Anda di halaman 1dari 10

PRAKTIKAL 5 : Litar-litar Elektrik.

Tujuan

Untuk menentukan kekuatan dan kelemahan litar bersiri dan litar selari.

Penyataan Masalah : Apakah kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam litar bersiri dan litar selari ? Hipotesis : 1)Jika salah satu mentol dalam litar bersiri dikeluarkan, mentol yang lain tidak akan manyala. 2)Jika salah satu mentol dalam litar selari dikeluarkan, mentol yang lain tetap akan manyala.

Bahan-bahan :

Pemegang bateri, bateri, beberapa wayar penyambung, ammeter, voltmeter dan mentol lampu.

Aktiviti 1 : Prosedur :

Membina satu litar bersiri dan litar selari yang ringkas. 1) Kedua-dua litar dibina seperti yang ditunjukkan di bawah dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, beberapa wayar penyambung dan dua lampu mentol untuk setiap litar tersebut.

2) Semua wayar telah disambung dan nyalaan mentol telah diperhatikan. 3) Seterusnya, sebuah ammeter dan voltmeter telah disambung pada litar tersebut. Jadual yang sesuai telah dibuat untuk mencatatkan bacaan. 4) Satu mentol telah dikeluarkan pada setiap litar. Mentol yang tinggal di litar telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter pada setiap litar telah direkodkan. 5) Selepas itu, satu lagi mentol telah disambung secara bersiri pada litar A. Nyalaan mentol telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah direkodkan. 6) Kemudian, satu lagi mentol telah disambung secara selari pada litar B. Nyalaan mentol selebihnya telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah direkodkan.

Aktiviti 2 : Membina satu litar kombinasi antara litar bersiri dan selari.

Prosedur

: 1) Sebuah litar telah dibina seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah menggunakan pemegang bateri, bateri, suis, beberapa wayar penyambung dan tiga lampu mentol.

2) Suis telah disambung pada litar dan nyalaan lampu mentol telah diperhatikan. 3) Seterusnya, ammeter dan voltmeter telah disambung pada litar tersebut untuk mengukur arus elektrik dan beza keupayaan yang melalui setiap lampu mentol tersebut. Sebuah jadual telah dibuat untuk merekodkan semua bacaan yang telah diambil. 4) Lampu mentol 1 telah dibuang dari litar. Kecerahan nyalaan mentol lain telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah direkodkan. 5) Seterusnya,lampu mentol 2 pula telah dibuang dari litar. Kecerahan nyalaan mentol yang lain telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah direkodkankan.

Soalan Aktiviti 1 :

1)

Apakah yang akan berlaku kepada mentol-mentol dalam litar bersiri jika satu daripada mentol-mentol tersebut terbakar. Huraikan. Apabila satu mentol terbakar, mentol-mentol yang lain tidak akan menyala kerana dalam litar bersiri, hanya terdapat satu lintasan atau laluan arus elektrik di dalam litar bersiri.

2)

Apakah yang akan berlaku kepada mentol-mentol dalam litar selari jika satu daripada mentol-mentol tersebut terbakar. Huraikan. Mentol-mentol yang lain akan menyala kerana dalam litar selari terdapat beberapa laluan arus elektrik dimana kesemua laluan tersebut bersambungan pada hujung setiap cabang. Maka, mentol-mentol lain masih menyala kerana arus elektrik masih boleh melalui laluan litar tersebut.

3)

Kamu telah membina satu jaringan lampu menggunakan beberapa mentol. Bagaimanakah kadar kecerahan mentol bergantung kepada cara penyambungan mentol pada litar samada secara bersiri atau selari. Dalam litar bersiri, jika bilangan mentol ditambah, maka mentol-mentol lain

dalam litar tersebut akan menyala pada kadar kecerahan yang sama tetapi semakin malap. Hal ini kerana, dalam sesebuah litar bersiri, hanya terdapat satu laluan arus elektrik dan arus yang mengalir melalui setiap perintang (mentol) adalah sama. Tambahan pula, voltan akan semakin berkurang apabila beban bertambah dalam litar bersiri.

Dalam litar selari pula, jika bilangan mentol ditambah,maka kecerahan nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah. Ia akan tetap sama seperti kadar kecerahan jika hanya satu mentol sahaja yang terdapat dalam litar selari. Ini kerana, voltan yang melalui dalam litar tersebut adalah sama. Tambahan pula, terdapat lebih daripada satu laluan arus dalam litar tersebut.

Soalan Aktiviti 2

1)

Apa yang akan berlaku kepada mentol-mentol lain dalam litar jika mentol 1 dibuang? Huraikan. Mentol 2 dan 3 tidak menyala kerana litar tersebut telah terbuka. Arus elektrik tidak dapat mengalir dengan lengkap dalam litar. Namun begitu, terdapat bacaan pada voltmeter kerana ia adalah bacaan beza keupayaan atau voltan bateri.

2)

Apa yang akan berlaku kepada mentol-mentol lain dalam litar apabila mentol 2 dibuang? Huraikan. Sambungan mentol 1 dan 3 akan membentuk sebuah litar bersiri. Maka, mentol-mentol tersebut akan menyala pada kadar kecerahan yang sama tetapi semakin malap. Hal ini kerana, dalam sesebuah litar bersiri hanya terdapat satu laluan arus elektrik dan arus yang mengalir melalui setiap perintang (mentol) adalah sama.

3) litar

Adakah kamu inginkan litar bersiri atau litar selari atau gabungan kedua-dua

dipasang di rumah kamu? Huraikan sebab anda. Litar selari kerana apabila terdapat satu daripada komponen atau perintang dalam litar rosak, bahagian yang lain masih boleh digunakan. Hal ini kerana, terdapat lebih daripada satu lintasan arus elektrik dalam litar selari. Seterusnya, semua peralatan elektrik di rumah akan dapat voltan utama secara sama rata. Contohnya, televisyen dapat dihidupkan tanpa perlu

menutup microwave dan peti ais. Walaupun voltan sama, tetapi arus elektrik mengalir berbeza.

Kesimpulan : Mentol-mentol disambung secara bersiri dalam litar elektrik, maka kecerahan nyalaan mentol-mentol tersebut adalah sama tetapi malap.

Jika mentol-mentol disambung secara selari dalam litar elektrik, maka kecerahan nyalaan mentol adalah sama dan terang.

Perbincangan : Dalam eksperimen ini, kami telah mengenalpasti dua cara asas untuk menyambungkan komponen-komponen dalam litar elektrik iaitu samada secara bersiri atau selari. Litar berbersiri ialah sebuah litar yang hanya terdapat satu lintasan arus sahaja. Selain itu, komponen-komponen litar bersiri disambung secara hujung ke hujung atau sederet untuk membina sebuah litar lengkap. Manakala, litar selari pula ialah sebuah litar yang terdapat lebih daripada satu lintasan arus. Komponen-komponen litar selari pula disambung secara bersebelah.

Rajah 1 : Litar Bersiri

Rajah 2 : Litar Selari

Ammeter dan voltmeter juga disambung dalam kedua-dua litar. Ammeter ialah sebuah instrumen untuk mengukur arus elektrik dalam litar. Manakala voltmeter ialah sebuah instrument yang digunakan untuk mengukur beza keupayaan antara dua titik dalam litar elektrik. Manakala, bateri yang digunakan ialah 3.0V dan jenis mentol yang digunakan ialah 3.0V, 0.3A. Dalam aktiviti 1, kami telah membina sebuah litar bersiri dan litar selari. Terdapat 2 biji mentol dalam setiap litar. Setelah ammeter dan voltmeter disambung dalam litar, bacaan ammeter dan voltmeter telah direkodkan. Dalam litar A (litar bersiri), kedua-dua biji mentol didapati menyala pada kecerahan yang sama tetapi malap. Hal ini kerana, dalam litar bersiri, terdapat hanya satu laluan arus elektrik sahaja. Voltan akan semakin kurang jika beban ditambah. Semakin banyak beban (mentol), semakin banyak jumlah rintangan. Maka, kecerahan

kedua-dua mentol sama tetapi malap. Dalam litar B (litar selari) pula, didapati kecerahan nyalaan kedua-dua biji mentol adalah sama dan terang. Hal ini kerana, dalam litar selari terdapat lebih daripada satu laluan arus. Voltannya sama di semua tempat dalam litar selari. Hanya arus yang akan semakin berkurang apabila semakin banyak beban (mentol). Seterusnya, satu biji mentol telah dicabut lampunya daripada litar-litar tersebut. Dalam litar A, didapati mentol kedua yang terdapat dalam litar tidak menyala. Hal ini kerana, arus elektrik tidak dapat mengalir dengan lengkap dalam litar. Namun, terdapat bacaan pada voltmeter. Ini kerana, bacaan voltmeter tersebut ialah jumlah beza keupayaan merentasi bateri dalam litar. Manakala dalam litar B pula, didapati mentol kedua yang tinggal dalam litar masih menyala pada kecerahan yang sama seperti sebelum itu. Hal ini kerana, dalam litar selari, terdapat lebih daripada satu laluan arus dan nilai voltan adalah sama di semua tempat. Kemudian, dalam setiap litar dipasang tiga biji mentol. Mentol-mentol dalam litar A didapati menyala pada kecerahan yang sama tetapi lebih malap berbanding pada litar sebelum itu yang hanya terdapat 2 biji mentol sahaja. Hal ini kerana, semakin banyak beban (mentol), semakin banyak jumlah rintangan. Maka, voltan juga akan semakin berkurang. Tambahan pula, dalam litar bersiri hanya terdapat satu laluan arus sahaja. Oleh yang demikian, nyalaan mentol-mentol tersebut sangat malap. Manakala, dalam litar B pula, ketiga-tiga mentol menyala pada kecerahan yang sama seperti apabila 2 mentol sahaja yang terdapat dalam litar. Hal ini kerana, dalam litar selari terdapat beberapa laluan arus mengalir. Arus semakin berkurang apabila semakin banyak beban. Namun begitu, nilai voltan adalah tetap sama di semua tempat dalam litar. Dalam aktiviti 2 pula, kami telah membina sebuah litar gabungan yang terdiri daripada kombinasi litar bersiri dan litar selari. Terdapat tiga mentol iaitu mentol 1, mentol 2, dan mentol 3.Kami telah menyambungkan ammater dan voltmeter untuk mengukur arus elektrik dan beza keupayaan yang melalui setiap mentol-mentol itu. Mentol 1 didapati menyala dengan sangat terang berbanding dengan mentol 2 dan 3 yang akan menyala pada kadar kecerahan yang sama dan terang. Hal ini kerana, mentol 1 disambung secara bersiri dalam litar tersebut. Tambahan pula, mentol 1 terang kerana kurang beban yang disambung secara bersiri. Oleh yang demikian,

semakin kurang beban, semakin tinggi voltan. Seterusnya, bagi mentol 2 dan mentol 3 yang disambung secara selari pula menyala sama terang kerana dalam sambungan secara selari, voltan sama di semua tempat. Arus semakin kurang jika beban semakin bertambah dan jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai perintang yang paling kecil. Seterusnya, mentol 1 dibuang kepalanya daripada pemegang mentol. Kami mendapati mentol 2 dan 3 tidak menyala. Hal ini kerana, tiada arus yang mengalir dalam litar tersebut kerana litar tersebut dalam keadaan terbuka. Namun, terdapat bacaan pada voltmeter bagi mentol 2 dan 3 kerana ini merupakan bacaan nilai voltan bateri iaitu 3.0V. Kemudian, mentol 2 dibuang daripada pemegang mentol. Mentol 1 dan 3 menyala pada kecerahan yang sama tetapi malap. Hal ini kerana, litar telah menjadi litar bersiri. Maka, dalam litar bersiri, voltan akan semakin kurang jika beban bertambah walaupun arus elektrik yang mengalir ke semua tempat dalam litar adalah sama. Tambahan pula, jumlah rintangan akan semakin tinggi jika beban semakin bertambah. Dalam eksperimen ini terdapat bebarapa langkah berjaga-jaga. Pertama, ammeter dan voltmeter perlulah dipastikan berfungsi dengan baik iaitu pastikan jarum ammeter dan voltmeter berada tepat di angka 0.. Hal ini ialah bagi mengelakkan berlakunya ralat sifar. Selain itu, pastikan bacaan pada ammeter dan voltmeter diambil beberapa kali untuk menggelakkan ralat paralaks. Seterusnya, pastikan tangan dalam keadaan kering bagi menggelakkan sebarang kemalangan akibat kejutan elektrik. Selain itu, pastikan mentol-mentol yang digunakan sama jenis iaitu daripada segi voltan dan arus. Contohnya, jika 3.8V, 0.3A mentol digunakan, pastikan semua mentol juga sama. Ini bagi meningkatkan ketepatan keputusan yang diperoleh kelak.

Anda mungkin juga menyukai