Anda di halaman 1dari 27

8.

2
Kesan Daya
• Daya tidak dapat dilihat tetapi kesannya boleh
diperhatikan.
• Apabila suatu daya dikenakan pada suatu
jasad, daya itu boleh mengubah bentuk,saiz
dan gerakan jasad tersebut.
Kesan daya Situasi 1( Pingpong)

Objek pegun bergerak -Apabila objek pegun ditolak,objek akan


bergerak.

Menghentikan objek yang bergerak - Apabila daya dikenakan pada arah


bertentangan,objek akan berhenti bergerak.

Mengubah kelajuan objek yang sedang - Daya dari arah yang sama menambahkan
bergerak kelajuan objek.
- Daya dari arah bertentangan
memperlahankan objek.
Mengubah arah gerakan objek - Daya dari tepi mengubah arah gerakan
objek.

Mengubah bentuk dan saiz - Daya boleh mengubah bentuk dan saiz
Daya apungan
• Sesuatu objek akan terapung jika daya apungan yang
bertindak padanya cukup untuk menampung beratnya,
iaitu daya apungan sama dengan berat objek.
• Jika berat melebihi daya apungan maka objek akan
tenggelam dan sebaliknya.
• Daya apungan= Berat sebenar- berat ketara
• Berat sebenar= Berat objek di udara
• Berat ketara= Berat objek yang terendam di dalam
cecair.
Ketumpatan dan kesan apungan
• Bahan yang berbeza mempunai ketumpatan
yang berbeza.
• Kedudukan sesuatu objek didalam bendalir
bergantung pada ketumpatan objek itu ssamada
kurng atau lebih daripada ketumpatan bendalir.
• Apabila objek kurang tumpat berbanding cecair
cuba ditenggelamkan,daya apungan menjadi
lebih besar lalu menolak objek itu naik keatas
cecair dan akan terapung.
• Sebaliknya, apabila suatu objek ialah lebih
tumpat berbanding cecair,daya apungan adalah
kurang daripda berat objek lalu menyebabkan
objek itu tenggelam ke dasar cecair.
Tuas
• Tuas ialah sebuah palang yang berputar pada
satu titik tetap.
• Tuas mestilah mempunyai Fulkrum,Daya dan
Beban.
• Tuas terdiri daripada 3 jenis
a) Tuas Kelas Pertama
b) Tuas Kelas Kedua
c) Tuas Kelas Ketiga
Momen Daya
• Daya yang dikenakan pada suatu objek boleh
memutarkan objek itu pada satu titik yang
tetap.
• Kesan putaran yang dihasilkan disebut momen
daya.
Apa itu momen daya?
• Momen daya membolehkn kita melakukan
kerja dengan mudah.
• Momen daya bergantung pada daya yang
dikenakan dan jarak tegak dari fulkrum ke
daya.
• Momen daya= Daya(N) x Jarak tegak pangsi ke
daya(m)
= Nm(Joule)
• Magnitud daya bertambah,iaitu mengenakan
daya yang lebih besar.
• Jarak tegak dari pangsi ke daya bertambah.
• Beban(N)x Jarak beban dari fulkrum(m)=
Daya(N)x Jarak daya dari fulkrum(m)
Tekanan
• Kadang-kadang,suatu kuantiti daya yang besar
tidak dapat menarik atau menolak sesuatu
objek yang kecil. Mengapa?
• Contoh, tekan sebatang paku tekan ke dalam
sekeping papan. dan juga,Tekan duit syiling ke
papan boleh tembus ka tidak.
• Mana satu yang mudah untk di tekan?
• Mengapa paku tekan mudah ditekan kerana ini
berkaitan dengan keluasan permukaan daya
yang dikenakan.
• Daya yang bertindak ke atas suatu luas
permukaan lebih kecil akan menghasilkan
tekanan yang besar dan sebaliknya.
• Maka, tekanan ditakrifkan sebagai daya per unit
luas permukaan.
• Tekanan= daya(N)/luas permukaan(m2)
• Unit s.I unutk tekana ialah pascal(Pa)
• 1Pa =1Nm⁻2
Tekanan gas
• Teori kinetik gas menyatakan bahawa molekul-
molekul udara sentiasa bergerak bebas dan
berlanggar pada dinding bekas.
• Kekerapan berlanggar antara molekul pada
dinding bekasnya akan mneghasilkan daya
menolak pada dinding bekas.
situasi
1) Mengapakah belon pana akan pecah jika
dibiarkan di tengah panas?
2) Mengapa bola pingpong yanh kemik akan
mengembang semula jika di letakkan ke
dalam air panas?
3) Bagaimanakah belon udara panas boleh
terbang ke atas?
Faktor-faktor mempengaruhi tekanan udara

• Isipadu
• Suhu
Isipadu
• Apabila bekas tertutup dimampatkan,isi padu
ruang didalam bekas dikurangkan
• Hal ini menyebabkan zrah-zarah udara
berlanggar lebih kerap dengan dinding bekas
dan tekanan udara di dalam bekas meningkat.
Suhu
• Apabila suhu udara didalam bekas tertutup
bertambah,zarah-zarah udara akan bergerak
dengan lebih cepat.
• Hal ini akan menyebabkan zarah-zarah udara
akan melanggar dinding bekas dengan lebih
kerap dengan daya yang lebih kuat.
• Oleh itu,tekanan udara di dalam bekas
meningkat.
Tekanan Atmosfera
• Apabila air di dalam sebuah kotak minuman
disedut keluar,kotak itu kemik. Kenapa?
• Apabila air di dalam kotak minuman disedut
keluar,ruang didalam kotak itu menjadi separa
vakum dan tekanan udara di dalamnya
berkurang.
• Maka, tekanan udara yang lebih tinggi di kuar
akan menekan permukaan kotak dan
menyebabkan kemik.
• Tekanan udara diluar kotak ini di sebut
Tekanan Atmosfera.
• Tekanan atmosfera ialah tekanan yang
dikenakan oleh atmosfera ke atas permukaan
Bumi dan semua jasad di Bumi.
• Lihat mukasurat 194-195
Perkaitan Altitud dengan Tekanan Atmosfera

• Tekanan atmosfera menurun apabila altitud


semakin meningkat.
• Hal ini disebabkan oleh tarikan graviti bumi.
• Molekul udara yang berdekatan dengan
permukaan bumi ditarik bersama oleh tarikan
graviti menyebabkan kenaikan tekanan.
• Pda altitud yang tinggi, molekul-molekul udara
kurang dipengaruhi oleh tarikan graviti.
• Maka udara itu kurang berat dan mudah
mengembang.
• Hal ini menyebabkan tekanan atmosfera rendah
pada altitud yang tinggi.
Kesan kedalaman terhadap Tekanan Cecair

• Bagi seorang penyelam yang berada di bawah


laut, badannya akan mengalami tekanan.
• Berat air laut yag bertindak pada badan
penyelam itu yang menyebabkan tekanan
tersebut.
• Apa jadi kepada penyelam jika semakin ke
dasar?
• Saiz gelembung udara semakin betambah
apabila gelembung udara naik ke permukaan
air.
• Hal ini disebabkan oleh tekanan oleh tekanan
cecair semakin berkurang apabila kedalaman
cecair berkurang.
• Lihat muka surat 198

Anda mungkin juga menyukai