Anda di halaman 1dari 13

Praktikal 6 : Hasil Pembelajaran :

Litar Elektrik Untuk menentukan kelebihan dan kekurangan litar siri dan litar selari

Pernyataan Masalah :

Apakah kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam litar siri dan litar selari?

Hipotesis :

Jika mentol-mentol disambung secara siri dalam litar elektrik, maka kecerahan nyalaan mentol adalah sama terang.

Pemboleh ubah :

Dimanipulasikan Bergerak balas Dimalarkan

- Pemasangan mentol / jenis litar - Kecerahan mentol - Bilangan bateri dan mentol

Bahan

Pemegang bateri, bateri, wayar berpenebat, ammeter,


voltmeter, mentol lampu

Teori : Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Satu litar lengkap mestilah mempunyai pembekal tenaga elektrik seperti bateri, wayar penyambung dan perintang. Terdapat 2 susunan litar elektrik iaitu litar bersiri dan litar selari. Litar bersiri merupakan litar yang di mana komponen-komponen litar disambung secara hujung ke hujung atau secara berterusan dalam satu baris (sederet) untuk membina satu lintasan lengkap. Satu lintasan arus, I sahaja, arus yang sama, mengalir di dalam litar ini, I = I 1 = I2 = I3. Jumlah beza keupayaan, V adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap beza keupayaan, V = V1 + V2 + V3.Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap perintang, R = R 1 + R2 + R3. Beza keupayaan yang merentasi setiap perintang adalah berkadar terus dengan nilai R, (V R). Litar ini menjadi tidak lengkap jika satu daripada perintangnya rosak. Litar selari pula merupakan litar yang di mana komponen-komponen litar disambung secara sebelah-menyebelah. Lebih daripada satu lintasan arus yang terdapat di dalam litar ini. Jumlah arus bersamaan dengan hasil tambah arus bagi setiap cabang lintasan, I = I 1 + I2 + I3.Voltan atau beza keupayaan, V pada setiap perintang adalah sama, V = V 1 = V2 = V3. Jumlah rintangan, R adalah mengikut rumus berikut, = . Apabila salah satu daripada perintang

rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap.

Aktiviti 1: Membina litar siri dan selari yang ringkas. Prosedur : 1. Kedua-dua litar seperti di bawah dibina menggunakan pemegang bateri, bateri, wayar berpenebat dan 2 mentol lampu untuk setiap litar.

Litar A

Litar B

2. Semua wayar disambungkan dan mentol lampu diperhatikan. 3. Ammeter dan voltmeter disambungkan ke dalam kedua-dua litar. Jadual yang sesuai untuk merekodkan bacaan dibina. 4. Satu mentol dibuang di dalam setiap litar. Mentol yang tinggal diperhatikan dan bacaan pada kedua-dua ammeter dan voltmeter pada setiap litar dicatatkan. 5. Seterusnya, satu lagi mentol disambungkan ke dalam siri kepada litar A. Mentol yang tinggal diperhatikan dan bacaan pada kedua-dua ammeter dan voltmeter dicatatkan. 6. Kemudian, satu lagi mentol telah disambung secara selari pada litar B. Nyalaan mentol selebihnya telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah dicatat.

Keputusan : Litar A : siri = 2 mentol Litar B : selari = 2 mentol i) Litar A B I, A 0.2 1.0 V, V 0.3 2.0 Kecerahan 1 malap, 1 terang Dua-dua malap

ii) 1 mentol dibuang daripada litar Litar A B I, A 0.0 0.0 V, V 0.0 2.6 Kecerahan Mentol tidak menyala Mentol menyala

iii) 1 lagi mentol disambungkan Litar A B I, A 0.2 0.2 V, V 1.0 1.6 Kecerahan Semua mentol menyala. Semua mentol menyala dengan malap.

Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran. : 1. Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar siri jika salah satu daripada mentol terbakar? Terangkan.

Apabila satu biji mentol dibuang dari litar A, mentol yang tinggal tidak menyala Hal ini kerana, dalam litar siri, arus mengalir dalam satu lintasan sahaja. Litar

menjadi tidak lengkap atau terbuka jika salah satu mentol dalam litar rosak atau terbakar. 2. Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar selari jika salah satu daripada mentol terbakar? Terangkan. Apabila satu biji mentol dibuang dari B mentol lain masih menyala dalam litar B kerana terdapat lebih daripada satu arus yang mengalir dalam litar. Ini bermakna bahagian lain litar masih lagi lengkap walaupon salah satu mentolnya terbakar.

3. Kamu telah membina satu jaringan lampu menggunakan beberapa mentol. Bagaimanakah kadar kecerahan mentol berkait kepada sama ada anda menyambungkan mentol ke dalam litar siri atau selari?

Dalam litar siri, jika bilangan mentol bertambah, maka mentol-mentol lain dalam litar tersebut akan menyala pada kadar kecerahan yang sama tetapi semakin malap. Hal ini kerana, hanya terdapat satu aliran arus yang sama dalam litar siri. Voltan juga akan semakin berkurang apabila beban bertambah dalam siri. Dalam litar selari pula, jika bilangan mentol bertambah, maka kecerahan nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah kerana beza keupayaan yang mengalir dalam litar selari adalah sama dan terdapat lebih daripada satu aliran arus dalam litar tersebut.

4. Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar siri jika mentol lain disambungkan secara siri ke dalam litar tersebut? Terangkan.

Dalam litar bersiri, semakin banyak mentol, semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. Maka kecerahan semua mentol akan berkurang dan sama nyalaan.

5. Apakah yang terjadi kepada mentol di dalam litar selari jika mentol lain disambungkan secara selari ke dalam litar tersebut? Terangkan.

Dalam litar selari, semakin banyak mentol, semakin kurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka, semua mentol semakin cerah. Aktiviti 2 : Membina gabungan litar siri dan selari. Prosedur : 1. Litar seperti rajah di bawah dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, suis, beberapa wayar berpenebat dan 3 mentol lampu. 2. Suis disambungkan dan mentol lampu diperhatikan. 3. Ammeter dan voltmeter disambungkan ke dalam litar untuk mengukur arus dan beza keupayaan setiap mentol. Jadual yang bersesuaian dibina untuk merekodkan bacaan.

Litar gabungan siri dan selari

4. Seterusnya, mentol 1 dibuang. Mentol yang tinggal diperhatikan dan bacaan kedua-dua ammeter dan voltmeter dicatatkan. 5. Kemudian, mentol 2 dibuang. Mentol yang tinggal diperhatikan dan bacaan kedua-dua ammeter dan voltmeter dicatatkan.

Keputusan : i) Mentol 1 2 Nyalaan mentol Mentol menyala dengan terang Mentol menyala dengan malap. Kadar kecerahan sama dengan 3 mentol 3. Mentol menyala dengan malap. Kadar kecerahan mentol 2. 0.20 0.70 I, A 0.30 0.15 V, V 2.40 0.70

ii) Mentol 1 dibuang Nyalaan mentol Semua mentol tidak menyala I, A 0.0 V, V 0.0

iii) Mentol 2 dibuang Nyalaan mentol Semua mentol tidak menyala I, A 0.0 V, V 0.0

Perbincangan : Dalam aktiviti 1, kami telah mengenalpasti dua cara asas untuk menyambungkan komponen-komponen dalam satu litar elektrik yang ringkas tetapi lengkap iaitu secara siri atau selari. Litar bersiri disambung secara sebaris dari hujung ke hujung, manakala, litar selari pula disambung secara bersebelahan. Ammeter dan voltmeter juga disambung dalam kedua-dua litar. Ammeter disambung dengan tujuan untuk mengukur arus elektrik yang mengalir

di dalam litar. Voltmeter pula digunakan untuk mengukur beza keupayaan antara dua titik dalam litar elektrik. Dalam litar A iaitu litar bersiri, satu mentol menyala dengan terang manakala satu lagi menyala dengan malap. Hal ini kerana arus mengalir dalam satu lintasan maka, ia berkongsi jumlah voltan yang sama. Voltan akan semakin kurang jika beban ditambah. Semakin banyak beban, semakin banyak jumlah rintangan. Dalam litar B iaitu litar selari, kedua-dua nyalaan mentol mempunyai kecerahan yang sama. Hal ini kerana, litar selari mempunyai lebih dari satu aliran arus. Apabila satu biji mentol dibuang dari litar A, mentol yang tinggal tidak menyala manakala, mentol yang tinggal dalam litar B masih menyala. Hal ini kerana, dalam litar siri, arus mengalir dalam satu lintasan sahaja. Litar menjadi tidak lengkap setelah satu mentol dibuang. Mentol masih menyala dalam litar B kerana terdapat lebih daripada satu arus yang mengalir dalam litar. Seterusnya, satu lagi mentol disambungkan ke dalam litar A dan B. Semua mentol didapati menyala dalam litar A dan B. Namun, nyalaan mentol dalam litar B lebih malap. Voltan yang merentangi setiap mentol V1 ,V2 dan V3 adalah sama dengan voltan bagi bateri (V). Setiap mentol menerima voltan penuh dari bateri. Oleh hal yang demikian, apabila satu mentol ditambah ke dalam litar selari, kecerahan mentol tetap sama bagi ketiga-tiga mentol berkenaan. Bacaan ammeter dan voltmeter kami menunjukkan angka 0.0 mungkin kerana kerosakan pada alat yang menyebabkan keseluruhan aktiviti kami mendapat bacaan yang tidak tepat dan jauh berbeza berbanding teori sebenar. Dalam aktiviti 2, sebuah litar gabungan telah dibina yang terdiri daripada gabungan litar siri dan selari. Tiga mentol telah disambungkan di dalm litar. Ammeter dan voltmeter juga disambungkan untuk mengukur arus elektrik dan beza keupayaan yang melalui setiap mentol. Nyalaan mentol 1 merupakan yang paling terang berbanding mentol 2 dan 3 kerana mentol 1 disambung secara siri

dalam litar tersebut. Mentol 2 dan 3 menyala malap dengan kadar kecerahan yang sama kerana sambungan secara selari di mana beza keupayaan sama di semua tempat. Arus semakin kurang jika beban ditambah dan jumlah rintangan lebih kecil daripada nilai perintang yang kecil. Apabila mentol 1 dibuang daripada litar, mentol 2 dan 3 tidak menyala. Hal ini disebabkan oleh litar menjadi tidak lengkap(terbuka) lalu tiada arus yang mengalir. Apabila mentol 2 dibuang dari litar, semua mentol menyala dengan malap pada kecerahan yang sama. Hal ini kerana litar telah menjadi litar siri. Di dalam litar siri, voltan akan semakin rendah jika mentol bertambah. Arus mengalir juga menjadi rendah dan jumlah rintangan akan meningkat jika mentol ditambah. Kesimpulan : Mentol yang disambung secara siri dalam litar elektrik menghasilkan nyalaan mentol yang sama terang tetapi malap. Litar ini menjadi tidak lengkap jika satu daripada mentol rosak. Manakala, mentol yang disambung secara selari dalam litar elektrik menghasilkan nyalaan mentol yang sama dan terang. Apabila salah satu daripada mentol rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap. Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran: 1. Apakah yang berlaku kepada mentol lain di dalam litar apabila mentol 1 dibuang? Terangkan.

Apabila mentol 1 dibuang daripada litar, mentol 2 dan 3 tidak menyala. Hal ini disebabkan oleh litar menjadi tidak lengkap(terbuka) lalu tiada arus yang mengalir.

2. Apakah yang berlaku kepada mentol lain dalam litar apabila mentol 2

dibuang? Terangkan.

Apabila mentol kedua dikeluarkan, mentol ketiga akan bersiri secara langsung dengan mentol pertama. Rintangan, R menjadi semakin meningkat dan melebihi jumlah rintangan sebelum mentol kedua dikeluarkan. Kecerahan mentol ketiga adalah sama dengan kecerahan mentol pertama. Jadi, arus yang mengalir pada kedua-dua mentol tersebut adalah sama.

3. Litar manakah yang anda mahu di rumah anda, adakah siri atau selari atau gabungan keduanya? Terangkan alasan anda.

Litar selari kerana apabila terdapat kerosakan pada salah satu daripada komponen elektrik atau perintang dalam litar, bahagian lain masih boleh berfungsi atau digunakan. Hal ini disebabkan oleh terdapat lebih daripada satu arus elektrik yang mengalir dalam litar selari. Selain itu, semua peralatan elektrik mendapat jumlah beza keupayaan yang sama rata. Walaupun, beza keupayaan sama, tetapi arus elektrik yang mengalir berbeza. Hal ini membolehkan kipas dihidupkan walaupun lampu ditutup.

Anda mungkin juga menyukai