Anda di halaman 1dari 4

Hubungan di antara arus elektrik dan beza keupayaan

Nyatakan hubungan di antara arus dan beza keupayaan Lebih besar beza keupayaan atau voltan, lebih besar aliran arus Apabila beza keupayaan di antara 2 titik dalam litar meningkat,arus mengalir melaluinya meningkat Apabila beza keupayaan (V) di antara titik berkurang, arus (I) berkurang Beza keupayaan berkadar langsung dengan arus yang mengalir

Nyatakan Hukum Ohm Graf V melawan I

Arus elektrik, I yang mengalir melalui konduktor adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan merentasinya jika suhu dan keadaan fzikal lain adalah tetap Daripada Hukum Ohm, V I atau V = malar = kecerunan
I

Graf V melawan I adalah garis lurus dari asalan. Kecerunan graf adalah malar
Konduktor Ohm dan konduktor bukan Ohm Konduktor yang mematuhi hukum Ohm dipanggil konduktor Ohm Konduktor yang tidak mematuhi hukum Ohm dipanggil konduktor bukan Ohm

Definisi rintangan

Ukuran berapa banyak konduktor menghalang aliran elektrik. Konduktor yang baik mempunyai rintangan yang rendah dan konduktor yang tidak baik mempunyai rintangan yang tinggi Rintangan (R) konduktor didefinisikan sebagai nisbah beza keupayaan (V) merentasi konduktor kepada arus (I) yang mengalir melaluinya
R V 1 unit = VA = ohm, I

Kelemahan rintangan

Rintangan menyebabkan tenaga elektrik ditukarkan kepada haba, jadi tenaga elektrik hilang semasa memindahkan elektrik dari satu titik ke titik yang lain melalui konduktor

Kelebihan rintangan

Rintangan membenarkan kita menggunakan elektrik untuk pemanasan dan cahaya. Haba dijanakan daripada pemanas elektrik atau cahaya yang diperoleh daripada mentol adalah berkadar terhadap rintangan wayar. Dalam mentol, arus yang mengalir melalui filamen menyebabkan ia menjadi panas dan menyala

Tujuan

Untuk menentukan hubungan di antara beza keupayaan dan arus elektrik yang mengalir melalui konduktor ohm dan bukan ohm Konduktor ohm: Arus yang mengalir dalam konduktor ohm berkadar langsung dengan beza keupayaan merentasi konduktor itu Konduktor bukan ohm: Arus yang mengalir dalam konduktor bukan ohm tidak berkadar langsung dengan beza keupayaan merentasi konduktor itu Konduktor ohm Dimanipulasi: Arus, I Bergerak balas: Beza keupayaan, V Dimalarkan: Panjang dawai konstantan dan suhu Konduktor bukan ohm Dimanipulasi: Arus, I Bergerak balas: beza keupayaan, V Dimalarkan: Jenis bahan

Hipotesis

Pemboleh ubah

Anda mungkin juga menyukai