Anda di halaman 1dari 4

CABARAN DAN POTENSI ROBOT

Robot ialah mesin canggih kawalan komputer yang semakin meluas digunakan untuk melakukan kerja-kerja
yang dahulunya dilakukan oleh manusia. Bincangkan potensi teknologi robot dan cabaran yang mungkin timbul
akibat penggunaan robot dalam kehidupan manusia.
 
Potensi teknologi robot
1. Robot digunakan untuk membuat kerja yang berbahaya
 Keadaan kerja pantas, dalam bahan kimia beracun, atau radioaktif.
 Penyelidikan angkasa lepas di bulan dan atas planet Marikh.
 Keselamatan manusia terancam, tiada orang sanggup bekerja dalam keadaan bahaya.
 Robot mengurangkan risiko keselamatan dan menjimat kos.
 
2. Robot melakukan tugas dengan cepat dan tepat.
 Robot boleh memasang komponen elektronik dan mesin-mesin seperti kereta dengan perincian tinggi.
 Boleh meningkatkan produktiviti dan hasil pengeluaran.
 Kurangkan pembaziran bahan sumber pengeluaran.
 Kecekapan sentiasa pada tahap yang sama.
 Kecekapan manusia bergantung kepada stamina dan faktor fizikal dan emosi.
 
3. Robot bekerja tanpa berhenti, meningkatkan produktiviti
 Pekerja kilang biasanya bekerja 60 hingga 70 jam seminggu.
 Robot boleh sepanjang hari tanpa letih.
 Robot mengurangkan masa bekerja manusia.
 Membolehkan manusia menikmati rehat dengan lebih lama dan mengurangkan tekanan jiwa/stress
pekerja.
 Membantu meningkatkan produktiviti.
 
4. Pelbagai kegunaan dalam kehidupan manusia.
 Aplikasi robot tidak terhad dalam perindustrian.
 Robot berguna sebagai pekerja ladang, ahli bomba, penyelidik di dasar dan angkasa lepas.
 Robot Meldog membantu orang cacat penglihatan.
 Robot digunakan untuk membantu melakukan kerja rumah yang rutin.
 Robot membuat pembedahan kecil yang memerlukan gerakan halus dan tetap.
 
5. Ledakan teknologi robot kian canggih.
 Jepun telah lancarkan komputer generasi kelima untuk meningkatkan penyelidikan terhadap robot.
 Robot Osimo yang mampu menendang bola, menaiki tangga dan menari.
 Robot tertentu boleh memainkan alat muzik seperti organ.
 Pencapaian teknologi seperti tahap "Star Wars" mungkin berlaku.
 
Cabaran akibat penggunaan teknologi robot
 
1. Manusia menjadi malas dan tidak berfikir
 Manusia menjadi terlalu bergantung kepada robot untuk melakukan kerja.
 Robot boleh dibeli dan dimiliki dan menjadikan manusia semakin malas.
 Kebanyakan manusia menjadi pasif untuk berfikir dan melakukan kerja fizikal.
 
2. Robot mengambil alih kerja yang dilakukan oleh manusia
 Ramai pekerja akan hilang pekerjaan kerana robot boleh ambil alih kerja mereka.
 Majikan lebih suka guna robot untuk menggantikan tenaga kerja kerana robot dapat mengurangkan kos
dan elakkan masalah kesatuan pekerja.
 Ramai pekerja akan menganggur.
 
3. Robot tidak flesiber
 Robot hanya boleh melakukan kerja yang telah diprogramkan.
 Robot tidak boleh berfikir sesuatu yang abstrak.
 Robot tidak boleh melakukan kerja berkaitan dengan hubungan sesama manusia, perasaan dan
psikologi.
Contoh Karangan 1:

 Robot merupakan ciptaan sains yang sangat berguna pada masa ini.Robot merupakan mesin yang direka
bentuk untuk memberi tindak balas terhadap input-input di persekitarannya dan membuat perubahan tertentu
berasaskan kepada input berkenaan .Di negara-negara maju robot telah banyak digunakan untuk melakukan
kerja-kerja selama ini dilakukan oleh manusia .
 
Perobot yang direka bertujuan menghasilkan aksi-aksi mirip manusia seperti mengangkat,mengumpul,dan
melakukan kerja-kerja industri yang lain.Teknologi robotik setakat ini telah mencapai kemajuan yang
membanggakan walaupun kebanyakan robot hanya dilihat bekerja di syarikat-syarikat industri besar.Walaupun
teknologi robotik sukar dihasilkan namum ia berpotensi untuk dilaksanakan.
 
 
Robot berpotensi dijadikan pengganti tenaga manusiaTeknologi robot telah menjadi pengganti tenaga
manusia untuk melakukan tugas-tugas berat,rumit,berisiko dan kerja-kerja yang tidak terdaya dilaksanakan oleh
manusia.Robot dapat mengurangkan risiko keselamatan .
 
Robot amat berguna dalam bidang penyelidikan dan perubatan .Dalam bidang penyelidikan ,teknologi
robot digunakan bagi mengelakkan berlakunya kecuaian manusia.Dengan ini, dapatan yang lebih unik dapat
dihasilkan.Oleh kerana kecekapan manusia adalah bergantung kepada stamina dan faktor fizikal dan
emosi,maka peratusan berlaku kecuaian dalam kalangan manusia akan lebih tinggi berbanding dengan
robot.Dalam bidang perubatan pula,teknologi robot digunakan untuk membantu doktor menjalankan
pembedahan yang serius dan mengesan penyakit.Hal ini demikian dapat meningkatkan kecekapan.
 
Robot juga dicipta untuk membantu orang yang kurang berupaya.Pelbagai teknologi robot telah dicipta
untuk orang cacat bagi membantu pergerakan mereka.Sebagai contoh,Robot Meldog telah digunakan untuk
membantu orang yang cacat penglihatan.Selain itu,robot juga boleh digunakan untuk membantu orang yang
kurang berupaya mengambil barang dan sebagainya.
 
Pengunaan robot boleh mengelakkan tindakan persatuan kerja.Robot adalah pekerja yang paling setia
kepada tuannya.Tidak seperti manusia yang akan melancarkan mogok bila tuntutannya tidak dipenuhi.Tindakan
pekerja ini bukan sahaja merugikan pengusaha, malah imej syarikatnya juga turut terjejas.Dengan ini,banyak
industri menjadi lumpuh.Penggunaan robot dalam industri dapat menyelesaikan masalah pengusaha dan
menggalakkan pelaburan lanjutan dan ini boleh membawakan pertumbuhan sektor perindustrian.
 
Di negara maju seperti Jepun ,robot dicipta sebagai alat penghibur.Sebagai contoh ,robot haiwan Sony Aibo
dan Robot cat telah diciptakan.Robot juga telah digunakkan dalam filem.Sesetengah filem telah menggunakkan
teknologi robot di dalam pembikinan filemnya.Misalnya,filem 'Robocop','Terminator','Star Wars' dan
'Transfomer'.
Contoh Karangan 2:

Merujuk etimologi, perkataan "robot" itu berasal daripada bahasa Czech, iaitu robotovat yang beerti
“menghambakan diri”. la dicipta oleh seorang penulis bernama Karel Capek pada tahun 1920an. Mengikut
istilah saintifiknya pula, sebuah robot merupakan peranti elektro mekanikal ( mesin yang berfungsi dengan
kuasa elektrik ) atau biomekanikal ( berfungsi dengan kuasa biologi ) yang boleh bertindak mengikut program
asal manusia. Walau bagaimanapun buat masa ini, belum ada lagi robot yang boleh menghasilkan `spesiesnya'
sendiri tanpa bantuan manusia.
 
Kerja-kerja robotik selalunya melibatkan tugasan tiga D iaitu Dull, Dirty, and Dangerous yang
bermaksud Hambar, Kotor, dan Bahaya. Kebiasaannya, robot digunakan untuk melakukan kerja hambar yang
berulahg-ulang, seperti menampal label kertas pada tin makanan dalam landasan produksi kilang. Manusia tentu
kebosanan jika menampal label jenama sardin pada tin berjam-jam hingga beratus ribu karton. Tetapi robot
tidak kisah membuat kerja berulangulang malah tidak kompelin sepatah pun.
 
Robot-robot juga kerap digunakan dalam situasi kotor dan berisiko tinggi. Contoh aplikasi robot adalah di
dalam kawasan yang menyebarkan gas bahaya (seperti bencana kebocoran gas sulfur) atau mempunyai
atmosfera yang dicemari virus atau bakteria, kawasan asidik atau beralkali tinggi, kawah gunung berapi, ombak
kuat, dikerumuni haiwan buas, gurun yang bahang, atau ke kancah peperangan. Robot-robot seperti iRobot
Packbot dan Foster-Miller TALON, contohnya, digunakan untuk melupuskan boom dalam perang Iraq dan
Afghanistan. Kerja-kerja seperti itu, jika dihantar manusia untuk menjadi sukarela tentu tidak ada yang mahu
menjadi sukarela kerana ia boleh mengancam nyawa.
 
Robot juga sering digunakan dalam projek penerokaan angkasa lepas, seperti projek National Aeronautics
and Space Administration ( NASA ) ke Marikh. Satelit Measat Malaysia yang baru-baru ini dilancarkan
dioperasi oleh robot dan peranti kawalan. Kelak, apabila angkasawan Malaysia mula dihantar ke angkasa lepas,
beliau juga bakal bergantung kepada robot untuk banyak eksperimen angkasa, malah robot dan otak elektronik
jugalah yang akan membantu beliau bergerak, melupuskan barang buangan, menentukan hala tuju orbit stesen
angkasa lepas, berkomunikasi dengan bumi, dan mencatu oksigen untuk pernafasan.
 
Teknologi robotik mutakhir mempunyai banyak ruang untuk diperkembangkan. Kebarangkaliannya tiada
penghujung. Akhir ini, banyak robot generasi baru dibina untuk meniru bentuk manusia atau binatang, bergerak
dan berfikir serta menunjukkan mimik muka. Robot Asimo ciptaan Honda, contohnya, boleh berjatan dengan
dua kaki dan mengimbangkan tubuhnya. Aibo pula boleh berinteraksi dan bergerak seperti anjing, dan heksapod
pula mirip serangga. Kini sudah ada robot yang boleh bermain piano, atau melukis pada kanvas, atau bermain
catur, atau menyanyi.
 
Terdapat juga robot-robot dalam bentuk maya, dipanggil robot internet, atau internetbot. Robot jenis ini yang
paling terkenal ialah robot kepunyaan Google (Googlebot), yang menerawang alam maya internet, mengumpul
dan merekodkan kata kunci untuk memudahkan pencarian pengguna.
 
Dalam dunia perubatan juga robot-robot semakin giat digunakan. Sudah wujud robot-robot yang berbentuk
tangan atau kaki manusia, dengan endoskeleton dilitup prostetik dan dikawal oleh peranti pneumatik atau
hidraulik dan dicipta untuk membantu hidup orang yang kudung tangan atau kaki. Tangan atau kaki palsu yang
dikawal oleh mekanisme robotik itu kemudiannya dipasangkan ketubuh, dan boleh bertindak seperti tangan atau
kaki biasa, dikawal terus oleh sistem saraf atau neuron otak secara semula jadi. Para pesakit yang
memakainya sering melaporkan bahawa dengan tangan atau kaki robotik palsu itu, mereka boleh hidup seperti
manusia normal yang lain, dan apabila sudah biasa, mereka seperti tidak sedar kehadirannya.
 
Robot-robot juga sudah memasuki pasaran domestik. Selain Aibo, terdapat juga robot anjing yang boleh
dijadikan haiwan peliharaan. Syarikat Sweden Electrolux pula telah memasarkan penyedut hampagas yang
dipanggil Trilobite. la bukan seperti penyedut hampagas yang lain, Trilobite boleh dibiarkan sendirian di lantai
rumah dan ia akan merayap menyedut habuk secara automatik. la akan mengatur rancangan sendiri, mengelak
halangan ( perabot atau barang besar di lantai ), dan akan pulang semula ke rumahnya sendiri setelah kerja
selesai bagi mengecas kembali baterinya.
 
Baru-baru ini, Kerajaan Korea Selatan telah menyebarkan wawasan, bahawa sebelum tahun 2020, dalam setiap
rumah rakyatnya akan wujud sekurang- kurangnyasatu robot. Mungkin sedekad atau sekurun lagi, robot akan
menjadi perkara biasa dengan adanya robot atau android yang berbentuk humanoid, yang boleh diajak berbual,
dan boleh berfikir serta berjenaka, marah, dan merajuk. Ramalan-ramalan seperti ini boleh dilihat di dalam
fiksyen sains oleh Asimov dan Clarke serta ramai lagi pengkarya sci-fi. Misalnya Doraemon, watak kartun
popular rekaan Fujiko Fujio itu juga adalah sebuah robot, bijak berceloteh dan berjenaka dengan temannya
Nobita.
 
Namun begitu, kemajuan teknologi robotik yang tidak terkawal boleh membahayakan manusia. Filem
Hollywood Terminator arahan James Cameron, contohnya, membayangkan kemusnahan dunia akibat bertarung
dengan robot android yang lut senjata. Filem Artificial Inteligence arahan Steven Spielberg pula membayangkan
manusia yang menindas kaum robot. Sesungguhnya, segalanya mungkin berlaku. Pada masa kini, robot dan
peranti kawalan elektronik sudah pun digunakan untuk menentu hala tuju bom dan peluru berpandu ketenteraan.
Terdapat robot yang mengkaji maklumat satelit untuk mengintip pergerakan manusia, dan ada juga robot yang
dihantar menjadi perisik.
 
Mengikut sejarawan, manusia pertama yang terbunuh akibat robot adalah sama ada seorang lelaki Jepun
bernama Kenji Urada ( 37 tahun ) ataupun lelaki Amerika bernama Robert Williams dari Michigan ( 25 tahun ).
Dalam kes Kenji Urada, beliau bekerja di kilang Kawasaki dan dinyatakan telah masuk ke kandang robot untuk
melakukan pembersihan. Akibat tergesa-gesa, beliau terlupa untuk mematikan robot sepenuhnya. Apabila
robot itu bergerak, beliau tidak sempat menyelamatkan diri.
 
Sesungguhnya, merekacipta robot adalah tugas yang sangat kompleks. Selain pengetahuan teknikal, banyak
etika dan moral yang perlu difikirkan. Contohnya, ahli sains boleh mencipta robot yang paling moden tetapi
tanpa kawalan dan pemantauan, tidak mustahil kita, manusia sendiri yang akan terperangkap dengan teknologi
di masa depan.
 

Anda mungkin juga menyukai