Anda di halaman 1dari 58

2.

4 Inersia
2.4 Inersia

Konsep Inersia
Inersia sesuatu jasad ialah sifat semula jadi jasad tersebut yang
menentang sebarang perubahan kepada keadaan asalnya, sama ada
jasad itu berkeadaan rehat atau sedang bergerak.
Bukan kuantiti Fizik – tiada unit SI.
Sifat inersia dinyatakan dalam Hukum Gerakan Newton Pertama.
2.4 Inersia

Hukum Gerakan Newton Pertama


 Sesuatu objek yang berada dalam keadaan rehat/pegun akan
terus berada dalam keadaan rehat/pegun, kecuali ditindakkan
oleh satu daya luar.
 Sesuatu objek yang bergerak akan terus bergerak dengan
halaju serangam pada satu garis lurus, kecuali ditindakkan
oleh satu daya luar.
Objek yang pegun pada keadaan asal

 Apabila kadbod disentap dengan


cepat, duit syiling akan jatuh ke
dalam gelas.
 Inersia duit syiling cuba
mengekalkan keadaan
pegunnya apabila kadbod
disentap.
Objek yang pegun pada keadaan asal
 Penumpang dalam bas akan terhumban ke
belakang apabila bas yang berhenti pada
keadaan asalnya tiba-tiba memecut ke
depan.
 Apabila bas berhenti, penumpang dalam
bas berada dalam keadaan pegun. Apabila
bas memecut ke depan dengan tiba-tiba,
inersia penumpang cuba mengekalkan
keadaan asalnya, iaitu keadaan pegun dan
badan penumpang terhumban ke belakang.
Objek yang bergerak pada keadaan asal

Pemandu motosikal yang terlanggar


batu dan dihentikan dengan tiba-
tiba akan terhumban ke hadapan.
Inersia pemandu cuba mengekalkan
gerakannya ke hadapan apabila
dihentikan dengan tiba-tiba. Jika
motosikal itu dipandu dengan halaju
30 m s-1, pemandu akan terhumban
ke hadapan dengan halaju 30 m s-1.
Hubungan antara jisim dengan inersia
 Jisim satu objek ialah amaun atau kuantiti
jirim yang terkandung dalam objek
tersebut.
 Jisim satu objek adalah tetap dan tidak
dipengaruhi oleh daya tarikan graviti.
 Unit SI = kilogram, kg
 Jisim boleh mempengaruhi kesan inersia.
Kesan inersia dalam kehidupan harian
Aplikasi konsep inersia
 Sos cili dikeluarkan dengan menggerakkan botolnya.
 Inersia penumpang akan cuba mengekalkan keadaan rehat atau
keadaan Gerakan yang asal.

 Seseorang yang dikejar oleh lembu harus berlari dalam lintasan


zigzag.
 Titisan air pada paying basah akan jatuh apabila payung yang
diputarkan dengan laju dihentikan secara tiba-tiba.
Cara-cara yang digunakan untuk mengurangkan kesan
inersia sebuah kereta:
 Tali pinggang keledar untuk mengikatkan penumpang
pada kerusi dan mencegah penumpang daripada
terhumban ke hadapan.
 Sistem beg udara yang dipasangkan di bahagian
‘dashboard’ atau stering akan dikembangkan secara
automatic apabila berlaku kemalangan untuk
melindungi penumpang daripada menghentam
bahagian hadapan kereta.
2.5 Momentum
Momentum linear
 Satu jasad yang berjisim m dan bergerak dengan halaju
v ditakrifkan sebagai hasil darab jisim dengan
halajunya.
 Objek yang mempunyai momentum yang besar adalah
sukar untuk dihentikan.
 Momentum, p = Jisim X Halaju

 Unit SI :
 Momentum ialah satu kuantiti vektor.
 Arah momentum adalah sama dengan arah halajunya.
 Objek pegun, p = 0
Hubung kait antara momentum dengan daya boleh
ditunjukkan dengan dua situasi.
i. Jisim, m sama tetapi halaju, v berbeza
 Objek yang berhalaju tinggi mempunyai momentum
yang lebih besar daripada objek yang sama jisim tetapi
berhalaju rendah. Untuk menghentikan objek yang
bermomentum lebih tinggi, satu daya yang lebih besar
diperlukan.
ii. Halaju,v sama tetapi jisim, m berbeza
 Bagi dua objek yang berhalaju sama, objek yang
berjisim besar mempunyai momentum yang lebih besar.
Prinsip keabadian momentum – jumlah
momentum dalam satu sistem tertutup adalah
tetap, jika tiada daya luar bertindak ke atas
sistem itu.
 Benar untuk kes
- perlanggaran antara dua objek
- letupan

 Perlanggaran
Terdapat dua jenis perlanggaran, iaitu
 perlanggaran kenyal dan
 perlanggaran tak kenyal.
Kedua-dua jasad yang berlanggar akan
bergerak secara berasingan selepas
perlanggaran.
Contoh perlanggaran kenyal:
Kedua-dua jasad yang berlanggar akan
bercantum dan bergerak bersama selepas
perlanggaran.
Kenyal Tak Kenyal

 Jasad bergerak dengan  Jasad bercantum dan


halaju masing-masing bergerak dengan halaju
selepas perlanggaran. sepunya selepas
 Momentum diabadikan perlanggaran
 Tenaga kinetik diabadikan  Momentum diabadikan
 Jumlah tenaga terabadi  Tenaga kinetik tidak
 Prinsip keabadian diabadikan
momentum:  Jumlah tenaga terabadi
 Prinsip keabadian
momentum:
 Letupan

Jumlah momentum terabadi (jumlah momentum sebelum
dan selepas adalah sifar).
Contoh letupan:
Contoh :
Sebuah lori berjisim 8050 kg bergerak dengan halaju 45 m s -1 berlanggar
dengan sebuah kereta yang berjisim 1500 kg dan bergerak pada arah
bertentangan dengan halaju 28 m s-1. Selepas perlanggaran, kedua-dua
kenderaan itu melekat dan bergerak bersama-sama. Berapakah halaju
sepunya dua kenderaan itu?
Contoh
Seorang penembak mengacukan sepucuk senapang yang
berjisim 2 kg ke arah sasaran. Apabila tepat pada tengah
sasaran, pistol dipetik dan sebutir peluru yang berjisim 10
g ditembak keluar daripada pistol dengan halaju 350 m s-
1
menuju ke arah sasaran. Berapakah halaju sentakan
pistol itu?
Contoh
Lina dan adiknya sedang bermain luncur ais di
Sunway Piramid. Mereka menolak supaya menjauhi
satu sama lain. Tentukan halaju Lina selepas dia
menolak adiknya yang berjisim 38 kg supaya dapat
bergerak dengan halaju 0.7 m s-1. Diberi jisim Lina
ialah 45 kg.
Aplikasi konsep momentum dalam kehidupan harian
 Bidang permainan atau sukan
Golf dan tenis – kayu golf atau raket tenis digerak dengan
halaju yang tinggi untuk memukul bola supaya momentum besar
yang dihasilkan dapat dipindah kepada bola.
Boling dan biliard – perlanggaran
Acara menembak - letupan
Kegunaan prinsip keabadian momentum dalam kehidupan
 Pelancaran roket
Bahan api seperti gas oksigen dan gas hidrogen dicampur dan
dibakar delam kebuk pembakaran.
Gas ekzos dipancut keluar dari belakang enjin dengan halaju
yang amat tinggi.
Mengikut prinsip keabadian momentum, satu momentum yang
bermagnitud sama tetapi dalam arah yang bertentangan
terhasil. Momentum inimenyebabkan roket bergerak ke atas
dengan halaju yang tinggi.
Kegunaan prinsip keabadian momentum dalam kehidupan
 Enjin jet kapal terbang
Udara disedut ke dalam enjin jet dan dimampatkan oleh pemampat.
Udara termampat memasuki kebuk pembakaran dan bahan api
disemburkan ke dalamnya untuk dibakar.
Gas ekzos (terhasil akibat pembakaran) dipancut keluar dengan halaju
tinggi – menghasilkan momentum yang besar ke belakang.
Tujahan dihasilkan – menggerakkan kapal terbang ke hadapan.
2.6 Daya
Daya ialah satu tindakan tarikan atau tolakan yang
dikenakan oleh satu objek kepada objek yang lain.
Unit SI ( Newton, N)
Kuantiti vektor – mempunyai magnitud (saiz) dan
arah.
Objek akan mengalami pecutan apabila satu daya
bertindak ke atas objek tersebut.
Eksperimen
Hukum Gerakan Newton Kedua
Hukum Gerakan Newton Kedua menyatakan bahawa daya
paduan atau daya bersih yang bertindak ke atas satu objek
adalah berkadar langsung dengan kadar perubahan
momentum objek itu dan pada arah yang sama dengan
arah tindakan daya paduan itu.
Dalam Unit S.I., 1 N ialah daya yang menghasilkan pecutan 1 m
s

-2
apabila bertindak ke atas jisim 1 kg.
Dengan itu,
1 N = k x 1 kg x 1 m s-2
k=1
Maka, F = ma
Menyelesaikan masalah melibatkan rumus F = ma
Contoh
Sebuah kereta mainan 500 g bergerak dengan
halaju malar apabila dikenakan dengan satu daya 5
N. Berapakah daya geseran yang dialami oleh
kereta mainan tersebut?
Contoh
Satu daya 10 N dikenakan ke atas 2 kotak yang berjisim 0.5 kg
dan 1.5 kg masing-masing. Daya itu menyebabkan kotak-kotak
itu mula bergerak.
a. Tentukan pecutan yang dialami oleh kotak-kotak tersebu,
dengan mengganggap bahawa permukaan yang dilaluinya
adalah licin.
b. Kedua-dua kotak itu kemudiannya melalui satu permukaan
kasar yang mempunyai daya geseran sebnayak 5 N. Apakah
pecutankotak-kotak tersebut pada ketika itu?
2.7 Impuls dan Daya Impuls

Impuls
Impuls = perubahan momentum
= mv – mu
= Ft
Unit SI : kg m s-1 / Ns
Kuantiti vektor
2.7 Impuls dan Daya Impuls

Daya Impuls
Daya Impuls – kadar perubahan momentum dalam
perlanggaran atau hentaman dalam masa yang
singkat.
Daya
 Impuls ialah daya yang bertindak untuk satu
selang masa yang singkat.

Unit SI : Newton (N)


2.7 Impuls dan Daya Impuls

Daya Impuls
Jika mv – mu (perubahan momentum)
adalah malar, maka F berkadar secara
songsang dengan t.
Jika t adalah kecil, maka F adalah besar
dan sebaliknya.
2.7 Impuls dan Daya Impuls

Hukum Gerakan Newton Ketiga


Untuk setiap daya tindakan terdapat
satu daya tindak balas yang sama
magnitud tetapi bertentangan arah.
Menambahkan magnitud impuls melalui
tindakan ikut lajak
 Sepakan yang kuat diikuti tindakan ikut lajak
akan menghasilkan impuls yang besar.
 Dengan itu, bola mengalami perubahan
momentum yang besar dan bergerak dengan
halaju yang tinggi.
Mengurangkan daya impuls dengan memanjangkan
masa impak
 Tilam yang tebal dengan permukaan yang lembut perlu
digunakan dalam acara lompat tinggi dan lompat galah
supaya masa hentakan dapat dipanjangkan dan
seterusnya mengurangkan daya impuls.
Mengurangkan daya impuls dengan memanjangkan
masa impak
 Barang-barang yang mudah pecah seperti telur, gelas
atau alat-alat elektrik perlu dibungkuskan dengan bahan
yang lembut tetapi tegar.
 Bahan bungkusan ini dapat menyerap dan
mengurangkan daya impuls dengan memanjangkan
masa perubahan momentum apabila barang terjatuh.
Mengurangkan daya impuls dengan memanjangkan
masa impak
 Atlet yang melompat dari tempat yang tinggi perlu
membengkokkan kakinya apabila mencecah lantai
supaya perubahan momentum berlaku pada masa yang
lebih panjang dan kesan daya impuls dikurangkan pada
kakinya.
Meningkatkankan daya impuls dengan mengurangkan
masa impak
 Apabila bahan makan seperti cili atau bawang ditumbuk
dengan antan dan lesung yang diperbuat daripada batu
keras, tindakannya menghasilkan daya impuls yang
besar berupaya menghancurkan makanan itu.
 Ini berlaku apabila antan digerak dengan cepat
kemudian diberhentikan oleh lesung dalam masa yang
singkat.
Meningkatkankan daya impuls dengan
mengurangkan masa impak
 Dalam pembinaan, pelantak yang berjisim besar
dijatuhkan dari tempat yang tinggi ke atas
cerucuk dengan halaju yang tinggi.
 Perubahan momentum yang besar dalam masa
singkat menghasilkan daya impuls yang besar dan
memaksa cerucuk masuk ke dalam tanah.
Meningkatkankan daya impuls dengan mengurangkan
masa impak
 Ahli karate berupaya memecahkan papan tebal
dengan tangan sahaja.
 Ini dapat dilakukan dengan menggerakkan
tangannya dengan cepat dan berhenti ketika
menyentuh papan supaya masa sentuhan adalah
sangat singkat dan daya impuls yang besar dapat
dihasilkan.
Menyelesaikan masalah melibatkan impuls
dan daya impuls
Contoh
Sebuah kereta berjisim 1000 kg bergerak
dengan halaju seragam 10 m s-1 terlanggar
dengan sebuah tembok dan berhenti serta-
merta. Hitungkan impuls pada kereta ketika
perlanggaran berlaku.
Contoh Soalan
Sebiji bola tenis yang berjisim 0.2 kg dengan
halaju 8 m s-1 dipukul oleh sebatang raket
dengan daya 10 N. Masa tindak balas raket
ke atas bola tenis itu ialah 0.2 saat.
Hitungkan halaju bola tenis itu sebaik sahaja
dipukul.
2.8 Berat

 Berat satu objek ialah daya tarikan graviti ke atas

objek itu.
- Kuantiti vektor yang bertindak ke arah pusat bumi.
- Unit SI = Newton (N)

Berat = Jisim pecutan graviti


W
Perbezaan di antara berat dan jisim
Berat Jisim
Ukuran daya tarikan graviti Kuantiti jirim dalam satu
ke atas satu objek objek
Kuantiti vektor Kuantiti skalar
W = mg Kuantiti asas, m
S.I. unit : Newton (N) S.I. unit : kilogram (kg)
Nilai berat berubah mengikut Nilai jisim adalah tetap di
kekuatan medan graviti di mana-mana tempat
tempat itu. Contohnya, berat
di bumi dan bulan adalah
berbeza.
2.8 Berat

Kekuatan medan graviti


 Daya yang bertindak per unit jisim disebabkan
tarikan graviti.
 g = F/m

 Unit SI : N kg-1
 Bagi objek di permukaan bumi, g = 9.81 N kg-1.
- Nilai g di bulan ialah daripada nilai g di bumi.
Contoh :

Sebuah buku Fizik yang tebal berjisim 3 kg.


Apakah berat buku tersebut di
a. bumi, dan
b. bulan?
Diberi kekuatan medan graviti bulan ialah
1/6 kekuatan medan graviti bumi.
Contoh :

Jawapan :
a. Berat = 3 x 9.81
= 29.43 N
b. Berat = 3 x (9.81/6)
= 4.91 N

Anda mungkin juga menyukai