Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Barangkali itulah!
“Hakimah.”
Ketika langkahnya bergerak untuk mendapatkan Mir, tiba-tiba ibu mencekak tangannya.
Dia terhenti mendadak, menoleh ke arah ibu yang berjarak selangkah di belakang. Ibu merenung
wajahnya. Lama-lama.
“Ada apa, ibu?”
“Tunggu.” Ibu menarik nafas. Kemudian ibu menghulurkan bungkusan yang berbalut
kain putih. “Berikan ini kepada Mir.”
Hakimah angguk. Tangannya menyentuh bungkusan itu. Digenggamnya kemas-kemas.
Terbayang wajah Mir yang suram, sendu dan mengharukan. Untuk sejenak, direnungnya wajah
ibu yang sentiasa prihatin, lembut dan mendinginkan.
Wajah itu umpama salju, merenjis hati yang walang. Alangkah damainya jika Mir juga
punya ibu. Barangkali Mir juga akan lebih damai. Akan lebih tenteram.
“Ajaklah Mir datang ke sini. Ingin sekali ibu ketemu dengannya.”

( Dipetik daripada Biarkan Samudera oleh


Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja )

i. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata wajah itu umpama salju, merenjis hati
yang walang ?
Maksud rangkai kata tersebut ialah walaupun mukanya nampak tenang, namun tiada
siapa tahu akan kesedihan hatinya.
(2 markah)
ii. Berdasarkan petikan diatas, pada pendapat anada, mengapakah ibu mencekak tangan
Hakimah ?
Pada pendapat saya, ibu mancekak tangan Hakimah kerana ingin menahan sebentar
Hakimah sebentar dan ingin memberikannya bungkusan untuk diberikan kepada Mir.
Selain itu kerana ibu menyuruh Hakimah mengajak Mir datang ke rumah.
(3 markah)
iii. Berikan empat pengajaran berdasarkan keseluruhan cerpen ini.
Pengajaran-pengajarannya ialah kita perlu ikhlas memberikan bantuan tanpa
mengharapkan sebarang balasan, kita hendaklah mengambil berat terhadap kawan
yang dalam kesusahan untuk membantunya menyelesaikan masalah, kita perlu
memahami perasaan orang tua sendiri dan kita perlulah tabah menghadapi dugaan
hidup ini.
(4 markah)

Anda mungkin juga menyukai