Anda di halaman 1dari 7

Soalan 1 : Rumusan

(30 markah)

Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menghidupkan semangat kejiranan
dan kepentingannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutamanya jiran bersebelahan
dalam menjalani kehidupan seharian. Kita akui bahawa semangat kejiranan semakin hilang dalam masyarakat kita
sehingga timbul pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan
semangat ini berterusan kerana memang ada banyak kepentingannya untuk menghidupkan semangat ini.

Langkah awal ialah masyarakat digesa untuk menghidupkan semula aktiviti rukun tetangga di kawasan
perumahan. Aktiviti ini haruslah melibatkan semua pihak tanpa mengira kaum. Dengan ini, hubungan rapat yang
terjalin melalui program rukun tetangga ini akan mengeratkan perhubungan sesama mereka. Selain itu, semangat
ini mampu dipupuk dengan mengadakan majlis atau aktiviti yang dapat menghimpunkan semua penduduk dalam
satu masa seperti mengadakan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan, mengadakan
sambutan hari perayaan berbilang kaum, Hari Keluarga dan sebagainya. Melalui perhimpunan seumpama ini,
bukan sahaja ikatan silaturahim antara anggota masyarakat dapat dipupuk malah semangat kejiranan akan
bertambah padu.

Di samping itu, kerajaan turut memainkan peranan dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran yang
berkaitan dengan semangat kejiranan. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik
sudah pasti berupaya untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula
mempersoalkan tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan
semangat kejiranan di kawasan mereka. Pada masa yang sama, sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah.
Masyarakat perlulah memandang semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat
ini berlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah bawaha
paradigma yang baharu ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Di kawasan bandar, semangat kejiranan pudar berikutan gaya hidup masyarakat yang sentiasa sibuk
dengan pekerjaan masing-masing berikutan tahap pendidikan yang tinggi dalam kalangan masyarakat bandar.
Kemajuan teknologi seperti telefon bimbit, internet serta faksimili turut menyebabkan anggota masyarakat kurang
berinteraksi antara satu sama lain. Corak kehidupan yang bersikap individualistik turut menimbulkan tanggapan
bahawa hubungan sesama jiran tidak penting. Justeru , ketua penduduk di kawasan bandar perlulah memainkan
peranan bagi memastikan penduduk hidup dalam keadaan harmoni.

Tidak kira apa-apa kaum sekalipun, ikatan kejiranan akan menjadi kukuh sekiranya anggota masyarakat
mempunya sifat hormat-menghormati dan bekerjasama. Ketua penduduk mestilah sentiasa mengambil berat
terhadap hubungan jiran-jiran yang bermasalah. Sebagai contoh, jika sudah diketahui dua buah keluarga sering
bertengkar, ketua penduduk mestilah memikirkan kaedah yang sesuai untuk merapatkan hubungan kedua-dua
buah keluarga tersebut, di samping memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku kelak jika masalah
tersebut tidak ditangani secepat mungkin. Ketua penduduk juga mestilah memikirkan cara-cara mengukuhkan
hubungan kejiranan di kawasan yang ditanganinya.

Semangat kejiranan memang perlu dibugarkan kembali dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang
kaum. Semangat kejiranan boleh dicapai melalui semangat perpaduan serta perubahan tanggapan dan bersikap
peka akan kepentingan hidup bermasyarakat.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memantapkan


Hubungan Kejiranan ‘ oleh M. Jasin Majed,
Utusan
Malaysia)

Soalan 2 (a) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, Jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata ditangani secepat mungkin? (2 markah)

(ii) Semangat kejiranan dikatakan semakin pudar di kawasan Bandar. Nyatakan punca-punca berlakunya
keadaan
tersebut. (3 markah)

(iii) Pada pendapat anda , apakah yang patut anda lakukan unatuk memastikan hubungan anda dengan jiran
menjadi akrab. Kemukakan alasan-alasan anda. (4 markah)
Soalan Rumusan
(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya kemerosotan
kualiti udara dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut. Penjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Kemerosotan kualiti udara merupakan isu alam sekitar yang hangat diperkatakan tatkala negara kita sedang
mengorak langkah menuju ke era pembangunan fizikal yang pesat. Hal ini menjadikan sinaran alam sekitar di
negara kita semakin pudar sehingga menjejaskan kesejahteraan dan keselesaan kehidupan manusia.

Kemerosotan kualiti udara sering dikaitkan dengan pembebasan asap dan gas bertoksid oleh kilang
perindustrian yang semakin banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini terjadi kerana kebanyakan
pengusaha kilang tidak memasang alat penapis asap dan gas yang berkesan. Bilangan kenderaan yang semakin
bertambah ekoran daripada peningkatan taraf hidup turut membebaskan banyak asap yang boleh mencemarkan
udara. Selain itu, pembakaran terbuka yang sering dilakukan oleh pihak tertentu juga menyebabkan asap bebas
ke udara tanpa kawalan. Kualiti udara yang merosot boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesihatan
manusia terutama kepada sistem pernafasan manusia. Hal ini demikian kerana gas-gas seperti karbon monoksida
akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah, melambatkan tindak balas manusia, menyebabkan
mengantuk, penyakit lelah dan memberi kesan kepada fungsi paru-paru.

Di samping itu, perubahan iklim di muka bumi dikaitkan dengan penebangan hutan yang dilakukan tanpa
perancangan yang strategik. Keadaan ini mengakibatkan haba pancaran matahari tidak lagi diserap oleh tumbuh-
tumbuhan, sebaliknya terpantul semula ke atmosfera sehingga menyebabkan muka bumi bertambah panas.
Pembebasan gas klorofluorokarbon daripada alam penyaman udara mengakibatkan kebocoran lapisan ozon, dan
akhirnya peningkatan suhu muka bumi.

Di samping itu, asap rokok juga menjadi penyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandar raya.
Tabiat orang ramai yang suka merokok ditempat awam seperti tempat menunggu bas dan kawasan riadah hanya
menjejaskan tahap kualiti udara. Hal ini demikian kerana mereka yang merokok akan melepaskan asap toksik ke
udara dan membahayakan kesihatan orang sekeliling jika terhidu asap tersebut. Selain itu, pembangunan yang
pesat juga menyebabkan kualiti udara merosot. Hal ini demikian kerana partikel-partikel bebas daripada pasir dn
batuan beterbangan ke udara. Keadaan ini lebih teruk lagi apabila musim kemarau tiba. Perkara lain yang
menyebabkan berlakunya kemerosotan kualita udara alam sekita termasuklah fenomena alam seperti gunung
berapi dan fenomena El-Nino. Contohnya, letusan gunung Merapi di Indonesia telah membebaskan asap tebal ke
udara sehingga menyebabkan berlakunya jerebu.

Usaha untuk menangani masalah alam sekitar memerlukan gandingan tenaga daripada pelbagai pihak.
Dalam keghairahan kita mengejar pembangunan serta kemajuan, sebagai penghuni muka bumi yang prihatin dan
bertanggungjawab kita perlu berganding bahu mengembalikan keharmonian alam sekitar di muka bumi.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Selamatkan


Bumi’ oleh Loh Chun Chuan, Dewan Siswa,
November 2017.
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yag berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengejar pembangunan. (2 markah)

(ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan bahawa kemerosotan kualiti udara meninggalkan kesan negatif
terhadap kesihatan manusia. Nyatakan kesan-kesan tersebut. (3 markah)

(iii) Kualiti udara yang semakin merosot menyebabkan masalah jerebu sehingga menjejaskan kesihatan penduduk
setempat. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil apabila berlakunya
jerebu? (4 markah)
SKEMA JAWAPAN – RUMUSAN DAN PEMAHAMAN
- Usaha-Usaha/Langkah-Langkah Menghidupkan Semangat Kejiranan

Pendahuluan:
Rumusan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah menghidupkan semangat kejiranan dan kepentingannya.

Isi tersurat- cara-cara menghidupkan semangat kejiranan

Masyarakat digesa untuk menghidupkan semula aktiviti rukun tetangga


Mengadakan pelbagai majlis yang melibatkan orang ramai
Kerajaan mengadakan Kempen Kesedaran Semangat Kejiranan
Penggunaan media massa (seluas mungkin) dengan iklan yang menarik terhadap isu ini
Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan penting dalam kehidupan masyarakat
Ketua penduduk perlulah memastikan penduduk hidup dalam keadaan harmoni
Ketua penduduk perlu sentiasa mengambil berat terhadap hubungan jiran-jiran yang bermasalah.
Ketua penduduk mesti memikirkan cara-cara mengukuhkan hubungan kejiranan

Isi tersirat – kepentingan semangat kejiranan

Mewujudkan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu


Mewujudkan masyarakat penyayang
Membanteras kes jenayah dan masalah social
Mewujudakan sikap hormat-menghormati/toleransi
Mewujudkan semangat cinta akan tanah air
Mewujudkan keamanan dan kemajuan negara

Kesimpulan:
Semua pihak harus mengambil perhatian serius terhadap amalan semangat kejiranan agar rakyat dapat hidup
sejahtera.

SKEMA JAWAPAN SOALAN PEMAHAMAN TEKS.

(i) Maksud rangkai kata ditangani secepat mungkin ialah diatasi/diselesaikan dengan segera

(ii) Punca-punca semangat kejiranan semakin pudar di bandar-


- Gaya hidup masyarakat yang setiasa sibuk dengan pekerjaan masing-masing
- kemajuan tekonologi seperti telefon bimbit, internet serta faksimili menyebabkan anggota masyarakat
kurang
berinteraksi antara satu sama lain
- Corak kehidupan yang bersikap individualistik
- Taggapan bahawa hidup berjiran tidak penting

(iii) KBAT- apa yang harus anda lakukan untuk mengeratkan hubungan dengan jiran
- Sentiasa bertegur sapa/bertanya khabar menunjukkan keprihatinan antara satu sama lain
- Bertukar-tukar juadah sesama jiran terutama pada hari perayaan seperti Hari Raya supaya hubungan
silaturahim dan kemesraan dapat terjalin
- Bertolak ansur dan bertoleransi supaya tidak menimbulkan persengketaan dengan jiran
- Amalan kunjung-mengunjung ke rumah jiran terutama ada hari perayaan supaya wujud kemesraan dan
berkenal-kenalan.
- Menziarahi jiran yang sakit untuk menunjukkan sikap mengambil berat
- Tolong-menolong ketika jiran dalam kesusahan supaya hubungan rapat sesama jiran
SKEMA JAWAPAN

Faktor-Faktor Berlakunya Kemerosotan Kualiti Udara Dan Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Tersebut.

Pendahuluan:

Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab berlakunya kemerosotan kualiti udara di negara kita. (2m)
Rumusan membincangkan faktor-faktor berlakunya kemerosotan kualiti udara dan langkah-langkah mengatasi
masalah tersebut. (2 m)

Isi tersurat- punca-punca berlakunya kemerosotan kualiti udara


Pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang perindustian
Bilangan kenderaan yang semakin bertambah
Pembakaran terbuka
Penebangan hutan tanpa perancangan strategik
Pembebasan gas klorofluorokarbon daripada alat penyaman udara
Asap rokok
Pembangunan yang pesat
Fenomena alam

Isi tersirat: - langkah-langkah mengatasi masalah kemerosotan kualiti udara


Amalan berkongsi kereta
Menggunakan pengangkutan awam
Mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak yang melakukan pembakaran terbuka/kilang yang tidak
menguruskan pembebasan asap toksik
Melakukan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan
Mengurangkan penggunaan gas klorofluorokarbon

Kesimpulan:
Semua pihak haruslah bekerjasama dalam memulihara kualiti udara agar dapat menjamin keselesaan dan
kesejahteraan dalam kehidupan kita.

SKEMA SOALAN PEMAHAMAN:

(i) Maksud rangkai kata mengejar pembangunan


- Mencapai kemajuan
- berusaha untuk mencapai kemajuan
(ii) kesan-kesan kemerosotan kualiti udara kepada kesihatan
- meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah
- melambatkan tindak balas manusia
- menyebabkan mengantuk
- penyakit lelah
- memberi kesan kepada fungsi paru-paru
(iii) faktor-faktor berlakunya kemerosotan kualiti udara dan langkah-langkah mengatasi masalah
tersebut.pendapat tentang langkah-langkah keselamatan
- mengurangkan sebarang aktiviti luar – untuk mengelakkan daripada terdedah dengan udara tercemar
- banyakkan minum air kosong – mengurangkan sakit tekak
- sentiasa membasuh tangan setelah selesai melakukan aktiviti luar
- memakai penutup mulut – mengelakkan kesan udara tercemar

Anda mungkin juga menyukai