Anda di halaman 1dari 1

KAJIAN KES SEJARAH 2019

Soalan Tugasan

Anda dikehendaki membuat kajian berkaitan penentangan tokoh tempatan di negeri anda.

Hasilkan satu laporan tentang perjuangan tokoh tempatan menentang penjajah. Tugas anda hendaklah merangkumi:

a) Tajuk kajian
b) Nama penulis
c) Isi kandungan:
i. Biodata tokoh
ii. Sebab-sebab penentangan
iii. Peristiwa penentangan
iv. Kesan-kesan penentangan
v. Menjelaskan iktibar yang diperoleh daripada perjuangan tokoh tempatan
d) Kesimpulan
e) Sumber rujukan
f) Lampiran
g) Membentang hasil kajian

Langkah Pelaksanaan Tugasan

Pelaksanaan kajian kes ini melibatkan beberapa langkah yang membabitkan kajian dan penilaian data berkaitan
tugasan seperti maklumat di bawah ini.

Bil. Langkah Pelaksanaan Keterangan


1 Pernyataan Masalah  Pernyataan masalah merupakan isu / masalah yang ingin dikaji
 Ini membolehkan murid membentuk persoalan mengenai tajuk yang akan
dikaji secara khusus.
2 Kajian Literatur  Kajian lepas atau kajian terdahulu yang pernah dibuat berkaitan dengan
tajuk kajian.
 Bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan atau idea mengenai tajuk
yang akan dikaji.
3 Objektif Kajian  Tujuan sesuatu kajian itu dilaksanakan
 Objektif hendaklah jelas dan konsisten serta boleh dikenali pasti.
4 Kaedah Kajian  Cara yang digunakan untuk mendapatkan fakta, sumber atau bukti yang
berkaitan dengan kajian. Contohnya, kaedah temu bual dan melayari
internet.
5 Sumber Rujukan  Bahan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan bukti tentang
sesuatu kajian. Contohnya, buku ilmiah, internet dan orang sumber.
6 Analisis Data  Data atau maklumat yang telah diperoleh hendaklah dianalisis untuk
menentukan kesahihan faktanya.
 Fakta yang sahih boleh digunakan untuk menulis laporan kajian.
7 Laporan Kajian  Hasil kerja murid sama ada secara individu atau kumpulan.
 Laporan boleh dibuat dalam bentuk penulis folio, slaid powerpoint, video,
peta i-Think atau lain-lain yang bersesuaian.

Anda mungkin juga menyukai