Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 markah]

Bahan 1 - PETIKAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan Bahasa Melayu di semua
sekolah menengah diperkenalkan mulai tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah memilih beberapa buah karya sastera untuk dijadikan teks yang wajib dipelajari dan ditaksir
dalam peperiksaan awam. Pemilihan karya sastera tersebut merangkumi semua genre utama yang
mencakupi pelbagai tema. Langkah tersebut menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin
luas.
KOMSAS yang diajarkan dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid.
Melalui pembelajaran KOMSAS pelbagai istilah asas kesusasteraan seperti tema, persoalan,
perwatakan, gaya bahasa dan beberapa istilah lain dapat difahami dan seterusnya mampu
melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera. Secara tidak langsung, KOMSAS dapat
memperluas perbendaharaan kata yang boleh digunakan dalam penulisan dan penuturan.
Pembelajaran KOMSAS juga membantu murid untuk meningkatkan kemahiran
berbahasa seperti kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Pertimbangan ini sangat penting
agar pembacaan dan perbincangan karya KOMSAS di dalam kelas dapat memberikan banyak
pengajaran kepada murid. Di samping itu, karya yang dipilih tidak terhad kepada karya-karya
moden malah KOMSAS turut mengetengahkan karya-karya lama yang berbentuk prosa
tradisional serta puisi seperti gurindam dan syair kerana murid menjadi lebih peka untuk
menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
Sesungguhnya pembelajaran KOMSAS yang telah dilaksanakan lebih sepuluh tahun itu
dapat mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi. KPM perlu melaksanakan kajian
secara holistik supaya pembelajaran KOMSAS di sekolah dapat memberikan impak yang lebih
menyeluruh. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah untuk menarik minat
murid mempelajari KOMSAS. Antaranya ialah pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti
KOMSAS dalam kokurikulum dan PdP guru Sastera yang berkesan. Selain itu, pihak
perpustakaan harus membeli buku-buku rujukan KOMSAS sebagai bahan bacaan serta
mewujudkan sudut KOMSAS di dalam kelas. Akhir sekali, pihak sekolah hendaklah membawa
murid-murid menyaksikan aktiviti KOMSAS seperti pementasan drama.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pembelajaran KOMSAS dan Dunia Kesusasteraan Negara’
oleh Salleh Hashim,
Dewan Siswa, April 2016.
Bahan 2 - GRAFIK

Disediakan oleh;
Meganathan Lachimanan
SMK Sungai Karangan

Anda mungkin juga menyukai