Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN 1;

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata tunggal
dan dua kata majmuk. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat
anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan pemain industri sangat


diperlukan dan penting bagi memberikan nafas segar untuk meningkatkan
sektor pelancongan di Perlis. Pihak swasta juga wajar memikul
tanggungjawab yang lebih berat untuk membantu memasarkan sektor
pelancongan. Hal ini disebabkan terlalu banyak inisiatif yang boleh
dilaksanakan bersesuaian dengan norma baharu dalam memperkasakan
industri pelancongan.

Kata Tunggal;

i.

ii.

Kata Majmuk;

i.

ii.
LATIHAN 2;

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan
dua kata adjektif. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Sungai turut membekalkan sumber air bersih kepada manusia


sebagai sumber minuman. Hal ini berlaku disebabkan manusia
memerlukan air yang cukup pada setiap hari, khususnya apabila
mereka terlibat dengan aktiviti lapangan. Tambahan pula, air dapat
membekalkan tenaga untuk manusia menjalankan kerja dengan
lebih sempurna kerana sifatnya yang beralkali dan melancarkan
proses perkumuhan. Jadi, manusia akan sentiasa memperoleh
sumber air yang bersih selagi sungai tidak tercemar.

Kata Kerja;

i.

ii.

Kata Adjektif;

i.

ii.
LATIHAN KENDIRI;

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata terbitan dan dua kata tugas.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa dan nama khas.

Beberapa tahun yang lalu, robot mudah alih merupakan barang permainan
atau peralatan yang begitu mahal. Namun begitu, banyak pakar percaya
bahawa bidang robot merupakan permulaan revolusi pembangunan robot
seperti permulaan penciptaan komputer peribadi pada dekad yang lalu.
Revolusi teknologi baharu robot mudah alih melibatkan bidang kejuruteraan
mekanikal, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan maklumat, kejuruteraan
automasi, kecerdasan buatan dan sebagainya.

Kata Terbitan;

i.

ii.

Kata Tugas;

i.

ii.

Anda mungkin juga menyukai