Anda di halaman 1dari 4

Eksperimen 4.1 Tujuan : Membandingkan sifat-sifat fizik bahan yang terdiri daripada atom, molekul, dan ion.

Masalah Hipotesis : Adakah bahan yang terdiri daripada atom, molekul, dan ion mempunyai sifat fizik yang sama seperti mengalirkan arus elektrik? : Bahan-bahan yang terdiri daripada atom, molekul, dan ion mempunyai sifat fizik yang berlainan seperti mengalirkan arus elektrik.

Radas/Bahan : Mangkuk pijar, penunu Bunsen, kasa dawai, klip buaya, sel kering, pemegang sel kering, ammeter, mentol, serbuk plumbum, serbuk sulfur, plumbum(II) bromida, dan rod grafit. Prosedur :

Gambar rajah sila rujuk buku amali m/s 48 rajah 4.3

1. Radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.3 disediakan. 2. Satu per tiga mangkuk pijar diisikan dengan serbuk plumbum. 3. Suis pada litar dihidupkan dan mentol dan pemesongan jarum ammeter diperhatikan. Suis litar itu dimatikan. 4. Serbuk plumbum dipanaskan hingga cair. 5. Suis pada litar dihidupkan sekali lagi dan mentol dan pemesongan jarum ammeter diperhatikan. 6. Ekperimen diulangi dengan menggunakan sulfur diikuti oleh plumbum(II) bromida. 7. Semua Pemerhatian direkodkan dalam jadual 4.2 Pemerhatian : Kesan Haba (lebur sertamerta/selepas masa yang panjang selepas masa yang Kekonduksian (nyalaan mentol dan pemesongan jarum ammeter) Pepejal Ya Lebur ya

Bahan Plumbum

Sulfur Plumbum(II) Bromida

panjang lebur serta-merta selepas masa yang panjang

Tidak Tidak

tidak ya

Analisis 1. Apakah pemboleh ubah yang a) Dimanipulasikan? Jenis bahan b) Bergerak balas? kekonduksian elektrik bahan c) Dimalarkan? Kuantiti bahan 2. Bahan yang manakah lebur serta-merta dan bahan yang manakah hanya lebur apabila dipanaskan dengan api yang kuat? Serbuk sulfur lebur dengan serta- merta manakala serbuk plumbum dan plumbum(II) bromida hanya lebur apabila dipanaskan dengan api yang kuat. 3. Apakah inferens yang boleh dibuat tentang perbandingan takat lebur untuk ketiga-tiga bahan tersebut? Takat lebur untuk molekul adalah rendah iaitu serbuk sulfur manakala takat lebur untuk atom (serbuk plumbum) dan ion (serbuk plumbum(II)bromida) adalah tinggi.

4. Bahan yang manakah boleh mengalirkan arus elektrik? Berikan satu sebab untuk jawapan anda? a) Pepejal? Serbuk plumbum kerana elektron-elektron yang membawa cas wujud dalam bahan atom. b) Lebur? Serbuk plumbum dan serbuk plumbum(II) bromida kerana ion-ion yang membawa cas bebas bergerak dalam keadaan leburan. 5. Bahan yang manakah tidak boleh mengalirkan arus elektik? Berikan satu sebab untuk jawapan anda.

Bahan molekul tidak boleh menkonduksikan arus elektrik kerana bahan ini terdiri daripada molekul-molekul yang neutral sahaja.

6. Mendeduksikan bahan yang manakah terdiri daripada atom, molekul, dan ion. Berikan sebab-sebab untuk menyokong deduksi anda.

Serbuk plumbum adalah atom kerana dapat menkonduksikan arus elektrik dalam keadaan pepejal dan leburan. Elektron-elektron yang membawa cas wujud dalam bahan atom.

Serbuk sulfur adalah molekul kerana tidak dapat menkonduksikan arus elektrik dalam keadaan pepejal dan leburan dan hanya mengandungi molekul-molekul yang neutral sahaja.

Serbuk plumbum(II) bromida adalah ion kerana hanya menkonduksikan arus elektrik dalam keadaan leburan sahaja. Hal ini demikian kerana ion-ion yang membawa cas bebas bergerak dalam keadaan leburan.

7. Adakah hipotesis itu diterima atau ditolak? Hipotesis yang dibuat dapat diterima.

8. Rumuskan penemuan anda tentang sifat-sifat fizik bahan yang terdiri daripada atom, molekul, dan ion dalam satu jadual. Bahan Jenis bahan Takat lebur Kekonduksian elektrik dalam keadaan pepejal keadaan

leburan Serbuk plumbum Serbuk sulfur Serbuk plumbum(II) bromida Bahan atom Bahan molekul Bahan ion Tinggi rendah tinggi Ya Tidak Tidak ya tidak ya

Kesimpulan: 1) Takat lebur bahan atom dan bahan ion adalah tinggi tetapi takat lebur bahan molekul adalah rendah. 2) Arus elektrik dapat mengalir melalui bahan atom. 3) Arus elektrik tidak dapat mengalir melalui bahan molekul. 4) Arus elektrik dapat mengalir melalui bahan ion dalam keadaan leburan tetapi tidak dapat mengalir dalam keadaan pepejal.

Anda mungkin juga menyukai