Anda di halaman 1dari 22

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 3 : KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN

JEPUN DI NEGARA KITA

LATAR
BELAKANG
PERANG
DUNIA
NAMA I NUR AIN FARHANA BINTI ABDULLAH
KELAS | 4 PUTRA BESTARI
GURU SEJARAH I AZLINA BT. MOHAMED ALI
PENGHARGAAN
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak yang telah memberikan pertolongan yang tidak
ternilai untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih


kepada guru sejarah saya iaitu, Pn. Azlina bt. Mohamed Ali kerana
telah membimbing saya semasa saya melaksanakan tugasan ini.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
sedia menolong saya termasuk ibu bapa, rakan-rakan dan juga pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Saya amatlah
menghargai pertolongan yang telah diberikan.
PERNYATAAN MASALAH

Perang Dunia Pertama ataupun The Great Wars


tercetus di antara tahun 1914 hingga tahun 1918.
Perang ini berlaku dalam kalangan negara di Eropah
termasuk empayar Uthmaniyah. Walaupun hanya
berlangsung selama lebih kurang 4 tahun, peristiwa
ini memberikan impak yang besar terhadap
kehidupan manusia di dunia pada masa akan datang.
Bincangkan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian saya adalah dapat :
Menjelaskan tentang faktor dan peristiwa
yang berlaku semasa Perang Dunia
Pertama.
Menerangkan tentang kesan yang berlaku
terhadap negara-negara Eropah dan
empayar Uthmaniyah selepas Perang Dunia
Pertama.
Mengkaji peristiwa yang berlaku semasa
Perang Dunia Pertama.
(Agar dapat mengambil iktibar dan
mencari langkah yang sesuai untuk
mengelakkan perkara ini berlaku di negara
kita. )
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang saya gunakan adalah :

1. Kaedah Perpustakaan
- Saya telah membuat rujukan dari beberapa
buah buku. Antaranya, buku teks Sejarah
Tingkatan 4.
2. Kaedah Internet
- Saya telah membuat kajian lanjut di Internet
seperti melayari laman web 'Youtube', laman
web Wikipedia dan blog.

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4


SUMBER RUJUKAN
1. BUKU
- Ridzuan bin Hasan, 2019, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 (KSSM),
Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. INTERNET
https://www.slideshare.net/deannajlia/perang-dunia-pertama-
51970408
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_Pertama#:~:text=Perang%20Dunia%20Pertama%20(atau%20Per
ang,Serbia%20%2D%20hingga%2011%20November%201918.
perang+dunia+2.jpg (265×190) (bp.blogspot.com)
https://iluminasi.com/img/upload/mustafa-kemal-ataturk-1jb30.jpg
perang+dunia++1.jpg (250×201) (bp.blogspot.com)
Z (300×168)
Prilep_Battle_1912_Postcard.jpg (720×424) (wikimedia.org)
tentera-us.jpg (600×480) (iluminasi.com)
234px-DC-1914-27-d-Sarajevo-cropped.jpg (234×283) (wikimedia.org)

3. ORANG SUMBER
- Mohd Hudzail bin Mohd Mansor, 40, Putrajaya
PENGENALAN
Tema : Perang Dunia
Bab 3.2 Latar Belakang Perang Dunia
Standard Kandungan : Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914


hingga tahun 1918. Perang ini berlaku di antara
negara-negara di Eropah. Walaupun hanya
berlangsung dalam tempoh lebih kurang empat
tahun, tetapi ia memberi kesan yang besar
terutama kepada catatan sejarah dunia.
LAPORAN KAJIAN
1. Faktor-faktor Perang Dunia Pertama

- Perang Dunia Pertama berlaku dalam


kalangan negara di Eropah termasuk
empayar Uthmaniyah. Terdapat beberapa
faktor yang mencetuskan Perang Dunia
Pertama termasuklah persaingan kuasa
imperalis, pembentukan pakatan
ketenteraan dan konflik di rantau Balkan.
(i) Persaingan Kuasa Imperialis
Perkembangan Revolusi Industri
menyebabkan berlaku persaingan dalam
kalangan kuasa imperialis di Eropah.

Mereka bersaing untuk mendapatkan tanah


jajahan bagi memperoleh bahan mentah
seperti arang batu, petroleum dan bijih
timah serta memasarkan hasil industri.

Persaingan tersebut membawa


permusuhan antara kuasa imperialis di
Eropah seperti Perancis dan Jerman.
(ii) Pakatan Ketenteraan
Permusuhan antara kuasa Eropah membawa
pembentukan pakatan ketenteraan seperti pakatan
Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.

Pakatan Kuasa Tengah terdiri daripada negara


Jerman dan Austria-Hungary kemudian disertai oleh
Bulgaria dan empayar Uthmaniyah manakala
Pakatan Bertiga terdiri daripada negara Britain,
Perancis dan Rusia dan disokong oleh Serbia, Itali,
Romania, Portugal dan Greece.

Kewujudan pakatan ketenteraan menyebabkan


ketidakstabilan politik berterusan di Eropah.

Seiring dengan persaingan mendapatkan tanah


jajahan, negara dalam pakatan turut bersaing
menghasilkan senjata moden dan sedia berperang
bagi mempertahankan kepentingan masing-masing.
(iii) Konflik Rantau Balkan
Berlaku akibat permusuhan Austria-Hungary
dengan Serbia.

Austria-Hungary menuduh Serbia


menghasut rakyat Austria berketurunan
Serb supaya berjuang membebaskan diri
daripada pemerintahan Austria-Hungary.

Kemuncak krisis Balkan ialah pembunuhan


Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austri-
Hungary dan isterinya, Sophie oleh seorang
pemuda Serbia.

Peristiwa ini menyebabkan negara Eropah


terjerumus dalm kancah Perang Dunia
Pertama.
PERISTIWA PERANG DUNIA PERTAMA

28 JULAI 1914 30 JULAI 1914 1 OGOS 1914 3 OGOS 1914


Austria-Hungary dengan Rusia bertindak Jerman Jerman mengisytiharkan
sokongan Jerman memberikan bantuan mengisytiharkan perang terhadap Perancis yang
mengisytiharkan perang ketenteraan untuk perang terhadap Rusia. menyebelahi Rusia. Jerman
mempertahankan Serbia. menceroboh Belgium untuk
terhadap Serbia.
menyerang Perancis.

4 OGOS 1914 OKTOBER 1914 MAC 1915 APRIL 1917


Britain menyertai Rusia Empayar Uthmaniyah Itali menyertai Perancis, Amerika Syarikat
dan Perancis memerangi menyertai peperangan Britain dan Rusia dalam menyertai peperangan
Jerman yang menceroboh dengan memihak kepada Pakatan Bertiga. dengan memihak kepada
Belgium. Kuasa Tengah. Pakatan Bertiga.
Berakhir Perang Dunia Pertama
Penglibatan Amerika Syarikat dalam perang
membawa kejayaan kepada Pakatan
Bertiga pada tahun 1918.

Jerman kemudiannya dipaksa


menandatangani gencatan senjata.

Beberapa siri persidangan dan perjanjian


damai yang diadakan selepas tamat perang
telah memberikan kesan kepada negara di
Eropah.

Amerika Syarikat diiktiraf sebagai kuasa


besar dunia selepas Perang Dunia Pertama.
Persidangan Damai Paris
Diadakan pada 18 Januari 1919 untuk
mebincangkan syarat perdamaian selepas
perang.

Bertujuan memastikan Jerman tidak lagi


menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah.

Persidangan tersebut melahirkan Deklarasi 14


Perkara Woodrow Wilson, iaitu cadangan
Presiden Amerika Syarikat sebagai asas
perdamaian.

Deklarasi ini merangkumi dua prinsip utama,


iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
dan sempadan negara berasaskan bangsa.
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan
Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919.
Berdasarkan perjanjian tersebut, Jerman dikehendaki
:

Perjanjian Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat


perang.

Versailles Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga.


Mengehadkan saiz angkatan tentera.
Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada
Pakatan Bertiga.

Perjanjian Versailles juga menetapkan penubuhan


Liga Bangsa-Bangsa untuk menggalakkan keamanan
dan kerjasama antarbangsa.
2. Kesan Perang Dunia Pertama

- Selepas berakhirnya Perang Dunia


Pertama, Pakatan Bertiga telah berjaya
mengalahkan Kuasa Tengah dengan
bantuan Amerika Syarikat. Ini
menyebabkan negara seperti Jerman
yang Menyertai Kuasa Tengah
dihendaki menandatangani Perjanjian
Versailles dengan beberapa syarat
tertentu. Selain itu, kemenangan
Pakatan Bertiga juga memberikan
kesan kepada negara-negara lain di
Eropah dan empayar Uthmaniyah.
(i) Keruntuhan Pemerintahan Beraja
Perang Dunia Pertama telah menamatkan sistem
pemerintahan beraja di Jerman, Austria-Hungary,
Rusia dan empayar Uthmaniyah.

Kerajaan Republik Jerman didirikan apabila Kaiser


Wilhem II terpaksa turun takhta dan mendapatkan
perlindungan politik di Belanda.

Empayar Austria-Hungary di bawah pemerintahan


Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul
pemberontakan di wilayah yang dikuasainya.

Revolusi yang tercetus di Rusia menumbangkan


pemerintahan beraja Tsar Nicholas II dan kerajaan
komunis pertama di dunia terbentuk di bawah
pimpinan Vladmir Lenin.

Khalifah empayar Uthmaniyah, Sultan Mehmed VI


digulingkan dan kerajaan Turki bercorak republik
diketuai oleh Mustafa Kemal Ataturk.
Keruntuhan empayar Austria
melahirkan negara baharu seperti
Austria, Hungary, Czechoslovakia dan
Yugoslavia.

Kemunculan Perpecahan empayar Rusia


membawa kepada penubuhan

Negara Baharu negara baharu seperti Poland,


Estonia, Latvia dan Lithuania.

Perpecahan empayar Uthmaniyah


menyebabkan muncul negara
baharu seperti Lebanon, Syria dan
Iraq.
Bagi menyekat kebangkitan orang Melayu Raja-raja
Melayu diminta menandatangani pengisytiharan
perang yang menyokong dan memberikan taat
setia kepada kerajaan British.

Kesan Pelbagai undang-undang yang berkaitan dengan


perang diluluskan oleh pentadbiran British,

kepada termasuk memperuntukkan kuasa Pesuruhjaya


Tinggi British untuk meletakkan negeri Melayu di

Negara Kita bawah undang-undang tentera jika keadaan


memerlukan.

Kemakmuran ekonomi negeri Melayu juga


dimanipulasi oleh British. Wang hasil bijih timah
dan getah digunakan untuk membiayai operasi
British dalam Perang Dunia Pertama.
3.
Langkah yang boleh dilakukan untuk
mengelakkan peristiwa ini berlaku di negara kita.
Pada pendapat saya, kita boleh menjalinkan hubungan
dengan negara lain dalam pelbagai aspek seperti dalam
bidang ekonomi, sosial dan politik. Pada masa yang
sama, selain membawa keuntungan bagi kedua-dua
negara, ia juga mampu mengelakkan permusuhan. Di
samping itu, kita hendaklah memupuk budaya cinta
akan keamanan dan membenci peperangan. Perkara ini
boleh disebar luas kepada seluruh masyarakat dengan
pebagai cara iaitu melalui media massa, pembelajaran di
sekolah ataupun program yang dianjurkan oleh kerajaan
agar mereka memahami kesan buruk peperangan ini.
Akhir sekali, kita hendaklah menghormati budaya negara
lain agar dapat mengelakkan sebarang perbalahan di
antara dua pihak yang mampu membawa sesebuah
negara itu di ambang peperangan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, daripada kajian kes ini, saya dapat
mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya
Perang Dunia Pertama. Selain itu, saya juga dapat
memahami kesan-kesan yang berlaku terhadap negara-
negara yang terlibat dan seluruh dunia setelah perang
tersebut berakhir.
Seterusnya, saya mampu mengambil pengajaran daripada
peristiwa yang berlaku semasa Perang Dunia Pertama agar
dapat mengelakkan perkara tersebut berulang lagi di
negara kita dan seluruh dunia.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah
mengambil berat tentang betapa dahsyatnya peperangan
mampu lakukan kepada sesebuah negara dan rakyatnya.

Anda mungkin juga menyukai