Anda di halaman 1dari 12

Pernyataan : Dapatkah satu alat yang terbukti dapat menghasilkan tenaga

Masalah dapat dicipta dengan menggunakan pelbagai bahan?

Tujuan : Untuk menghasilkan satu alat yang terbukti dapat menghasilkan


tenaga, iaitu roket air dengan menggunakan pelbagai bahan.

Hipotesis : Satu alat yang terbukti dapat menghasilkan tenaga, iaitu roket air
dapat dicipta dengan menggunakan pelbagai jenis bahan kitar
semula.

Pengenalan :
Roket air dapat didefiniskan sebagai “a kind of firework to be discharged in
the water” (Webster's Revised Unabridged Dictionary, 1913, seperti dinyatakan
dalam The Free Dictionary, t. t.) Menurut NASA (2014), roket air merupakan satu
model yang agak selamat dan tidak melibatkan kos yang tinggi untuk mempelajari
asas tenaga dan tindak balas kenderaan terhadap tenaga luaran.
Terdapat beberapa bahagian asas yang terkandung dalam roket air.
Antaranya termasuklah the nose cone, fins, body, the launchers, base, dan
decoration (National Physical Laboratory Teddington, 2007). Nose cone merupakan
bahagian paling atas roket air dan sebaik-baiknya bentuknya ialah kon dan
pemberat dikenakan ke atas nose cone. Badan roket air digunakan untuk mengisi air
dan udara apabila pelancaran kelak. Sayap roket air pula dilekatkan pada badan
roket tersebut untuk membekalkan kestabilan badan semasa pelancaran. The
launchers pada bahagian tapak adalah amat penting. Menurut Baskoro (2011),
terdapat tiga jenis roket air yang biasa digunakan, iaitu Kopler Selang (2008), Dual K
(2009) dan Marsiano (2010).
Mengikut Bauwens (2014) menerusi Wikihow, proses penghasilan roket air
adalah amat mudah dan dapat dijelaskan dalam 12 langkah mudah. Roket ini dapat
dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati dalam
kehidupan kita, seperti botol, pen, polisterina, kad kertas dengan bantuan alat
seperti gunting, pisau dan pam angin. Prinsip asas operasi roket air pula jugalah
amat mudah untuk dijelaskan (Jong, 2013). Pertama sekali, air akan dimasukkan ke
dalam botol. Kemudian, udara akan ditekankan menerusi penggunaan pam angin.
Sering kali roket air diperlihat sebagai mainan kanak-kanak, tetapi ia dapat
digunakan untuk menjelaskan pergerakan tenaga mengikut perspektif Fizik (Finney,
2000). Menurut Finney (2000), terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan
semasa pembinaan roket air demi memastikan penerbangan yang optimal, iaitu
termasuklah aspek saiz roket, berat roket, kuantiti air, kedudukan centre of mass
dan centre of pressure, bentuk sayap, kestabilan aerodinamik, dan banyak lagi.
Aktiviti pelancaran roket air ini mempunyai kesan rekreasi yang amat tinggi, di
samping kanak-kanak boleh bermain sepanjang hari hanya menggunakan kos yang
sedikit dan air sahaja (Make: Technology on Your Time, 2011). Mengikut Baskoro
(2011), aktiviti ini boleh dijadikan sebagai satu sarana pembelajaran Sains untuk
murid-murid sekolah rendah. Dalam konteks pendidikan sekolah rendah negara kita,
aktiviti roket air ini boleh digunakan untuk mengajar Sains Rendah Tahun 5 dalam
tajuk “Perubahan Tenaga” atau Sains Rendah Tahun 6 dalam tajuk “Daya Dan
Tenaga”. Untuk tujuan pengajaran sekolah menengah pula, aktiviti ini boleh
digunakan untuk mengajar Fizik Tingkatan 4 dalam Tajuk “Daya dan Gerakan” serta
“Daya dan Tekanan”.

Bahan : 1. Kertas Warna


2. PVC Binding Cover
3. Guli (Kaca)
4. 2 Botol Minuman Berkarbonat (Plastik)
5. Polisterina
6. Gabus Getah
7. Batang Cucuk Sate (Kayu)
8. Gegelung Getah
9. Batu
10. Wayar Besi

Radas : 1. Gunting
2. Pemotong Kertas
3. Pita Pelekat (Selatape dan Double-Tape)
4. Hot Glue Gun dan Hot Glue
5. Pam Angin
Prosedur :
(A) Menghasilkan Roket Air
Bil. Langkah Catatan Gambar
1. Satu botol air minuman berkarbonat 1.5 l
dipotong menjadi 2 bahagian dengan
menggunakan pemotong kertas.

2. Bahagian depan (mulut) botol air yang


dipotong dilekatkan pada hujung botol air
minuman berkabonat yang satu lagi
dengan menggunakan pita pelekat.

3. Guli-guli kaca dimasukkan ke dalam botol


air berkarbonat.

4. Satu kon yang diperbuat daripada PVC


dan kertas dilekatkan pada bahagian
mulut botol dijadikan sebagai muncung
roket air.

5. 4 sayap roket air yang diperbuat daripada


polisterina dihasilkan dan dilekatkan pada
badan roket air dengan pita pelekat dan
hot glue gun.
6. Gabus getah dimasukkan kepada mulut
botol air menggantikan pembuka botol air
minuman berkarbonat.

7. Hasil akhir alatan, iaitu roket air telah


dihasilkan.

(B) Menghasilkan Tapak Pelancaran Roket Air


Bil. Langkah Catatan Gambar
1. Satu petak segi empat dipotong pada
bahagian belakang botol air minuman
berkarbonat yang tertinggal pada Prosedur
(A) Langkah (1).

2. Beberapa ketul batu dilekatkan pada botol


air minuman tersebut untuk meningkatkan
stabiliti tapak pelancaran roket air.

3. Batang-batang sate disusun rapi dan


dilekatkan di sekeliling botol air minuman
berkarbonat tersebut.
4. Gegelung getah dan wayar besi dikelilingi
sekitar botol air minuman berkarbonat
sebagai pengukuhan sampingan dan
hiasan.

5. Hasil akhir alatan, iaitu tapak pelancaran


roket air telah dihasilkan.

Keputusan :
(A) Gambar penuh alatan yang dihasilkan:
(B) Gambar-gambar keadaan semasa hasil alatan, iaitu roket air diuji pada
kawasan lapangan
1. 2. 3.

4. 5. 6.

7. 8. 9.
Analisis :
Jadual berikut menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan
setiap bahagian alat (roket air) serta justifikasi pemilihannya.
Bil. Bahan Bahagian Ciri-ciri Justifikasi
1. Kertas Muncung  Berwarna  Bahan yang sentiasa ada di
Warna  Boleh lentur sekeliling kita.
 Menarik  Kertas dan PVC dipilih kerana
mereka boleh bergabung dan
2. PVC  Lutcahaya membentuk satu muncung roket
Binding  Boleh lentur air yang menarik, kalis air, kuat
Cover  Tahan lama serta tahan.

 Kalis air

3. Guli (Kaca) Bahagian  Cantik  Bahan yang dapat diperoleh


tengah  Menarik daripada alat mainan atau
 Berat makmal sains.
 Menambahkan berat seluruh
roket air dan mengukuhkan
bahagian atas roket air.

4. Botol Badan  Lutcahaya  Bahan yang paling senang


Minuman  Tahan lama didapati,
Berkarbonat  Mudah  Sebagai bahan utama
(Plastik) bentuk pembinaan alat roket air ini.

5. Polisterina Sayap  Ringan  Bahan sampingan diperoleh


 Berwarna daripada perabot (sebagai
 Mudah pelindung).
potong  Cukup ringan dan
membolehkan roket air terbang
dan mencapai ketinggian yang
optimum.
6. Gabus Penutup  Kenyal  Bahan yang dapat diperoleh
Getah botol  Tahan lama daripada makmal sains.
 Mempunyai laluan lubang di
tengah-tengah gabus, maka
sesuai digunakan sebagai
penutup botol dan pada masa
yang sama menyalurkan udara
ke dalam.

7. Batang Pencacak  Kuat  Bahan buangan selepas


Cucuk Sate tanah  Panjang memakan cucuk sate.
(Kayu)  Mudah  Tajam pada bahagian depan,
didapati maka sesuai digunakan untuk
 Tajam menembus tanah dan memberi
kekukuhan kepada botol air
semasa pelancaran.

8. Gegelung Pengukuh-  Kenyal  Bahan yang senang didapati


Getah an  Mudah dalam kehidupan seharian kita.
didapati  Digunakan untuk mengukuhkan
lagi tapak pelancaran roket air
di samping sebagai hiasan.

9. Batu Pengukuh-  Mudah  Bahan yang senang didapati


an didapati dalam kehidupan seharian kita.
 Pelbagai  Digunakan untuk mengukuhkan
bentuk lagi tapak pelancaran roket air
 Berat di samping sebagai hiasan.

10. Wayar Besi Pengukuh-  Kuat  Bahan yang senang didapati


an  Boleh lentur dalam kehidupan seharian kita.
 Mudah  Digunakan untuk mengukuhkan
dibentuk lagi tapak pelancaran roket air.
Perbincangan :
1. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan roket air termasuklah kertas
warna, PVC binding cover, guli, botol air minuman berkarbonat, polisterina,
gabus getah, batang cucuk sate, gegelung getah, batu dan wayar besi.
Kesemua bahan yang digunakan senang didapati daripada sekeliling, sama ada
bahan kitar semula, yang dikutip daripada sampah, atau diminta daripada
makmal sains.
2. Semasa gas angin dipamkan ke dalam botol air, tekanan tinggi telah dihasilkan
di dalam botol air tersebut. Maka boleh dikatakan bahawa botol air tersebut
mengalami tekanan keupayaan yang tinggi akibat tekanan angin tersebut.
3. Apabila botol air tersebut tidak mampu untuk menampung tekanan dan tenaga
keupayaan yang tinggi, maka ia akan bertindak balas dengan membebaskan diri
dari penutup botol yang diperbuat daripada gabus getah, selaras dengan Hukum
Newton yang ketiga. Apabila botol air membebaskan dirinya, maka ia akan
terbang, lantas tenaga kinetik dapat diperhatikan.
4. Apabila botol air tersebut dilancarkan ke satu tahap yang paling tinggi, ia akan
berhenti daripada terus menaik dan pada ketika itu tenaga keupayaan akan
diperlihat kerana daya graviti akan menariknya untuk jatuh ke muka bumi.
5. Oleh itu, tenaga kinetik dapat diperlihat sekali lagi, dan botol air akan jatuh ke
lantai sepenuhnya.
6. Proses perubahan tenaga penuh yang dapat ditunjukkan menerusi alat roket air
ini adalah seperti berikut:

Tenaga keupayaan (gas angin dipamkan ke dalam botol) 


Tenaga kinetik (roket air dilancar dan terbang ke udara) 
Tenaga keupayaan (roket air terbang ke altitude maksimum) 
Tenaga kinetik (roket air jatuh ke lantai) 
Tenaga keupayaan (roket air berhenti sepenuhnya di lantai)
Langkah Berjaga-Jaga :
1. Berhati-hati semasa mengendalikan alatan tajam seperti gunting dan pisau
pemotong kertas.
2. Untuk keselamatan aktiviti, semasa menguji alat, iaitu pelancaran roket air,
pastikan ianya dijalankan di satu kawasan yang lapang, di mana tiada halangan
pokok atau bangunan di sekitarnya.

Kesimpulan :
1. Satu alat yang dapat terbukti menghasilkan tenaga, iaitu roket air dapat dicipta
dengan menggunakan pelbagai jenis bahan kitar semula.
Hipotesis diterima.
2. Semasa pengujian alat, didapati bahawa perubahan tenaga yang dapat
diperhatikan sepanjang proses adalah seperti berikut: Tenaga keupayaan 
tenaga kinetik  tenaga keupayaan  tenaga kinetik  tenaga keupayaan.

Rujukan :
Baskoro, A. A. (2011, Oktober 27). Roket Air sebagai Sarana Pembelajaran Sains
Keantariksaan Sejak Dini. Dalam Prosiding Seminar Himpunan Astronomi
Indonesia (ms 12-15). Bandung: Indonesia. Diakses daripada
http://astronomy.itb.ac.id/60th/shai/proceeding/HAI2011_PA-
Baskoro_2011.pdf
Bauwens, D. (2014). How to Make a Water Bottle Rocket. Diakses pada 07
September, 2014 daripada Wikihow, http://www.wikihow.com/Make-a-Water-
Bottle-Rocket
Finney, G. A. (2000). Analysis of a Water-Propelled Rocket: A Problem in Honour
Physics. American Association of Physics Teachers. 68(3), 223-227. Diakses
daripada http://waterocket.explorer.free.fr/pdf/water_rocket_finney.pdf
Jong, T. K. (2013). Learn Physics with a Water-Propelled Rocket. STEMplanet
Journal, 430, 1-7. Diakses daripada
http://stemstates.org/assets/files/430_fullpaper_abstract%20number%20430.p
df
Lodefink, S. (2011, April). Soda Bottle Rocket. Make: Technology on Your Time, 2,
78-90. Diakses daripada database Maker Media, Inc. daripada
http://makezine.com/projects/make-05/soda-bottle-rocket/
National Aeronautics and Space Administration (NASA). (2014, Jun 12). Water
Rocket. Diakses daripada http://www.grc.nasa.gov/WWW/k-
12/rocket/rktbot.html
National Physical Laboratory Teddington. (2007, Jun). A guide to building and
understanding the physics of Water Rockets. Diakses daripada
http://www.npl.co.uk/upload/pdf/wr_booklet_print.pdf
Water rocket. (t. t.). Webster's Revised Unabridged Dictionary. (1913). Diakses
daripada http://www.thefreedictionary.com/Water+rocket

Refleksi :
Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna. Sesungguhnya sepanjang pembinaan alatan yang dapat
menunjukkan penghasilan tenaga, iaitu roket air ini, pelbagai kekuatan, kelemahan
dan masalah telah berjaya dikenal pasti.
Pertama sekali, dari segi kekuatan, saya sedar bahawa semua bahan yang
digunakan untuk membuat alat bagi tugasan ini adalah berasal daripada alam
sekeliling atau kehidupan kita. Oleh itu, tiada kos pembelian bahan dilibatkan untuk
tugasan ini. Walau bagaimanapun, sedikit kos pembuatan diperuntukkan kerana
saya perlu menggunakan alat-alat seperti pita pelekat dan hot glue sepanjang
proses pembinaan roket air
Selain itu, semua bahan, kecuali kertas warna yang saya pilih dalam
membina roket air adalah merupakan bahan kalis air. Memandangkan roket air akan
melibatkan air semasa proses pelancaran, maka sekiranya bahan yang dipilih bukan
bahan kalis air, maka alat ini akan rosak dan tidak tahan lama. Walaupun kertas
bukanlah bahan kalis air, tetapi ia telah dilekatkan bersama dengan PVC binding
cover. Maka, ia tidak akan bersentuhan dengan air, lantas menjamin alat ini boleh
digunakan atau dilancarkan berkali-kali.
Di samping itu, saya sedar bahawa alat ini dapat menunjukkan penghasilan
tenaga yang amat jelas dan ketara. Perubahan penghasilan tenaga yang ingin saya
tunjukkan menerusi alatan ini ialah daripada tenaga keupayaan ke tenaga kinetik.
Oleh itu, apabila roket air dilancarkan dan terbang ke udara langit akibat tidak dapat
menampung tekanan tenaga keupayaan hasil daripada pam angin, maka
pemerhatian yang jelas dapat diperlihat, lantas menunjukkan bahawa penghasilan
tenaga telah berlaku sepanjang proses pelancaran.
Walau bagaimanapun, saya tetap menghadapi beberapa masalah sepanjang
proses penghasilan alatan dijalankan. Pada peringkat permulaan, saya telah
mencuba untuk melancarkan prototaip roket air, tetapi didapati bahawa roket air
tersebut tidak terbang tinggi. Maka saya menganalisis punca roket air tidak terbang
tinggi, seperti roket terlalu berat atau penutup botol air tidak cukup ketat. Maka, saya
telah bertindak mengurangkan bilangan guli yang berperanan sebagai pemberat dan
penstabil, di samping mengekatkan gabus getah pada penutup botol air sebelum
roket dilancarkan. Saya berasa bersyukur kerana selepas membuat beberapa
penambahbaikan, roket air tersebut dapat terbang ke altitude yang lebih tinggi.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa polisterina yang digunakan sebagai
sayap adalah mudah patah dan rosak walaupun ianya cukup ringan. Oleh itu, saya
bertindak untuk mengelit polisterina tersebut dengan pita pelekat sebagai pelindung
polisterina tersebut agar ianya lebih tahan lama dan tidak rosak apabila ianya
dilancar dan jatuh ke lantai bumi.
Malah, saya turut mendapati bahawa tapak pelancaran yang digunakan untuk
melancarkan roket air adalah tidak stabil. Pada permulaan pembinaan, tapak
pelancaran yang dirancang hanyalah sekadar botol air minuman berkarbonat sahaja.
Akan tetapi, apabila ianya diaplikasi di kawasan lapang, didapati bahawa tapak
tersebut tidak cukup kuat dan stabil untuk menampung roket air tersebut. Maka,
saya telah bertindak mengelilingi botol air tersebut dengan menggunakan batang
cucuk sate yang berperanan sebagai pencacak ke dalam tanah apabila pelancaran
roket air kelak. Untuk tujuan pengukuhan, saya juga telah mengukuhkan struktur
tapak pelancaran dengan menggunakan gegelung getah dan wayar besi.
Tuntasnya, saya telah memperoleh banyak pengalaman dan manfaat
menerusi tugasan ini. Diharapkan tugasan seperti ini akan diberikan pada masa
hadapan agar saya dapat mempelajari banyak lagi perkara yang tidak saya ketahui.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai