yakin kepada pembentukan Parti Perikatan
D Mereka tidak berasakan mereka sebagai satu bangsa Tanah Melayu

13 Kenyataan berikut berkaitan dengan satu persidangan kebangsaan di Tanah


Melayu.

April 1953
Pengisytiharan penubuhan Persidangan Kebangsaan
Pengerusi: Dato' Panglima Bukit Gantang
Apakah tujuan penubuhan persidangan tersebut?
I Mencapai kemerdekaan
II Mewujudkan kerjasama ekonomi
III Mengurangkan perasaan perkauman
IV Mengasaskan pembentukan Parti
Perikatan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

14 Maklumat berikut merujuk kepada dua persidangan yang diadakan di Tanah Melayu.

-Persidangan Kebangsaan
-Konvensyen Kebangsaan

Apakah persamaan kedua-dua peristiwa di atas?


A Menuntut kemerdekaan
B Mengadakan pilihan raya
C Menubuhkan Parti Perikatan
D Mewujudkan kerjasama politik

15 Maklumat berikut merujuk kepada tokoh-tokoh penting di Tanah Melayu.

-Dato' Abdul Razak Yahya


-OngYokeLin

Apakah peranan penting tokoh-tokoh di atas?


A Menganggotai Sistem Ahli
B Menganjurkan Persidangan
Kebangsaan
C Menggubal Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu
D Memulakan kerjasama UMNO - MCA dalam pilihan raya

16 Maklumat berikut berkaitan dengan cadangan Jawatankuasa Pilihan Raya tentang


keanggotaan dalam Majlis Perundangan Persekutuan.
-52 kerusi dipilih melalui pilihan raya
-48 kerusi dilantik oleh X
Siapakah X?
A Pesuruhjaya Tinggi British
B Pegawai Kanan British
C Raja-Raja Melayu
D Jemaah Menteri

17 Apakah faktor utama yang membolehkan Parti Perikatan mencapai kemerdekaan yang
cemerlang dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

A Sokongan British
B Permuatakatan kaum
C Tidak ada saingan parti lain
D Keyakinan penduduk kepada kepimpinan tempatan

18 Rajah berikut menunjukkan pilihan raya yang diadakan sebelum kemerdekaan.

Pilihan Raya Bandaran 1952

Pilihan Raya Negeri 1954

Pilihan Raya Majlis Perundangan


Persekutuan 1955

Apakah yang dilakukan oleh Parti Perikatan sebaik sahaja kemenangannya yang cemerlang
dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
I Pembentukan kabinet
II Pelantikan Ketua Menteri
III Pelantikan Yang di-Pertuan Agong
IV Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
A I dan II
B I dan IV
C Il dan III
D III dan IV

19 Maklumat berikut berkaitan dengan rombongan ke London pada bulan


Februari 1956.

-Empat orang wakil Parti Perikatan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman
-Empat orang wakil raja Melayu diketuai oleh Dato' Panglima Bukit Gantang
Apakah matlamat utama rombongan di atas?
A Membentuk kerajaan
B Merunding kemerdekaan
C Menggubal perlembagaan
D Menyusun struktur pentadbiran

20 Senarai berikut merujuk kepada empat orang wakil Parti Perikatan bersama-sama dengan
wakil Raja-Raja
Melayu telah berlepas ke London pada bulan Februari 1956.

April 1953
-Tunku Abdul Rahman
-Dr. Ismail Abdul Rahman
-Dato' Abdul Razak Hussein. X

Siapakah X?
A Kolonel H.S. Lee
B Tun Tan Cheng Lock
C Dato' Hamzah Abdullah
D Dato' E.E.C. Thuraisingam

21 Apakah gagasan yang dibawa oleh


Parti Kemerdekaan Malaya?
A Kerjasama kaum untuk mencapai kemerdekaan
B Kerjasama kaum menentang ancaman komunis
C Kerjasama kaum menentang pihak British
D Kerjasama kaum dalam sebuah parti

22 Senarai berikut merujuk kepada partiparti politik yang terdapat di Tanah


Melayu.

Parti Perikatan
Parti Negara
Parti PAS

Apakah perbezaan prinsip penubuhan ketiga-tiga parti di atas?


I Keahlian parti
II Manifesto pilihan raya
III Dasar perjuangan pemimpin
IV Menuntut kemerdekaan
A Idan ll
B Idan IV
C Il dan lll
D III dan IV
Apakah tanggungjawab utama Suruhanjaya Reid?

A Menyerahkan kuasa kepada


Persekutuan Tanah Melayu
B Membentuk kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
C Menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
D Memerhatikan pelaksanaan pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu

24 Rajah berikut merujuk kepada memorandum yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Reid.
-Raja-Raja Melayu
-Orang perseorangan
-Pertubuhanpolitik
Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Reid.
Mengapakah Suruhanjaya Reid memberi perhatian utama kepada memorandum yang
dikemukakan oleh Parti Perikatan?
A Parti Perikatan mewakili tiga kaum
B Parti Perikatan membentuk kerajaan
C Parti Perikatan mempunyai pengaruh yang luas
D Parti Perikatan mempunyai penyokong daripada pelbagai kaum

25 Pada mulanya pemberian kerakyatan jus soli kepada orang dagang ditolak oleh orang
Melayu. Akhirnya prinsip ini telah diterima oleh raja-raja Melayu dengan syarat
A orang dagang membuat permohonan secara rasmi.
B orang dagang memberi taat setia kepada negara ini.
C orang dagang mengiktiraf hak istimewa orang Melayu.
D orang dagang berjanji akan bersama-sama membangunkan negara.

26 jadual berikut merujuk kepada tugastugas pentadbir negeri. Sultan Ketua negeri
Menteri Besar Pelaksana pentadbiran

Antara berikut, pihak manakah yang membantu Menteri Besar melaksanakan pentadbiran
negeri?
I EXCO
II Kabinet
III Majlis Negeri
IV Dewan Undangan Negeri
A I dan II
B I danIV
C Il dan lll
D III dan IV
27 Rajah berikut merujuk kepada tugas dan peranan seorang tokoh di Tanah Melayu.

X
-Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London 1956
-Perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
-Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956

Berdasarkan maklumat di atas, X ialah


A Tun Abdul Razak.
B Tun Tan Cheng Lock.
C Tun V.T. Sambanthan.
D Tunku Abdul Rahman.

28 Maklumat berikut berkaitan dengan orang Melayu di Tanah Melayu.

-Kedudukan istimewa orang Melayu

Mengapakah perkara di atas dipertahankan dalam merangka


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
A Memajukan sektor pertanian
B Membentuk masyarakat yang bersatu padu
C Meningkatkan penyertaan dalani pemiagaan
D Memindahkan pertempatan di kawasan bandar

29 Apakah asas yang digunakan oleh Raja-Raja Melayu dan British untuk membentuk
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
A Kerjasama kaum dalam parti-parti politik
B Pakatan murni dalam rundingan kemerdekaan
C Berdasarkan Perlembagaan Tanah Melayu 1948
D Berdasarkan Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum
Soalan Struktur

Jawab soalan-soalan di bawah ini.

1 Sistem Ahli yang dilaksanakan dari Januari hingga Jun 1955 mendapat sokongan daripada
penduduk Tanah Melayu.

(a) Namakan tokoh tempatan Melayu yang terlibat dalam Sistem Ahli.(1 markah)

b) Mengapakah majlis Raja-Raja Melayu dan wakil penduduk bersetuju menerima Sistem Ahli
(1 Markah)

(c) Berikan dua sebab British bersetuju memperkenalkan Sistem Ahli.

(d) Jelaskan ciri-ciri Sistem Ahli (3 markah)

e) Apakah kepentingan Sistem Ahli kepada penduduk Tanah Melayu (3markah)

Soalan Esei

Jawab soalan-soalan di bawah ini.

2 Usaha Suruhanjaya Reid telah menghasilkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu


1957.

(a) Mengapakah Suruhanjaya Reid mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak dalam
merangka Perlembagaan Merdeka?
16 markah

(b) Cara pemimpin negara memperoleh kemerdekaan negara kita adalah unik.
Jelaskan pernyataan tersebut.
6 markah

(c) Cadangkan langkah yang sepatutnya rakyat negara ini menghayati kemerdekaan
8 markah
BAB 6

Soalan objektif

Kertas soalan ini mengandungi 29 soalan objektif. Tiap-tiap soalan mempunyai empat pilihan
pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat daripada pilihan
jawapan tersebut.

1. Senarai berikut merujuk kepada cadangan untuk menggabungkan negeri-negeri pada tahun
1887.

 Sarawak

 Sabah

 Negeri-Negeri Selat

 Negeri-Negeri Melayu

Cadangan tersebut telah dikemukakan oleh

A Lord Brassey.
B Dato' Onn Jaafar.
C Tunku Abdul Rahman.
D Sir Malcolm MacDonald.

2. Mengapakah Lee Kuan Yew berminat untuk menggabungkan Singapura dengan


Persekutuan Tanah Melayu?

A Desakan pedagang dan pelabur asing

B Barisan Sosialis semakin berpengaruh

C Parti Tindakan Rakyat semakin lemah

D Ingin meluaskan pengaruhnya di Persekutuan Tanah Melayu

3. Lee Kuan Yew mencadangkan penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah


Melayu sahaja. Mengapakah cadangan tersebut ditolak oleh Tunku Abdul Rahman?

A Mengancam keselamatan negara


B Memecahbelahkan pelbagai kaum
C Mewujudkan keseimbangan kaum
D Menjejaskan pertumbuhan ekonomi

4. Mengapakah Dato' Onn Jaafar mencadangkan Persekutuan Tanah


Melayu dinamakan Malaysia?

A Untuk menarik Sabah, Sarawak dan Brunei menyertai Malaysia


B British akan menggabungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
C Desakan oleh UMNO dan pegawai British untuk pembentukan negara
D Permintaan penduduk dan pemimpin Singapura untuk menyertai Malaysia

5. Rajah berikut merujuk kepada tiga faktor utama dalam pembentukan


Malaysia.

Faktor-faktor Pembentukan
-Sosial -Ekonomi -Politik

Antara yang berikut, manakah merupakan faktor politik?


I Keselamatan

II Kemudahan asas

III Kependudukan

IV Dasar dekolonisasi

A 1 dan II C Ildanlll
B IdanlY D III dan IV

6. Apakah tindakan yang dibuat oleh Lee


Kuan Yew supaya Singapura menyertai
Malaysia?

A Memujuk pihak British


B Mengadakan pungutan suara
C Merayu kepada Tunku Abdul Rahman
D Memberi jaminan menghapuskan komunis
7. Apakah syarat tambahan yang dipohon oleh parti-parti politik
Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia?

A jaminan kuasa politik yang sama


B Kemerdekaan terlebih dahulu
C Sumber ekonomi dipelihara
D Kuasa autonomi

8. Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold dengan pembentukan


Malaysia yang terdiri daripada Sabah dan Sarawak?

I Perlembagaan yang dibentuk berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu

II Pemberian kuasa menenlukan dasar kewangan di Sabah dan Sarawak


III Pembenan kuasa menentukan dasar imigresen di Sabah dan Sarawak
IV Memberi jaminan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak

A I dan ll
B I dan IV
C Il danlll
D III dan IV

9. Senarai berikut merujuk kepada pertubuhan politik yang memberi pandangan tentang
pembentukan Malaysia.

-Barisan Sosialis
-Parti Islam Se-Tanah Melayu

Apakah pandangan tersebut?

A Malaysia dibentuk tanpa Singapura


B Menyokong penibentukan Malaysia sepenuhnya
C Dirunding dalam kalangan penduduk terlebih dahulu
D Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei diberi kemerdekaan dahulu
10. Pernyataan berikut merujuk kepada pembentukan Malaysia.

Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan


Brunei tanpa Singapura.

Pandangan di atas telah dikemukakan oleh

A PAS.
B MCA.
C UMNO.
D Parti Perikatan.

11. Pernyataan berikut merujuk kepada reaksi terhadap pembentukan


Malaysia.
Barisan Sosialis di Singapura menentang idea pembentukan Malaysia.

Apakah alasannya?

A Ekonomi Singapura terjejas


B Satu bentuk penjajahan baru
C Kemerdekaan dicapai dahulu
D Penduduk Singapura tidak diberitahu

12. Antara yang berikut, manakah parti politik yang sudah wujud di Sarawak sebelum
pengumuman penubuhan
Malaysia?
I Parti Negara Sarawak
II Parti Kebangsaan Sarawak
III Parti Pesaka Anak Sarawak
IV Parti Bersatu Rakyat Sarawak

A I dan II
B I dan IV
C Il dan III
D III dan IV

13 Senarai berikut merujuk kepada tokoh-tokoh di Sabah dan Sarawak.


-Stephen Kalong Ningkan
-Temenggung lugah Anak Barieng
-Dato' Bandar Abang Haji Mustapha

Apakah persamaan tokoh-tokoh di atas?


I Mengasaskan parti politik
II Menyokong pembentukan Melayu
Raya
III Berjuang untuk mencapai kemerdekaan
IV Bekerjasama dalam Parti Perikatan Sarawak
A I dan II
B I dan IV
C Il dan III
D III dan IV

14. Senarai berikut merujuk kepada pertubuhan politik di Sabah dan


Sarawak.

-PESAKA
-SNAP
-UNKO

Mengapakah parti-parti di atas tidak bersetuju dengan idea pembentukan


Malaysia pada peringkat awal?

I Bimbang kehilangan identiti


II Bimbang dikuasai oleh orang asing
III Bimbang kemasukan orang
Melayu ke negeri mereka
IV Bimbang sumber ekonomi dikuasai oleh kerajaan pusat
A I dan II
B I dan IV
C Il dan III
D III dan IV

15. Pernyataan berikut merujuk kepada tuntutan Sabah dan Sarawak sebelum rsetuju
bergabung dalam Malaysia.

-Sabah mengemukakan Perkara 20 untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.

Pihak yang bertanggungjawab membincangkan tuntutan Perkara 20 ialah


A Suruhanjaya Reid.
B Suruhanjaya Cobbold.
C Jawatankuasa Antara Kerajaan.
D Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum.
16. Pemberontakan Brunei yang berlaku pada 7 Disember 1962 mendapat sokongan kuasa
asing, iaitu
I Rusia
II China
III Filipina
IV Indonesia
A I dan II C Il dan III
B I dan IV D III dan IV

17. Maklumat berikut merujuk kepada pandangan dan reaksi negara luar berkaitan
pembentukan Malaysia.

-Pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme.

Pandangan di atas telah dikemukakan oleh


I Filipina
II Indonesia
III Parti Rakyat Brunei
IV Parti Tindakan Rakyat
A I dan II
B I dan IV
C Il dan III
D III dan IV

18. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Indonesia untuk menentang pembentukan
Malaysia?
I Menceroboh udara
II Melancarkan serangan udara
III Menghantar bantahan rasmi kepada PBB
IV Memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia
A I dan II C Il dan III
B I dan IV D III dan IV

19. Apakah tindakan yang diambil oleh Malaysia untuk menghadapi konfrontasi Indonesia?
I Memulau Indonesia
II Meminta bantuan tentera Amerika Syarikat
III Menghantar bantahan rasmi kepada PBB
IV Menghantar tentera untuk menyerang Indonesia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

20 Mengapakah Presiden Macapagal menentang pembentukan Malaysia?


A Menuntut hak terhadap Sabah
B Memberi sokongan kepada
Indonesia
C Menggagalkan rancangan untuk membentuk kerajaan Kalimantan
D Menganggap pembentukannya sebagai satu bentuk penjajahan baru

21 Penubuhan Malaysia mendapat tentangan daripada Indonesia dan


Filipina. Apakah tindakan yang diambil oleh pemimpin untuk menamatkan persengketaan?
A Mendapat bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
B Membuat perjanjian perdamaian melalui MAPHILINDO
C Memberi mandat kepada Jawatankuasa Perpaduan Kaum
D Menyerahkan kepada Mahkamah Antarabangsa untuk diadili

22 Jadual berikut merujuk kepada sebuah jawatankuasa yang dibentuk semasa proses
pembentukan Malaysia.

Jawatankuasa X
-Ditubuhkan pada bulan Ogos 1962
-Dipengerusikan oleh Lord landsdowne
-Bermesyuarat sebanyak 24 kali

Apakah perkara penting yang dibincangkan oleh jawatankuasa di atas?


A Perlembagaan Malaysia
B Kewajaran pembentukan Malaysia
C Tujuan dan matlamat penubuhan
Malaysia
D Hak dan kepentingan penduduk
Sarawak dan Sabah

23 Semasa lawatan misi PBB ke Sarawak dan Sabah, sebahagian besar rakyat bersetuju
menyertai Malaysia.
Perubahan ini berlaku kerana
A usaha daripada pegawai British.
B perubahan pucuk pimpinan tempatan.
C tamatnya konfrontasi dengan
Indonesia.
D usaha daripada Parti Perikatan
Tempatan.
24 Pernyataan berikut merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

Antara berikut, yang manakah inti pati perjanjian tersebut yang berkaitan dengan negeri Sabah
dan Sarawak?
I Diberi kuasa mengawal hal ehwal pertahanan
II Diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen
III Diberi kuasa mengawal hal ehwal kewangan
IV Diberi kuasa mengawal hal ehwal perkhidmatan awam
A I dan II
B I dan IV
C Il dan III
D III dan IV

25 Apakah asas kandungan Akta


Malaysia pada 16 September 1963?

A Hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak


B Penggabungan negeri-negeri membentuk negara
C Kuasa memerintah terdiri daripada rakyat tempatan
D Pemberian kuasa yang sama rata antara negeri-negeri

26 Kerajaan manakah yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal luar seperti yang
terdapat dalam perlembagaan?
A Negeri
B Wilayah
C Persekutuan
D Persekutuan dan negeri

27 Mengapakah parti-parti politik di Sabah hanya muncul mulai pertengahan tahun 1961?

A Penubuhan Majlis Pendidikan


B Pengumuman Gagasan Malaysia
C Peningkatan sistem pendidikan
D Penyerahan Sabah kepada British

28 Pernyataan berikut merujuk reaksi Brunei dalam pembentukan Malaysia.


-A.M. Azahari telah memimpin Parti Rakyat Brunei untuk menentang Gagasan Malaysia.
Apakah alasannya?
A Realpolitik
B Neokolonialisme
C Muslihat komunis
D Perluasan kuasa British
29 Maklumat berikut merujuk kepada reaksi Indonesia tentang pembentukan Malaysia yang
membawa kepada hubungan dingin
Malaysia-Indonesia.
-Perundingan untuk memulihkan hubungan Malaysia-Indonesia telah diadakan pada tahun
1966.
Di manakah tempat perundingan tersebut diadakan?
A Brunei
B Manila
C Jakarta
D Bangkok

Soalan Struktur

Jawab soalan- soalan di bawah ini.

1 Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 telah menghasilkan
Akta Malaysia 1963.

(a) Siapakah yang memperkenankan Akta Malaysia 1963?


1 markah

(b) Namakan dua badan yang terlibat dalam meluluskan Akta Malaysia 1963.
2 markah

(c) Apakah intipati Perjanjian Malaysia yang menjadi penyatuan dalam kalangan negara
anggota?
2 markah

(d) Jelaskan maksud perayaan yang berikut:

(i) Hari Kemerdekaan.


(1 markah)
(ii) Hari Malaysia.
(1 markah)
(e) Pada pandangan anda, mengapakah Hari Malaysia perlu disambut setiap tahun di negara
kita?
(3 markah)

2 Cadangan pembentukan Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi di dalam negeri dan di
negara luar.
(a) Mengapakah Sabah dan Sarawak menolak cadangan tersebut pada peringkat awal?
2 markah

(c) Sekiranya anda sebagai pemimpin ketika itu, apakah tindakan anda untuk menarik
sokongan terhadap pihak yang menentang pembentukan Malaysia?
(3 markah)

(d) Kebijaksanaan pemimpin negara kita telah berjaya menangani cabaran yang dihadapi
semasa pembentukan Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
(3 markah)

Soalan Esei

Jawab soalan-soalan di bawah ini.


3 Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya yang
merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

(a) Terangkan cadangan pembentukan Malaysia.


6 markah

(b) Mengapakah British menyokong pembentukan Malaysia?


4 markah

(c) (i) Tindakan bijak Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia memberi kebaikan kepada
negara kita sehingga kini. Berikan bukti untuk menyokong pernyataan tersebut.
6 markah

(ii) Sebagai warganegara, apakah sumbangan anda untuk memakmurkan dan mengekalkan
kedaulatan Malaysia?
4 markah
4 Rajah berikut menunjukkan langkah ke arah pembentukan Malaysia pada 16 September
1963.
(a) Jelaskan perkara-perkara yang berikut:
(i) Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK).
4 markah

(ii) Suruhanjaya Cobbold.


4 markah

(b) Sejauh manakah Perkara 20 yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan
menyumbang kepada pembangunan Sarawak dan Sabah?
(6 markah)

(c) Berdasarkan kajian anda, apakah ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh pemimpin negara
kita dalam usaha pembentukan Malaysia?
BAB 7

1 Maklumat berikut merujuk kepada pemerintahan yang dilaksanakan di Malaysia.

 Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara


 Pemerintahan dibantu oleh Perdana Menteri
Pernyataan di atas merujuk kepada sistem

A republik

B demokrasi.

C raja berkuasa mutlak

D Raja Berperlembagaan

2 Senarai berikut merujuk kepada Ketua Audit Negara sistem pemerintahan yang diamalkan
Peguam Negara di dunia.

 Sistem ini menolak institusi beraja


 Presiden memegang dua jawatan sebagai ketua kerajaan dan ketua negara
 Pemimpin dipilih melalui pilihan raya
Pernyataan di atas merujuk kepada sistem

A republik.

B monarki.

C autokrasi.

D demokrasi.

3 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali sejak 1957. Antara yang berikut, manakah tujuan
pindaan tersebut?

I Menjaga keselamatan negara


II Melindungi kepentingan rakyat
III Melicinkan urusan pemimpin
IV Memantapkan kedudukan perlembagaan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

4 Senarai berikut merujuk kepada jawatan yang terdapat dalam sistem pentadbiran negara.

 Ketua Audit Negara


Peguam Negara

Jawatan di atas dilantik oleh


A Perdana Menteri.
B Setiausaha Negara.
C Yang di-Pertuan Agong.
D Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

5 Jadual berikut merujuk kepada jenis mahkamah yang terdapat dalam Mahkamah Rendah.

Mahkamah Rendah:
Mahkamah X
Mahkamah Majistret

X merujuk kepada
A Mahkamah Persekutuan.
B Mahkamah Rayuan.
C Mahkamah Sesyen.
D Mahkamah Tinggi.

6 Pernyataan berikut merujuk kepada sebuah badan yang terlibat dalam pentadbiran Malaysia.

Majlis ini bebas daripada badan perundangan persekutuan dan negeri serta badan eksekutif kerajaan.

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Majlis Raja-Raja.
B Majlis Mesyuarat Negeri.
C Majlis Mesyuarat Persekutuan.
D Majlis Mesyuarat Perundangan.

7 Maklumat berikut merujuk kepada syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum dilantik menjadi ahli
Dewan Negara.

 Dilantik menjadi ahli Dewan Negara tanpa melalui pilihan raya.


30 tahun ke atas.
Beliau dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

Maklumat di atas merujuk kepada


A Senator.
B Setiausaha politik.

C Setiausaha negara.
D Setiausaha parlimen.

8 Antara yang berikut, siapakah yang bertanggungjawab membantu seseorang menteri dalam setiap
kementerian?
I Timbalan Presiden
II Setiausaha Negara
III Setiausaha Politik
IV Setiausaha Parlimen
A I dan II
B Idan IV
C Ildanlll
D III dan IV

9 Rajah berikut merujuk kepada tugas dan fungsi yang di-Pertuan Agong di Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong


Badan Pelaksana

Badan X

Badan Perundangan

Apakah fungsi X?
A Membuat undang-undang
B Menggubal dasar kerajaan
C Menjaga keselamatan negara
D Menentukan kesahihan undang-undang
10 Pernyataan berikut merujuk kepada tugas seorang menteri dalam pentadbiran di Malaysia.

Menteri X tidak diberi tugas dalam kemcnterian tertentu tetapi akan diberi tugas-tugas tertentu oleh
Perdana
Menteri.

X merujuk kepada
A Penasihat Menteri.
B Timbalan Menteri.
C Menteri Tak Berportfolio.
D Setiausaha Politik Menteri.

11 Antara yang berikut, manakah dua fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya


(SPR)?
I Menjamin calon yang bertanding memenangi pilihan raya
II Menentukan sempadan bahagian parti politik
III Menjalankan pendaftaran pemilih
IV Mengendalikan pilihan raya

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

12 Antara yang berikut, apakah syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya?
I Warganegara Malaysia
II Berumur 21 tahun ke atas
III Bermastautin di Kuala Lumpur
IV Berkhidmat dengan kerajaan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV


13 Maklumat berikut merujuk kepada pertubuhan parti politik di Malaysia.

 Menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union.


Melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu.
Mencapai kemerdekaan.

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu.
B Parti Kemerdekaan Tanah Melayu.
C Parti Negara.
D Parti Buruh.

14 Senarai berikut merujuk kepada pertubuhan parti politik di Sarawak.

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)


Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

Apakah persamaan kedua-dua parti di atas?


A Menyatukan kaum-kaum di Sarawak
B Mendapatkan kemerdekaan bagi
Sarawak
C Meningkatkan taraf hidup penduduk Sarawak
D Menjaga kepentingan orang Dayak di Sarawak

15 Antara yang berikut, manakah merupakan bidang kuasa Kerajaan


Persekutuan?
I Pelajaran III Pertanian
II Pendidikan IV Perhutanan

A I dan II C Ildanlll
B I dan IV D III dan IV

16 Antara yang berikut, manakah merupakan kesan wujudnya kerjasama antara Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri?
I Menjamin kestabilan
II Menjamin keharmonian
III Menambahkan perbalahan etnik
IV Mengurangkan beban kerajaan pusat
A Idanll C II dan III
B I dan IV D III dan IV

17 Menurut Perlembagaan Malaysia, kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan dilaksanakan oleh


A Sultan.
B Jemaah Menteri.
C Perdana Menteri.
D Yang di-Pertuan Agong.

18 Lima bilah keris yang terdapat pada


Jata Negara melambangkan
A Islam sebagai agama rasmi.
B hak istimewa orang Melayu.
C keberanian rakyat Malaysia.
D Negeri-Negeri Mela m Tidak Bersekutu.

19 Negara kita Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen setelah mencapai kemerdekaan.
Sistem ini membolehkan rakyat
A berhak membentuk kerajaan.
B berpeluang memilih ketua negara.

D boleh menukar sistem pemerintahan.


D bebas memiiih perwakilan di Dewan Negara.

20 Apakah yang dimaksudkan dengan hak asasi dalam perlembagaan negara?


A Kebebasan mendapat biasiswa dan pinjaman perumahan
B Kebebasan beragama dan memiliki harta secara sah
C Kebebasan mengkritik dan menghasut masyarakat
D Kebebasan pemberian lessen

21 Mengapakah syarat khas Sabah dan Sarawak termaktub dalam


Perlembagaan Malaysia?
A Persetujuan menyertai Malaysia
B Meningkatkan tarafhidup rakyat
C Negeri-negeri tersebut masih mundur
D Selaras dengan bumiputera Tanah Melayu

22 Maklumat berikut merujuk kepada perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
 Undang-undang Darurat
Pembubaran Parlimen

Siapakah yang berkuasa mengisytiharkan maklumat tersebut dalam negara Malaysia?


A Perdana Menteri
B Ketua Hakim Negara

C Yang di-Pertua Agong


D Kclua Sdimis ih i Ncgara

23 Apakah syarat pelantikan Senator yang mewakili Parlimen awam di Malaysia?


I Dipilih mdalui pilihan raya
II Tempoh jawatan dua tahun
III Berumur melebihi 30 lahun
IV Ahli Dewan Negara
A I dan II
B I dan IV
C ll dan lll
D III dan IV

24 Senarai berikut merujuk kepada suruhanjaya dalam perkhidmatan awam di Malaysia.

 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Suruhanjaya Undang-undang dan Kehakiman.

Apakah tujuan penubuhannya?


I Mengendalikan urusan temu duga
II Mengendalikan urusan pembayaran gaji
III Mengendalikan urusan kenaikan j" pangkat
IV Mengendalikan urusan pemantauan disiplin
A I dan ll
B I dan IV
C Il dan lll
D III dan IV

25 Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir undang-undang tetapi tidak boleh meminda undang-undang
kerana kuasa tersebut di bawah
A Badan Pelaksana.
B Badan Perundangan.
C Kerajaan Persekutuan.
D Suruhanjaya Kehakiman.

26 Mengapakah pembentukan parti politik di Malaysia lebih bersifat perkauman?


A Menjaga kepentingan masingmasing
B Mudah untuk menyampaikan maklumat
C Tertakluk dengan Perlembagaan Malaysia
D Syarat-syarat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya

27 Terdapat dua ekor harimau yang menyokong perisai pada Jata Negara.
Apakah maksudnya?
A Kekuatan C Kegigihan
B Kekayaan D Keberanian

28 Antara berikut, yang manakah merupakan seni kata yang terdapat dalam lagu kebangsaan?
I Tanah tumpah darahku
II Raja kita selamat beradu
III Puncak dunia telah kau tawan
IV Rakyat hidup bersatu dan maju
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
BAB 7

Soalan Struktur

Jawah soalan soalan di hawah ini.

1 ilustrasi berikut menunjukkan lambang negara Malaysia.

Jata Negara Jalur gemilang

(a) Jelaskan maksud yang terdapat pada lambang-lambang berikut:

(i) Warna biru.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(1 markah)

(ii) Bulan sabit.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(1 markah)

(b) Empat jalur warna di tengah tengah perisai bermaksud

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

(2 markah)
2 Malaysia merupakan sebuah kerajaan Persekutuan.

(a) Jelaskan konsep kerajaan Persekutuan.

(4 markah)

(b) Terangkan bidang kuasa antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri dalam
memajukan negara Malaysia.

(6 markah)

(c) Rajah berikut merujuk kepada agihan kuasa Persekutuan Malaysia.

Pengagihan Kuasa Persekutan Malaysia :

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama

(i) Pada pendapat anda, apakah kepentingan hubungan baik antara kerajaan

Persekutuan dan kerajaan Negeri?

(4 markah)

(ii) Sebagai warganegara Malaysia, jelaskan peranan anda dalam memajukan ekonomi negara.

(6 markah)
Bab 8

Kertas soalan ini mengandungi 27 soalan objektif. Tiap-tiap soalan mempunyai empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat daripada pilihan jawapan
tersebut.

1. Antara yang berikut, manakah perkara yang diberi penekanan dalam Rancangan
Pembangunan Lima Tahun sebaik sahaja kemerdekaan dicapai?

I Keselamatan negara
II Pembangunan bandar
III Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
IV Mempelbagaikan perkhidmatan social

A I dan II C Il dan III


B I dan IV D III dan IV

2. Manakah antara yang berikut merupakan matlamat Rancangan Malaya Pertama?


I Membangunkan kawasan luar bandar
II Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
III Menambahkan kadar kemiskinan
IV Membaiki kemudahan asas

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
3. Agensi yang manakah memainkan peranan penting dalam Rancangan
Malaya Pertama?
I BERNAS III FAMA
II FELDA IV RISDA
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

4. Senarai berikut merujuk kepada kemudahan sosial yang diberi keutamaan oleh kerajaan
Malaysia.

-Pelajaran
-Kesihatan
-Perumahan

Senarai di atas merupakan perkara yang diberi penumpuan dalam


A Rancangan Malaya Kedua.
B Rancangan Malaya Pertama.
C Rancangan Malaysia Kedua.
D Rancangan Malaysia Pertama.

5. Manakah antara yang berikut, merupakan matlamat pembukaan tanah yang dilakukan oleh
FELDA?

I Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar


II Meningkatkan hasil pertanian negara
III Meneroka tanah baharu untuk perumahan
IV Meneroka kawasan perhutanan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
6. Antara yang berikut, manakah merupakan matlamat Dasar Ekonomi
Baru?
I Menjadikan Malaysia negara perindustrian
II Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat
III Menyusun semula masyarakat
IV Membasmi kemiskinan
A I dan II C Il dan III
B I dan IV D III dan IV

7. Maklumat berikut merujuk agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan negara.

-Membantu usahawan bumiputera


-Menambah guna tenaga bumiputera
-Meningkatkan ekuiti bumiputera

Maklumat di atas merupakan strategi

A UDA. C DARA.
B MARA. D MIDA.

8. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara.

-Lembaga Penasihat Tarif


-Akta Pelaburan tahun 1969

Apakah peranan senarai tersebut?


A Membuka peluang pekerjaan
B Meningkatkan hasil pelaburan
C Menggalakkan penyertaan bumiputera
D Menggalakkan kemunculan industri baharu
9 Maklumat berikut merujuk kepada peranan agensi yang terlibat daiam pembangunan ekonomi
negara.

-Menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan penyediaan tapak perindustrian


perumahan ruang pejabat dan kedai.

Pernyataan di atas merupakan peranan yang dimainkan oleh

A Perbadanan Pembangunan
Bandar.
B Lembaga Kemajuan Perindustrian.
C Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negara.
D Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara.

10 Pada tahun 1981, Skim Amanah Saham Nasional telah dilancarkan oleh Perbadanan
Nasional Berhad.

Apakah tujuan pelancaran tersebut?


A Meningkatkan kadar tabungan negara
B Menggalakkan bumiputera menabung
C Menggalakkan bumiputera melabur secara terancang
D Mengimbangi pemilikan harta dan saham dalam kalangan kaum di Malaysia

11. Senarai berikut merujuk kepada badan-badan yang terlibat dalam sistem kewangan
Malaysia.

-Bank Pertanian Malaysia


-Skim Pinjaman Khas Pertanian
-Amanah Ikhtiar Malaysia

Apakah peranan badan di atas?


A Menggiatkan sektor pertanian
B Memodenkan sektor pertanian
C Memberi kemudahan kepada industri desa
D Membimbing industri desa dengan berkesan

12. Penubuhan Perbadanan Pelancongan

Malaysia bertujuan untuk meningkatkan industri pelancongan negara. Penubuhan tersebut telah
dilaksanakan semasa

A Rancangan Malaysia Kedua.


B Rancangan Malaysia Ketiga.
C Rancangan Malaysia Kelima.
D Rancangan Malaysia Keenam.

13. Dasar Kependudukan Negara telah dikemukakan oleh Perdana Menteri pada 29 Mac 1984.

Antara yang berikut, apakah peranan Dasar Kependudukan Negara terhadap kemajuan
negara?

I Meningkatkan produktiviti
II Meningkatkan pasaran
III Bekalan tenaga nasional
IV Kekuatan rakyat

A I dan II C Il dan III


B I dan IV D III dan IV

14. Antara yang berikut, manakah yang menerangkan Dasar Pendidikan


Kebangsaan?
I Dimulakan sebelum merdeka
II Ditentang oleh Laporan Fenn-Wu 1
III Dicadangkan oleh Laporan lawatankuasa Kabinet
IV Dikuatkuasakan semasa Laporan
Razak
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

15. Senarai berikut merujuk kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

-Sekolah Alam Shah


-Sekolah Sri Puteri
-Sekolah Sultan Abdul Halim
Apakah persamaan ketiga-tiga sekolah tersebut?
A Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pada peringkat menengah
B Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada peringkat menengah
C Memenuhi keperluan pendidikan sekolah berasrama penuh negara
D Meningkatkan taraf pendidikan negara secara berterusan

16. Penekanan terhadap kemahiran membaca, menulis dan mengira telah dicadangkan dalam
A Laporan Razak.
B Laporan Barnes.
C Laporan Rahman Talib.
D Laporan Jawatankuasa Kabinet.

17. Antara yang berikut, manakah prinsip-prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
I Budaya bercirikan kemodenan
II Kebudayaan asal rakyat Nusantara
III Unsur-unsur budaya lain yang sesuai
IV Agama Islam sebagai unsur terpenting
A I dan II
B I dan IV
C Il dan III
D III dan IV

18. Maklumat berikut berkenaan gagasan Malaysia ke arah menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2020.

-Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk mewujudkan sebuah negara yang maju
menjelang tahun
2020

Idea ini dicetuskan oleh bekas


Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991

Kemajuan yang ingin dicapai oleh Malaysia adalah berbeza dengan kemajuan di Barat. Apakah
perbezaannya?

A Kemajuan fizikal
B Kemajuan bersepadu
C Kemajuan berterusan
D Kemajuan kerohanian

19. Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan bersepadu dalam Rancangan Malaya
Pertama?
A Memberi penekanan kepada pembangunan bandar dan luar bandar
B Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian dan perlombongan
C Memberi perhatian untuk meningkatkan pendapatan dan basmi kemiskinan
D Memberi penekanan bidang ekonomi, perkhidmatan sosial dan awam

20. Tahap kedua Rancangan Lima Tahun Malaysia merangkumi


I Rancangan Malaysia Pertama
II Rancangan Malaysia Kedua
III Rancangan Malaysia Ketiga
IV Rancangan Malaysia Keempat
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
21. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dalam Rancangan
Malaya Kedua membuat pemantauan pembangunan Kawasan luar bandar melalui
A Bilik Gerakan Negara.
B Pusat Khidmat Negara.
C Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan.
D Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian.

22. Apakah matlamat Rancangan Malaysia Keempat dalam memenuhi aspirasi Dasar Ekonomi
Baharu?
I Menambah kemiskinan tanpa mengira kaum
II Menyedia kemudahan infrastruktur di bandar
III Menambahkan peluang pekerjaan di luar bandar
IV Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

23. Antara yang berikut, manakah langkah-Iangkah kerajaan untuk memajukan industri dalam
Rancangan Malaysia Keempat?

I Menyediakan estet industri


II Mengadakan zon perdagangan bebas
III Menggalakkan pelaburan modal dalam negara
IV Menyekat eksport bahan mentah ke luar negara
A I dan II C Il dan III
B I dan IV D III dan IV

24. Apakah tujuan diwujudkan program pembangunan in-situ di luar bandar?


A Peluang pekerjaan
B Pengurusan wilayah
C Petempatan terancang
D Peningkatan produktiviti

25. Prinsip Rukun Negara perlu dihayati oleh masyarakat di Malaysia sebagai

A falsafah pendidikan kepada masyarakat.


B ideologi untuk membentuk masyarakat ideal.
C negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
D teras membina semangat bersaing antara kaum.

26. Aktiviti sukan dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana
penyertaan pelbagai kaum. Pertandingan sukan dapat membentuk
I semangat bersaing
II semangat perkauman
III semangat kenegerian
IV semangat berpasukan
A I dan II C Il dan III
B I dan IV D III dan IV

27. Pernyataan berikut merujuk kepada cabaran yang terkandung dalam Wawasan 2020.
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi.
Apakah yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas?
I Berfikiran terbuka
II Tidak berfahaman sempit
III Tidak sedia menerima perubahan
IV Pengalaman tradisi Kesultanan Melayu
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

Soalan Struktur

Jawab-soalan soalan di bawah ini.

1. Maklumat di bawah menunjukkan senaral prinsip Rukun Negara yang telah diperkenalkan
pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

lkrar Rukun Negara


Maka Kami, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(a) Apakah peristiwa yang mendorong pengisytiharan Rukun Negara?


1 markah

(b) Nyatakan tiga matlamat Rukun Negara.


3 markah

(c) Bagaimanakah anda dapat mendukung prinsip keempat Rukun Negara?


3 markah

(d) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menjana
integrasi nasional dan perpaduan kaum. Sejauh manakah keberkesanan program tersebut
kepada generasi masa kini?
3 markah

2. Wawasan 2020 telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
pada 28 Februari 1991.

(a) Apakah maksud Wawasan 2020?


1 markah

(b) Senaraikan tiga cabaran Wawasan 2020.


3 markah

(c) Bagaimanakah sekolah dapat membantu menjayakan matlamat membangunkan


sebuah bangsa yang maju?
3 markah

(d) Sebagai seorang pelajar, apakah tanggungjawab anda untuk merealisasikan Wawasan
2020?
3 markah

Soalan Esei

Jawab soalan-soalan di bawah ini.

3. Peryataan yang berikut berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 telah melakar sejarah dalam
pembentukan dasar ekonomi Malaysia. DEB menekankan kepentingan mencapai sasaran
sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan
keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan
agama. Matlamat utama DEB adalah untuk mewujudkan perpaduan negara.

Sumber: http: www epu gov mydasar-ekonomi-baru

(a) Jelaskan frasa mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi
sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam negara.
4 markah

(b) Apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ke arah pencapaian matlamat
pelaksanaan DEB?
6 markah

(c) (i) Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan pelaksanaan DEB.


(ii) Sebagai generasi muda, apakah peranan anda untuk menjadikan Malaysia sebagai
negara yang maju dalam sektor ekonomi?
6 markah

4. Maklumat berikut berkaitan prinsip-prinsip Rukun Negara.


RUKUN NEGARA
-Kepercayaan kepada Tuhan
-Kesetian kepada Raja dan Negara
-Keluhuran Perlembagaan
-Kedaulatan Undang-undang
-Kesopanan dan kesusilaan

(a) Jelaskan tentang latar belakang pembentukan Rukun Negara.


4 markah

(b) Mengapakah setiap warganegara Malaysia dituntut menghayati prinsip Rukun


Negara?
4 markah

(c) (i) Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda mengamalkan prinsip


Rukun Negara?
6 markah

(ii) Ada dalam kalangan generasi hari ini tidak menghormati institusi beraja yang menjadi prinsip
kedua Rukun Negara. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku?
6 markah

5. Wawasan 2020 telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana
Menteri Malaysia pada 18 Februari 1991.

(a) Apakah matlamat penggubalan Wawasan 2020?


4 markah

(b) Cadangkan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan penghayatan terhadap


Wawasan 2020.
6 markah

(c) (i)Apakah strategi yang perlu dilaksanakan dalam menghadapi cabaran


Wawasan 2020?
4 markah

(ii) Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, apakah peranan anda untuk menjamin
pembangunan negara kita supaya berterusan?
6 markah
BAB 9

SOALAN OBJEKTIF

Kertas soalan ini mengandungi 25 soaian objektif. Tiap-tiap soalan mempunyai empat pilihan
jawapan, iaitu A. B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat daripada pilihan jawapan
tersebut.

1. Antara yang berikut, manakah faktor yang membawa kepada tercetusnya Perang Dunia
Pertama?

I Politik

II Sosial

III Agama

IV Ekonomi

A I dan II B I dan IV

C II dan I D III dan IV

2. Kuasa-kuasa besar mula meluaskan pengaruh masing-masing dengan tujuan untuk

A menyebarkan agama Kristian.

B menguasai bahan mentah dan pasaran.

C membuktikan kekuatan masingmasing.

D membentuk negara bangsa yang Iebih besar.


3. Antara yang berikut, apakah kesan Perang Dunia Kedua terhadap negaranegara Eropah?

I Meruntuhkan sistem dekolonisasi

II Negara-negara Eropah bersatu padu

III Menubuhkan negara-negara baru yang merdeka

IV Membentuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

A I dan I B I dan IV

C II dan I D III dan IV

4. Rajah berikut merujuk kepada kesan Perang Dingin. X ialah

A ASA.

B SEATO.

C ASEAN.

D MAPHILINDO.

5. Antara yang berikut, faktor-faktor manakah yang mempengaruhi dasar luar Malaysia?

I Politik

II Sejarah

III Sosial

IV Kebudayaan

A I dan I B I dan IV

C II dan I D III dan IV


6. Antara yang berikut, manakah matlamat Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara
maju selepas negara mencapai kemerdekaan?

I Modal

II Pasaran

III Perniagaan

IV Teknologi

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

7. Mengapakah Malaysia bergantung kepada Britain?

I Britain banyak melabur di Malaysia

II Malaysia menjadi anggota Pakatan Tengah

III Britain memerlukan bahan mentah dari Malaysia

IV Malaysia mengeksport bijih timah dan getah ke Britain

A I dan I

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV
8. Maklumat berikut merujuk kepada matlamat pertubuhan yang dianggotai oleh Malaysia.

 Menjamin keamanan dunia


 Menggalakkan hubungan baik antara negara
 Menyelesaikan masalah antarabangsa

Maklumat di atas merupakan matlamat pertubuhan

A PBB.

B OIC.

C ASEAN.

D KOMANWEL.

9. Maklumat berikut merujuk kepada seorang tokoh yang banyak menyumbang dalam
hubungan antarabangsa.

Tan Sri Razali Ismail

Tokoh di atas telah dilantik untuk menjadi wakil khas dalam menyelesaikan konflik di Myanmar
melalui

A KOMANWEL.

B Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

C Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

D Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara.

10. Senarai berikut merujuk kepada negara-negara yang baharu menjadi abli pertubuhan pada
tahun 2003.

 Timur Leste
 Puiau Catalina
Apakah persamaan kedua-dua negara di atas?

A Menjadi anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

B Menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

C Menjadi anggota Pertubuhan Komanwel

D Menjadi anggota ASEAN

11. ASA merupakan kerjasama antara tiga buah negara, dua antaranya ialah

I Filipina

II Malaysia

III Brunei

IV Singapura

A I dan I B I dan IV

C II dan I D III dan IV

12. Mengapakah ASA dibubarkan pada tahun 1963?

A Negara anggota menarik diri

B Matlamat ASA tidak dapat dicapai

C Kerjasama negara anggota mula tergugat

D Bantahan Filipina terhadap penubuhan Malaysia

13. Senarai berikut merujuk kepada moto sebuah pertubuhan.

 Keamanan
 Kestabilan
 Kegigihan
Pertubuhan dimaksudkan ialah

A ASA.

B ASEAN.

C SEATO.

D MAPHILINDO.

14. Rajah berikut berkaitan dengan pengumuman yang telah dibuat semasa Sidang Kemuncak
ASEAN pada tahun 1992.

AFTA- Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dalam


kalangan negara anggota.

Tempat pengumuman tersebut ialah

A Kuala Lumpur.

B Singapura.

C Bangkok.

D Manila.

15. Antara yang berikut, manakah merupakan usaha kerajaan dalam menghadapi dunia
globalisasi?

I Menerima budaya kerja dari negara maju

II Menyediakan prasarana bagi perkembangan media massa

III Mengadakan prasarana dalam pendidikan berteraskan IT

IV Menyediakan peruntukan besar dalam membangunkan bidang IT


A I dan I B I dan IV

C II dan I D III dan IV

16. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM5.2 bilion bagi projek
berasaskan ICT di dalam

A Rancangan Malaysia Kelima.

B Rancangan Malaysia Keenam.

C Rancangan Malaysia Ketujuh.

D Rancangan Malaysia Kelapan.

17. Senarai berikut merujuk kepada pakatan kuasa-kuasa besar yang berperang di Eropah
pada awal abad ke-20.

 Perikatan Kuasa Tengah


 Pakatan Bertiga

Apakah faktor utama peperangan tersebut?

A Ingin membentuk empayar masing-masing

B Pengaruh yang kuat daripada nasionalisme

C Menguasai pasaran untuk hasil perkilangan

D Mendapatkan bahan mentah untuk industri

18. Maklumat berikut merujuk kepada kesan berlakvinya Veranyz, Dingin.

 Blok Kapitalis
 Blok Komunis

Apakah tindakan yang diambil oleh blok di atas untuk meluaskan pengaruh mereka?

I Bantuan kemanusiaan

II Bantuan bidang ekonomi


III Menjalankan propaganda

IV Campur tangan dalam politik

A I dan I B I dan IV

C II dan I D III dan IV

19. Senarai berikut merujuk kepada hubungan luar Malaysia dengan negara-negara dunia
berasaskan kepada dua konsep di bavvah.

 Bilateral
 Multilateral

Apakah yang dimaksudkan dengan bilateral?

A Hubungan berdasarkan geopolitik

B Hubungan berdasarkan keagamaan

C Hubungan berdasarkan pertubuhan

D Hubungan secara terus dengan negara

20. Mengapakah Malaysia mengamalkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1980-an?

A Mengukuhkan kestabilan politik di dalam negara

B Menjalinkan hubungan diplomatik dengan semua negara

C Pengaruh komunis akan merosot di rantau Asia Tenggara

D Menarik lebih ramai pelabur agar melabur di dalam negara

21. Malaysia mengadakan Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu pada tahun 1956.
Perjanjian tersebut memberi jaminan British dalam

A membantu melatih ketenteraan.


B menghapuskan ancaman komunis.

C membekal senjata ketika berperang.

D membantu sekiranya diserang musuh.

22. Apakah faedah yang diperoleh oleh Malaysia dengan menyertai Komanwel?

I Eksport negara tidak dikenakan cukai di negara-negara anggota

II Memberi bantuan modal kepada pelajar yang ingin berniaga

III Bantuan pertahanan ketika konfrontasi dengan Indonesia

IV Menganjurkan sukan yang bertaraf antarabangsa

A I dan I B I dan IV

C II dan I D III dan IV

23. Apakah idea yang dibantah oleh Amerika Syarikat terhadap Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara (ASEAN)?

A Zon Bebas Senjata Nuklear

B Perundingan Ekonomi Asia Timur

C Perundingan Negara-Negara Selatan

D Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

24. Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam di Kuala Lumpur telah mengesyorkan


perdagangan di antara negara-negara Islam melalui penggunaan

A pertukaran barangan.

B kredit tanpa faedah.

C kawalan barangan.

D dinar emas.
25. Di manakah ibu pejabat Sekretariat Tetap ASEAN?

A Jakarta

B Bangkok

C Singapura

D Kuala Lumpur

SOALAN STRUKTUR

Jawab soalan-soalan di bawah ini.

1. Era globalisasi kini menjadikan matlamat k-masyarakat dan k-ekonomi ialah untuk
mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan saintifik.

(a) Apakah sumber yang diperlukan untuk menjayakan k-ekonomi?

2 markah

(b) Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai k-masyarakat.

2 markah

(c) Pada pendapat anda, apakah cabaran era globalisasi pada masa kini?

3 markah

(d) Bagaimanakah anda mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat?

3 markah
SOALAN ESEI

Jawab soalan-soalan di bawah ini.

2. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) telah ditubuhkan semasa Deklarasi


Bangkok pada 8 Ogos 1967.

(a) Jelaskan matlamat penubuhan persatuan tersebut.

4 markah

(b) Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN.

6 markah

(c) (i) Bagaimanakah negara-negara anggota ASEAN dapat mengekalkan keamanan dan
kemakmuran serantau?

6 markah

(ii) Keanggotaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan di peringkat serantau dan antarabangsa
telah menjadi pemangkin kepada kejayaan negara. Berikan pendapat anda.

6 markah

3. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) terdiri daripada 10 buah negara di Asia
Tenggara yang diikat dengan semangat persahabatan dan perpaduan.

(a) (i) Nyatakan latar belakang Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

4 markah

(ii) Jelaskan matlamat Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

4 markah

(b) Malaysia telah melakukan pelbagai usaha untuk menjalinkan hubungan balk dengan negara
serantau. Sejauh manakah usaha tersebut memberi kebaikan kepada negara kita?

6 markah
(c) Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN), apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi mengatasi masalah yang berlaku di
rantau Asia Tenggara?

6 markah

4.(a) Selepas merdeka, Malaysia telah menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar.
Terangkan bentuk hubungan luar yang diamalkan oleh Malaysia.

4 markah

(b) Terangkan faktor-faktor yang menjadi asas kepada penggubalan dasar luar Malaysia.

6 markah

(c)Pada pendapat anda, bagaimanakah hubungan luar membantu meningkatkan


kecemerlangan negara?

4 markah

(ii) Cadangkan langkah-langkah bagi mengeratkan hubungan dengan negara-negara luar.

Anda mungkin juga menyukai